Pergi ke kandungan

Anjing pemburu triwarna Serbia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu triwarna Serbia
Negara asalSerbia
Trait
Berat 20–25 kilogram (44–55 lb)
Tinggi Jantan 45–55 sentimeter (18–22 in)
Betina 44–54 sentimeter (17–21 in)
Bulu Pendek
Warna Triwarna
Jangka hayat 12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu triwarna Serbia[a], atau dahulu dikenali sebagai anjing pemburu triwarna Yugoslavia,[b] ialah satu baka anjing pemburu bau dari Serbia.

Anjing pemburu triwarna Serbia, seperti anjing pemburu Serbia yang berkait rapat, anjing pemburu gunung Montenegro, anjing pemburu Posavina, anjing pemburu berbulu pendek Istria, anjing pemburu berbulu dawai Istria, dan barak, dipercayai telah diturunkan daripada anjing-anjing pemburu yang didagangkan oleh para pelaut Laut Tengah melalui pelabuhan-pelabuhan di pinggir laut Adriatik.[1] Baka-baka ini, semuanya sebagai anjing pemburu bau dipercayai juga memiliki sedikit darah anjing pemburu penglihatan awal dalam keleluhuran masing-masing.[1]

Menurut kelab kenel kebangsaan Serbia, Kinološki Savez Srbije, anjing pemburu triwarna Serbia pada awalnya dianggap sebagai keragaman bagi anjing pemburu Serbia, namun pada tahun 1946, piawaian baka terpisah disusun dan ia diberi pengiktirafan terpisah.[2] Baka ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1961.[3][4] Nama baka, yang pada asalnya dipanggil anjing pemburu triwarna Yugoslavia,[b] diubah selepas perpecahan Yugoslavia.

Anjing pemburu triwarna Serbia, yang jarang terlihat di luar tanah airnya, dianggap sangat jarang dan berkemungkinan berisiko untuk pupus.[1][5][6]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu triwarna Serbia ialah anjing pemburu bersaiz sederhana yang sangat serupa dengan anjing pemburu gunung Montenegro yang berwarna hitam dan sawo matang, tetapi secara tipikal bertubuh lebih ringan sedikit.[1][5] Menurut piawaian baka Kinološki Savez Srbije, jantannya biasanya berdiri setinggi 45–55 sentimeter (18–22 in) dengan ketinggian unggul 51 sentimeter (20 in), sementara betinanya pula lebih rendah sendiri dengan ketinggian 44–54 sentimeter (17–21 in) dengan ketinggian unggul 49 sentimeter (19 in).[2] Anjing pemburu Serbia dewasa yang sihat biasanya berukuran seberat 20–25 kilogram (44–55 lb).[6] Tubuhnya lebih panjang sedikit berbanding dengan ukuran ketinggian. Ia mempunyai tungkai panjang dan tulang bagus.[1]

Lapis bulu baka ini adalah pendek, tebal, berkilat, dan kasar kepada sentuhan. Bulunya memberi baka ini perlindungan baik daripada unsur luaran. Dari segi warna, ia kebanyakannya hitam dan perang kekuning-kuningan dengan putih di sekitar leher, di dada di hujung-hujungnya, dan takik di muka.[1][5][7]

Perwatakan

[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu triwarna Serbia biasanya mesra dan patuh, lalu membentuk ikatan yang agak kuat dengan tuannya.[6][7] Baka ini, yang tenteram dan santai di persekitaran rumah, diketahui agak bertenaga apabila bekerja.[1][6]

Anjing pemburu triwarna Serbia merupakan pemburu serba guna yang kerap berburu dalam kawanan kecil. Ia terutamanya berburu dengan menggunakan bau, namun juga menggunakan penglihatan sangat bagusnya.[1][6] Baka ini digunakan untuk memburu kelinci, rubah, rusa, dan babi hutan. Rupa bumi yang terlibat dalam perburuannya diketahui mencabar dan perburuannya diketahui berterusan selama berjam-jam pada satu masa.[1][5][6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو تريورنا سربيا; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl; bahasa Inggeris: Serbian tricolour hound
  2. ^ a b Jawi: انجيڠ ڤمبورو تريورنا يوݢوسلاۏيا; bahasa Inggeris: Yugoslavian tricolour hound
  1. ^ a b c d e f g h i Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (Mac 1990). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan ke-2). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 885–886. ISBN 9780866228992. OCLC 636211094.
  2. ^ a b "Serbian Tricolour Hound" [Anjing Pemburu Triwarna Serbia]. Kinološki Savez Srbije (dalam bahasa Inggeris). 26 November 2002. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  3. ^ "Standard FCI N° 229 SRPSKI TROBOJNI GONIC (Chien Courant Tricolore Serbe)" [Piawaian FCI No. 229 Anjing Pemburu Triwarna Serbia] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Diterjemahkan oleh Urosevič, Milivoje; Paschoud, Jean-Maurice; Triquet, Raymond. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 Disember 2002. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  4. ^ "FCI-Standard N° 229 SRPSKI TROBOJNI GONIČ (Serbian Tricolour Hound)" [Piawaian FCI No. 229 Anjing Pemburu Triwarna Serbia] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Jeans-Brown, Pamela. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 Disember 2002. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  5. ^ a b c d Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 115. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  6. ^ a b c d e f Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 124. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
  7. ^ a b Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 113. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.