Pergi ke kandungan

Daro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daro
دارو
Lokasi Daro دارو
Koordinat: 2°31′0″N 111°26′0″E / 2.51667°N 111.43333°E / 2.51667; 111.43333
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianMukah
PusatDaro
Keluasan
 • Jumlah1,226 km2 (473 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah37,900
 • Kepadatan31/km2 (80/batu persegi)
Laman sesawangmatu-darodc.sarawak.gov.my

Daro ialah sebuah daerah dan pekan di Bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Majoriti penduduk Daro yang berjumlah sekitar 25,000 orang terdiri daripada kaum Melanau.

Mengikut ceritanya nama Daro berasal dari "Dao Aro" yang bermaksud "Bagus Ke" menjadi singkatan Daro. Kini pekan Daro pesat membangun dengan terbinanya pasar-pasar baru dan beberapa buah hotel. Daro terdiri daripada beberapa buah kampung seperti kampung Saai, kampung Penipah, Kampung Sebako, Kampung Bruit, Kampung Nangar dan Kampung Semop. Bumi Daro yang luas membahagikan Daro kepada dua bahagian utama iaitu di bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dikenali sebagai Pulau Bruit. Kini Daro begitu pesat membangun dengan infrastruktur yang begitu mendadak pertumbuhannya. Pekerjaan utama penduduk di Daro ialah pertanian dan nelayan.

Penduduk Daro dikenali dengan sikap ramah mesra, bersopan, serta mengekalkan budaya hidup sekampung yang membawa maksud hidup sepakat. Di jeti Daro, replika ikan terubuk melambangkan ikan yang popular di Daro. Daro juga mempunyai sebuah sekolah yang unik di Malaysia yang di mana Sekolah Kebangsaan Camporan Daro mempunyai dua aliran pelajar iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Cina tetapi di bawah satu bumbung sekolah dan di bawah satu pentadbiran.

Senarai Sekolah Di Daro

[sunting | sunting sumber]

Sekolah rendah

[sunting | sunting sumber]

Sekolah menengah

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ "The Official Portal of the Sarawak Government". sarawak.gov.my. Dicapai pada 2022-12-27.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]