Bahagian Sarikei
Sarikei ساريكي | |
---|---|
Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Sarikei (MDS), Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) (Meradong and Julau), Majlis Daerah Pakan (MDP) |
Keluasan | |
• Jumlah | 4,332.4 km2 (1,672.7 batu persegi) |
Penduduk (2010[1]) | |
• Jumlah | 116,290 |
• Kepadatan | 27/km2 (70/batu persegi) |
Residen | Michael Dawi Alli |
Awalan plet lesen | QR |
Bahagian Sarikei adalah salah satu daripada 12 bahagian di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan salah satu bahagian di Bahagian Ketiga dahulu, di mana ia mengandungi Sibu dan Kapit. Bahagian Sarikei mengandungi jumlah kawasan seluas 4,332.4 kilometer persegi, dan merupakan bahagian pentadbiran kedua terkecil di Sarawak.
Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sarikei. Ia mengandungi empat daerah pentadbiran: Sarikei, Meradong, Julau dan Pakan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah awal Sarikei (merujuk kepada Bandar Sarikei kini) dapat dikesan seawal kurun ke-19. Catatan sejarah menunjukkan James Brooke pernah mengunjungi Sarikei pada 30 April 1845.
Penentangan terhadap James Brooke membawa kepada peristiwa pembakaran Sarikei pada 4 Januari 1856 dan tindakan balas oleh Charles Brooke ke atas Julau pada 19 Jun 1856. Catatan-catatan sejarah ini menunjukkan kewujudan awal Sarikei.
Bahagian Sarikei ditubuhkan pada 2 April 1973 sebagai bahagian ke-6 dalam negeri Sarawak melalui Sarawak Gazette Swk. L.N 26 bertarikh 15 Mac 1973. Bahagian Sarikei pada awal penubuhannnya mempunyai keluasan 6969 km². Ianya merupakan gabungan daerah-daerah Sarikei, Meradong, Julau , Matu dan Daro.
Selepas pembentukan Bahagian Mukah dan Bahagian Betong, Bahagian Sarikei mengalami kesan secara langsung terutama dari segi luas kawasan. Keseluruhan jumlah kawasan terkini di bawah Bahagian Sarikei adalah 4332.35 km² yang merupakan 1.31 % daripada jumlah keseluruhan negeri Sarawak iaitu 124,449 km². Bahagian Sarikei merupakan bahagian yang kedua terkecil selepas bahagian Betong (4,180 km² atau 1.27% daripada keluasan negeri Sarawak). Pusat pentadbiran dan komersil adalah Bandar Sarikei yang juga dikenali dengan nama Bandar Nanas.
Penubuhan Bahagian Sarikei adalah didorong oleh faktor-faktor keselamatan. Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan di dalam artikelnya; Sarawak's Unique Administrative Identity : Establishment of Divisional, District & Sub-District Machinery for Enhancing Development Administration bahawa penubuhan Bahagian Sarikei (dahulunya dikenali sebagai Bahagian ke-6) ini adalah atas sebab-sebab keselamatan berikutan pemberontakan komunis pada masa itu. Dengan penubuhan Bahagian Sarikei, aspek kawalan keselamatan dapat difokuskan dan memudahkan urusan pemantauan ke kawasan terbabit.[2]
Senarai mantan Residen
[sunting | sunting sumber]- En. Chin Ting Ming
- Datuk Wan Hashim Bin Tuanku Taha
- Tuan Hj Adenan B Hj Aman
- Tuan Hj Mohd Iskandar B Abdullah
- En.Noel Hudson Laga
- En.Patrick Rigep Nuek
- En.Nilie Tangai
- En.Jolhi B Hj Saar
- Tuan Hj Mohd Atei Abang Medaan
- En.Liaw Soon Eng
- En.Sim Nyuk Foh
- En.Isaka Kana
Demografi
[sunting | sunting sumber]Jumlah populasi ialah adalah 115, 529 [3] dan majoriti terdiri daripada masyarakat Iban, Melanau, Melayu, dan Cina. Kebanyakan mereka tinggal di bandar Sarikei.
Daerah Pentadbiran | Jumlah Populasi |
Melayu | Iban | Bidayuh | Melanau | Bumiputera lain |
Cina | India | Lain-lain | Bukan Warganegara |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sarikei | 56,228 | 9,192 | 18,559 | 456 | 3,933 | 594 | 21,772 | 116 | 370 | 1,236 |
Meradong | 28,713 | 4,450 | 12,322 | 217 | 1,489 | 282 | 8,731 | 93 | 92 | 1,037 |
Julau | 15,449 | 245 | 14,504 | 59 | 60 | 94 | 435 | 7 | 12 | 30 |
Pakan | 15,139 | 125 | 14,423 | 26 | 39 | 136 | 289 | 13 | 35 | 53 |
Jumlah Bahagian Sarikei |
115, 529 | 14,012 | 59,808 | 758 | 5,521 | 1,106 | 31,227 | 229 | 509 | 2,356 |
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama di bahagian ini. Bahagian Sarikei menghasilkan lada hitam yang banyak berbanding dengan bahagian yang lain di Sarawak. Tempat ini juga popular dengan buah-buahannya, terutamanya nanas dan oren. Industri pembalakan juga merupakan komponen utama kepada ekonomi tempatan.
Pentadbiran politik
[sunting | sunting sumber]Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]Parlimen | Ahli Parlimen |
---|---|
P206 Tanjung Manis | YB Ir. Yusuf Abd Wahab |
P208 Sarikei | YB Dato Sri Huang Tiong Sii |
P209 Julau | YB Larry Sng Wei Shien |
Ahli Dewan Undangan Negeri
[sunting | sunting sumber]DUN | ADUN |
---|---|
N41 Kuala Rajang | YB Datuk Len Latif Salleh |
N42 Semop | YB Datuk Abdullah Saidol |
N45 Repok | YB Dato Sri Huang Tiong Sii |
N46 Meradong | YB Datuk Ding Kuong Hiing |
N47 Pakan | YB Tan Sri William Mawan ak Ikom |
N48 Meluan | YB Rolland Duat ak Jubin |
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Bandar Sarikei merupakan pusat pentadbiran bahagian dan boleh dihubungi melalui pengangkutan darat, air dan udara melalui Lapangan Terbang Sibu.
Pengangkutan awam
[sunting | sunting sumber]Dari | Ke | Jenis Pengangkutan | Masa |
---|---|---|---|
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching | Lapangan Terbang Sibu | Kapal Terbang | 35-40 minit |
Lapangan Terbang Sibu | Sarikei | Bas/Teksi (dari pusat bandar Sibu) | 64km/1 jam |
Terminal Ekspress Bintawa, Kuching | Terminal 1, Sarikei | Bot ekspres | 3 jam 30 minit |
Kuching Sentral | Terminal Bas Ekspress Sarikei | Bot ekspres | 360km/6 jam |
Pengangkutan persendirian
[sunting | sunting sumber]Anda juga boleh memandu dari Kuching ke Sarikei (360km/6 jam) atau dari Sibu ke Sarikei (64km/1 jam).
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-08. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Sejarah Bahagian Sarikei". Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2014-07-12.
- ^ "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, daerah kecil dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2014-01-01.
- ^ "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, daerah kecil dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2014-01-01.
- ^ "Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-12. Dicapai pada 2014-07-12.
- ^ https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Logo_mds.png