Anjing Valdueza
![]() | |||||||||||||||||||
Nama lain |
| ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Catatan | diiktiraf dalam perundangan kebangsaan Sepanyol[2] | ||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Valdueza[a] atau perro montero valdueza ialah satu baka pack-hound besar moden Sepanyol. Ia terhasil daripada pembiakbakaan terpilih, terutamanya podenco Andalusia besar berbulu kasar dengan contoh ringan mastif Extremadura;[3] sesetengah darah grifon Vendée kemudian ditambahkan.[3][4] Pembiakbakaan bermula pada tahun 1940-an; pada tahun 2020, anjing Valdueza diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan Sepanyol dan ditambahkan ke dalam senarai baka peribumi Sepanyol.[2][3][5] Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembiakbakaan anjing Valdueza dimulakan pada tahun 1940-an oleh Alfonso Alvarez de Toledo dan Cabeza de Vaca, Marqués Valdueza yang kesebelas, dan diteruskan selepas kematian beliau oleh anak lelaki beliau Alonso Alvarez de Toledo dan Urquijo, marqués kedua belas.[6] Matlamatnya sentiasa untuk mewujudkan baka pack-hound yang sesuai untuk perburuan di rupa bumi bergunung-ganang, khusunya di Montes de Toledo, Sierra Extremadura, dan Sierra Morena.[6][7] Untuk tujuan ini, anjing besar berbulu kasar daripada baka podenco Andalusia dibiakbakakan secara bersilang dengan contoh-contoh ringan mastif Extremadura;[3] Sedikit darah grifon Vendée kemudian ditambahkan oleh Alonso Álvarez de Toledo.[3][4]
Pada tahun 2014, perro montero valdueza disenaraikan sesama Grupos Étnicos dalam Real Sociedad Canina de España sebagai langkah awal untuk pengiktirafan penuh sebagai baka.[3][8] Pada tahun 2020, ia diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan Sepanyol dan ditambahkan ke dalam senarai baka peribumi beriktiraf Sepanyol.[2][3][5]
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Valdueza |
- ^ a b "PATRÓN RACIAL DEL VALDUEZA" [PIAWAIAN BAKA ANJING VALDUEZA] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 Ogos 2022. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ a b c Cañete, Miguel Arias (14 Jun 2001). "Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.] (PDF). Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (142).
- ^ a b c d e f g "Reconocida oficialmente la raza pura canina española Valdueza" [Baka anjing tulen Sepanyol anjing Valdueza diiktiraf secara rasmi] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Real Federación Española de Asociaciones de Ganado Selecto. 28 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2022. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ a b Lázaro, Jaime (12 Januari 2017). "La rehala de los perros 'grandes de España'" [Kawanan ternakan anjing 'besar Sepanyol'] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: El Mundo. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ a b Planas Pulgades, Luis (27 Julai 2020). "8582: Orden APA/698/2020, de 21 de julio, por la que se actualiza el Anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura, y se modifica el Anexo I del Real Decreto 45/2019, de 8 de febrero, por el que se establecen las normas zootécnicas aplicables a los animales reproductores de raza pura, porcinos reproductores híbridos y su material reproductivo, se actualiza el Programa nacional de conservación, mejora y fomento de las razas ganaderas, y se modifican los Reales Decretos 558/2001, de 25 de mayo; 1316/1992, de 30 de octubre; 1438/1992, de 27 de noviembre; y 1625/2011, de 14 de noviembre" [8582: Perintah APA/698/2020, pada 21 Julai, yang mengatur Lampiran Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen, dan mengubah Lampiran I Dekri Diraja 45/2019, pada 8 Februari, yang mengasaskan piawaian zooteknik yang terpakai untuk haiwan pembaka baka tulen, babi pembaka hibrid, dan bahan pembiakannya, mengemaskinikan Progam pemuliharaan kebangsaan, penambahbaikan, dan penggalakan baka ternakan, dan mengubah Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei; Dekri Diraja 1316/1992, pada 30 Oktober; Dekri Diraja 1438/1992, pada 27 November; dan Dekri Diraja 1625/2011, pada 14 November.] (PDF). Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (20): 58046–58047.
- ^ a b Rosado, Benjamín G. (26 Oktober 2020). "Valdueza, así es la nueva raza de perros española" [Anjing Valdueza, inilah baka anjing baharu Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Expansión. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2020. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ "VALDUEZA: Raza Canina Española" [ANJING VALDUEZA: Baka Anjing Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2022. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ "Grupos Étnicos Caninos" [Kelompok Etnik Anjing] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2014. Dicapai pada 31 Mac 2024.