Pergi ke kandungan

Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Akmal Nasrullah)
Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Menyandang jawatan
12 Disember 2023
Raja Johor Sultan Ibrahim
Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriFadillah Yusof
Didahului olehJawatan Diwujudkan
Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
10 Disember 2022 – 12 Disember 2023
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriNga Kor Ming
Didahului olehIsmail Abd Muttalib
Digantikan olehAiman Athirah Sabu
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Johor Bahru, Johor
Menyandang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Tan Sri Sharil @ Shahrir Ab Samad
Majoriti16,041 (PRU-15)
19,782 (PRU-14)
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
2018–2021
TimbalanHilman Idham
Didahului olehNik Nazmi bin Nik Ahmad
Digantikan olehAdam Adli
Maklumat peribadi
Lahir
Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

(1986-09-16) 16 September 1986 (umur 38)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik PKR
PasanganNorhannaz Mohd
Tempat belajarUniversiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat (BSc)
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (lahir 16 September 1986) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan Ahli Parlimen Johor Bahru. Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat setelah memenangi jawatan itu semasa pemilihan PKR 2018 dan menewaskan dua orang calon lain.[1] Beliau dikenali sebagai salah seorang ahli kem Rafizi Ramli, calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.[2][3]

Sebelum bergelar Ahli Parlimen, beliau merupakan pengasas dan pengarah satu pertubuhan NGO yang dikenali sebagai National Oversight and Whistleblower (NOW) bersama-sama dengan Rafizi Ramli. NOW bertanggunjawab dalam mendedahkan skandal-skandal kewangan negara yang besar ketika zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Antara skanda-skandal yang telah dibongkarkan yang mencetuskan fenomena dalam negara adalah seperti skandal NFC[4], yang melibatkan Shahrizat Abdul Jalil, dan penyalahgunaan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Latar Belakang pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Akmal Nasir mendapat pendidikan rendah daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar dan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Johor Bahru. Beliau kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay College Kuala Kangsar) dari tahun 1999 - 2003. Sepanjang berada di MCKK, beliau telah memegang beberapa jawatan persatuan dan mendapat beberapa anugerah akademik. Antaranya adalah:

  • Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2003.
  • Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2001 (Agama Islam).
  • Johan Kebangsaan Pertandingan Esei Keusahawanan
  • Pengawas.
  • Presiden, Kadet Bomba dan Penyelamat
  • Presiden, Kelab Matematik
  • Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu, Sabah (sampai ke puncak).
  • Penerima biasiswa Skim Pelajar Cemerlang selepas SPM

Selepas tamat persekolahan, beliau telah menerima tawaran biasiswa untuk menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Pada tahun 2004, beliau mengambil masa selama satu tahun untuk program persediaan di International Education College (INTEC) di Shah Alam.

Setelah selesai program persediaan, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat selama empat tahun (2005-2009). Beliau telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Aktuari dan juga Ekonomi, serta turut menerima anugerah Dean's List pada tahun ketiga pengajian.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Johor Bahru Akmal Nasir PH (PKR) 43,252 Johan Ropi BN (UMNO) 27,211 16,041
Mohd Mohtaj Yacob PN (BERSATU) 22,075
Hairy Mahmood GTA (PEJUANG) 1,855
2018 Akmal Nasir PH (PKR) 50,052 Shahrir Abdul Samad BN (UMNO) 30,270 19,782
  1. ^ Firdaus Azil (16 November 2018). "Akmal Nasir Ketua AMK baharu, tetapi di'boo' perwakilan". Astro Awani. Dicapai pada 17 November 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Mohd. Hafiz Abd. Mutalib (11 Ogos 2018). "Calon dari kumpulan Rafizi punya kelebihan di Perlis". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 25 November 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Fadzil Zainol (21 September 2018). "Kesetiaan kem Azmin dipertikai". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 25 November 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ https://rafiziramli.com/2012/02/skandal-nfc-keluarga-dato-seri-shahrizat-jalil-mengumpul-aset-mewah-di-singapura/