Daerah Serian
Daerah Serian | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Serian |
Ditubuhkan | Februari 1955 |
Pusat pentadbiran | Bandar Serian |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Serian |
Penduduk | |
• Jumlah | 199,870 |
Poskod | 94700 |
Laman sesawang | mpp |
Daerah Serian ialah sebuah daerah dalam bahagian dengan nama yang sama di Sarawak, Malaysia. Daerah ini mempunyai penduduk seramai 199,870 orang (2023).[1] Pekan pentadbiran ialah Serian. Pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) ialah Majlis Daerah Serian.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Daerah Serian ditubuhkan pada Februari 1955, yang mana sebelum ini ia merupakan kawasan Sadong Atas (bahasa Inggeris: Upper Sadong ) iaitu sebahagian daripada Daerah Sadong.[2] Pegawai Daerah pertama ialah H. R. Harbow.[2]
Daerah Serian menjadi salah sebuah daerah dalam Bahagian Serian sejak 1 Ogos 2015.[2] Sebelum ini, Daerah Serian merupakan salah sebuah daerah dalam Bahagian Samarahan apabila bahagian tersebut diisytiharkan pada 1 Januari 1987.[2]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Populasi penduduk
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan satu tinjauan terkini yang dilakukan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada tahun 2022, jumlah populasi penduduk dalam kawasan daerah Serian adalah seramai 199,870 orang penduduk. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 128,997 orang penduduk adalah kebanyakan dari masyarakat etnik Bidayuh, sekaligus menjadikan etnik Bidayuh sebagai etnik majoriti di kawasan daerah Serian. Ini diikuti oleh masyarakat etnik Melayu dengan hanya sebanyak 22,061 orang penduduk. Jumlah populasi masyarakat etnik Iban pula adalah berjumlah 17,830 orang penduduk, manakala populasi penduduk dari kalangan etnik Cina adalah sebanyak 12,863 orang. Hanya sekitar 10,954 orang penduduk di Serian adalah berasal dari pelbagai etnik lain, manakala baki 7,165 orang penduduk adalah merupakan warganegara asing yang menetap secara sah di Serian.
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Etnik | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | 199,870 | Melayu | 22,061 |
2 | Bidayuh | 128,997 | ||
3 | Iban | 17,830 | ||
4 | Cina | 12,863 | ||
5 | Melanau | 3,764 | ||
6 | Orang Ulu | 4,318 | ||
7 | Lain-lain etnik | 2,872 |
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Negara | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Wargenegara Asing | 7,165 | Indonesia | 4,386 |
2 | Singapura | 1,258 | ||
3 | Brunei Darussalam | 594 | ||
4 | Lain-lain negara | 927 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2023, berdasarkan hasil tinjauan awam yang dilakukan oleh sebuah agensi kerajaan di bawah Kerajaan Sarawak, kawasan daerah Serian mencatatkan jumlah penduduk beragama Kristian yang sangat ramai, iaitu sebanyak 138,875 orang penduduk. Manakala jumlah populasi penduduk beragama Islam di Serian pula adalah sebanyak 26,137 orang. Sementara itu jumlah penduduk beragama Buddha hanya sebanyak 13,604 orang, manakala jumlah penduduk yang mengamalkan ajaran Taoisme pula adalah 7,939 orang. Baki 13,315 orang penduduk adalah dari kalangan masyarakat yang mengamalkan ajaran agama lain.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Jadual 1: Ringkasan perangkaan penting bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia, 2022" (PDF). www.statistics.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2023. Dicapai pada 14 Februari 2023. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d "Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian". serian.sarawak.gov.my. Dicapai pada 14 Februari 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi Majlis Daerah Serian
- Laman Pejabat Daerah Serian di laman web Pentadbiran Bahagian Serian
Koordinat: 1°10′15″N 110°33′59″E / 1.170762°N 110.566426°E