Majlis Perbandaran Jempol
Majlis Perbandaran Jempol | |
---|---|
MPJL | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Ogos 1980 |
Didahului oleh | Majlis Daerah Jempol |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua | Tuan Mohd Nazri bin Mulup (sejak 1 Ogos 2024) |
Setiausaha | Zarina binti Jahya |
Struktur | |
24 orang ahli majlis | |
Tempat persidangan | |
Majlis Perbandaran Jempol 72120 Bandar Seri Jempol | |
Laman sesawang | |
www | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) ialah sebuah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir seluruh daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia ditubuhkan pada 1980 sebagai sebuah majlis daerah dan dinaik taraf menjadi majlis perbandaran pada 2019. Ia berfungsi untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk Jempol dalam hal kesihatan awam, pengurusan sisa, bangunan kawalan, meningkatkan penyelenggaraan infrastruktur sosial dan ekonomi, dan bandar.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Majlis Daerah Jempol (MDJL) ditubuhkan pada 1 Ogos 1980[1] sebagai tindakan lanjut pada latihan persempadanan semula bahagian Kuala Pilah. Latihan persempadanan semula telah mencipta sebuah daerah baru yang dikenali sebagai Daerah Jempol sebelum ini dikenali sebagai bahagian Bahau Kecil yang terletak di bawah pentadbiran bahagian Kuala Pilah.
Naik taraf perbandaran
[sunting | sunting sumber]Pada 3 Januari 2019, kerajaan Malaysia telah meluluskan cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk menaik taraf MDJL kepada MPJL[1]. Pada 29 Januari 2019 MDJL telah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Jempol dan menjadi majlis perbandaran ke-4 di Negeri Sembilan. Majlis pengisytiharan telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz di Dataran Majlis Perbandaran Jempol.
Pejabat operasi
[sunting | sunting sumber]Sejak pembentukannya dan sebelumnya pada 14 Jun 2001, pejabat MDJL sering pindah lokasi. Pada awalnya pejabat MDJL terletak di Bandar Bahau, Bangunan JKR. Kemudian pada tahun 1985 bertukar ke Dewan MDJL yang terletak di Jalan Murah, Bahau dan pada tahun 1986, sekali lagi berpindah ke kembali ke Rumah JKR. Pada tahun 1987, pejabat MDJL di Jalan Taman Tasik, Bahau sehingga 16 Disember 2001. Pejabat terkini MDJL terletak di bangunan miliknya sendiri di Bandar Seri Jempol yang dahulu dikenali sebagai Bandar Baru Serting.[2]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Secara umum, Daerah Jempol bersempadan dengan daerah Bera, Pahang di utara, daerah Jelebu di barat daya, daerah Kuala Pilah di sebelah barat, daerah Tampin di selatan dan Daerah Segamat, Johor di sebelah tenggara. Jempol adalah daerah terbesar di Negeri Sembilan dengan saiz 148, 277,32 hektar terdiri daripada lima mukim iaitu, Serting Ilir, Serting Ulu, Kuala Jempol, Jelai dan Rompin. Namun, kawasan operasi Majlis Daerah Jempol hanya seluas 27,091 hektar (18 peratus) atau saiz semua bahagian di mana sebahagian besar itu merangkumi kawasan di sekitar Bandar Baharu, Bandar Seri Jempol, Pekan Batu Kikir, Pekan Rompin dan Mahsan.
Ahli Majlis
[sunting | sunting sumber]Setakat 23 Ogos 2023[kemas kini], berikut ialah senarai semasa ahli majlis:
# | Nama | Parti | Catatan |
---|---|---|---|
1 | Tee Shuey Ping | ||
2 | Lim Kok Hong | ||
3 | Kiow See Long | ||
4 | Lai Cheng Yew | ||
5 | Mohamad Azrin Bin Amran | ||
6 | Lim Lian Jeat | ||
7 | A. Mutalib Bin Harun | ||
8 | Johar Bin Abu Bakar | ||
9 | Zainal Abidin Bin Hashim | ||
10 | Ashokuma a/l Krisnan | ||
11 | Rahimah Binti Ahmad | ||
12 | Ramesh A/L Maruthanveeran | ||
13 | Mohd Akhir Bin Rantau | ||
14 | Azmi Bin Darus | ||
15 | Khoo Wai Jian | ||
16 | Subramaniam A/L Periasamy | ||
17 | Chong Kee Ann | ||
18 | Rosdi Bin Mohammed | ||
19 | Tamil Selvan A/L Kalimutho | ||
20 | Abd Rashid Bin Jamaludin | ||
21 | Mohammad Shariffudin Bin Musim | ||
22 | Zulkifli Bin Ismail | ||
23 | Nor Shahida Binti Ayub | ||
24 | Siti Fairos Binti Ahmad |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Bernama (29 Januari 2019). "Majlis Daerah Jempol diisytihar Majlis Perbandaran". Astro Awani. Dicapai pada 29 November 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Latar Belakang". Majlis Perbandaran Jempol. Dicapai pada 29 November 2020.