Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
Penampilan
Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (April 2022) |
ڤربادنن كماجوان نڬري، نڬري سمبيلن | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1969 |
Jenis | Agensi kerajaan |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
Ibu pejabat | Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710, Seremban, Negeri Sembilan Malaysia |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kerajaan Negeri Sembilan |
Laman sesawang | pknns |
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) telah ditubuhkan pada 22 Mac 1969. Dari segi pertubuhan ia adalah satu badan berkanun negeri yang mempunyai kuasa-kuasanya sendiri dan bertanggungjawab kepada badan perundangan negeri. Dari segi institusi pula, ia adalah merupakan satu perusahaan awam yang diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Kewangan (dahulu Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi). Perbadanan ini ditubuhkan bagi menggalakkan pembangunan di Negeri Sembilan. Ia juga merupakan agensi amanah bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan terutama di bawah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional serta Rangka Rancangan Jangka Panjang.
Visi
[sunting | sunting sumber]"Penggerak Ekonomi, Pemacu Pembangunan"
Misi
[sunting | sunting sumber]- Membudayakan amalan pengurusan kewangan yang berkesan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi
- Meningkatkan kepakaran dan kompetensi sebagai organisasi pelaksana utama agenda strategik kerajaan negeri
- Menggiatkan usaha penerokaan bisnes baharu dan pengukuhan profil bisnes kumpulan pknns secara berterusan
- Memacu anjakan paradigma masyarakat khususnya komuniti bumiputera di dalam melahirkan generasi usahawan yang berdaya saing tinggi serta jenama bisnes yang kukuh di dalam pasaran
- Memacu penyampaian berkualiti, berintegriti dan berkesan melangkaui ekspektasi pelanggan melalui inovasi
- Melaksanakan inisiatif pembangunan modal insan secara berstruktur dan sistematik