Pergi ke kandungan

Chew Chong Sin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chew Chong Sin
Ahli Dewan Negeri
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Mengkibol
Menyandang jawatan
21 April 2022
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Didahului olehTan Hong Pin
Maklumat peribadi
Lahir (1973-08-09) 9 Ogos 1973 (umur 51)
Jalan Chong Hwa, Kluang, Johor
Parti politik DAP
PekerjaanAhli politik

Chew Chong Sin (Bahasa Cina: 周忠信) merupakan seorang ahli politik DAP merangkap ADUN kawasan Mengkibol yang memenangi Pilihan raya negeri Johor 2018.

Chew Chong Sin dilahirkan pada 9 Ogos 1973 dan dibesarkan di Kluang.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Berpendidikan awal di SRJK (C) Chong Hwa 3, Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil dan Sekolah Tinggi Kluang. Beliau mendapat Ijazah Kewangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan MBA dari Universiti Malaya.

Pekerjaan

[sunting | sunting sumber]

Chong Sin merupakan bekas pengurus sebuah bank luar negara di Kuala Lumpur, pengurus sebuah syarikat Jerman untuk rantau Asia Pasifik dan pengarah BPP Professional Education (United Kingdom), cawangan China. Beliau kini seorang seorang pengusaha firma pendidikan profesional yang bereputasi di Shanghai.

Beliau juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Pelajar Cina UKM dan Setiausaha Jawatankuasa Hak Asasi Sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Semasa di Shanghai, Chong Sin menubuhkan “Bersih Shanghai” pada 2012, kumpulan Rakyat Malaysia yang aktif berkempen untuk ‘Jom Balik Undi’ di luar negara. Bersih Shanghai telah mengadakan pelbagai forum bersama NGO, aktivis dan pemimpin politik Malaysia supaya berkongsi pendapat dengan rakyat Malaysia di Shanghai.

Beliau juga seorang kolumnis yang banyak menyuarakan pendapatnya dalam isu-isu semasa dan ekonomi di dalam “Mirror of Shanghai” untuk Oriental Daily pada masa yang sama.

Chong Sin pulang ke Malaysia dan berkempen untuk DAP sepanjang Pilihan raya umum ke-13. Beliau sekeluarga pulang ke Malaysia pada Julai 2013. Beliau juga membantu pihak pembangkang dalam kempen PRU tahun 1999 dan 2004.

Pada tahun 2018, Chong Sin menyertai DAP yang disaksikkan oleh YB Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung dan rakan sosial seperjuangannya. Chong Sin bertanding dalam Pilihan raya umum ke-14 sebagai calon Pakatan Harapan (DAP merupakan parti komponennya), dan berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan Mengkibol dalam parlimen Kluang.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mac 2019, Chew berkata serangan keganasan di masjid di New Zealand - yang mengorbankan 50 nyawa - patut dijadikan pengajaran di Malaysia dalam soal isu kaum dan agama dengan menjadikan kerjasama Umno-PAS sebagai contoh.[1] Beliau kemudian menarik balik kenyataan itu atas sebab ia telah mengakibatkan "salah faham".[2]