Bahagian Kuching
Bahagian Kuching | |
---|---|
Koordinat: 1°25′00″N 110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°EKoordinat: 1°25′00″N 110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°E | |
Negara | Malaysia |
Wilayah | Sarawak |
Daerah | |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan |
|
• Pegawai Residen | Dayang Hajah Joanita Azizah binti Abang Haji Morshidi |
• Datuk Bandar DBKU | Tuan Haji Hilmy bin Haji Othman |
• Datuk Bandar MBKS | Dato' Wee Hong Seng |
Keluasan | |
• Jumlah | 4,559.5 km2 (1,760.4 batu persegi) |
Aras | 40 m (130 ft) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Nombor plat kenderaan | QK, QA |
Laman sesawang | kuching |
Bahagian Kuching ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di wilayah Sarawak, Malaysia. Ia memiliki keluasan sebanyak 4,559.5 kilometer persegi.[1]
Bahagian Kuching juga disebut sebagai "Bahagian Pertama" kerana ia merupakan pusat dan titik permulaan pembentukan wilayah Sarawak yang lebih moden dan kompleks. Secara rasmi, Bahagian Kuching dipecahkan kepada empat daerah, iaitu :
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Setiap daerah dan daerah kecil di Bahagian Kuching secara keseluruhan mempunyai empat daerah penting, iaitu Daerah Kuching, Daerah Padawan, Daerah Bau, dan Daerah Lundu. Terdapat juga sebuah daerah kecil dalam kawasan Daerah Lundu iaitu Daerah Kecil Sematan.
Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Sebelum ini, Daerah Kecil Siburan terletak di bawah Bahagian Kuching tetapi kini ia terletak di bawah seliaan sepenuhnya Daerah Serian.
Pada 1 Oktober 2015, merupakan hari bersejarah bagi Daerah Kecil Siburan kerana daerah kecil ini dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Kuching. Sehingga kini, Bahagian Kuching mempunyai sebanyak empat buah daerah sahaja.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Populasi penduduk
Jumlah populasi penduduk di Bahagian Kuching
No. | Daerah | Jumlah (orang) | Mukim bandar | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Daerah Kuching | 527,960 | Kuching Utara | 142,268 |
2 | Kuching Selatan | 278,756 | ||
3 | Kota Sentosa | 106,936 | ||
4 | Daerah Padawan | 301,301 | Batu Kawah | 187,028 |
5 | Kota Padawan | 102,296 | ||
6 | Batu Kitang | 11,977 | ||
7 | Daerah Bau | 52,643 | Opar | 14,678 |
8 | Bandar Bau | 27,620 | ||
9 | Siniawan | 10,345 | ||
10 | Daerah Lundu | 36,094 | Bandar Lundu | 27,709 |
11 | Sematan | 8,385 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pentadbiran Bahagian Kuching. Dicapai pada 22 Januari 2021.