Putera Yang Empat
Yang Amat Mulia Putera Yang Empat Negeri Sembilan | |
---|---|
Penjawat kini | |
| |
Butiran | |
Pembentukan | 1831 |
Yang Amat Mulia Putera Yang Empat Negeri Sembilan ialah istilah khas bagi empat orang putera di Negeri Sembilan yang menjadi pewaris takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Keempat-empat putera ini akan menjadi calon Yang di-Pertuan Besar yang akan dipilih oleh Undang Yang Empat sebaik sahaja berlakunya kemangkatan Yang di-Pertuan Besar semasa[1]. Putera Yang Empat terdiri daripada mereka yang menyandang jawatan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Laxamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar[2].
Peranan
[sunting | sunting sumber]Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuklah menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar[2].
Di samping itu, Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Tunku Besar Seri Menanti adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang yang dianggotai Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan beberapa anggota lain[2].
Penyandang semasa
[sunting | sunting sumber]- Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti : Tunku Ali Redhauddin (sejak 2009)[2]
- Yang Amat Mulia Tunku Laxamana: Tunku Naquiyuddin (Sejak 1976)
- Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting: Tunku Imran (Sejak 1976)
- Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar: Tunku Nadzaruddin (Sejak 2008)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Tunku Mukhriz Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11". mStar. 29 Disember 2008. Dicapai pada 7 Julai 2023.
- ^ a b c d "Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti". mStar. 22 Februari 2009. Dicapai pada 7 Julai 2023.