Pergi ke kandungan

Anjing Billy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Billy
Anjing pemburu Poitou, tahun 1915
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 60–70 cm (24–28 in)
Betina 58–62 cm (23–24 in)
Bulu Pendek
Kasar kepada sentuhan
Warna Putih atau putih pudar; mungkin ada tompok atau mantel jingga atau lemon
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Billy atau billy (Sebutan bahasa Melayu: [biji~bili])[a] ialah satu baka anjing pemburu bau besar yang berasal dari Perancis barat tengah.

Anjing Billy boleh berwarna putih tulen, putih pudar, atau kelabu, dengan sedikit tompok jingga atau kuning lemon yang terpapar pada kepala dan tubuh. Lapis bulunya pendek, licin, dan agak kasar kepada sentuhan. Beratnya berukuran 72–104 lb (33–47 kg) (maksimum 47 kg (104 lb)) dan tingginya berukuran 60–70 cm (24–28 in) pada paras bahu untuk jantan dan 58–62 cm (23–24 in) untuk betina.

Piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) menyarankan bahawa anjing ini patut bercongklang dengan mudah dalam pergerakannya. Piawaian untuk baka ini diasaskan pada tahun 1885.[1][2]

Anjing Billy tidak sesuai untuk rumah kecil kerana memerlukan banyak senaman dan susah dikekang serta amat pantas.

Sejarah dan kegunaan

[sunting | sunting sumber]

Anjing Billy dibiakbakakan oleh Monsieur Gaston Hublot de Rivault Taco pada abad ke-19, dan dinamai sempena rumah beliau, Château de Billy, di Poitou. Baka ini dihasilkan dengan menggabungkan tiga strain asli anjing pemburu Poitou: anjing Montembœuf, anjing Céris, anjing Larrye. Sementara anjing pemburu Poitou ekstan lebih hampir menyerupai susur galur asli triwarna Larrye, de Rivault lebih tertarik kepada warna-warna lebih pudar yang dikaitkan dengan susur-susur galur Montembœuf dan Céris dan pewarnaan merupakan faktor kunci dalam pemilihan ternakan pembiakbakaan.[3] Kawanannya disuraikan pada tahun 1927 dan baka ini hampir menghadapi kepupusan apabila hanya dua ekor anjing pemburu terselamat dalam Perang Dunia Kedua;[4] walau bagaimanapun, anak kepada de Rivault, iaitu Anthony, berusaha untuk menghidupkan baka ini semula melalui penggunaan cermat anjing pemburu Poitou, anjing pemburu porselin, dan harrier.[5]

Anjing Billy menjadi salah satu baka pengasas yang digunakan dalam perkembangan anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis pada hujung abad ke-19.

Kini, anjing Billy kekal sebagai baka jarang, walaupun terdapat beberapa kawanan di negeri asalnya Perancis yang digunakan untuk memburu rusa roe dan babi hutan.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ بييي; بييي; Perancis: billy
  1. ^ "Standard FCI N° 25 BILLY" [Piawaian FCI No. 25 Anjing Billy] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Dikemaskinikan oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 24 April 1997. Dicapai pada 19 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  2. ^ "FCI-Standard N° 25 BILLY" [Piawaian FCI No. 25 Anjing Billy] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Kincaid, Ingeborg. Dikemaskinikan oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 24 April 1997. Dicapai pada 19 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 94. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.
  4. ^ Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 196. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
  5. ^ Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 94–95. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.
  6. ^ Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 95. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]