Podengo Portugis
Nama lain | Anjing pemburu sarang arnab Portugis | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Portugal | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Podengo Portugis atau anjing pemburu sarang arnab Portugis[a] ialah satu baka anjing pemburu (penglihatan dan bau) dari Portugal. Sebagai baka, podengo terbahagi kepada tiga kategori saiz yang tidak dibiakbakakan secara bersilang: kecil, sederhana dan besar. Lapis bulunya sama ada pendek atau 'licin', atau panjang atau 'dawai'. Ragam berbulu licin adalah tradisional, sementara ragam berbulu dawai ialah hasil asimilasi beberapa baka lain semasa abad ke-20. Pada amnya, baka ini adalah sihat; ragam kecil mempunyai purata jangka hayat sepanjang hampir-hampir 15–17 tahun.
Semua jenis podengo merupakan anjing tahan lasak, cerdas, dan bersemangat yang cemerlang dalam ketangkasan dan sebagai pendamping. Podengo, yang setia dan berani, juga sesuai sebagai anjing penjaga rumah dan sudi menerima pelatihan daripada orang berpengalaman anjing dan daripada orang yang menikmati tingkah laku anjing primitif (tidak terbentuk, "kurang bela jinak").
Sebagai anjing pemburu yang cekap, podengo mempunyai kesemendaan untuk buruan tanpa mengira saiz. Biasanya, anjing ini berburu dalam kawanan dengan pengendalinya yang ikut serta. Apabila buruan ditemukan, ia membunuh dan mengutip buruan itu, atau menggarah buruan itu ke arah pemburu untuk ditembak. Setiap kategori saiz secara tradisionalnya memburu buruan yang sesuai dengan saiz dan perangai masing-masing; kecil untuk arnab; sederhana untuk arnab juga dan babi hutan; dan besar untuk rusa dan babi hutan juga.
Perihal
[sunting | sunting sumber]Podengo Portugis dibiakbakakan dalam tiga keragaman saiz: yang besar, yang sederhana, dan yang kecil.[1][2] Menurut piawaian baka Clube Português de Canicultura, yang besar berdiri setinggi 55–70 sentimeter (22–28 in) pada paras kelasa dan dewasa sihat berukuran seberat 20–30 kilogram (44–66 lb); yang sederhana berdiri setinggi 40–54 sentimeter (16–21 in) pada paras kelasa dan dewasa sihat berukuran seberat 16–20 kilogram (35–44 lb); dan yang kecil pula berdiri setinggi 20–30 sentimeter (7.9–11.8 in) pada paras kelasa dan dewasa sihat berukuran seberat 4–6 kilogram (8.8–13.2 lb).[3]
Maklumat umum
[sunting | sunting sumber]Anjing besar dikembangkan untuk pemburuan rusa dan babi hutan. Ia meletihkan dan menahan mangsa dan menunggu senapang sang pemburu. Yang besar kini sangat jarang di tanah airnya.[perlu rujukan]
Anjing sederhana pula dikembangkan untuk pengejaran, penggarahan, pemburuan, dan pengutipan arnab. Gaya perburuannya termasuk hendap mirip kucing dan, serupa dengan anjing pemburu Ibiza, ia kerap melompat di atas paras mangsanya sebelum mendarat di atas mangsanya atau dekat dengan mangsanya untuk menggarah mangsanya dari semak tebal, celahahan batu, atau korok. Ia menggali, jika perlu, untuk menggarah mangsa.[4]
Anjing kecil juga dikembangkan untuk penggarahan arnab dari kawasan tertutup. Ia juga pemburu tikus bagus.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: ڤوديڠݢو ڤورتوݢيس ; Portugis: podengo português ; bahasa Inggeris: Portuguese podengo; Portuguese warren hound
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 29–30, 199–200. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ Hamilton, Ferelith; Jones, Arthur Frederick (1971). The World Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Dunia tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Galahad Books. m/s. 384. ISBN 9780883653029. OCLC 1693894.
- ^ "Podengo Português" [Podengo Portugis]. Clube Português de Canicultura (dalam bahasa Inggeris). 4 November 2008. Dicapai pada 1 Januari 2024.
- ^ "Pondengo Portugueso" [Podengo Portugis] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2013. Dicapai pada 1 Januari 2024.
- Alderton, David (1987). The Dog: The Most Complete, Illustrated, Practical Guide to Dogs and Their World [Anjing: Panduan Amali Berilustrasi Paling Lengkap untuk Anjing dan Dunianya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: New Burlington Books. ISBN 9780948872136. OCLC 16631237.
- Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 20–22. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.
- Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 82–83. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
- Hancock, David (1 Disember 2012). Sighthounds: Their Form, Their Function and Their Future [Anjing Pemburu Penglihatan: Bentuknya, Fungsinya, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 131–133. ISBN 9781847973924. OCLC 794816555.
- Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780793812844. OCLC 32596861.