Hasan Bahrom
Datuk Dr. Hasan Bahrom DMSM (Melaka); PhD | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Amanah | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Azalina Othman Said |
Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tampin, Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Shaziman Abu Mansor |
Digantikan oleh | Mohd Isam Mohd Isa |
Majoriti | 1,002 (PRU-14) |
Canselor Kolej Universiti Islam Melaka | |
Dalam jawatan 1 September 2018 – 2020 | |
Didahului oleh | Mohd Ali Rustam |
Digantikan oleh | Mohd Ali Rustam |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Gemas, Negeri Sembilan | 10 April 1956
Parti politik | Parti Amanah Negara |
Kediaman | Sungai Udang, Melaka |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (Ijazah Sarjana Muda & Ijazah Sarjana) Universiti Malaya (Ijazah Doktor Falsafah) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Ahli Akademik Peguam Syariah |
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau ialah Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Amanah yang merupakan sebuah Yayasan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Selangor (UNISEL). Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tampin daripada PH-AMANAH selama sepenggal (2018-2022).
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang syariah dan politik. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Sarjana Muda Syariah. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana di Universiti Malaya dan memperoleh Sarjana Politik, sebelum memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam Siasah Syariah di universiti yang sama. Beliau juga mempunyai Sijil Amalan Guaman Syarie daripada Jabatan Agama Islam Melaka.
Pengalaman bekerja
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan biodata beliau
- Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) kini Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Pernah berkhidmat sebagai pegawai agama kanan tentera
- Koordinator Pusat Pendidikan Islam ITM Melaka
- Mendapat gelaran Profesor Madya ketika berkhidmat di UiTM
- Pengarah Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ),UiTM
- Felo Penyelidik IKaZ, UiTM
Penglibatan dalam pertubuhan sosial
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan biodata beliau
- Presiden Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM
- Presiden Ikatan Studi Islam, UKM
- EXCO Agama Komsis A, UKM
- Ketua Biro Dakwah Angkatan Belia Islam Malaysia Melaka
- EXCO Gabungan Majlis Negeri Melaka
- AJK Wadah Pencerdasan Umah (WADAH) Melaka
Politik
[sunting | sunting sumber]Hasan Baharom memulakan kerjaya politiknya pada tahun 2016. Beliau mengetuai lima tokoh akademik dan beliau menyertai Parti Amanah Negara. Lima tokoh akademik yang lain ialah bekas pensyarah UTM,Prof Madya Dr Ali Rahman, Prof Madya Dr Sulaiman Mohd Nor dan Prof Madya Hamidon Musa; bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Prof Madya Dr. Zaki Latiff; dan bekas pegawai tadbir diplomatik (PTD) Yusop Hasan. Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung AMANAH ketika itu Mohd Anuar Mohd Tahir[1].
Beliau bertanding di parlimen Tampin dan menang dengan majoriti 1,002 undi mengalahkan penyandang kerusi ini sejak Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 (PRU-10) Shaziman Abu Mansor dari parti BN-UMNO.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0