Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan
Penampilan
Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (April 2022) |
ڤجابت كواڠن دان ڤربنداهاراان نڬري، نڬري سمبيلن | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1955 |
Jenis | Agensi kerajaan |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
Ibu pejabat | Tingkat 5, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan Malaysia 2°43′35″N 101°56′32″E / 2.726327°N 101.942225°E |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kerajaan Negeri Sembilan |
Laman sesawang | pkwns |
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan (PKwNS) ditubuhkan mulai tahun 1955 selaras dengan Fasal 37(1), Fasal 37(2) (C) dan Perkara 37(5) Bab 2, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 berkenaan pelantikan Pegawai Kewangan Negeri sebagai pegawai kanan yang mengetuai urusan hal ehwal kewangan Negeri Sembilan. Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri adalah Penguatkuasa Kewangan Negeri di bawah Seksyen 3, Akta Prosedur Kewangan.
Visi
[sunting | sunting sumber]Pengurusan Kewangan Yang Cemerlang.
Misi
[sunting | sunting sumber]Menerajui Pengurusan Kewangan yang cekap dan pengagihan sumber yang saksama.
Objektif
[sunting | sunting sumber]- Merancang dasar dan strategi Pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri secara efisien dan efektif.
- Mengurus perbelanjaan dan hasil Kerajaan Negeri dengan cekap dan berkesan.
- Mengurus Perakaunan Kerajaan Negeri dengan akauntabiliti dan cekap.
Dasar Kualiti
[sunting | sunting sumber]Memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan negeri diuruskan dengan cekap dan beramanah untuk mencapai tahap kualiti yang memenuhi kehendak pelanggan.
Fungsi
[sunting | sunting sumber]- Merumus, merancang dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat.
- Mengawasi aktiviti jabatan-jabatan berkaitan dengan belanjawan, perbelanjaan dan bayaran, urusan kewangan, pengurusan perolehan dan pengurusan stor dan aset bagi memastikan semua dasar dan tatacara yang ditentukan dipatuhi serta dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
- Menyediakan laporan-laporan kewangan dan penyata kewangan tahunan