Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan
Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (April 2022) |
Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (April 2022) |
جابتن كهكيمن شرعية نڬري سمبيلن | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1960 |
Jenis | Agensi kerajaan |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
Ibu pejabat | Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, 1054A, Jalan Sendayan, 71950 Seremban, Negeri Sembilan Malaysia |
Moto | Syariah Asas Keadilan |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kerajaan Negeri Sembilan |
Laman sesawang | jksns |
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) ditubuh berdasarkan kepada Sek.41(1) dan (2), Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan pada 1960. Pada ketika itu dinamakan Mahkamah Kadi yang ditadbir dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Pada tahun 1986, telah berlaku penyusunan semula Mahkamah dan dinamakan Mahkamah Syariah.Pada tahun 1991, Mahkamah Syariah telah diasingkan dari pengurusan JHEAINS dan mempunyai pentadbiran sendiri yang dinamakan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.
JKSNS terdiri daripada Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan 7 buah Mahkamah Rendah. Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Seremban terletak di kawasan yang sama di Seremban manakala Mahkamah Rendah yang lain terletak di daerah-daerah iaitu Kuala Pilah, Tampin, Jelebu, Jempol, Port Dickson dan Rembau. Pusat pentadbiran JKSNS beroperasi di Mahkamah Tinggi Syariah.
Bidang Kuasa
[sunting | sunting sumber]Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan bertanggungjawab mengurus perjalanan kes Mal dan kes Jenayah di semua peringkat Mahkamah; Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah berdasarkan bidang kuasa yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan ) 2003.
Visi
[sunting | sunting sumber]Pengurusan Kehakiman dan Perundangan Syariah yang unggul di Negeri Sembilan.
Misi
[sunting | sunting sumber]Melaksanakan Pengurusan Kehakiman Dan Perundangan Syariah Di Negeri Sembilan dengan efisien dan berintegriti menepati Maqasid Syariah.
Objektif
[sunting | sunting sumber]- Mengurus dan mengendalikan kes-kes mal dan jenayah secara tepat dan teratur mengikut hukum syarak dan undang-undang mengikut masa yang ditetapkan;
- Menguatkuasakan dan melaksanakan penghakiman secara teratur dan berkesan;
- Memberi perkhidmatan penyelesaian kes secara alternatif yang berkesan;
- Merancang dan membangunkan sumber manusia yang mencukupi, terlatih dan berkompeten; dan
- Menyediakan dan mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pentadbiran.
Fungsi Utama
[sunting | sunting sumber]- Menguruskan permohonan pendaftaran kes-kes jenayah iaitu Kes Mal, Kes Jenayah dan Faraid.
- Menguruskan perbicaraan kes Mal, Jenayah dan Faraid.
- Menguruskan perintah-perintah mahkamah.
- Menguruskan kes rayuan Mal dan Jenayah.
- Menguruskan Surat Akuan Faraid