Daerah Kulim
Daerah Kulim | |
---|---|
Daerah Kulim | |
Transkripsi lain-lain | |
• Jawi | كوليم |
• Cina | 居林县 |
• Tamil | கூலிம் |
Koordinat: 5°20′N 100°35′E / 5.333°N 100.583°EKoordinat: 5°20′N 100°35′E / 5.333°N 100.583°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Pusat | Kulim |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kulim Pihak Berkuasa Tempatan Perindustrian Hi-Tech Kulim |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Abdul Bari bin Abdullah [1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 767 km2 (296 batu persegi) |
Penduduk (2010)[3] | |
• Jumlah | 281,260 |
• Kepadatan | 370/km2 (950/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Poskod | 09xxx |
Kod panggilan | +6-04 |
Nombor plat kenderaan | K |
Kulim merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Kulim.
Asal usul nama
[sunting | sunting sumber]Nama Kulim diambil sempena pokok kulim atau nama saintifiknya Scorocarpus borneensis yang tumbuh merata di sekitar daerah Kulim.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kulim dipercayai telah didiami sejak pertengahan abad ke-18 iaitu seramai 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Patani. Kumpulan penduduk terawal yang membuka daerah Kulim terdiri daripada bekas pelombong dari kawasan Larut, Matang dan Selama, Perak yang melarikan diri daripada terlibat dengan pergaduhan yang sering terjadi antara kumpulan pelombong di sana.
Mereka dipercayai telah merentas laluan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang yang terkenal sebagai sebuah pelabuhan yang sibuk ketika itu bagi mencari penempatan baru. Ketika melalui kawasan Kulim, mereka menemui hasil bijih timah di dalam tanah dan sungai lalu membuka sebuah perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah.
Antara mercu tanda bersejarah di daerah Kulim ialah Jam Merdeka Kulim yang mula dibina pada 14 Jun 1957 dan dirasmikan oleh Sultan Badlishah, Sultan Kedah pada 15 September 1957.[4]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Kulim bersempadan dengan daerah Kuala Muda, daerah Baling, daerah Bandar Baharu, daerah Larut, Matang dan Selama di Perak, daerah Seberang Perai Utara, daerah Seberang Perai Tengah dan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
Mukim
[sunting | sunting sumber]Daerah Kulim dibahagikan kepada 15 buah mukim yang ditadbir oleh seorang penghulu.
Bil | Nama | Populasi (2010)[5] | Keluasan (km²)[6] |
---|---|---|---|
1 | Bagan Sena | 6,733 | 60.54 |
2 | Junjong | 4,665 | 33.6 |
3 | Karangan | 9,019 | 65.04 |
4 | Keladi | 32,044 | 10.15 |
5 | Kulim | 63,207 | 53.35 |
6 | Lunas | 26,681 | 18.11 |
7 | Mahang | 2,835 | 116.3 |
8 | Naga Lilit | 23,103 | 30.37 |
9 | Padang China | 28,114 | 48.97 |
10 | Padang Meha | 9,450 | 58.15 |
11 | Sedim | 3,415 | 47.1 |
12 | Sidam Kanan | 24,482 | 37.6 |
13 | Sungai Seluang | 32,623 | 22.57 |
14 | Sungai Ular | 10,914 | 61.51 |
15 | Terap | 3,975 | 100.2 |
Demografi
[sunting | sunting sumber]Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kulim ialah seramai 281,260 orang dengan kepadatan penduduk 367 orang perkilometer persegi. Terdapat sebanyak 63,942 isi rumah dengan 75,067 tempat kediaman. Penduduk paling ramai berbangsa Melayu iaitu seramai 168,597 orang.[5]
Warganegara | Kaum | Bilangan |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Melayu | 168,597 |
Bumiputera lain | 557 | |
Cina | 46,208 | |
India | 49,830 | |
Lain-lain | 710 | |
Bukan warganegara | tiada data | 15,358 |
Kumpulan umur | Bilangan |
---|---|
70 tahun dan ke atas | 7,601 |
60 hingga 69 tahun | 10,942 |
50 hingga 59 tahun | 22,732 |
40 hingga 49 tahun | 34,738 |
30 hingga 39 tahun | 43,022 |
20 hingga 29 tahun | 47,716 |
10 hingga 19 tahun | 59,141 |
9 tahun dan ke bawah | 55,368 |
Jantina | Bilangan |
---|---|
Lelaki | 146,510 |
Perempuan | 134,750 |
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Jalan Raya
[sunting | sunting sumber]Kulim juga mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Butterworth-Kulim menghubungkan Kulim dengan Pulau Pinang di utara dan bandar-bandar di sekitarnya. Terdapat dua susur keluar ke Kulim melalui Lunas atau Kubang Semang.
Bas
[sunting | sunting sumber]Kulim mempunyai stesen bas yang agak besar dan selesa iaitu Stesen Bas Kulim. Stesen Bas Kulim mempunyai dua terminal, terminal domestik dan terminal antarabandar.
Kawasan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua kawasan pilihan raya di daerah Kulim iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Kedah. Kawasan persekutuan diwakili oleh Padang Serai (kawasan persekutuan) dan Kulim-Bandar Baharu (kawasan persekutuan) manakala kawasan negeri diwakili oleh Merbau Pulas (kawasan negeri), Lunas (kawasan negeri) dan Kulim (kawasan negeri).
Parlimen | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|
Padang Serai | Azman Nasrudin | PN-BERSATU |
Kulim-Bandar Baharu | Roslan Hashim | PN-BERSATU |
Dewan Undangan Negeri | Ahli Dewan Undangan Negeri | Parti |
---|---|---|
Merbau Pulas | Siti Aishah Ghazali | PN-PAS |
Lunas | Azman Nasrudin | PN-BERSATU |
Kulim | Yeo Keng Chuan | PH-PKR |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Perutusan Ketua Jabatan". Dicapai pada 2022-01-09.
- ^ "Kulim, district in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-09.
- ^ "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Dicapai pada 2022-01-09.
- ^ a b "Latar Belakang Daerah Kulim". Dicapai pada 2022-01-09.
- ^ a b "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Dicapai pada 2022-01-09.
- ^ "Kulim, district in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-09.