Anjing gembala Picardie
Nama lain | Anjing Picardie | ||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Perancis | ||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala Picardie[a] ialah satu baka anjing gembala Perancis yang berasal dari Picardie. Anjing ini hampir pupus selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua[1] dan kekal sebagai baka jarang.
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Picardie ialah anjing bersaiz sederhana dan cukup berotot yang panjang sedikit daripada ketinggiannya dengan penampilan kusut namun anggun. Telinganya tegak secara semula jadi, terletak tinggi-tinggi, dan agak lebar di pangkal. Keningnya tebal, tetapi tidak menutupi mata jelas gelapnya. Ia terkenal kerana senyumannya. Ekor semula jadinya biasanya mencapai paras keting dan terangkat dengan sedikit lengkung J di hujungnya. Lapis bulu kalis cuacanya kasar dan segar kepada sentuhan, tidak terlebih panjang dengan lapis bulu bawah minimum. Warna lapis bulu terbahagi kepada dua warna, perang kekuning-kuningan dan brindle, dengan pelbagai variasi cahaya warna.[2]
Perangai
[sunting | sunting sumber]Atribut anjing gembala Picardie termasuk keperibadian bersemangat dan cerdas dan pembawaan sensitif dan tegas yang bertindak balas dengan cepat terhadap pelatihan kepatuhan. Anjing gembala Picardie adalah santai dan lembut tetapi dapat menyendiri terhadap orang asing. Ia memerlukan banyak sosialisasi semasa dua tahun pertama kehidupannya.
Anjing gembala Picardie bertenaga dan bekerja keras, berwaspada, dan bukan penyalak keterlaluan. Sesetengah anjing gembala Picardie terkenal sebagai pemakan cerewet.
Baka ini juga mempunyai rasa humor cukup terbentuk yang menjadikannya teman yang menawan dan ia terus digunakan dengan sangat berkesan sebagai gembala biri-biri dan lembu di tanah airnya dan di tempat lain.[3]
Seperti banyak baka gembala, anjing gembala Picardie memerlukan pendampingan manusia. Memandangkan ia dapat menjadi demonstratif kepada pemiliknya dan bersemangat terhadap haiwan lain, pelatihan kepatuhan formal dan sosialisasi positif adalah penting.
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Picardie ialah baka agak sihat. Keadaan perubatan yang diketahui termasuk displasia pinggul dan atrofi retina progresif (PRA).[4] Mata akan diperakui untuk penyakit keturunan melalui OFA juga (sebelum ini melalui Canine Eye Research Foundation) dan keputusan juga patut diterbitkan dalam pangkalan data OFA.
Jangka hayat baka ini ialah 12 hingga 14 tahun.[5]
Penjagaan
[sunting | sunting sumber]Senaman dan kegiatan
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Picardie dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, penjejakan, kepatuhan, kemahiran persembahan, schutzhund, flyball, lure coursing, sukan gelanggang Perancis, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gembala Picardie yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2018, sebuah kajian genetik mendapati bahawa, sejurus sebelum tahun 1859, anjing gembala Eropah yang tertabur secara meluas telah melahirkan anjing gembala Picardie Perancis, anjing gembala Jerman, dan lima baka gembala Itali: anjing gembala Bergamo, cane paratore, anjing serigala Gigante, anjing gembala Oropa, dan anjing gembala Lessinia dan Lagorai.[7]
Seorang pengarang percaya bahawa anjing gembala Picardie dibawa ke Perancis utara dan ke Pas de Calais pada abad ke-9 oleh orang Frank.[1][halaman diperlukan] Sesetengah pakar bertegas bahawa baka ini berkaitan dengan anjing gembala Brie dan anjing gembala Beauce yang lebih terkenal, manakala yang lain percaya bahawa ia mengongsi asal usul bersama dengan anjing gembala Belanda dan anjing gembala Belgium.[perlu rujukan] Walaupun anjing gembala Picardie membuat kemunculan dalam pertunjukan anjing Perancis pertama pada tahun 1863, penampilan desa baka ini tidak membawa kepada kepopularan sebagai anjing pertunjukan.[3]
Ternakan pembiakbakaan anjing gembala Picardie lenyap akibat kemusnahan daripada Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Dengan populasinya yang tertumpu di ladang-ladang di Perancis timur larus, peperangan parit di Somme mengurangkan baka ini kepada kehampiran kepupusan.[1] Kelaziman baka ini di seluruh dunia kekal terbatas, walaupun di tanah airnya.
Di Perancis, terdapat kira-kira 3500 ekor anjing. Anjing gembala Picardie diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) pada tahun 1955.
Jerman mempunyai kira-kira 500 ekor anjing baka ini. Terdapat hampir-hampir 400 ekor anjing gembala Picardie di Amerika Syarikat dan di Kanada. Berger Picard Club of America dan Berger Picard Club Canada dibentuk untuk membantu untuk mempromosikan dan melindungi baka ini.[8] Anjing gembala Picardie diiktiraf sepenuhnya dalam kumpulan gembala oleh American Kennel Club pada 1 Julai 2015.[9] Ia juga dalam kategori kumpulan gembala bagi Canadian Kennel Club.[10]
Piawaian baka interim untuk anjing gembala Picardie diluluskan dan baka ini diterima ke dalam daftar import The Kennel Club United Kingdom pada 1 April 2014. Baka ini hanya dapat ditunjukkan dalam kelas Import dan sedang menunggu pendaftaran rasmi bagi kelab anjing gembala Picardie yang dicadangkan. Anjing gembala Picardie pertama kali ditunjukkan dalam Crufts pada Mac 2016 dalam Kumpulan Pastoral (Gembala).
Sejarah terkini
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Picardie telah terlihat dalam sekurang-kurangnya tiga buah filem: Daniel and the Superdogs (2004); Because of Winn-Dixie (2005); dan Are We Done Yet? (2007). Penerbit filem Amerika Because of Winn-Dixie (2005) membawa lima ekor anjing gembala Picardie dari Eropah (tiga daripada lima ekor sebenarnya membuat persembahan: "Scott"; "Laiko"; dan "Tasha"). Jurulatih menginginkan anjing yang menyerupai anjing kacuk selekeh pada kulit buku asli, tetapi beberapa ekor anjing diperlukan yang kelihatan serupa supaya pembikinan dapat diteruskan dengan lancar, maka beliau memutuskan anjing baka tulen jarang ini dari Perancis. Orang kerap salah anggap bahawa "Winn-Dixie" di layar dimainkan oleh anjing baka kacuk.[5]
Joker, seekor anjing gembala Picardie cukup terkenal di Jerman, telah membintangi enam buah filem komedi berdasarkan novel-novel karya Rita Falk .[11] Ia bermain sebagai Ludwig Eberhofer yang dimiliki oleh Franz Eberhofer, seorang pegawai polis yang kurang bernasib baik di sebuah bandar cereka kecil Bavaria, Niederkaltenkirchen: Winterkartoffelknödel (2014), Schweinskopf al dente (2016), Grießnockerlaffäre (2017), Sauerkrautkoma (2018), Leberkäsjunkie (2019), dan Kaiserschmarrndrama (2021).[12] Joker mati pada 28 Jun 2021 selepas rebah dan dikejarkan ke hospital haiwan. Bedah siasat mendedahkan tumor limpa yang tidak ditemukan lebih awal semasa pemeriksaan perubatan sebelum kematiannya.[13]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ڤيکردي ; Perancis: berger de Picardie; berger picard , Perancis: [bɛʁʒe pikaʁ]; bahasa Inggeris: Picardy sheepdog; Picardy shepherd; berger picard /bɛərˌʒeɪ pɪˈkɑːr/
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Senecat, J (1979). The Picardy Shepherd of Yesterday and Today [Anjing Gembala Picardie Dahulu dan Kini].
- ^ Les Amis du Berger Picard Club de Race affilie a la Societe Centrale Canine (dalam bahasa Perancis)
- ^ a b Jacques SENECAT, Extraits du catalogue de la première Nationale d'Elevage et de sélection, MONTILS le 3 septembre 1967 (dalam bahasa Perancis)
- ^ "Orthopedic Foundation for Animals". Orthopedic Foundation for Animals (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2011. Dicapai pada 30 Januari 2024.
- ^ a b Berger Picard Club of America (dalam bahasa Inggeris)
- ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
- ^ Talenti, Andrea; Dreger, Dayna L.; Frattini, Stefano; Polli, Michele; Marelli, Stefano Paolo; Harris, Alexander C.; Liotta, Luigi; Cocco, Raffaella; Hogan, Andrew N.; Bigi, Daniele; Caniglia, Romolo; Parker, Heidi G.; Pagnacco, Giulio; Ostrander, Elaine Ann; Crepaldi, Paola (14 Februari 2018). "Studies of modern Italian dog populations reveal multiple patterns for domestic breed evolution" [Kajian-kajian populasi-populasi anjing Itali moden mendedahkan berbilang pola untuk evolusi baka bela jinak]. Ecology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 8 (5): 2911–2925. Bibcode:2018EcoEv...8.2911T. doi:10.1002/ece3.3842. ISSN 2045-7758. PMC 5838073. PMID 29531705. S2CID 3883023.
- ^ "Berger Picard Club of America" (dalam bahasa Inggeris). Berger Picard Club of America. Dicapai pada 30 Januari 2024.
- ^ "BOARD OF DIRECTORS" [LEMBAGA PENGARAH] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 21–22 April 2014. m/s. 5.
- ^ "Berger Picard Club Canada" (dalam bahasa Inggeris). Berger Picard Club Canada. Dicapai pada 30 Januari 2024.
- ^ Folgner, Sandra. "Fanpage Filmhund Joker—Ludwig Eberhofer". Facebook (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 30 Januari 2024.
- ^ Fiege, Stefan and Elisabeth. "Bekanntheit als Film-Hund" [Kemasyhuran sebagai Anjing Filem] (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 30 Januari 2024.
- ^ "Tod beim Gassi gehen: Warum Eberhofer-Hund "Ludwig" nicht mehr zu retten war" [Mati semasa jalan dengan anjing: Sebabnya anjing Eberhofer "Ludwig" tidak dapat diselamatkan]. NordBayern (dalam bahasa Jerman). 13 Ogos 2021. Dicapai pada 30 Januari 2024.
Bacaan tambahan
[sunting | sunting sumber]- de Wailly, Philippe; Dupont, Alain (5 Februari 1998). Les Bergers français [Anjing Gembala Perancis] (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: Solar. ISBN 9782263026584. OCLC 466985090.
- Herreros, Joël (1997). Le Berger picard [Anjing Gembala Picardie] (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: Éditions De Vecchi. ISBN 9782732821801. OCLC 464036017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelab Anjing Gembala Picardie Amerika Syarikat, Kelab Induk AKC rasmi (dalam bahasa Inggeris)
- Halaman AKC untuk Anjing Gembala Picardie (dalam bahasa Inggeris)
- Sahabat Anjing Gembala Picardie (dalam bahasa Perancis)
- Kelab Anjing Gembala Picardie Kanada (dalam bahasa Inggeris)
- Kelab Anjing Gembala Picardie United Kingdom (dalam bahasa Inggeris)
- The Kennel Club United Kingdom (dalam bahasa Inggeris)
- Persatuan Baka Jarang Amerika Syarikat (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 23 September 2014 di Wayback Machine