Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas
Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (April 2022) |
ڤجابت دايره كچيل دان تانه ڬيمس | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1988 |
Jenis | Agensi kerajaan |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
Ibu pejabat | Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas, 73400, Gemas, Negeri Sembilan Malaysia |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kerajaan Negeri Sembilan |
Laman sesawang | pdkgemas |
Pentadbiran Daerah Kecil Dan Tanah Gemas, Negeri Sembilan diwujudkan pada 1 Januari 1988 sebagai Sub-District bagi Daerah Tampin. Pentadbiran ini mempunyai sebuah pejabat yang beroperasi di daerah kecil Gemas mulai 1 Februari 1989 di bangunan Arked MARA Gemas. Diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pegawai Daerah dengan 12 orang kakitangan pada awalnya dan pada 1 November 1989 Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas (PDKG) telah berpindah ke Bangunan Kompleks Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas yang baru.
Visi
[sunting | sunting sumber]Menjadikan organisasi yang unggul dalam pentadbiran Daerah dan Tanah berteraskan perkhidmatan yang mesra, berkualiti dan berintergriti.
Misi
[sunting | sunting sumber]Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan mesra, berkualiti dan berintegriti pada setiap masa.
Objektif
[sunting | sunting sumber]- Merancang, melaksanakan dan memantau pembangunan daerah dengan cekap dan teratur selaras dengan visi dan misi Kerajaan Negeri Sembilan.
- Merancang dan bertindak secara proaktif untuk menguruskan pembangunan tanah dan pungutan hasil dengan cekap dan teratur berlandaskan peruntukan undang - undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
- Merancang dan menguruskan pentadbiran organisasi serta pembangunan sumber manusia yang berkualiti dan dinamik.
- Merancang dan melaksanakan sistem pengurusan kewangan yang cekap dengan memenuhi piagam pelanggan yang ditetapkan.
- Merancangkan, menyelaraskan dan melaksanakan program sosio-ekonomi yang memenuhi kehendak Kerajaan Negeri Sembilan secara berterusan.
Piagam
[sunting | sunting sumber]- Mendapatkan peruntukan projek pembangunan luar bandar dalam tempoh 6 bulan (tertakluk kepada cadangan yang diterima daripada MPKK selewat - lewatnya 31 Disember setiap tahun dan kelulusan peruntukan oleh Kerajaan Negeri / Persekutuan)
- Menyediakan baucer bayaran projek dalam tempoh 3 hari
- Menyampaikan keputusan kelulusan permohonan tanah dalam tempoh 7 hari
- Mendaftarkan urusniaga atau bukan urusniaga dalam tempoh 1 hari
- Menerima dan menyelesaikan urusan bayaran cukai tanah , urusniaga dan bukan urusniaga di kaunter dalam tempoh 15 minit