Pergi ke kandungan

Politik Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perundangan

[sunting | sunting sumber]

Dewan Negara

[sunting | sunting sumber]
No. Nama Parti Tempoh Khidmat
1 Ahmad Azam Hamzah PH (PKR) 2019-2022
2 Kesavadas Achyuthan Nair PH (DAP) 2019-2022
Senarai Ahli Dewan Negara Lantikan Dewan Undangan Negeri Sembilan
Senarai Ahli Dewan Negara Lantikan Dewan Undangan Negeri Sembilan
Wakil 1 Wakil 2
Bil Nama Parti Mula Khidmat Tamat Khidmat Bil Nama Parti Mula Khidmat Tamat Khidmat
1 Abdul Wahab Idus Perikatan (UMNO) 1959 1965 1 Dato' Lee Foong Yee Perikatan (MCA) 1959 1965
2 Yahya Ahmad Perikatan (UMNO) 1965 1967 1965 1968
3 Abdul Rahim Abdul Manan Perikatan (UMNO) 1967 1970 2 Chong Foo Khin Perikatan (MCA) 1968 1974
1971 1977 1974 1980
4 Nordin Pesah BN (UMNO) 1978 1981 3 Dr Gan Kong Seng BN (MCA) 1981 1982
1981 1984 4 Wong Seng Chow BN (MCA) 1982 1985
5 Ibrahim Ujang BN (UMNO) 1984 1987 5 Koh Im Pin BN (MCA) 1986 1989
1987 1990 6 Chong Chi Siong BN (MCA) 1989 1992
6 Jamaluddin Ahmad BN (UMNO) 1991 1994 1993 1996
1994 1997 7 Yim Chee Chong BN (MCA) 1996 1999
7 Zakaria Arshad BN (UMNO) 1997 2000 8 Lee Pit Chern BN (MCA) 1999 2002
2000 2003 9 Tan Cheng Tee BN (MCA) 2002 2005
8 Samsiah Samsudin BN (UMNO) 2003 2006 10 Lee Chee Keong BN (MCA) 2005 2008
2006 2009 11 Yeow Chai Thiam BN (MCA) 2009 2012
9 Mohammed Najeeb Abdullah BN (UMNO) 2010 2013 12 Chong Sin Woon BN (MCA) 2014 2017
10 Mohd Salim Sharif BN (UMNO) 2014 2017 2017 2018
2017 2018 13 Kesavadas Achyuthan Nair PH-DAP 2019 2022
11 Ahmad Azam Hamzah PH-PKR 2019 2022

Dewan Rakyat

[sunting | sunting sumber]
Kod Kawasan Nama Parti
P126 Jelebu Jalaluddin Alias Barisan Nasional BN (UMNO)
P127 Jempol Salim Shariff Barisan Nasional BN (UMNO)
P128 Seremban Loke Siew Fook PH (DAP)
P129 Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith PPBM
P130 Rasah Cha Kee Chin PH (DAP)
P131 Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar Barisan Nasional BN (UMNO)
P132 Port Dickson Anwar Ibrahim PH (PKR)
P133 Tampin Hasan Bahrom PH (AMANAH)

Dewan Undangan Negeri

[sunting | sunting sumber]

Anggota Dewan Undangan Negeri

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Kod DUN Nama Parti
Jelebu N01 Chennah Anthony Loke Siew Fook PH (DAP)
N02 Pertang Noor Azmi Yusof Barisan Nasional BN (UMNO)
N03 Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali Barisan Nasional BN (UMNO)
N04 Klawang Bakri Sawir, Dato' Haji PH (AMANAH)
Jempol N05 Serting Shamsulkahar Mohd Deli, Datuk Barisan Nasional BN (UMNO)
N06 Palong Mustapha Nagoor Barisan Nasional BN (UMNO)
N07 Jeram Padang Manickam Letchuman, Datuk Barisan Nasional BN (MIC)
N08 Bahau Teo Kok Seong PH (DAP)
Seremban N09 Lenggeng Suhaimi Kassim, Ustaz PH (AMANAH)
N10 Nilai Arul Kumar Jambunathan PH (DAP)
N11 Lobak Chew Seh Yong PH (DAP)
N12 Temiang Ng Chin Tsai PH (DAP)
N13 Sikamat Aminuddin Harun, Dato' Seri Haji PH (PKR)
N14 Ampangan Mohamad Rafie Ab Malik, Dr. PH (PKR)
Kuala Pilah N15 Juasseh Ismail Lasim, Datuk Barisan Nasional BN (UMNO)
N16 Seri Menanti Abdul Samad Ibrahim, Datuk Barisan Nasional BN (UMNO)
N17 Senaling Adnan Abu Hassan, Datuk Barisan Nasional BN (UMNO)
N18 Pilah Mohamad Nazaruddin Sabtu PH (PKR)
N19 Johol Saiful Yazan Sulaiman Barisan Nasional BN (UMNO)
Rasah N20 Labu Ismail Ahmad, Dato' Haji PH (PKR)
N21 Bukit Kepayang Nicole Tan Lee Koon PH (DAP)
N22 Rahang Mary Josephine Pritam Singh PH (DAP)
N23 Mambau Yap Yew Weng PH (DAP)
N24 Seremban Jaya Gunasekaren Palasamy PH (DAP)
Rembau N25 Paroi Mohamad Taufek Abd Ghani PH (AMANAH)
N26 Chembong Zaifulbahri Idris, Datuk Barisan Nasional BN (UMNO)
N27 Rantau Mohamad Hasan, Dato' Seri Utama Barisan Nasional BN (UMNO)
N28 Kota Awaludin Said, Dato' Seri Dr. Barisan Nasional BN (UMNO)
Port Dickson N29 Chuah Michael Yek Diew Ching, Dato' PH (PKR)
N30 Lukut Choo Ken Hwa PH (DAP)
N31 Bagan Pinang Tun Hairuddin Abu Bakar, Datuk Barisan Nasional BN (UMNO)
N32 Linggi Abd Rahman Mohd Redza, Datuk Barisan Nasional BN (UMNO)
N33 Sri Tanjung Ravi Munusamy, Dato' PH (PKR)
Tampin N34 Gemas Abdul Razak Said, Datuk Barisan Nasional BN (UMNO)
N35 Gemencheh Mohd Isam Mohd Isa, Datuk Barisan Nasional BN (UMNO)
N36 Repah Veerapan Superamaniam PH (DAP)

Penyelaras Dewan Undangan Negeri

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Kod DUN Parti Nama[1]
Jelebu N02 Pertang PH (PKR) Zainal Fikri Abdul Kadir
N03 Sungai Lui PH (AMANAH) Saiful Bahri Jaaman
Jempol N05 Serting PH (AMANAH) Abdul Rahman Ramli
N06 Palong PH (PKR) Rebin Birham
N07 Jeram Padang PH (PKR) S. Muliadi Sabtu
Kuala Pilah N15 Juasseh PH (PKR) Mohd Aidil Abdullah
N16 Seri Menanti PH (PKR) Shahran Kaat
N17 Senaling PH (AMANAH) Abdul Malek Alias
N19 Johol PH (AMANAH) Mohd Zailan Mohd Munawar
Rembau N26 Chembong PH (PKR) Nasarudin Ibrahim
N27 Rantau PH (PKR) Husin Haroon
N28 Kota PH (AMANAH) Muhammad Allif Ibrahim
Port Dickson N31 Bagan Pinang PH (PKR) Nasir Rahman
N32 Linggi PH (PKR) Rusli Abdullah
Tampin N34 Gemas PH (PKR) Siti Aishah Seman
N35 Gemencheh PH (AMANAH) Abd Latif A Tambi

Pilihan raya negeri

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1955

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1955 bagi memilih anggota Majlis Perundangan Negeri berlaku selepas Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955. Sebanyak 12 kerusi dipertandingkan. Pada hari penamaan calon 8 September 1955, 9 orang calon Perikatan menang tanpa bertanding. Selebihnya pada hari pengundian 12 Oktober 1955, 3 lagi calon Perikatan menang.

No. DUN Nama Parti Catatan
1 Jelebu Ibrahim Mansor Perikatan (UMNO) Menang tanpa bertanding
2 Jempol Ariffin Ali Perikatan (UMNO) Menang tanpa bertanding
3 Johol Abdul Samad Idris Perikatan (UMNO) Menang tanpa bertanding
4 Labu Ahmad Omar Perikatan (UMNO) Menang tanpa bertanding
5 Lenggeng Alias Rasul Perikatan (UMNO) Menang[2]
6 Linggi Mohamed Said Muhammad Perikatan (UMNO) Menang tanpa bertanding
7 Pilah Lee Tee Siong Perikatan (MCA) Menang tanpa bertanding
8 Port Dickson Kehar Singh Perikatan (MIC) Menang tanpa bertanding
9 Rantau Raja Abu Hanifah Abdul Ghani Perikatan (UMNO) Menang tanpa bertanding
10 Rembau Abdul Hamid Mahmud Perikatan (UMNO) Menang[3]
11 Seremban Chin See Yin Perikatan (MCA) Menang[4]
12 Tampin Abdul Wahab Idris Perikatan (UMNO) Menang tanpa bertanding
Sumber:[5][6]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1959

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1959 bagi memilih anggota Dewan Undangan Negeri berlaku sebelum Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959. Sebanyak 24 kerusi dipertandingkan. Pada hari penamaan calon 28 April 1959, 71 orang calon telah bertanding. Pada hari pengudnian 2  Jun 1959, 20 calon Perikatan, telah menang. Selebihnya 3 daripada Barisan Sosialis dan 1 daripada Bebas.

No. DUN Nama Parti Catatan
N01 Seri Menanti Abdul Samad Idris Perikatan (UMNO)
N02 Johol Abu Kassim Saad Perikatan (UMNO)
N03 Ulu Muar Ariffin Ali Perikatan (UMNO)
N04 Pilah Mohamed Idris Matsil Perikatan (UMNO)[7]
N05 Rantau Gurnam Singh Gill Sosialis (Buruh)
N06 Sungai Ujong Lim Kee Siong Perikatan (MCA)
N07 Rahang Han Hiu Fong Perikatan (MCA)
N08 Terentang Siti Rahmah Kassim Perikatan (UMNO)
N09 Kota Mohd. Yusof Abdullah Perikatan (UMNO)
N10 Tampin Mohamad Taha Talib Perikatan (UMNO)
N11 Gemas Goh Boh Tah dari 3 Februari 1962 Perikatan (MCA)
Fong Yew Wang sehingga 1962 Sosialis (Buruh)[8]
Perikatan (MCA)
N12 Jimah C. Letchumanan Perikatan (MIC)
N13 Lukut Chin See Yin Perikatan (MCA)
N14 Si Rusa Awaludin Ahmad Perikatan (UMNO)
N15 Pasir Panjang M. Muthucumaru Perikatan (MIC)
N16 Linggi Mohamed Said Muhammad Perikatan (UMNO)[9]
N17 Kuala Klawang Lim Kim Kee Perikatan (MCA)
N18 Pertang Aminuddin Abdul Manap Bebas[10]
Perikatan (UMNO)
N19 Bahau Thong Hiang Kim Perikatan (MCA)
N20 Rompin Lim Kee Sai Perikatan (MCA)
N21 Jempol Mohd. Khatib Mohd. Nor Perikatan (UMNO)
N22 Lenggeng Abdul Jalil Aminuddin Perikatan (UMNO)[11]
N23 Labu S. Sathappan Sosialis (Buruh)
N24 Bukit Nanas Lee Tee Siong Perikatan (MCA)

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1964

[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya 1964, Perikatan menang semua 6 kerusi parlimen dan 24 kerusi DUN.Konfrantasi dengan Indonesia semakin tegang. Pembangkang terutama Sosialis Front tidak setuju dengan pembentukan Malaysia. Pilihan raya 1964 menjadi penentu sokongan penubuhan negara baru Malaysia yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak (16 September 1963).

Lee Kuan Yew selaku pengerusi PAP dan Perdana Menteri Singapura telah meletakkan calon menentang parti Perikatan, pada hal mereka telah bersetuju tidak akan bertanding. Namun dengan kehadiran calon PAP, calon Perikatan dapat menewaskan calon Sosialis Front. Sosialis Front bergabung dengan Parti Buruh dan Parti Rakyat.

Menjelang pilihan raya 1964, bekas menteri pertanian , Abdul Aziz Ishak menubuhkan Parti perhimpunan kebangsaan (PPK) dan bergabung dengan SF. Di Sermeban Timur, calon MCA, Lim Kee Song menewaskan calon PAP dan SF. Di Seremban Barat, Quek Kai Dong menang atas tiket Bebas pada 1959, telah menyertai MCA dan mempertahankan kerusi itu pada 1964.

Mohamed Idris Matsil beralih ke parlimen Jelebu-Jempol menewaskan calon Sf, Tan Beng Soo dan calon UDP, Major (B) Abdul Razak.]

Kematian Adun MCA di kawasan Rahang pada 1965 menyebabkan pilihan kecil Rahang diadakan.Ketika itu Singapura baru disingkirkan dari Malaysia. PAP secara automatik tidak boleh bertanding di Semenanjung. Namun DAP ditubuhkan tetapi tidak sempat menyertai pilihan raya. Calon-calonnya bertanding sebagai calon Bebas.Dr Chen Man Hin sebagai calon Bebas menang di Rahang. Maka Chen Man Hin dilantik sebagai Pengerusi kebangsaan DAP , bagi menggantikan PAP.

Semasa pemerintahan Inggeris, Bahaman Samsudin menjadi DO Seremban dan menjadi ketua perhubungan UMNO Negeri Sembilan. Tetapi Bahaman telah dipindahkan ke Teluk Anson. Maka, harapan ahli -ahli UMNO agar Bahaman memimpin UMNO negeri tidak terlaksana.

Datuk Raja Abu Hanifah Abdul Ghani yang pernah menang tanpa bertanding di Rantau , telah menyertai PAS. Dia menjadi Naib Yang di-Pertua PAS. Beliau telah ditahan di bawah ISA kerana disyakki menyokong kerjasama dengan Indonesia. Tahun 1964 juga, Raja Abu Hanifah tidak dipilih bertanding di Kelantan , padahal pemimpin tertinggi PAS lain bertanding di Kelantan. Raja Abu Hanifah menang di parlimen Kelantan dalam pilihan raya 1959.

Bekas Presiden MCA, Dr Lim Chong Eu menubuhkan UDP (Parti Demokratik Bersatu). UDP turut meletakkan calon dalam pilihan raya 1964. Cikgu Mohd Noor Abdul Hamid bekas pemimpin UMNO Rantau bertanding atas tiket UDP di kerusi DUN Rantau. Bekas pengerusi tetap UMNO di Rembau, Haji Syariff Harun juga menyertai UDP dan bertanding di DUN Kota di Rembau. Semua calon pembangkang tewas termasuk Dr Sulaiman Muhd Atas , pemimpin Sosialis Front Negeri Sembilan yang bertanding di DUN Tampin. Beliau kalah kepada calon UMNO, Muhd Taha Talib.

Pengerusi Pari Buruh Negeri Sembilan, Daud Haji Ahmad bertanding di DUN Kuala Klawang . Calon Sosialis Front, Jaalam Othman bertanding di DUN Seri Menanti menentang ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Abdul Samad Idris. Ibrahim Baba (SF) bertanding di DUN Lenggeng menentang speaker , Datuk Abdul Jalil Aminuddin.

Selepas 1964, krisis terbuka antara Parti Buruh dengan Parti Rakyat menyebabkan gabungan mereka dalam Sosialis Front tidak dapat bertahan.Antara puncanya ialah ketua satu Parti Rakyat, Ahmad Boestamam yang masih dalam tahanan berkrisis dengan pengerusi Parti Buruh yang baru, Lim Kean Siew. Mereka bertikai tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar/ bahasa kebangsaan di Malaysia.

Lim Kean Siew mengambil alih teraju Parti Buruh apabila pengerusinya Ishak Haji Muhammad ditahan bersama Datuk Raja Abu Hanifah Abdul Ghani dan Abdul Aziz Ishak pada 1965. Lim Kean Siew bertanding dalam Pilihan raya kecil Air Itam, Pulau Pinang berikutan kematian Adun MCA. Lim Kean Siew menang dengan isu bahasa yang dibangkitkannya.

Dalam Pilihan raya kecil Rahang 1964, Parti Rakyat tidak turun berkempen untuk calon Parti Buruh, Yim Chee Chong. MCA masih tewas. Calon Bebas yang ditaja PAP iaitu Dr Chen Man Hin menang di Rahang.

Selepas SF berpecah, Dr Sulaiman Muhd Atas menyertai UMNO di Tampin. Muhd Taha Talib telah berundur dan memberi laluan kepada Dr Sulaiman Atas bertanding di Tampin pada Pilihan raya 1969.

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1969

[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya pada 10 Mei 1969 memeranjatkan dan di luar dugaan sama sekali. Tiga calon UMNO Negeri Sembilan tewas kepada calon DAP dan dua daripada calon DAP itu bukan Melayu. Dua calon veteran UMNO menang dengan majoriti tipis kepada calon bukan Melayu yang diletakkan oleh DAP.Calon UMNO kalah di kawasan yang majoriti pengundinya Melayu. Tiga calon UMNO yang kalah ialah Abdul Rashid Muhammad kalah kepada calon bukan Melayu iaitu Dr A Soorian di DUN Linggi. Abdul Samad Said tewas kepada calon DAP, Haji Hassan Haji Ahmad di Si Rusa . Sulaiman Jaalam tewas kepada calon DAP, Lee Geok Shean di Pasir Panjang.

Dua veteran UMNO menang majoriti tipis iaitu Mohamed Idris Matsil di kawasan Pilah dengan majoriti 6 undi sahaja. Zainal Abidin Lati menang tipis di Lenggeng dengan majoriti 45 undi.Calon-calon DAP yang kalah cuma 300 undi sahaja.

Kawasan parlimen Port Dickson (sekarang Teluk Kemang) , Perikatan kalah teruk kepada DAP kerana tindakan penyokong-penyokong Dr Muhd Said membantu kempen calon-calon pembangkang. Dr Muhd Said telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan secara tiba-tiba dengan alasan mahu menumpukan kerjayanya sebagai doktor perubatan di kliniknya. Mansor Othman seorang eksekutif syarikat Shell Port Dickson dibawa masuk bertanding.

Daud Haji Ahmad bekas pemimpin SF (Sosialis Front) yang menyertai DAP bertanding semula di DUN Kuala Klawang melawan calon MCA , Lim Kim Kee, hanya kalah dengan majoriti lebih 200 undi sahaja.

Haji Muhd Shariff Harun bekas pemimpin UDP bertanding semula di DUN Rantau atas tiket DAP. Dia kalah tidak sampai 150 undi kepada calon MIC.

DAP meletakkan 16 calon di Negeri Sembilan dan memenangi 8 kawasan. MCA kalah menghadapi krisis kepimpinan. Chin See Yin menubuhkan parti baru iaitu UMCO (United Malaysia Chinese Organisation) dan bertanding di mana sahaja DAP meletakkan calon. UMCO dituduh ditaja oleh MCA bagi menghadapi DAP dengan memainkan sentimen kaum Cina tetapi ternyata UMCO tidak berjaya. Malah presidennya , Chin See Yin kalah dan hilang wang pertaruhan di parlimen Seremban Timur.UMCO hanya bertanding di Negeri Sembilan sahaja dan semua calonnya mendapat tidak lebih 500 undi.

Tunku Abdul Rahman turun berkempen di Kuala Pilah pada 15 April 1969. Beliau mengingatkan bahawa Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diungkit-ungkit.Namun DAP dan Gerakan tidak sabar-sabar mahu mengadakan perarakan kemenangan tanpa menghiraukan perasaan orang Melayu. Tiga hari selepas pilihan raya 1969, Peristiwa 13 Mei tercetus di Kuala Lumpur dan darurat diisytiharkan di seluruh negara.[12]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1974

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1978

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1982

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1986

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1990

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1995

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1999

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2004

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2008

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2013

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2018

[sunting | sunting sumber]

Nota hujung

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Faiz Abdullah (29 Januari 2021). "Lantikan Penyelaras DUN: Enam muka baru". Negeri Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-01. Dicapai pada 1 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Menewaskan calon Bebas, Ismail Tamin.
  3. ^ Menewaskan calon Parti Negara, Abdul Hamid Ebok
  4. ^ Menewaskan calon Parti Buruh, Robert Singam
  5. ^ http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19550909-1.2.41.aspx
  6. ^ http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19551014-1.2.69.aspx
  7. ^ Merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, dan telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta memegang portfolio Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri.
  8. ^ Telah menyertai MCA
  9. ^ Dipilih menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan
  10. ^ Telah menyertai UMNO selepas menang
  11. ^ Dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri
  12. ^ Politik Negeri Sembilan[pautan mati kekal]