Izham Hashim
Yang Berhormat Dato' Ir. Izham Hashim | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Menteri Besar | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() |
Portfolio | Infrastruktur dan Pertanian |
Ahli Dewan Negeri Selangor bagi Pandan Indah | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | ![]() |
Majoriti | 10,591 (PRU-15) 16,386 (PRU-14) |
Bendahari Agung AMANAH | |
Menyandang jawatan 2019 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Pengerusi AMANAH Selangor | |
Menyandang jawatan 2015 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Timbalan Pengerusi | Azli Yusof (2019-kini) Saari Sungib (2015-2019) |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() |
Tempat belajar | University of Newcastle Upon Tyne Universiti Malaya |
Pekerjaan | Jurutera Bertauliah, Ahli Politik |
Yang Berhormat Dato' Ir. Izham bin Hashim ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor dan ADUN Pandan Indah. Di peringkat parti beliau merupakan Bendahari Agung AMANAH, Pengerusi AMANAH Selangor dan Ketua AMANAH Kawasan Pandan.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau memperoleh Bachelor Degree (Hons) Civil Engineering daripada University New Castle Upon Tyne, United Kingdom.
Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Malaya.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Ir Izham Hashim merupakan ADUN N21 Pandan Indah. Beliau bertanding di DUN itu dan menewaskan penyandang DUN dari PAS yang menyandang selama 2 penggal, Iskandar Abdul Samad dan seorang calon BN-UMNO. Beliau dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani kerajaan negeri Selangor. Beliau adalah antara ADUN AMANAH yang menjadi exco. Yang lain adalah Dr Siti Mariah Mahmud dari DUN Seri Serdang.
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | Pandan Indah | Izham Hashim | PH (AMANAH) | 27,878 | Fazil Mohamad Dali | PN (BERSATU) | 17,287 | 10,591 |
Lisa Redzuan | MUDA | 1,166 | ||||||
Sivaneswaran Ramasundram | BEBAS (PEN) | 171 |
Tahun | Kerusi | Undi | % | Opponent(s) | Undi | % | Jumlah undi | Majoriti | % unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N21 Pandan Indah, P100 Pandan | Izham Hashim (AMANAH) | 24,914 | 60.83% | Mohd Haniff Koslan (UMNO) | 8,528 | 20.82% | 41,331 | 16,386 | 84.20% | ||
Iskandar Abdul Samad (PAS) | 7,517 | 18.35% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Darjah Kebesaran
[sunting | sunting sumber]Selangor :
Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Dato' (2024) [3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ https://www.buletintv3.my/nasional/hari-keputeraan-sultan-selangor-wan-ahmad-dahlan-dahului-94-penerima-darjah-bintang-kebesaran/