Pergi ke kandungan

Bau, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 1°25′N 110°09′E / 1.417°N 110.150°E / 1.417; 110.150

Daerah Bau
StatusDaerah
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Wilayah Sarawak
BahagianKuching
BandarBandar Bau
SubdaerahN/A
Keluasan884.4 km²
Jumlah penduduk (2022) 209,838


Daerah Bau (Jawi: داءيره باو) merupakan sebuah daerah yang terletak dalam kawasan pentadbiran Bahagian Kuching bagi wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah Bau juga merupakan kawasan daerah yang mempunyai majoriti masyarakat berbangsa Bidayuh, selain terdapat juga sebahagian komuniti etnik Cina, etnik Iban, dan etnik Melayu di kawasan ini.

Daripada segi ekonomi, bandar Bau terkenal dengan perlombongan emas yang berkualiti di Malaysia.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Populasi penduduk

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan satu tinjauan terkini yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada tahun 2022, jumlah penduduk dalam kawasan daerah Bau adalah seramai 209,838 orang penduduk.

Mengikut pecahan penduduk sebenar, sebanyak 198,520 orang penduduk adalah wargenegara Malaysia, manakala hanya 11,318 orang penduduk sahaja yang merupakan wargenegara asing.

Masyarakat berbangsa Bidayuh mendahului jumlah populasi penduduk di Daerah Bau dengan jumlahnya sebanyak adalah 106,843 orang penduduk. Ini diikuti oleh masyarakat berbangsa Cina dengan sebanyak 37,880 orang penduduk. Masyarakat etnik Iban pula kini sebanyak 29,876 orang, manakala populasi masyarakat etnik Melayu adalah sebanyak 14,198 orang penduduk. Jumlah penduduk dari kalangan etnik-etnik lain adalah sebanyak 9,723 orang.

Jumlah populasi penduduk di Daerah Bau mengikut etnik pada tahun 2022
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 198,520 Bidayuh 106,843
2 Cina 37,880
3 Iban 29,876
4 Melayu 14,198
5 Orang Ulu 4,850
6 Melanau 1,682
7 Lain-lain etnik 3,191
8 Wargenegara asing 11,318 Indonesia 8,067
9 Singapura 1,836
10 Filipina 235
11 Lain-lain negara 1,180
Jumlah populasi penduduk di daerah Bau mengikut agama masing-masing pada tahun 2022
No. Kategori Jumlah (orang) Agama Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 198,520 Islam 14,631
2 Katolik Anglikan 22,178
3 Roman Katolik 91,610
4 Buddha 28,637
5 Taoisme 3,882
6 Hindu 1,290
7 Sikhisme 928
8 Katolik Adventisme 10,843
9 Bahaisme 3,950
10 Mazuisme 11,904
11 Lain-lain agama 8,667

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]