Daerah Kinabatangan
Daerah Kinabatangan كينباتاڠن | |
---|---|
Etimologi: Sungai Yang Panjang | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Sandakan |
Pusat pentadbiran | Pekan Kota Kinabatangan |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Kinabatangan |
• Pegawai Daerah | Arisin Aripin |
• MP | Bung Moktar Radin (BN-UMNO) |
Keluasan | |
• Jumlah | 6,605 km2 (2,550 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 143,112 |
• Kepadatan | 22/km2 (56/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Nombor plat | SS (1980-2018) SM (2018-) |
Laman sesawang | https://mdkinabatangan.sabah.gov.my/index.php] |
Kinabatangan ialah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Sandakan, TIMOR Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Kota Kinabatangan dan antara pekan lain termasuklah Sukau. Daerah ini merupakan daerah ketiga terbesar di Sabah selepas daerah Tongod dan Lahad Datu.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama Kinabatangan dipercayai berasal daripada perkataan suku kaum Sungai iaitu ‘Cina batangan’ yang bererti ‘sungai Cina’. Hal ini kerana berdasarkan sejarah Kinabatangan, seorang pengembara daripada kerabat Maharaja China yang bernama Ong Sung Peng telah memulakan pengembaraannya bermula dari Tanah besar China hingga ke Laut Sulu dan seterusnya tiba di kawasan kuala Sungai Kinabatangan pada kurun ke-16. Beliau kemudian telah membuka beberapa kawasan petempatan baru seperti Mumiang, Sukau dan Bilit (dipercayai berasal dari bahasa Cina). Walau bagaimanapun, kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah menukarkan nama tersebut kepada ‘Kinabatangan’ pada tahun 1881.[2]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Kinabatangan ditadbir Majlis Daerah Kinabatangan yang berpusat di Pekan Kota Kinabatangan. Daerah Kinabatangan terbahagi kepada enam mukim yang merangkumi 78 buah kampung;
Senarai Mukim
[sunting | sunting sumber]- Mukim Sukau
- Mukim Bukit Garam
- Mukim Paris
- Mukim Litang
- Mukim Batu Puteh
- Mukim Buang Sayang
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Kinabatangan terletak di sebelah pantai timur Sabah dalam Bahagian Sandakan. Daerah ini berkeluasan 6,605 kilometer persegi, bersempadan dengan empat buah daerah iaitu Daerah Sandakan di utara, Daerah Beluran di barat laut, Daerah Lahad Datu di selatan dan daerah Daerah Tongod di barat.
Bentuk topografi bahagian selatan dan tengah Kinabatangan terdiri daripada lembah sungai. Di bahagian utara, barat dan selatan merupakan kawasan daratan tinggi dan berbukit bukau. Di bahagian timur pula merupakan kawasan daratan rendah dan rata yang mempunyai hutan paya bakau dan nipah. Sungai Kinabatangan merupakan sungai yang terpanjang di Sabah dan kedua terpanjang di Malaysia dengan panjang 560 kilometer. Bukit Aruh merupakan titik tertinggi di daerah Kinabatangan dengan ketinggian 555 meter.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
2000 | 96,986 | — |
2010 | 146,987 | +51.6% |
2020 | 143,112 | −2.6% |
Sumber: [3] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kinabatangan ialah seramai 143,112 orang dengan kepadatan penduduk 22 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[4] Majoriti penduduk di daerah Kinabatangan merupakan Bumiputera termasuklah etnik Orang Sungai, Tidung, Suluk, Bajau, Idahan, Bugis, Kedayan, Dumpas, dan Melayu.[1]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 3,376 |
Bumiputera lain | 35,880 | |
Cina | 316 | |
India | 91 | |
Lain-lain | 3,095 | |
Bukan warganegara | - | 100,354 |
Jumlah | 143,112 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Di daerah Kinabatangan, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 91 peratus diikuti agama Kristian sebanyak lapan peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]
Orang Sungai di Daerah Kinabatangan
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah pecahan etnik-etnik Orang Sungai yang terdapat di Daerah Kinabatangan:
No | Etnik | Agama | Bahasa | Kampung |
1 | Buludupi (Ida'an) | Islam | Ida'anik | Abai, Bilit, Litang, Sentosa Jaya, Sukau dan Tomanggong |
2 | Dumpas | Islam | Paitanik | Bukit Garam |
3 | Mangkaak | Kristian dan Islam | Dusunik | Bukit Garam |
4 | Makiang | Islam | Paitanik | Bukit Garam dan Kuamut |
5 | Minokok | Islam dan Kristian | Dusunik | Bukit Garam |
6 | Rumanau | Islam | Paitanik | |
7 | Sebangan /Abai | Islam | Paitanik | Abai |
8 | Sukang | Islam | Dusunik | Batu Puteh, Bukit Garam dan Manggaris |
9 | Sugud | Islam | Paitanik | Bukit Garam dan Litang |
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Daerah Kinabatangan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 31 buah sekolah rendah, empat buah sekolah menengah, empat balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah dan lima buah klinik di sekitar daerah.
Jambatan Kinabatangan merupakan salah satu penghubung utama antara Bahagian Sandakan dan Bahagian Tawau
Tempat Menarik
[sunting | sunting sumber]Daerah Kinabatangan antara daerah yang terkenal dengan tempat - tempat menarik dan pelancongannya seperti
- Kinabatangan Wildlife Sanctuary
- Kinabatangan Jungle Camp
- Muzium Agop Batu Tulug
- Gua Batu Supu
Budaya
[sunting | sunting sumber]Orang Sungai di Kinabatangan terkenal dengan beberapa tarian tradisi seperti tarian Titikas, Karantikung, Mangalai Abai, Berunsai dan Gabang. Tarian ini akan dipersembahkan sewaktu Pesta Damas, pesta kebudayaan etnik Orang Sungai yang diadakan setiap tahun di Pekan Sukau. Antara makanan tradisional Orang Sungai di Kinabatangan termasuklah Maraang atau Arau, iaitu makanan berasaskan durian merah dan Tonsom, iaitu makanan seumpama pekasam.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
- ^ "MAJLIS DAERAH KINABATANGAN". mdkinabatangan.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-04-16.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.