Pergi ke kandungan

Jalan penghubung Sabah-Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan penghubung Sabah-Sarawak
Sabah-Sarawak link road
Jalai penyambung Sabah-Sarawak
Dalan romut Sabah-Sarawak
Maklumat laluan
Sebahagian daripada Tabliczka AH150.svg AH150
Panjang425 km (264 mi)
Komponen
lebuh raya
  • jalan penghubung Sabah-Sarawak (fasa 1: 90 km)
    • (Lawas-Long Sukang-Long Lopeng-KG. Pa Berunut) ([Note 1] [1])
  • jalan penghubung Sabah-Sarawak (fasa 2: 326 km [Note 2])
    • (KG. Pa Berunut-Long Adang-Long Seridan-Long Kevok-Long Bedian-Long Lama) ([Note 3])
    • (Mulu-Long Seridan-Nanga Medamit; Long Lopeng-Long Komap; Rh Aling-Long Meranap) ([Note 4] [2])
  • jalan penghubung Sabah-Sarawak (fasa jalan memacu: 175 km)
    • (Miri-Long Lama&Long Bedian; KG. Pa Berunut - Nanga Medamit; Long Lopeng-Long Semado; Long Semado-Long Pasia&Ba'kelalan; Ba'kelalan-Bario)
Simpang utama
Hujung baratBandar Miri, Bahagian Miri, Sarawak
Persimpangan utamaPekan Limbang & Nanga Medamit, Bahagian Limbang, Sarawak
Hujung timurPekan Lawas, Bahagian Limbang, Sarawak & Long Pasia, Bahagian Pedalaman, Sabah
Lokasi
NegaraMalaysia
Sistem lebuh raya
Jaringan Lebuhraya Asia
Sistem Jalan Persekutuan Malaysia
Rangkaian Lebuh Raya Asia

Jalan penghubung Sabah-Sarawak adalah satu rangkaian laluan persekutuan yang menghubungkan kedua-dua Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah di Malaysia Timur, tanpa melalui Negara Brunei. Jalan penghubung tersebut memiliki penomboran jalan sebagai penanda iaitu nombor di Sarawak dan di Sabah, lalu ia juga sebahagian dari rangkaian lebuhraya asia Tabliczka AH150.svg AH150 dan Projek tersebut adalah projek kerajaan Malaysia.

Jalan penghubung Sabah-Sarawak ialah sebuah projek kerajaan Malaysia ([Note 5]), dibina dengan objektif iaitu menghubungkan pekan Limbang ([Note 6]), yang hingga kini masih tidak tersambung secara langsung dengan jalan raya di kawasan lainnya terutamanya Bandar Miri, Pekan Lawas dan kawasan sekitar dalam Negara Malaysia ([Note 7]), serta didasari dengan kesukaran kepada rakyat Malaysia di Limbang, Miri dan Lawas ([Note 8]) yang perlu menempuh jalan yang jauh [3], seperti contoh pada masa Pandemik COVID-19, yang dimana pihak Brunei menutup kesemua sempadan daratnya dengan Malaysia, yang secara langsung menutup akses secara langsung antara ketiga-tiga kawasan tersebut.

Penutupan sempadan darat Brunei-Malaysia telah mengakibatkan kawasan utara Wilayah Sarawak terputus hubungan dari Kuching, dari itu menyebabkan kesukaran terutama apabila bekalan penting untuk kawasan utara Sarawak terpaksa dihantar melalui Wilayah Sabah dan masa tersebut ada memberi pengajaran yang berharga kepada pihak Malaysia [4].

Maka pihak kerajaan telahpun memutuskan untuk membangun jalan penghubung Sabah-Sarawak untuk memudahkan akses antara Miri-Limbang dan juga Limbang-Lawas di Sarawak hingga Long Pasia di Sabah, tanpa perlu melalui negara Brunei, yang dimasa itu Negara tersebut juga membina Jambatan Temburong yang menghubungkan Bandar Seri Begawan dan District Temburong secara langsung, tanpa perlu melalui Limbang di Malaysia, ia juga menghubungkan dengan kawasan pedalaman Sarawak dan juga kawasan barat Sabah, dengan secara detailnya ialah 14 kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak [5].

hal ini juga disokong oleh pernyataan dari pihak Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo, iaitu SSLR bertujuan untuk menyediakan rangkaian lebuh raya yang menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui Brunei. Ia telah diluluskan secara berfasa oleh kerajaan persekutuan pada 2021 dan dijangka siap menjelang suku ketiga 2026. lalu beliau juga berkata

Selain itu, apabila siap, projek ini akan memperluaskan rangkaian jalan persekutuan ke kawasan pedalaman, membolehkan wilayah-wilayah ini mempunyai akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan perkhidmatan awam lain, sekali gus menjana pertumbuhan sosioekonomi yang lebih baik

[1].

Garis Masa

[sunting | sunting sumber]

Pembinaan jalan penghubungan Sabah-Sarawak berdasarkan hasil kajian yang dilaksanakan pada tahun 2007 [6].

pada 30 Oktober 2021, kerja pembinaan Jalan penghubung Sabah-Sarawak telah dimulakan [7].

Bandar yang terhubung

[sunting | sunting sumber]
Jalan penghubung Sabah-Sarawak yang terletak di Malaysia
Bandar Miri
Bandar Miri
Pekan Limbang
Pekan Limbang
Nanga Medamit
Nanga Medamit
Pekan Lawas
Pekan Lawas
Long Pasia
Long Pasia
lokasi Bandar, Nanga, Long dan Pekan yang terhubung oleh Jalan penghubung Sabah-Sarawak di Malaysia Malaysia.
Wilayah Bahagian Bandar
Sarawak Sarawak Bahagian Miri Bandar Miri
Sabah Sabah Bahagian Pedalaman Long Pasia
Sarawak Sarawak Bahagian Limbang Nanga Medamit
Sarawak Sarawak Bahagian Limbang Pekan Lawas
Sarawak Sarawak Bahagian Limbang Pekan Limbang

Perkembangan Kemajuan

[sunting | sunting sumber]

Garis masa Fasa 1: Lawas-Long Sukang-Long Lopeng-KG. Pa Berunut

[sunting | sunting sumber]

Fasa 1 jalan penghubung Sabah-Sarawak dimulakan pada 9 Ogos 2021 [8].

Setakat tahun 2023, fasa 1 jalan penghubung Sabah-Sarawak, dengan panjang 75-76 Kilometer (bahagian Lawas-Long Lopeng), menghubungkan Pekan Lawas, Long Sukang, Long Lopeng dan KG. Pa Berunut, sudahpun mencapai 13.63 peratus, pada April 2023 [9].

Lalu juga setakat tahun 2023, perkembangan fasa 1 SSLR sudah mencapai 18.73 peratus [10].

Setakat tahun 2024, fasa 1 jalan penghubung Sabah-Sarawak, dengan panjang 75-76 Kilometer (bahagian Lawas-Long Lopeng), menghubungkan Pekan Lawas, Long Sukang, Long Lopeng dan KG. Pa Berunut, sudahpun mencapai 35 peratus [1], dijangka akan siap sepenuhnya pada November 2026 [11], dari peratus tersebut sebanyak 5 peratus telahpun tercapai secara lebih cepat dari target yang ditetapkan ([Note 9]) [12], dengan peruntukan dari pihak Kerajaan Persekutuan sebesar RM 1 bilion [13].

Garis masa Fasa 2: Mulu-Long Seridan-Nanga Medamit, Long Lopeng-Long Komap, Rh Aling-Long Meranap

[sunting | sunting sumber]

Fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak pada tahun 2022, dijangkakan oleh Perdana Menteri sebelum iaitu ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri, yang ia akan dimulakan pada tahun 2023 [14].

laluan rancangan asal pada fasa 2 iaitu: KG. Pa Berunut-Long Adang-Long Seridan-Long Kevok-Long Bedian-Long Lama, lalu selepas diubah suai ia menjadi: Mulu-Long Seridan-Nanga Medamit, Long Lopeng-Long Komap, Rh Aling-Long Meranap.

Fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak pada tahun 2023, dalam proses pengurusan dan penilaian harga, selepas proses itu selesai Projek itu akan dibawa untuk tender [15].

Setakat tahun 2023, Fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak akan dimulakan pada Suku ke-4 tahun 2023 [9].

Pada Oktober 2023, Perdana Menteri Malaysia terkini iaitu ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa penghujung tahun tersebut, sudah bermula melakukan kerja pembinaan fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak, dengan kos hampir RM 7.4 bilion, serta memiliki panjang 320 Kilometer [16].

selain adanya peruntukan tersebut, Fasa 2 dan juga Fasa 3 ada Dinilai dalam pengurusan dan harga [17].

setakat tahun 2024, kos secara rasmi yang diperuntukan oleh kerajaan persekutuan, untuk fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak ialah RM 7.2 bilion, dengan anggaran masa yang dijangka iaitu dari 3 tahun hingga 5 tahun untuk selesai bina secara fizikal [18].

Peruntukan sebanyak RM7.2 bilion tersebut juga sebagai penghubung Sarawak utara, ada menglibatkan pembinaan ([Note 10]) dan menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 322km, projek fasa 2 tersebut akan menghubungkan bandar Lawas, Limbang dan Pekan Mulu ([Note 11]) tanpa melalui Brunei ([Note 12]) [4].

Pihak yang mecadangkan rangkaan dan membina fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak, ialah Maltimur Aktif Unggul JV Sdn Bhd (MAUJV), dengan kira panjang 335 kilometer, telahpun dibina ditanah tinggi dikawasan Limbang dan Lawas [19].

sejak mula dilakukan pembinaan pada tahun 2023, ia dijangka akan selesai pada tahun 2028, dengan panjang 326 Km [2].

Pada projek pembinaan pakej 4B (Bukit Pagon - Long Luping), telah diberikan pada anak syarikat Sunmow Construction Sdn Bhd, dengan nilai RM 1.02 Bilion [20], projek fasa 2 itu diurus dengan usaha sama antara anak syarikat milik penuh Sunmow Holdings Bhd (Sunmow), iaitu Sunmow Construction Sdn Bhd (SCSB) dan Kemena Holding Sdn Bhd (Kemena) [21].

Lalu pada projek pembinaan pakej 4A (RH Aling - Bukit Pagon), telah diperolehi Anak syarikat milik penuh Pansar Bhd Perbena Emas Sdn Bhd sebagai bahagian fasa 2 SSLR, yang bernilai RM 777.11 juta [22].

Garis masa Fasa Jalan Memacu

[sunting | sunting sumber]

Dalam rancangan pembinaan fasa Jalan Memacu/Spur Road pada laluan penghubung Sabah-Sarawak ([Note 13]), ia memiliki beberapa seksyen iaitu, Miri-Long Lama&Long Bedian, KG. Pa Berunut - Nanga Medamit, Long Lopeng-Long Semado, Long Semado-Long Pasia&Ba'kelalan dan Ba'kelalan-Bario.

  1. ^ 75-76 km: pada seksyen Lawas-Long Lopeng.
  2. ^ panjang sebagai versi asal iaitu: 160 km
  3. ^ rencana asal
  4. ^ dibagi menjadi 4 bahagian iaitu:
    45 km: pada seksyen Mulu-Long Seridan,
    92 km: pada seksyen Long Seridan-Nanga Medamit,
    98 km: pada seksyen Long Lopeng-Long Komap dan
    91 km: pada seksyen Rh Aling-Long Meranap.
  5. ^ juga dikenali sebagai Sabah-Sarawak link road ataupun (SSLR) dalam Bahasa Inggeris, Jalai penyambung Sabah-Sarawak dalam Bahasa Dayak Iban dan Dalan romut Sabah-Sarawak dalam Bahasa Kadazan-Dusun.
  6. ^ dengan kawasan spesifik iaitu utara wilayah Sarawak:Miri, Limbang dan Lawas dan barat wilayah Sabah: Long Pasia.
  7. ^ walaupun Bahagian Limbang di Sarawak justeru terhubung dengan bahagian Miri juga di Sarawak dan bahagian Pedalaman di Sabah, serta kedua-dua Bahagian Miri dan Limbang tersebut memisahkan Negara Brunei menjadi 2 secara geografi
  8. ^ Borneo Malaysia
  9. ^ 30 peratus ataupun 30.32 peratus
  10. ^ jalan baharu
  11. ^ selain 3 kawasan, ia juga menghubungkan Mulu-Long Seridan-Nanga Medamit, Long Lopeng-Long Komap dan Rh Aling-Long Meranap
  12. ^ sebagai penyambung secara langsung kepada 3 kawasan dan sekitar di utara Sarawak
  13. ^ dikaji sejak tahun 2007

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c Cindy Lai (30 Julai 2024). "First phase of Sarawak-Sabah Link Road ahead of schedule at 35 pct completion". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 8 Ogos 2024. The first phase of the Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) connecting Lawas to Long Lopeng Junction has reached 35 per cent completion, said Datuk Aidel Lariwoo.
    Work on the 75km first phase began on Aug 9, 2021 and is expected to be completed by November 2026.
    SSLR aims to provide a network of highways connecting Sarawak and Sabah without passing through Brunei. It was approved in phases by the federal government in 2021 and is expected to be completed by the third quarter of 2026.
  2. ^ a b SEA Infra (1 Ogos 2022). "Work plans approved for Phase 2 Sabah-Sarawak Link Road". southeastasiainfra.com (dalam bahasa Inggeris). Southeast Asia Infrastructure. Dicapai pada 8 Ogos 2024. Works plans have been approved for the second phase of the Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) project in Malaysia. The second phase involves construction of 326 km of roads. Work on this phase is scheduled to commence in 2023 and be completed in 2028.
    The second stage of the road project will involve four packages.
    The first package will cover the 45 km stretch between Mulu and Long Seridan, the second package covers the 92 km stretch from Long Seridan to Nanga Medamit and Package 3 covers the 98 km section between Long Lopeng and Long Komap. The remaining package will include the 91 km section from Rh Aling to Long Merarap.
  3. ^ Borneo Network (29 Mac 2024). "Jalan Sabah Sarawak berita gembira menjelang Aidilfitri". www.borneo.network. Borneo Network (Malaysia). Dicapai pada 12 September 2024. Walaupun projek ini mengambil masa yang lama untuk direalisasikan, isu ini sentiasa dekat di hati kerajaan terutama pemimpin Sarawak.
    Kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi rakyat terutama di Limbang dan Lawas yang perlu melalui Brunei sejak hampir 61 tahun Sarawak merdeka.
    Maka sebab itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Kerja Raya berkata, perkara ini kerap dibangkitkan di Parlimen sejak beberapa tahun lalu.
    Usaha pemimpin baik di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Sarawak itu akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan meluluskan pembinaan SSLR.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  4. ^ a b Goh Pei Pei (26 Mac 2024). "Works Minister hands over LoA, appoints SSLR project director". www.newsarawaktribune.com.my (dalam bahasa Inggeris). New Sarawak Tribune (Malaysia). Dicapai pada 1 Ogos 2024. The Covid-19 pandemic, which forced countries to shut their borders, has taught Malaysia many valuable lessons, says Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
    The federal Works Minister Datuk Seri Alexander Nanta Linggi said for instance, the closure of Brunei’s borders resulted in the northern areas of Sarawak being cut off from Kuching, causing difficulties, especially when essential supplies for the northern areas of Sarawak had to be sent through Sabah.
    Realising this situation, he said, the federal government allocated RM7.2bil to establish a road network in the northern areas of Sarawak through the implementation of the Sarawak Sabah Link Road Phase 2 (SSLR2) project.
    “It will involve construction (of new roads) and upgrading of existing roads spanning 322km, this project will connect Lawas, Limbang and Pekan Mulu towns without passing through Brunei,” he said in a Facebook post on Tuesday (March 26).
  5. ^ Dayak Daily (5 November 2019). "Sarawak-Sabah Link Road akan hubungkan 14 kawasan pedalaman utama". dayakdaily.com. Dayak Daily (Malaysia). Dicapai pada 31 Julai 2024. Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dengan panjang keseluruhan jajaran 425km akan menghubungkan 14 bandar utama di kawasan padalam Sabah dan Sarawak.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ editor02 (26 November 2021). "Projek SSLR Hasil Kajian Dilaksanakan 2007". sabahmedia.com. Sabah Media (Malaysia). Dicapai pada 31 Julai 2024. Pembinaan jalan alternatif menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara jiran, Brunei Darussalam merupakan hasil kajian yang dilaksanakan pada 2007 yang lalu.
    Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) itu melibatkan jarak melebihi 300 kilometer dengan kos keseluruhan sebanyak RM4.5 bilion.
    CS1 maint: extra text: authors list (link)(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  7. ^ Construction+ Online (1 November 2021). "The Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) construction works begin". www.constructionplusasia.com (dalam bahasa Inggeris). Construction Plus Asia. Dicapai pada 8 Ogos 2024. The ground breaking ceremony to mark the beginning of physical work of the Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) project took place on 30 October 2021.
  8. ^ Margaret Ringgit (29 Julai 2024). "Major road projects to boost northern Sarawak connectivity". www.newsarawaktribune.com.my (dalam bahasa Inggeris). New Sarawak Tribune (Malaysia). Dicapai pada 30 Julai 2024. The first phase of the 76 km SSLR project, from Lawas to Long Lopeng Junction, began on Aug 9, 2021, and has reached 35 per cent completion.
  9. ^ a b Ling Hui (24 Mei 2023). "S'wak-Sabah Link Road Phase 1 at 13.63 pct completion, Phase 2 to commence Q3 this year". dayakdaily.com (dalam bahasa Inggeris). Dayak Daily (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. The Construction of Phase 2 of Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) is expected to begin in the fourth quarter this year.
    Deputy Premier-cum-Minister for Infrastructure and Port Development Datuk Amar Douglas Uggah Embas said the SSLR Phase 1 construction is on schedule, at 13.63 per cent completion as of April 2023, and is expected to be completed in January 2026.
  10. ^ Siti Nurain Ratani (19 September 2023). "Fasa pertama SSLR siap 18.73 peratus – Nanta". suarasarawak.my. Suara Sarawak (Malaysia). Dicapai pada 14 September 2024. Fasa pertama projek Jalan Penghubung Sabah dan Sarawak (SSLR) setakat Ogos lalu telah mencapai kemajuan sebanyak 18.73 peratus, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
    Menurutnya, fasa pertama Projek SSLR sepanjang 77 km iaitu dari Lawas ke Persimpangan Long Lopeng telah mula pelaksanaan di tapak pada 9 Ogos 2021.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  11. ^ Mohamad Norhadie Sahari (29 Julai 2024). "Fasa pertama projek SSLR capai 35 peratus pembinaan". www.utusanborneo.com.my. Utusan Borneo (Malaysia). Dicapai pada 30 Julai 2024. Fasa pertama projek Sarawak Sabah Link Road Fasa 1 (SSLR 1) sepanjang 76 kilometer dari Lawas ke Persimpangan Long Lopeng telah mencapai 35 peratus pembinaannya.
    Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo berkata, projek tersebut dilaksanakan sejak 9 Ogos 2021.
    "Kerja-kerja pembinaan projek itu mendahului sebanyak lima peratus berbanding perancangan awal sebanyak 30.32 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2026," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  12. ^ UKAS (29 Julai 2024). "Projek SSLR Fasa 1 Capai 35 Peratus Status Pembinaan". premierdept.sarawak.gov.my. Premier Department (Malaysia). Dicapai pada 31 Julai 2024. Pelaksanaan fasa pertama projek Jalan Penghubung Sabah dan Sarawak (SSLR) kini telah mencapai 35 peratus status pembinaannya.
    Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, kerja-kerja pembinaan projek ini telah mendahului sebanyak 5 peratus berbanding perancangan awal sebanyak 30.32 peratus.
    Menurutnya, projek yang mengikut jadual tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2026.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  13. ^ Salasiah Safian (29 Julai 2024). "Projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 1 capai 35 peratus pelaksanaan". www.tvsarawak.my. TVS (Malaysia). Dicapai pada 30 Julai 2024. Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 1 yang membabitkan pembinaan jalan raya 76 kilometer (km) dari Lawas ke persimpangan Long Lopeng kini telah mencapai 35 peratus tahap kemajuan pelaksanaan.
    Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo berkata, kerja-kerja pembinaan projek tersebut mendahului lima peratus berbanding perancangan awal.
    Projek yang dibina menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1 bilion ini mendahului jangkaan, katanya pada sidang media selepas lawatan kerja Projek Trans Borneo Highway (Miri) di sini, hari ini.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  14. ^ BERNAMA (7 Ogos 2022). "PM Ismail Sabri: Construction of Phase 2 of Sarawak-Sabah Link Road, Trans Borneo Highway to begin in 2023". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. The federal government has approved the construction of Phase 2 of the Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) project and the Trans Borneo Highway (LTB) project which will commence early next year, said Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  15. ^ BERNAMA (7 Mei 2023). "DPM Fadillah: Construction of Phase 2 and 3 Sabah-Sarawak Link Road Project being evaluated". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail (Malaysia). Dicapai pada 30 Julai 2024. The construction of Phase Two and Three of the Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Project which connects Sabah and Sarawak without going through Brunei is currently in the process of management and price evaluation.
    Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof said after the completion of the process, the project will be brought for tender.
  16. ^ Jude Toyat (13 Oktober 2023). "PM: S'wak-Sabah Link Road Phase 2 poised to kick off by this year-end". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 31 Julai 2024. Phase 2 of the Sarawak-Sabah Link Road (SSLR), encompassing 320km and costing nearly RM7.4 billion, is poised to kick off by the end of this year, said Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  17. ^ Bernama (7 Mei 2023). "DPM Fadillah: Construction of Phase 2 and 3 Sabah-Sarawak Link Road Project being evaluated". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. The construction of Phase Two and Three of the Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Project which connects Sabah and Sarawak without going through Brunei is currently in the process of management and price evaluation.
    Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof said after the completion of the process, the project will be brought for tender.
  18. ^ Dayak Daily (27 Mac 2024). "Federal govt allocates RM7.2 bln for Sarawak-Sabah Link Road Phase 2 project". dayakdaily.com (dalam bahasa Inggeris). Dayak Daily (Malaysia). Dicapai pada 31 Julai 2024. The Federal government has allocated RM7.2 billion for the construction of the Sarawak-Sabah Link Road Phase 2 (SSLR II), with an anticipated completion time of three to five years.
  19. ^ MAUJV (30 Julai 2024). "SABAH-SARAWAK Link Road (SSLR) Fasa 2". www.maltimur.com.my (dalam bahasa Inggeris). Maltimur (Malaysia). Dicapai pada 30 Julai 2024. When completed, the SSLR will provide improved road connectivity, linking communities in Sarawak and Sabah without having to cross international borders.
  20. ^ Corporate News (19 Ogos 2024). "Sunmow JV makes winning bid for RM1.02bil Sarawak-Sabah Link Road package". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). Dicapai pada 28 Ogos 2024. In a filing with Bursa Malaysia, the group said the subsidiary had entered into a joint venture with Kemena Holding Sdn Bhd to bid for the said package on April 2, 2024, and subsequently received a letter of acceptance from the project's main contractor Maltimur Aktif Unggul JV Sdn Bhd on Aug 16, 2024.
  21. ^ BERNAMA (19 Ogos 2024). "Usaha sama Sunmow-Kemena raih kontrak Jalan Penghubung Sarawak-Sabah bernilai RM1 bilion". www.utusanborneo.com.my. Utusan Borneo (Malaysia). Dicapai pada 13 September 2024. Usaha sama antara anak syarikat milik penuh Sunmow Holdings Bhd (Sunmow), Sunmow Construction Sdn Bhd (SCSB) dan Kemena Holding Sdn Bhd (Kemena) memperoleh kontrak bernilai RM1.02 bilion bagi Fasa 2 projek Jalan Penghubung Sarawak-Sabah.
    Sunmow dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata projek itu berkaitan Pakej 4B (Bukit Pagon ke Long Luping) dan diperoleh melalui surat setuju terima (LoA) pada 16 Ogos daripada kontraktor utama projek berkenaan, Maltimur Aktif Unggul JV Sdn Bhd (MAUJV).
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  22. ^ BERNAMA (13 September 2024). "Pansar unit secures contract related to Sarawak-Sabah link road worth RM777.11 mln". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 14 September 2024. Pansar Bhd’s wholly owned subsidiary Perbena Emas Sdn Bhd has secured a project related to Package 4A (RH Aling to Bukit Pagon) of the Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Phase 2 project worth RM777.11 million.
    In a filing with Bursa Malaysia today, the company said Perbena has received a letter of acceptance today from Maltimur Aktif Unggul JV Sdn Bhd for the project.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]