Pejabat Daerah & Tanah Tampin
Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (April 2022) |
ڤجابت دايره دان تانه تمڤين | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1938 |
Jenis | Agensi kerajaan |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
Ibu pejabat | Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Padang, 73000, Tampin, Negeri Sembilan Malaysia |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kerajaan Negeri Sembilan |
Laman sesawang | pdttampin |
Pejabat Daerah Tampin ditubuhkan pada 1 April 1938 dan diketuai pada masa itu oleh Tuan L.C Samson Grey, selaku Pegawai Daerah. Nama Tampin berasal dari bekas makanan yang dibuat dari daun mengkuang biasanya diisi dengan dodol (kelamai - sebutan Negeri Sembilan)
Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan agensi utama di peringkat daerah dan merangkumi kawasan seluas 339 batu persegi atau bersamaan 87,868.82 hektar. Ia meliputi tiga(3) bandar iaitu Bandar Tampin, Bandar Gemencheh dan Bandar Gemas. Secara perbandingan dari daerah lain di Negeri Sembilan, Tampin merupakan daerah yang kedua besarnya di antara tujuh daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus.
Pejabat Daerah dan Tanah Tampin (PDTT) merupakan pusat Pentadbiran daerah di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertanggungjawab mentadbir dan mengawal pembangunan, pembentukan social dan pengurusan hartanah di seluruh Daerah Tampin.
Visi
[sunting | sunting sumber]Menjadikan Daerah Tampin sebuah daerah yang maju dan sejahtera dengan pembangunan yang terancang dan menyeluruh menjelang tahun 2020 Bersama-sama meningkatkan perkhidmatan sokongan untuk mencapai pengurusan yang cemerlang
Misi
[sunting | sunting sumber]Menjadikan Daerah Tampin sebagai sebuah daerah yang membangun,maju, selamat dan selesa dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan manusia selaras dengan wawasan negara serta meningkatkan kemodenan daerah Tampin dengan mengekalkan budaya dan tradisional yang diwarisi
Objektif
[sunting | sunting sumber]Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam pentadbiran daerah dan tanah yang berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui dasar dan peraturan dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
- Cepat dalam semua tindakan;
- Tepat dalam membuat keputusan;
- Layanan mesra kepada pelanggan;
- Menepati masa yang dijanjikan;
- Telus dalam semua peringkat pengurusan;
- Adil dan saksama dalam pertimbangan;
- Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh dipercayai (realiability);dan
- Menepati undang-undang, dasar dan peraturan