Bahagian Tawau
Bahagian Tawau | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Pusat pentadbiran | Bandar Tawau |
Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Tawau Majlis Daerah Lahad Datu Majlis Daerah Semporna Majlis Daerah Kunak |
Keluasan | |
• Jumlah | 14,905 km2 (5,755 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 819,955 |
• Kepadatan | 55/km2 (140/batu persegi) |
Bahagian Tawau adalah salah satu daripada lima bahagian pentadbiran di Sabah. Ia meliputi sejumlah 14,905 kilometer persegi atau 20% daripada wilayah Sabah. Bandar-bandar utama di Bahagian ini termasuklah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Bahagian Tawau memilki 26% daripada jumlah penduduk di Sabah dengan suku kaum yang terdiri daripada suku pribumi Bajau, Suluk, Ida'an, Tidong, Melayu Cocos, Jawa, Bugis, Murut dan Lundayeh serta Kaum Cina dan juga sejumlah besar Warga Asing dari Filipina dan Indonesia.
Sumber Pendapatan dan Kemudahan Awam
[sunting | sunting sumber]Pelabuhan Tawau adalah pelabuhan yang ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Pelabuhan tersebut berfungsi sebagai pusat eksport utama produk pembalakan dan agrikultur. Terdapat dua lapangan terbang domestik di Bahagian Tawau iaitu Tawau dan satu lagi berada di Lahad Datu.Tawau juga merupakan salah satu perhentian pelancong asing sebelum pergi ke pulau-pulau yang ada di sekitarnya.Ini disebabkan, Tawau mempunyai lapangan terbang yang paling dekat berbanding Lahad Datu.
Daerah
[sunting | sunting sumber]Antara Daerah yang terletak di Bahagian Tawau ialah
- Daerah Kalabakan, pekan Kalabakan
- Daerah Kunak
- Daerah Lahad Datu
- Daerah Semporna
- Daerah Tawau
- Daerah Kecil Pulau Bum Bum (2018)
- Daerah Kecil Tungku
Ahli Parlimen (Dewan Rakyat)
[sunting | sunting sumber]Parlimen | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|
P188 Lahad Datu | Dato' Hj Mohammad Yusof Apdal | WARISAN |
P189 Semprona | Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal | WARISAN |
P190 Tawau | Tuan Lo Su Fui | GRS (PBS) |
P191 Kalabakan | Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy | BN (UMNO) |
Tempat Menarik
[sunting | sunting sumber]Bahagian Tawau juga terkenal dengan beberapa tempat yang menarik seperti
- Taman Sipadan, Semporna
- Taman Tun Sakaran , Semporna
- Lembah Danum , Lahad Datu
- Tabin , Lahad Datu
- Taman Bukit Tawau, Tawau
- Gua Madai , Kunak
- Pantai Highway Tawau