Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Badan penasihat |
Keanggotaan |
|
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1959 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Istana Hinggap, Seremban |
Lokasi |
|
sunting · sunting di Wikidata |
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan ialah sebuah institusi adat yang ditubuhkan menerusi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Peranan
[sunting | sunting sumber]Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan berperanan untuk menasihatkan segala persoalan berkenaan adat istiadat orang-orang Melayu di Negeri Sembilan termasuk soal berkaitan dengan pemilihan atau warisan, atau pelucutan atau pengosongan jawatan Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin.
Nasihat-nasihat Dewan ini berkaitan adat istiadat orang-orang Melayu di Negeri Sembilan termasuk soal berkaitan dengan pemilihan atau warisan, atau pelucutan atau pengosongan jawatan Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas sebarang alasan.
Dewan inilah yang seterusnya bertanggungjawab menjalankan kewajipan yang telah diberikan oleh Perlembagaan atau undang-undang bagi memelihara segala urusan berkaitan dengan adat istiadat Melayu di Negeri Sembilan.
Keanggotaan
[sunting | sunting sumber]Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan hendaklah dianggotai[1] oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Undang Luak Rembau, Dato' Undang Luak Johol, Dato' Undang Luak Jelebu, Tunku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti, Dato' Shahbandar Sungai Ujong, Menteri Besar Negeri Sembilan (bagi perkara dasar negeri dan kebangsaan), Setiausaha Dewan dan mana-mana ahli Melayu yang dilantik dari masa ke masa yang ditetapkan.
Penjawat semasa
[sunting | sunting sumber]Kemas kini pada Ogos 2024
Jawatan | Gelaran | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Duli Yang Maha Mulia | Tuanku Muhriz | Sejak 2009 |
Dato' Undang Luak Sungai Ujong | Yang Teramat Mulia Dato' Klana Petra Dato' Haji | Mubarak Dohak | Sejak 1993 |
Dato' Undang Luak Rembau | Yang Teramat Mulia Dato' Sedia Raja Haji | Abdul Rahim Yassin | Sejak 2024 |
Dato' Undang Luak Johol | Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato' | Muhammad Abdullah | Sejak 2016 |
Dato' Undang Luak Jelebu | Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' | Maarof Mat Rashad | Sejak 2018 |
Tunku Besar Tampin | Yang Teramat Mulia | Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri | Sejak 2005 |
Tunku Besar Seri Menanti | Yang Amat Mulia | Tunku Ali Redhauddin | Sejak 2009 |
Dato' Shahbandar Sungai Ujong | Dato' Seri Utama Haji | Badarudin Abdul Khalid | |
Menteri Besar Negeri Sembilan | Dato' Seri Utama Haji | Aminuddin Harun | Sejak 2018 |
Setiausaha Dewan |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Negeri Sembilan
- Dewan Undangan Negeri Sembilan
- Undang Yang Empat
- Tunku Besar Tampin
- Putera Yang Empat
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fasal 17 & Fasal 25, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan