Sundarajoo Somu
Sundarajoo Somu | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang | |
Menyandang jawatan 16 Ogos 2023 (Perumahan dan Alam Sekitar) | |
Gabenor | Ahmad Fuzi Abdul Razak |
Ketua Menteri | Chow Kon Yeow |
Didahului oleh | Jagdeep Singh Deo (Perumahan) Phee Boon Poh (Alam Sekitar) |
Kawasan pilihan raya | Perai |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Perai | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Ramasamy Palanisamy (PH–DAP) |
Majoriti | 9,139 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sundarajoo a/l Somu 23 Mei 1962[1] ![]() ![]() |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 2018) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) (sejak 2018) |
Anak | 4 |
Tempat belajar | Universiti Nottingham Trent |
Pekerjaan | Ahli politik |
Sundarajoo a/l Somu (lahir 23 Mei 1962) merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Perai sejak Ogos 2023. Beliau adalah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti komponen gabungan PH.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Sundarajoo dilahirkan dalam keluarga miskin di Brickfields, Kuala Lumpur.[2]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Sundarajoo mendapat diploma dari Institut Teknologi Persekutuan. Beliau juga merupakan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Nottingham Trent.[2]
Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Sundarajoo pertama kali bekerja sebagai penyelaras untuk Persatuan Insurans Am Malaysia. Beliau kehilangan pekerjaan semasa krisis kewangan 1987 dan mula bekerja sebagai konduktor lapangan untuk ladang. Kemudian, beliau mula bekerja sebagai pemandu teksi sebelum menjadi pengawal keselamatan tempat tinggal Tan Sri Liew Kee Sin, pengasas SP Setia. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pemandu Liew sebelum menyertai S P Setia pada 2005 sebagai jurujual. Pada tahun 2002, beliau dilantik sebagai pengurus besar SP Setia bagi wilayah utara Malaysia. Pada 2014, selepas Permodalan Nasional Berhad mengambil alih SP Setia, beliau membantu Liew menubuhkan EcoWorld dan menjadi Timbalan Pengerusi dan timbalan CEO EcoWorld.[2][3]
Kejaya politik
[sunting | sunting sumber]Sundarajoo menyertai DAP pada 2018.[2]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N16 Perai | Sundarajoo Somu (DAP) | 10,680 | 76.76% | Sivasuntaram Rajalinggam (Gerakan) | 1,541 | 11.08% | 14,044 | 9,139 | 68.58% | ||
David Marshel Pakianathan (BEBAS) | 1,439 | 10.34% | ||||||||||
Vikneswary Harikrishnan (MUDA) | 253 | 1.82% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Pulau Pinang :
Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) – Dato' (2011)[5]
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) – Dato' (2016)[5]
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) – Dato' Seri (2020)[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "SENARAI PENERIMA DARJAH-DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG 2020" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
- ^ a b c d "Former EcoWorld top exec hopes to be 'hero' in Perai seat". Edgeprop.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-02.
- ^ "I won't stand again if I fail in Perai, vows Sundarajoo". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-02.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2023-12-02.
- ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 2023-12-02.
- Penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri
- Penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri
- Penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri
- Kelahiran 1962
- Orang hidup
- Orang dari Kuala Lumpur
- Alumni Universiti Malaya
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Ahli politik Malaysia berketurunan India
- Wakil Rakyat India Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15