Pergi ke kandungan

Majlis Perbandaran Port Dickson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Perbandaran Port Dickson

MPPD
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan2 Februari 2002
Didahului oleh
Majlis Daerah Port Dickson (1 Disember 1979)
Kepimpinan
Yang Dipertua
Hasnor bin Abdul Hamid
Struktur
Ahli24 orang ahli majlis
Moto
KEBERSIHAN KEUTAMAAN KAM
Tempat persidangan
Majlis Perbandaran Port Dickson,
KM1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson
Laman sesawang
www.mppd.gov.my
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ialah sebuah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir seluruh daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia ditubuhkan pada 1900an sebagai sebuah "Sanitary Board", 1938 dinaik taraf menjadi Lembaga Bandaran, 1979 dinaik taraf menjadi majlis daerah dan dinaik taraf menjadi majlis perbandaran pada 2002[1]. Ia berfungsi untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk Port Dickson dalam hal kesihatan awam, pengurusan sisa, bangunan kawalan, meningkatkan penyelenggaraan infrastruktur sosial dan ekonomi, dan bandar.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Port Dickson (MDPD) ditubuhkan pada 1 Disember 1979. Ia dinaik taraf sebagai majlis perbandaran pada 2 Februari 2002 dan menjadi majlis perbandaran ke-3 di Negeri Sembilan[2]. Bermula sebagai Port Dickson Sanitary Board (1900an), Lembaga Bandaran Port Dickson (1938), Majlis Daerah Port Dickson (1979) dan Majlis Perbandaran Port Dickson (sejak 2002).

Ia mempunyai kawasan seluas 140.32 kilometer persegi yang terdiri daripada lima buah mukim, iaitu Jimah, Port Dickson, Si Rusa, Pasir Panjang dan Linggi. Kawasan ini dibahagikan kepada dua iaitu kawasan operasi seluas 35.87 kilometer persegi dan kawasan kawalan seluas 104.45 kilometer persegi. Ia mempunyai pesisir pantai sepanjang 56 kilometer yang menghadap ke Selat Melaka[3].

Ahli Majlis

[sunting | sunting sumber]

Setakat 23 Ogos 2023, berikut ialah senarai semasa ahli majlis:

Zon Nama Parti Catatan
1 Sharil Hasmi bin Iris
2 Ee Chai Hoon
3 Ahmad Nadzri bin Ismail
4 Cheok ​Kian Choon
5 Kamala Devi a/p Sinna Thamby
6 Liew Shih Ming
7 Leong​ Kuan Tai
8 Cheoh Kar Aik
9 Tan Kui Cheng
10 Cheok Ken Hua
11 Faizal bin Abdul Ghapar
12 Low Lee Ser
13 Mohd Yani Bin Alias
14 Lionel Aloysius Perera
15 Shanmugam a/l Murumuthu
16 Anitah a/p Mahendran
17 Zamrry bin Ibrahim
18 Ahmad Zaki bin Mohamad Afifi
19 kosong
20 Mohamad Azami bin Md Zin
21 Syarfina binti Dzulkefli
22 Hasrin bin Abdul Samat
23 Chiew Chi Kin
24 Mohamad Nor Ashri bin Abd Malek

Wakil Rakyat

[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen

[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Latar Belakang". Majlis Perbandaran Port Dickson. Dicapai pada 29 November 2020.
  2. ^ "Pengisytiharan Majlis Perbandaran Port Dickson". PeKhabar. 2 Februari 2018. Dicapai pada 29 November 2020.
  3. ^ Laporan Kajian Semula Persempadanan (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya. 2018. m/s. 191.