Pergi ke kandungan

Lurcher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lurcher
Nama lainPoacher's dog
Negara asalGreat Britain dan Ireland
Trait
Bulu sebarang
Warna sebarang
Saiz perinduk berubah-ubah
Anjing (Canis lupus familiaris)
ukiran seekor anjing berbulu kasar daripada jenis anjing pemburu penglihatan
Lurcher, ilustrasi daripada The Sportsman's Cabinet oleh William Taplin, 1803; diukir daripada lukisan oleh Philip Reinagle

Lurcher[a] ialah anjing baka silang yang terhasil daripada pengawanan grehaun atau anjing pemburu penglihatan lain dengan anjing daripada lagi satu jenis seperti anjing gembala atau terier. Lurcher bukan "baka", tetapi merupakan penerang generik bagi sekumpulan anjing berlainan. Ia selama beratus-ratus tahun sangat terkait dengan pemburuan haram; pada zaman moden, ia dibela sebagai anjing pemburu atau anjing teman.

Lurcher ialah istilah Inggeris lama untuk anjing baka silang; khususnya, hasil daripada pengawanan anjing pemburu penglihatan dengan anjing daripada lagi satu jenis, biasanya baka pekerja. Istilah ini pertama kali digunakan dengan makna ini pada tahun 1668; perkataan ini dianggap diterbitkan daripada kata kerja lurch, yang kelihatanya merupakan bentuk varian bagi lurk, yang memaksudkan menghendap atau mencuri.[1][2][3] Kecenderungan untuk "meronta-ronta" dan "memotong" dan bukannya "menyusur" dianggap tidak adil dan sebagai pelanggaran "Undang-undang Cawak".[4]

Di England dari tahun 1389, hak untuk membela anjing daripada sebarang jenis yang digunakan dalam perburuan[5] dibatasi oleh undang-undang kepada mereka yang layak dengan memiliki tanah, pegangan, atau pendapatan yang bernilai lebih daripada sepuluh paun setahun; lain kata, kerabat diraja, kebangsawanan, ningrat, dan orang kaya.[6] Undang-undang ini, walaupun berulang kali diubah suai, kekal berkuat kuasa sehingga tahun 1831.[1] Hasilnya, pemburu dan pemburu haram membiakbakakan anjing pemburu penglihatan dengan baka yang dapat menyamarkan susur galur anjing pemburu penglihatannya, kerap di bawah lapis bulu kasar tebal, sambil menambahkan kebolehan lain termasuk kecerdasan, stamina, atau kelajuan belok. Anjing yang terpilih untuk ini dapat menjadi anjing ladang tersedia, yang kerap collie atau terier.

Pada abad kesembilan belas, perkataan itu digunakan untuk menerangkan sesetengah grehaun rantauan berbulu kasar, yang dilarang daripada pertandingan oleh kelab-kelab coursing seperti Swaffham dan Newmarket, kerana tanggapan bahawa anjing ini memotong "giliran" untuk membunuh dan bukannya mengerjakan kelinci untuk mendapatkan mata.[7]

Lurcher ialah silangan, yang pada umumnya antara anjing pemburu penglihatan dengan baka anjing pekerja. Pada umumnya, tujuan silangan adalah untuk menghasilkan anjing pemburu penglihatan dengan lebih kecerdasan, haiwan pintar yang sesuai untuk pemburuan haram arnab, kelinci, dan burung buruan. Lama-kelamaan, pemburu haram dan pemburu sah mendapati bahawa penyilangan baka tertentu dengan anjing pemburu penglihatan menghasilkan anjing yang lebih sesuai untuk tujuan ini, dengan adanya kombinasi kelajuan dan kecerdasan lurcher.[8] Pada zaman lebih terkini, penyilangan baka anjing pemburu penglihatan berlainan antara satu sama lain (cth. grehaun dengan saluki) telah menjadi lebih lazim. Anjing ini secara tradisional dipanggil longdog tetapi kini "lurcher" digunakan untuk anjing ini juga.[9]

Lurcher dibiakbakakan secara tradisional di England untuk membantu pemburu haram dalam pemburuan arnab dan kelinci. Di seluruh dunia, ia dibela sebagai anjing sukan dan haiwan peliharaan keluarga,[10] atau untuk bertanding dalam sukan seperti lure coursing dan perlumbaan anjing. Di Amerika Syarikat, ia mungkin bertanding dalam acara lure coursing melalui AKC dan UKC.[11][12] Baka silang tidak didaftarkan dan diiktiraf secara formal oleh mana-mana kelab kenel utama. Di Amerika Utara, Canadian Kennel Club boleh melucutkan hak daripada anggota kelab jika telah terbukti membiakbakakan mana-mana baka seperti dalam pewujudan lurcher; di Amerika Syarikat, lurcher boleh didaftarkan dengan North American Lurcher and Longdog Association.[13]

  1. ^ Jawi: لرچر, Sebutan bahasa Melayu: [lərt͡ʃər]; bahasa Inggeris: lurcher
  1. ^ a b Russell (2018), m/s. 29.
  2. ^ "lurcher". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Dicapai pada 21 Disember 2024.
  3. ^ "lurch". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Dicapai pada 21 Disember 2024.
  4. ^ Johnson, Thomas Burgeland (1848). The Sportsman's Cyclopaedia: Comprising a Complete Elucidation of the Science and Practice of Hunting, Shooting, Coursing, Racing, Fishing, Hawking, Cockfighting, and Other Sports and Pastimes of Great Britain, Interspersed with Entertaining and Illustrative Anecdotes [Siklopedia Ahli Sukan: Merangkumi Penerangan Lengkap tentang Sains dan Amalan Perburuan, Penembakan, Coursing, Perlumbaan, Memancing, Hawking, Sabung Ayam, dan Sukan dan Kegiatan Masa Lapang Lain di Great Britain, Diselang dengan Anekdot Menghiburkan dan Ilustratif] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Henry George Bohn. OCLC 4953884.
  5. ^ The Statutes at Large from the Magna Charta, to the End of the Reign of King Henry the Sixth [Statut-statut secara Keseluruhan daripada Magna Carta, hingga Penghujung Pemerintahan Raja Henry yang Keenam] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom. 1763. None shall hunt but they which have sufficient living"; terjemahan: "Tiada yang boleh berburu melainkan yang cukup pendapatan"; bahasa Inggeris-Norman zaman itu: "null leverer, ne lerce, nautre chien pur chacer"; terjemahan: "tiada grehaun, hound, mahupun anjing lain untuk berburu" ("no greyhound, hound nor other dog to hunt
  6. ^ Kelhalm, Robert (1779). "lerce-hound". A Dictionary of the Norman or Old French Language (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. m/s. 135.
  7. ^ Russell (2018), m/s. 88.
  8. ^ Plummer, David Brian (1 November 1979). The Complete Lurcher [Lurcher Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). Woodbridge, Suffolk, United Kingdom: Boydell Press. ISBN 9780851151182. OCLC 15674881.
  9. ^ "Why Lurchers Make Great Pets" [Sebabnya Lurcher Merupakan Haiwan Peliharaan Sesuai] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Galway SPCA. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 31 Januari 2024. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  10. ^ Drakeford, Jackie (2003). The House Lurcher [Lurcher Rumah] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. ISBN 9781904057345. OCLC 59306040.
  11. ^ "Lure Coursing" [Lure Coursing] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  12. ^ "Lure Coursing" [Lure Coursing] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  13. ^ "Lure Coursing, Amateur Whippet & Sighthound Racing - NALLA Overview" [Lure Coursing, Perlumbaan Amatur Whippet dan Anjing Pemburu Penglihatan - Gambaran Keseluruhan NALLA] (dalam bahasa Inggeris). Sighthounds Afield. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2015. Dicapai pada 27 Mei 2024.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]