Bahagian Sri Aman
Bahagian Sri Aman | |
---|---|
Bandar utama | Bandar Simanggang |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | |
• Pegawai Residen | Mahra bin Salleh |
• Pengerusi MDSA | Anthony Abell anak Chendan |
• Pengerusi MDLA | Richard Ngumbang |
Keluasan | |
• Jumlah | 5,466.7 km2 (2,110.7 batu persegi) |
Penduduk (2023) | |
• Jumlah |
|
Awalan Plat Kenderaan | QB |
Bahagian Sri Aman ialah salah satu daripada 12 bahagian pentadbiran di Sarawak, Malaysia. Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sri Aman. Ia terdiri daripada dua daerah pentadbiran: Simanggang dan Lubok Antu.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kawasan Sri Aman pernah menjadi sebahagian daripada Bahagian Pertama di Sarawak yang meliputi Kuching. Sri Aman dahulunya dikenali sebagai Simanggang. Nama Sri Aman diambil bersempena peristiwa bersejarah Deklarasi Sri Aman yang merupakan suatu perjanjian keamanan di antara pihak kerajaan Sarawak dan pihak pengganas komunis. Perjanjian ini ditandatangani pada 21 Oktober 1973.
Bagi memperingati peristiwa tersebut, pada 19 Mac 1974 rumah rehat kerajaan yang dikenali sebagai Rumah Simanggang dinamakan semula sebagai Rumah Sri Aman. Rumah tersebut merupakan lokasi deklarasi ditandatangani.
Bahagian dan daerah Simanggang turut dinamakan semula sebagai Sri Aman. Penukaran nama ini dikuatkuasakan melalui SWK.L.N.42/80 of Part 11 of Sarawak Government Gazette di bawah tajuk Simanggang (Change of Name) Order 1980. [1]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Bahagian Sri Aman mencatatkan jumlah populasi penduduk etnik Iban yang paling tinggi. Ini kerana kebanyakan masyarakat etnik Iban masih mengamalkan amalan bercucuk tanam (pertanian), selain ada juga yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam wilayah, sektor keusahawanan, sektor pendidikan, dan sektor perniagaan komersial di Daerah Simanggang dan Daerah Lubok Antu.
Jumlah populasi penduduk di Bahagian Simanggang
No. | Daerah | Jumlah (orang) | Mukim bandar | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Daerah Simanggang | 133,452 | Bandar Simanggang | |
2 | Pantu | |||
3 | Lachau | |||
4 | Lingga | |||
5 | Daerah Lubok Antu | 46,337 | Pekan Lubok Antu | |
6 | Batang Ai | |||
7 | Engkilili |
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Sebagai kawasan pertanian yang terbesar di Sarawak, sumber ekonomi utama di bahagian ini adalah aktiviti pertanian. Terdapat juga aktiviti pelancongan seperti pelancongan eko dan pelancongan budaya yang penting untuk ekonomi tempatan.
Taman Negara
[sunting | sunting sumber]Di sini terdapat dua taman negara iaitu:
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "SEJARAH SRI AMAN". Pentadbiran Bahagian Sri Aman. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-16. Dicapai pada 9 September 2016.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.