Anjing pemburu penglihatan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5e/WhippetWhiteSaddled_wb.jpg/220px-WhippetWhiteSaddled_wb.jpg)
Anjing pemburu penglihatan (bahasa Inggeris: sighthound, gazehound ) ialah sejenis anjing hound yang berburu terutamanya dengan penglihatan dan kelajuan, tidak seperti anjing pemburu bau, yang bergantung pada bau dan daya ketahanan.
Penampilan
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b8/Sighthound_head.jpg/220px-Sighthound_head.jpg)
Anjing ini pakar dalam mengejar mangsa, mengekalkannya dalam penglihatan, dan mengatasinya dengan kelajuan tingginya dan ketangkasannya. Ia mesti dapat mengesan pergerakan dengan cepat, jadi ia mempunyai penglihatan tajam. Anjing pemburu penglihatan mesti dapat menangkap mangsa pantas dan tangkas, seperti rusa dan kelinci, jadi ia mempunyai belakang sangat boleh lentur dan tungkai panjang untuk langkah panjang, dada dalam untuk menyokong jantung besar luar biasa (berbanding dengan anjing lain), paru-paru sangat cekap untuk kedua-dua larian pecut anaerobik dan aerobik, dan tubuh langsing dan kurus untuk mengekalkan berat badannya pada tahap minimum. Anjing pemburu penglihatan mempunyai ciri anatomi dan fisiologi unik, yang mungkin disebabkan oleh pemilihan sengaja untuk perburanu dengan kelajuan dan penglihatan; kajian makmal telah mengasaskan selang rujukan untuk hematologi dan profil biokimia serum pada anjing pemburu penglihatan, yang sesetengah daripadanya dikongsi oleh semua anjing pemburu penglihatan dan yang sesetengah daripadanya mungkin unik kepada satu baka.[1]
Jenis anjing pemburu penglihatan tipikal mempunyai kepala ringan dan langsing, yang berperkadaran dolikosefalik. Rupa bentuk ini dapat mewujudkan ilusi bahawa kepalanya adalah lebih panjang daripada biasa. Serigala dan anjing liar lain adalah dolikosefalik atau mesatisefalik, tetapi sesetengah anjing bela jinaktelah menjadi brakisefalik (berkepala pendek) disebabkan oleh pemilihan buatan oleh manusia selama tempoh 12,000 tahun.[2] Anjing dolikosefalik mempunyai medan penglihatan lebih luas tetapi pertindihan lebih kecil antara mata dan, oleh itu, mungkin persepsi kedalaman lebih lemah di sesetengah medan penglihatannya berbanding dengan anjing brakisefalik; kebanyakan, jika bukan semua, anjing mempunyai kurang ketajaman penglihatan berbanding dengan pendahulunya, iaitu serigala.[3] Tiada bukti berdasarkan sains untuk mengesahkan kepercayaan popular bahawa anjing pemburu penglihatan mempunyai ketajaman penglihatan lebih tinggi berbanding dengan jenis anjing lain. Walau bagaimanapun, terdapat bukti semakin banyak bahawa anjing dolikosefalik, oleh sebab bilangan lebih tinggi bagi sel ganglion retina dalam "coretan visual"-nya, mengekalkan kepekaan lebih ternaik berbanding dengan jenis anjing lain terhadap objek dan pergerakan pantas di medan penglihatan mengufuk.[4]
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a9/Saluki_dog_breed.jpg/220px-Saluki_dog_breed.jpg)
Sejarah
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/ac/Bronzen_beeldje_hazewindhond_ForumHadriani_015501_RMO_Leiden.jpg/220px-Bronzen_beeldje_hazewindhond_ForumHadriani_015501_RMO_Leiden.jpg)
Anjing pemburu penglihatan seperti jenis saluki/sloughi (kedua-duanya dinamai sempena Empayar Seleukia) mungkin telah wujud selama sekurang-kurangnya 5,000 tahun, dengan peninggalan anggapan terawal bagi seekor anjing pemburu penglihatan jantan dengan ketinggian bahu sekitar 54 cm (21 in), sebanding dengan saluki, yang muncul dalam penggalian Tell Brak yang bertarikh hampir-hampir 4,000 tahun sebelum kini.[5] Sebutan Eropah terawal tentang anjing pemburu penglihatan dan karyanya, iaitu vertragus Celt dari Sepanyol Rom abad ke-2 M, berasal daripada Cynegeticus karya Arrianos. Jenis serupa, mungkin anjing pemburu penglihatan jantan bersaiz sederhana, dengan ketinggian 61–63 cm (24–25 in), daripada tempoh sejarah hampir-hampir sama, iaitu anjing Rom Warmington digambarkan daripada rangka amat terpelihara yang ditemukan di England.[6] Tulang-temulang "grasil" jenis anjing pemburu penglihatan, yang bertarikh dari abad ke-8 hingga abad ke-9 M, yang secara anatomi ditakrifkan sebagai tulang "grehaun" setinggi 70 cm (28 in), dibandingkan secara genetik dengan grehaun moden dan anjing pemburu penglihatan lain dan didapati hampir sama dengan baka grehaun moden, dengan pengecualian sebanyak hanya empat pemotongan dan satu penggantian dalam jujukan-jujukan DNA, yang ditafsirkan sebagai perbezaan yang barang kali timbul daripada 11 abad pembiakbakaan anjing pemburu penglihatan jenis ini.[7] Analisis genomik populasi mencadangkan bahawa anjing pemburu anjing sejati berasal secara bebas daripada anjing asli dan dicampurkan secara menyeluruh sesama baka, lalu menyokong hipotesis berbilang asal usul bagi anjing pemburu penglihatan.[8]
Walaupun kini kebanyakan anjing pemburu penglihatan dipelihara terutamanya sebagai haiwan peliharaan, sesetengah anjing mungkin telah dibiakbakakan selama beribu-ribu tahun untuk mengesan pergerakan mangsa, kemudian mengejar, menangkap, dan membunuh mangsa terutamanya dengan kelajuan. Ia bertahan hidup dengan kegiatan fizikal. Sesetengah anjing mempunyai keperibadian lembut, yang lain pula berwaspada atau memusuhi orang asing, tetapi naluri untuk mengejar haiwan berlari kekal kuat.[9]
Selain coursing dan perburuan, pelbagai sukan anjing diamalkan dengan anjing pemburu penglihatan baka tulen, dan kadang-kadang dengan lurcher dan longdog. Sukan sedemikian termasuk perlumbaan, lure coursing, dan acara lain.
Senarai baka anjing pemburu penglihatan
[sunting | sunting sumber]- Azawakh
- Anjing belakang permatang Rhodesia
- Anjing Chippiparai
- Grehaun Hungary
- Grehaun Inggeris
- Grehaun kecil Itali
- Grehaun lama CroatiaTemplat:Pupus
- Grehaun Patagonia[10]
- Grehaun pemburu Rusia
- Grehaun Poland
- Grehaun Rampur
- Grehaun Sardinia
- Grehaun Sepanyol
- Hortaya borzaya
- Anjing Kaikadi
- Kanni
- Anjing Kombai
- Anjing pemburu Afghan
- Anjing pemburu Mudhol
- Anjing pemburu rusa Scotland
- Anjing pemburu serigala Ireland
- Anjing Rajapalayam
- Saluki
- Sloughi
- Taigan
- Tazy Kazakhstan
- Whippet
- Windhound sutera
- Xigou
Jenis anjing pemburu penglihatan baka silang
[sunting | sunting sumber]- Longdog
- Lurcher
- Anjing pemburu kanggaru
- Anjing pemburu rusa Amerika
Baka yang dianggap berkontroversi kerana pada asalnya tidak mempunyai fungsi anjing pemburu penglihatan
[sunting | sunting sumber]Sebilangan baka atau jenis anjing yang tidak berburu semata-mata dengan kelajuan dan penglihatan, serta sebilangan baka bukan pemburu, kini diiktiraf sebagai anjing pemburu penglihatan, sama ada secara formal atau tidak formal[11] oleh kelab-kelab kenel, atau kelab coursing umpan atau langsung. Ini termasuk:
Pengelasan kelab kenel
[sunting | sunting sumber]Apabila bertanding dalam pertunjukan pengakuran, kebanyakan kelab kenel berbahasa Inggeris, termasuk American Kennel Club dan The Kennel Club (United Kingdom), mengelompokkan baka anjing pemburu penglihatan pedigri bersama-sama dengan anjing pemburu bau dalam Kumpulan Hound,[12][13] Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengelompokkannya dalam Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan yang dikhususkan,[14] manakala United Kennel Club mengelompokkannya mereka dalam Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Paria.[15]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Zaldívar-López, Sara; Marín Torres, Liliana Marcela; Iazbik, Maria Cristina; Westendorf-Stingle, Nicole; Hensley, S.; Couto, C. Guillermo (24 Oktober 2011). "Clinical pathology of Greyhounds and other sighthounds" [Patologi klinikal grehaun dan anjing pemburu penglihatan lain]. Veterinary Clinical Pathology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 40 (4): 414–425. doi:10.1111/j.1939-165X.2011.00360.x. ISSN 1939-165X. PMC 3816276. PMID 22092909. S2CID 20859642.
- ^ Roberts, Taryn; McGreevy, Paul Damien; Valenzuela, Michael J. (26 Julai 2010). Linden, Rafael (penyunting). "Human Induced Rotation and Reorganization of the Brain of Domestic Dogs" [Pergiliran dan Penyusunan Semula Cetusan Manusia bagi Otak Anjing Bela Jinak]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 5 (7): e11946. Bibcode:2010PLoSO...511946R. doi:10.1371/journal.pone.0011946. ISSN 1932-6203. PMC 2909913. PMID 20668685. S2CID 2272689.
- ^ Miller, Paul E.; Murphy, Christopher J. (15 Disember 1995). "Vision in dogs" [Penglihatan pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 207 (12): 1623–1634. doi:10.2460/javma.1995.207.12.1623. ISSN 1943-569X. PMID 7493905. S2CID 14957262.
- ^ McGreevy, Paul Damien; Grassi, Tanya Denise; Harman, Alison M. (19 Disember 2003). "A Strong Correlation Exists between the Distribution of Retinal Ganglion Cells and Nose Length in the Dog" [Korelasi Kuat Wujud Antara Taburan Sel Ganglion Retina dengan Panjang Hidung pada Anjing]. Brain, Behavior and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Karger Publishers. 63 (1): 13–22. doi:10.1159/000073756. ISSN 1421-9743. PMID 14673195. S2CID 24772865.
- ^ Clutton-Brock, Juliet (1989). "A Dog and a Donkey Excavated at Tell Brak" [Seekor Anjing dan Seekor Keldai yang Diekskavasi di Tell Brak]. Iraq (dalam bahasa Inggeris). British Institute for the Study of Iraq. 51: 217–224. doi:10.2307/4200305. ISSN 2053-4744. JSTOR 4200305. S2CID 162582583.
- ^ Schoenebeck, Jeffrey J.; Hamilton-Dyer, Sheila; Baxter, Ian L.; Schwarz, Tobias; Nussbaumer, Marc A. (23 Mei 2020). "From head to hind: Elucidating function through contrasting morphometrics of ancient and modern pedigree dogs" [Dari kepala ke punggung: Menerangkan fungsi melalui morfometrik berkontras bagi anjing purba dan anjing pedigri moden]. The Anatomical Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 304 (1): 63–77. doi:10.1002/ar.24412. ISSN 1932-8494. PMID 32445504. S2CID 218858892.
- ^ Svobodová, Hana; Bartoš, Milan; Nývltová Fišáková, Miriam; Kouřil, Pavel (2015). "Genetic analysis of possibly the oldest greyhound remains within the territory of the Czech Republic as a proof of a local elite presence at Chotěbuz-Podobora hillfort in the 8th–9th century AD" [Analisis genetik bagi tinggalan grehaun yang mungkin tertua di dalam wilayah Republik Czech sebagai bukti kehadiran golongan elit tempatan di kubu bukit Chotěbuz-Podobora pada abad ke-8–ke-9 M]. Acta Musei Nationalis Pragae. Series B – Historia Naturalis (dalam bahasa Inggeris). Muzium Negara (Praha). 71 (1–2): 17–24. doi:10.14446/AMNP.2015.17. ISSN 2570-6853. S2CID 134618493.
- ^ Li, Wulue; Liu, Yanhu; Li, Jinxiu; Ding, Mengting; Adeola, Adeniyi Charles; Isakova, Jainagul Tolonovna; Aldashev, Almaz Abdulkhayevich; Peng, Minsheng; Huang, Xuezhen; Xie, Guoli; Chen, Xi; Yang, Weikang; Zhou, Weiwei; Amiri Ghanatsaman, Zeinab; Olaogun, Sunday Charles; Sanke, Oscar J.; Dawuda, Philip Makama; Hytönen, Marjo K.; Lohi, Hannes Tapani; Esmailizadeh Koshkoiyeh, Ali; Poyarkov, Andrey Dmitrievich; Savolainen, Carl Peter Olavi; Wang, Guodong; Zhang, Yaping (11 Julai 2023). Falush, Daniel (penyunting). "Multiple Origins and Genomic Basis of Complex Traits in Sighthounds" [Berbilang Asal Usul dan Dasar Genomik bagi Trait-trait Kompleks pada Anjing Pemburu Penglihatan]. Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 40 (8): msad158. doi:10.1093/molbev/msad158. hdl:10138/574041. ISSN 1537-1719. PMC 10401622 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 37433053 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 259831846 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Fogle, Bruce (2000). The New Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Baharu Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780751304718. OCLC 1442269308.
- ^ "Estándar GALGO BARBUCHO PATAGONICO" [Piawaian GREHAUN BERJANGGUT PATAGONIA] (dalam bahasa Sepanyol). Kennel Club Argentino. 28 Jun 2015. Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ Bengtson, Bo (2014). "How Many Sighthound Breeds? Would you believe more than 50?" [Berapa Baka Anjing Pemburu Penglihatan? Percayakah anda tentang lebih daripada 50?]. Sighthound Review (dalam bahasa Inggeris). Jil. 5 no. 4.
- ^ "Hound Group" [Kumpulan Hound] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Breed Information Centre: Hound" [Pusat Maklumat Baka: Hound] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2019. Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: Group 10 : Sighthounds" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 10: Anjing Pemburu Penglihatan] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Breed Group Designations" [Ketetapan Kumpulan Baka] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 27 Mei 2024.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Almirall, Leon Vincent (1941). Canines and Coyotes [Kanin dan Koyote] (dalam bahasa Inggeris). Caldwell, Idaho, Amerika Syarikat: Caxton Press. ASIN B0006APB8A. OCLC 1353519.
- Anderson, John Kinloch (17 Mei 1985). Hunting in the Ancient World [Perburuan di Dunia Kuno] (dalam bahasa Inggeris). Berkeley, California, Amerika Syarikat: University of California Press. ISBN 9780520051973. OCLC 10404233.
- Arrianos (1831). Arrian on Coursing [Arrianos tentang Coursing] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Dansey, William. London, United Kingdom: J. Bohn. OCLC 7436240. OL 17958481M.
- Belkin, Dan (November 1993). "The functional Saluki - lessons from the coursing field" [Saluki berfungsi - pelajaran dari padang coursing]. Field Advisory News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2012. Dicapai pada 4 April 2013.
- Bengtson, Bo (Mei 1984). "What IS a Sighthound?" [Apakah Anjing Pemburu Penglihatan?]. Sighthound Review (dalam bahasa Inggeris). No. carter.
- Bengtson, Bo (Januari 2011). "What is a Sighthound?" [Apakah Anjing Pemburu Penglihatan?]. Sighthound Review (dalam bahasa Inggeris).
- Bennett, Deb; Timm, Robert Mark (11 Oktober 2021). "The dogs of Roman Vindolanda, Part IV: Large sighthounds and guard and utility dogs = Los perros de la Vindolanda romana. Parte IV. Grandes lebreles y perros de guardia multiuso" [Anjing Vindolanda Rom, Bahagian IV: Anjing pemburu penglihatan besar dan anjing pengawal dan utiliti = Anjing Vindolanda Rom, Bahagian IV: Anjing pemburu penglihatan besar dan anjing pengawal serba guna]. Archaeofauna: International Journal of Archaeozoology (dalam bahasa Inggeris). Universiti Berautonomi Madrid. 30: 185–216. doi:10.15366/archaeofauna2021.30.010. hdl:1808/32147. ISSN 1132-6891. S2CID 242894092 Check
|s2cid=
value (bantuan). - Brown, Curtis Maitland (1986). Dog Locomotion and Gait Analysis [Gerak Alih Anjing dan Analisis Gaya Jalan] (dalam bahasa Inggeris). Wheat Ridge, Colorado, Amerika Syarikat: Hoflin Publishing. ISBN 9780866670616.
- Burnham, Pat Gail (Mac 1992). "Rhodesian Ridgebacks, and the Question of What Is a Sighthound?" [Anjing Belakang Permatang Rhodesia, dan Persoalan 'Apakah Anjing Pemburu Penglihatan?']. Field Advisory News (dalam bahasa Inggeris).
- Copold, Steve (1977). Hounds, Hares & Other Creatures: The Complete Book of Coursing [Hound, Kelinci, dan Makhluk Lain: Buku Lengkap Coursing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Arvada, Colorado, Amerika Syarikat: Hoflin Publishing. OCLC 3071190.
- Copold, Steve (1996). The Complete Book of Coursing: Hounds, Hares & Other Creatures [Buku Lengkap Coursing: Hound, Kelinci, dan Makhluk Lain] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Wheat Ridge, Colorado, Amerika Syarikat: Hoflin Publishing. OCLC 44570558.
- Couto, C. Guillermo. "Are Sighthounds Really Dogs?" [Adakah Anjing Pemburu Penglihatan Benar-benar Anjing?] (dalam bahasa Inggeris). Couto Veterinary Consultants. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2021. Dicapai pada 28 Disember 2024.
- Cunliffe, Juliette (27 Oktober 1992). Popular Sight Hounds [Anjing Pemburu Penglihatan Popular] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Popular Dogs. ISBN 9780091750251. OCLC 24754290.
- Grant-Rennick, Richard, penyunting (1976). Coursing: The Pursuit of Game with Gazehounds [Coursing: Pengejaran Buruan dengan Anjing Pemburu Penglihatan] (dalam bahasa Inggeris). Saul, Gloucestershire, United Kingdom: Standfast Press. ISBN 9780950214894. OCLC 3344588.
- Hancock, David (1 Disember 2012). Sighthounds: Their Form, Their Function and Their Future [Anjing Pemburu Penglihatan: Bentuknya, Fungsinya, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847973924. OCLC 794816555.
- Hawkins, Richard (April 2006). "What Is A Sighthound" [Apakah Anjing Pemburu Penglihatan?]. Dogs in Canada (dalam bahasa Inggeris). Apex Publishing.
- Hawkins, Richard (Julai 2007). "SIGHTHOUND IDENTITY" [IDENTITI ANJING PEMBURU PENGLIHATAN]. The Performance Sighthound Journal USA (dalam bahasa Inggeris). 4 (3): 36–47.
- Hull, Denison Bingham (1964). Hounds and Hunting in Ancient Greece [Anjing Pemburu dan Perburuan di Yunani Purba] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. ISBN 9780226360485. OCLC 636177.
- Miller, Constance O. (1988). Gazehounds: The Search for Truth [Anjing Pemburu Penglihatan: Pencarian Kebenaran] (dalam bahasa Inggeris). Wheat Ridge, Colorado, Amerika Syarikat: Hoflin Publishing. OCLC 47438698.
- Nichols, Christopher (10 November 2023). "Three Dogs from the Late Iron Age Boat Grave Cemetery at Gamla Uppsala Prästgården, Sweden" [Tiga Ekor Anjing dari Perkuburan Kubur Bot Kapal Zaman Besi Akhir di Gamla Uppsala Prästgården, Sweden]. European Journal of Archaeology (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. 27 (1): 67–84. doi:10.1017/eaa.2023.40. ISSN 1741-2722. S2CID 265168535 Check
|s2cid=
value (bantuan). - Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L.; Rimbault, Maud; Davis, Brian W.; Mullen, Alexandra B.; Carpintero-Ramirez, Gretchen; Ostrander, Elaine Ann (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" [Analisis-analisis Genomik Mendedahkan Pengaruh Asal Usul Geografi, Migrasi, dan Penghibridan terhadap Perkembangan Baka Anjing Moden]. Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. ISSN 2211-1247. PMC 5492993. PMID 28445722. S2CID 4572878.
- Russell, Joanna (1976). All About Gazehounds [Semua tentang Anjing Pemburu Penglihatan] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Pelham Books. ISBN 9780720709261. OCLC 3070952.
- Salmon, Maynard Hubbard "Dutch" II (1977). Gazehounds & Coursing [Anjing Pemburu Penglihatan dan Coursing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). St. Cloud, Minnesota, Amerika Syarikat: North Star Press. ISBN 9780878390243. OCLC 4135372.
- Salmon, Maynard Hubbard "Dutch" II (1 November 1999). Gazehounds & Coursing: The History, Art and Sport of Hunting with Sighthounds [Anjing Pemburu Penglihatan dan Coursing: Sejarah, Seni, dan Sukan Perburuan dengan Anjing Pemburu Penglihatan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2 diperbesar). Silver City, New Mexico, Amerika Syarikat: High-Lonesome Books. ISBN 9780944383490. OCLC 44760288.
- Severtsov, Aleksey Sergeevich; Rosenzweig, Michael Leo; Shubkina, Anna Vladimirovna (2017). "Predators detect the welfare of their potential prey and cull those that are poorly" [Pemangsa mengesan kebajikan bakal mangsanya dan menakai yang lemah]. Evolutionary Ecology Research (dalam bahasa Inggeris). Universiti Arizona. 18 (5): 555–569. ISSN 1937-3791. S2CID 54009923.
- Severtsov, Aleksey Sergeevich; Shubkina, Anna Vladimirovna (November 2014). "Predator As a Universal Breeder" [Pemangsa sebagai Pembiak Baka Sejagat]. Science in Russia (dalam bahasa Inggeris). 203 (5): 11–17.
- Suchanova, Jelena; Tovstucha, Ramunė Eugenija (2016). "Problems in Translating The Names of Dog Breeds From the Perspective of Different Nomination Principles and Linguistic Relativity = Šunų veislių pavadinimų vertimo problemos skirtingų nominacijos principų ir kalbos reliatyvumo požiūriu" [Masalah dalam Menterjemahkan Nama Baka Anjing daripada Perspektif Prinsip Penamaan Berlainan dan Kerelatifan Linguistik = Sudut Pandangan Prinsip Penamaan Berlainan dan Kerelatifan Bahasa bagi Masalah Penterjemahan Nama Baka Anjing]. Coactivity: Philology, Educology (dalam bahasa Inggeris). Universiti Teknikal Gediminas Vilnius. 24 (2): 113–121. doi:10.3846/cpe.2016.299 (Tidak aktif 30 November 2024). ISSN 2335-7711. S2CID 148846857.CS1 maint: DOI inactive as of November 2024 (link)
- Uhríková-Váňová, Ivana; Lačňáková, Andrea; Tandlerová, Kateřina; Kuchařová Kumžáková, Vendula; Řeháková, Kristína; Jánová, Eva; Doubek, Jaroslav (28 Oktober 2013). "Haematological and biochemical variations among eight sighthound breeds" [Variasi hematologi dan biokimia dalam kalangan lapan baka anjing pemburu penglihatan]. Australian Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 91 (11): 452–459. doi:10.1111/avj.12117. ISSN 1751-0813. PMID 24571299. S2CID 46191237.
- von Recum, Andreas F. (30 November 2002). Hunting with Hounds in North America [Perburuan dengan Hound di Amerika Utara] (dalam bahasa Inggeris). Gretna, Louisiana, Amerika Syarikat: Pelican Publishing Company. ISBN 9781589800434. OCLC 49602313.
- Wimmer, Barbara (28 Mei 2009). "DNA-Test zur Rassebestimmung bei Windhunden" [Ujian DNA untuk Penentuan Baka pada Anjing Pemburu Penglihatan] (PDF) (dalam bahasa Jerman). Eurofins Scientific. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 31 Julai 2017. Dicapai pada 27 Mei 2024. (Ringkasan: Capron de Caprona, Dominique (2013). "Genetics: Genetic Differences between Western bred Sighthound (FCI group 10) and Primitive breeds (FCI group 5)" [Genetik: Perbezaan Genetik antara Anjing Pemburu Penglihatan Baka Barat (Kumpulan 10 FCI) dengan Baka Primitif (Kumpulan 5 FCI)] (dalam bahasa Inggeris). Sloughi Fanciers Association of America. Dicapai pada 27 Mei 2024.)
- Xenophon (1999). Phillips, A. A.; Willcock, Malcolm M. (penyunting). Xenophon & Arrian on Hunting with Hounds [Xenophon dan Arrianos tentang Perburuan dengan Hound] (dalam bahasa Inggeris dan Greek Purba). Warminster, United Kingdom: Aris & Phillips. ISBN 9780856687068. OCLC 566125665.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Kategori berkenaan Anjing pemburu penglihatan di Wikimedia Commons