Parti Kemerdekaan Malaya
Parti Kemerdekaan Malaya | |
---|---|
Singkatan | IMP |
Pengasas | Dato' Sir Onn Jaafar |
Ditubuhkan | 16 September 1951 |
Dibubarkan | 1953 |
Keanggotaan | Kepelbagaian Kaum |
Ideologi | Patriotisme |
Penggabungan kebangsaan | Kerjasama dengan MIC |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Parti Kemerdekaan Malaya (bahasa Inggeris: Independence of Malaya Party , IMP) ialah sebuah parti politik di Malaya British yang memperjuangkan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu.
Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Parti Malaya Merdeka telah ditubuhkan pada bulan 16 September 1951 oleh Dato' Onn Jaafar[1]. Penubuhan parti ini ditubuhkan selepas Dato' Onn gagal memujuk ahli-ahli UMNO membuka keahlian parti kepada kaum-kaum lain. Tujuan parti ini ditubuh ialah untuk menyatukan pelbagai kaum yang terdapat di negara Malaysia, khususnya kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Beliau percaya apabila pelbagai kaum bergabung dalam satu parti, mereka dapat membentuk kekuatan untuk mengukuhkan perjuangan.
Parti ini juga ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu daripada pihak British. Walau bagaimanapun, parti ini kurang mendapat sokongan rakyat terutamanya selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya tahun 1952. Akhirnya pada tahun 1953, parti ini secara rasmi dibubarkan dan Dato' Onn telah menubuhkan pula Parti Negara pada 1954.