Pergi ke kandungan

Dato' Shahbandar Sungai Ujong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Teramat Mulia Dato' Shahbandar Sungai Ujong Negeri Sembilan
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Yang Teramat Mulia
Dato' Shahbandar Sungai Ujong
Dato' Seri Utama Haji Badarudin bin Haji Abdul Khalid

Yang Teramat Mulia Dato' Shahbandar Sungei Ujong Negeri Sembilan merupakan pemerintah Waris di-Ayer Luak Sungei Ujong di Negeri Sembilan. Jawatan pembesar ini diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715.

Dato' Shahbandar Sungei Ujong yang pertama ialah Dato' Keling cucu kepada Bendahara Kesultanan Johor Lama, Tun Jenal yang lebih dikenali sebagai Bendahara Sekudai.

Dato’ Shahbandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi [1]. Selain sebagai pemerintah Waris di-Ayer Sungei Ujong, Dato' Shahbandar juga adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan dan mempunyai kedudukan istimewa dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959[2].

Mengikut Perkara 15 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Dato' Undang Luak Sungei Ujong perlu berunding dengan Dato' Shahbandar Sungei Ujong yang mengetuai Waris di-Ayer Sungei Ujong berhubung hal pemerintahan di luak berkenaan[3].

Dato' Shahbandar bersama Dato' Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong berkuasa menentukan penyandang pembesar wilayah Linggi berketurunan Bugis yang bergelar Dato' Muda Linggi.

Gelaran Dato' Shahbandar Sungei Ujong kini disandang oleh Yang Amat Mulia Dato' Seri Utama Haji Badarudin bin Haji Abdul Khalid[4] menggantikan Dato' Shahari Hassan.

Istiadat pemasyhuran

[sunting | sunting sumber]

Ditegaskan bahawa istilah istiadat kerjan sama sekali tidak terpakai bagi YAM Dato' Shahbandar Sungei Ujong dan Dato'-Dato' Lembaga serta Buapak-buapak di seluruh Luak Sungei Ujong.

Mengikut Adat Purbakala Sungei Ujong, istilah sebenar ialah istiadat pemasyhuran untuk YAM Dato' Shahbandar Sungei Ujong dan Dato'-Dato' Lembaga serta Buapak-buapak di seluruh Luak Sungei Ujong.[5]

  1. ^ “Datuk Shahbandar Sungai Ujong,” Malaycivilization, diakses pada 20 Januari 2021, http://www.malaycivilization.com.my/items/show/105594.
  2. ^ Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
  3. ^ Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
  4. ^ "Menghadap Dato' Shahbandar Sungai Ujong". Majlis Bandaraya Seremban. Dicapai pada 20 Januari 2021.
  5. ^ "Istiadat Kerjan". Majlis Dato' Lembaga Adat Sungei Ujong. 12 Jun 2024. Dicapai pada 12 Jun 2024.