Anjing gembala Pyrénées
Nama lain | Labrit Labri | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Petit berger (gembala kecil) | ||||||||||||||||||||||
Negara asal | Perancis | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala Pyrénées[a] ialah suatu baka anjing gembala bersaiz kecil hingga sederhana dari rantau Pergunungan Pyrénées di Perancis. Ia terdapat di serata Pyrénées sambil menggembala kawanan biri-biri bersama dengan anjing gunung Pyrénées yang lebih besar yang dibela sebagai anjing penjaga haiwan ternakan.
Anjing gembala Pyrénées terdapat dalam tiga jenis lapis bulu, yang berbulu panjang dan berbulu kambing (yang bersama-sama dipanggil anjing gembala berbulu panjang Pyrénées[b]) serta yang bermuka licin (yang dipanggil anjing gembala bermuka licin Pyrénées[c]); yang bermuka licin diiktiraf sebagai terpisah daripada yang berbulu panjang oleh Société Centrale Canine.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Pyrénées terdapat di sepanjang keseluruhan Pergunungan Pyrénées Perancis dan malah dikenali di Negara Basque di sebelah barat.[1] Baka ini merupakan salah satu daripada sebilangan baka jenis gembala biri-biri berbulu kasar serupa yang terdapat di serata Eropah termasuk anjing gembala Brie dan anjing gembala Picardie dari Perancis, anjing berjanggut Terceira dan anjing Serra de Aires dari Azores dan Portugal, anjing gembala tanah pamah Poland dari Poland, anjing gembala Catalonia dari Catalonia, anjing gembala Fonni dari Sardinia, collie berjanggut, collie sempadan, collie kasar, dan hillman Wales yang pupus dari Britain, schafpudel dari Jerman, dan schapendoes; dari Belanda, serta anjing Armant dari Mesir (diturunkan daripada briard Perancis).[2] Sebilangan sarjana percaya bahawa leluhur kepada anjing-anjing jenis gembala ini mungkin diperkenalkan ke Eropah semasa penghijrahan Indo-Eropah lebih daripada 4,000 tahun lalu yang kemudian tersebar ke seluruh benua dan ber-evolusi melalui pembiakbakaan terpilih menjadi baka-baka rantauan dengan ciri-ciri fizikal tertentu yang memenuhi keperluan atau keutamaan rantau masing-masing.[2]
Secara tradisional, anjing gembala Pyrénées ialah salah satu daripada dua baka yang dipelihara oleh gembala di Pyrénées. Anjing gunung Pyrénées yang lebih besar digunakan sebagai penjaga kawanan ternakan, yang melindungi kawanan daripada pemangsaan daripada pemangsa tempatan (khususnya serigala), serta daripada pencuri; anjing gembala Pyrénées yang lebih kecil digunakan untuk menggembala biri-biri, iaitu satu fungsi penting pada bulan-bulan musim panas apabila biri-biri dibawa untuk meragut di padang ragut pergunungan.[1][3][4]
Anjing gembala Pyrénées pertama kali diiktiraf oleh Société Centrale Canine pada tahun 1926; kini, mereka mengiktirafnya sebagai dua baka, yang pertama berbulu panjang[b] dan yang kedua bermuka licin[c].[1][2][4]
Anjing gembala Pyrénées masih digunakan sebagai anjing gembala di rantau Pyrénées. Di Perancis, baka ini kadangkala dipanggil Labrit atau Labri atau Berger des Pyrénées ("[anjing] gembala Pyrénées"). Ia kerap dirujuk sebagai Petit Berger yang memaksudkan "gembala kecil".[1][2][3][4]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Pyrénées ialah baka kecil hingga sederhana (baka gembala terkecil Perancis) yang menyerupai anjing gembala Picardie yang kecil; ia biasanya berdiri setinggi 38–56 sentimeter (15–22 in);[1][4] piawaian baka menyatakan bahawa jantan berbulu panjang adalah setinggi 40–50 sentimeter (16–20 in) dan betina pula setinggi 38–48 sentimeter (15–19 in), manakala jantan bermuka licin adalah setinggi 40–54 sentimeter (16–21 in) dan betina pula 40–52 sentimeter (16–20 in).[5][6][7][8] Baka ini berukuran seberat 8–15 kilogram (18–33 lb).[4] Baka ini mempunyai tubuh langsing dan atletik yang memberikan kedua-dua kelajuan dan daya ketahanan seperti hal tipikal pada anjing gembala lebih kecil; kedua-dua keragaman secara anatomi hampir serupa, walaupun keragaman bermuka licin diperihalkan sebagai keragaman dengan tubuh lebih pendek sedikit dan kaki lebih padat.[1] Baka ini dianggap sangat tahan lasak dan tubuhnya memberikan stamina mengagumkan, terutamanya memandangkan altitud yang menjadi tempat kerjanya, ia semudahnya mengerjakan lebih daripada 32 kilometer (20 bt) dalam sehari.[1]
Lapis bulu anjing gembala Pyrénées mungkin sederhana (dikenali sebagai berbulu kambing) atau panjang; keragaman berbulu panjang mempunyai bulu lebih panjang pada muka manakala keragaman bermuka licin mempunyai bulu jauh lebih pendek pada mukanya.[1][2][4] Lapis bulu baka ini memberikan perlindungan cemerlang daripada cuaca ekstrem, khususnya keragaman berbulu panjang, variasi yang terlihat pada lapis bulu baka ini ialah petunjuk bahawa baka ini dibiakbakakan terutamanya untuk keupayaan kerja dan bukan untuk penampilan.[1][4] Baka ini mungkin berwarna perang kekuning-kuningan, kelabu, biru, brindle, atau hitam yang mungkin bertindih dengan warna hitam dan juga dapat mempunyai sedikit putih pada bahagian dada dan anggota tubuh.[1][4]
Secara tradisional, telinga dan ekor anjing gembala Pyrénées dipotong walaupun adat ini tidak lagi umum kerana tatacaranya terbatas/dilarang di banyak negara.[1]
Perangai
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Pyrénées ialah baka amat aktif, kadang-kadang digambarkan sebagai 'bola api', ia sangat cerdas dan tajam akal, nakal, mempunyai tindak balas cepat, dan tenaga saraf banyak; seperti banyak baka anjing gembala, baka ini agak curiga terhadap orang asing walaupun keragaman bermuka licin dikatakan kurang sedemikian.[1][3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ڤيريني ; Perancis: chien de berger des Pyrénées; berger des Pyrénées ; Sepanyol: perro pastor de los Pirineos; pastor de los Pirineos ; bahasa Inggeris: Pyrenean sheepdog
- ^ a b Jawi: انجيڠ ݢمبالا بربولو ڤنجڠ ڤيريني ; Perancis: chien de berger des Pyrénées à poil long; berger des Pyrénées à poil long ; Sepanyol: perro pastor de los Pirineos de pelo largo; pastor de los Pirineos de pelo largo ; bahasa Inggeris: long-haired Pyrenean sheepdog
- ^ a b Jawi: انجيڠ ݢمبالا برموک ليچين ڤيريني ; Perancis: chien de berger des Pyrénées à face rase; berger des Pyrénées à face rase ; Sepanyol: pastor de los Pirineos de cara rasa ; bahasa Inggeris: smooth-faced Pyrenean sheepdog
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing gembala Pyrénées. |
- ^ a b c d e f g h i j k l Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 423–424. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b c d e Hancock, David (28 Ogos 2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds [Anjing Para Gembala: Ulasan Baka Pastoral] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 86–89, 94–97. ISBN 9781847978080. OCLC 883515445.
- ^ a b c Alderton, David (1987). The Dog: The Most Complete, Illustrated, Practical Guide to Dogs and Their World [Anjing: Panduan Amali Berilustrasi Paling Lengkap untuk Anjing dan Dunianya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: New Burlington Books. m/s. 90. ISBN 9780948872136. OCLC 16631237.
- ^ a b c d e f g h Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 258. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
- ^ "FCI-Standard n° 141 CHIEN DE BERGER DES PYRÉNÉES À POIL LONG" [Piawaian FCI No. 141 Anjing Gembala Berbulu Panjang Pyrénées] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 25 Mei 2009. Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 141 CHIEN DE BERGER DES PYRÉNÉES À POIL LONG (Pyrenean Sheepdog Long-Haired)" [Piawaian FCI No. 141 Anjing Gembala Berbulu Panjang Pyrénées] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Mulholland, Jennifer; Triquet, Raymond. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 25 Mei 2009. Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ "Standard FCI N° 138 CHIEN DE BERGER DES PYRENEES A FACE RASE" [Piawaian FCI No. 138 Anjing Gembala Bermuka Licin Pyrénées] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2 April 2001. Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 138 CHIEN DE BERGER DES PYRÉNÉES À FACE RASE (Pyrenean Sheepdog, Smooth-Faced)" [Piawaian FCI No. 138 Anjing Gembala Bermuka Licin Pyrénées] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Jeans-Brown, Pamela. Disemak oleh Alain Pécoult dan Raymond Triquet. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 15 April 2005. Dicapai pada 15 Januari 2024.CS1 maint: others (link)