Pergi ke kandungan

Hound

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beagle ialah baka hound kecil.

Hound (Sebutan bahasa Melayu: [hau̯n]) ialah sejenis anjing pemburu yang digunakan oleh pemburu untuk menjejak atau mengejar mangsa.[1][2]

Hound dapat dibezakan dengan gundog yang membantu pemburu dengan mengenal pasti mangsa dan/atau mengembalikan buruan tertembak. Baka hound ialah anjing pemburu pertama. Ia sama ada mempunyai deria bau tajam, kelajuan tinggi, atau kedua-dua.[3] Terdapat tiga jenis hound, dengan beberapa jenis baka:

  • Anjing pemburu penglihatan mengikuti mangsa terutamanya dengan kelajuan, lalu mengekalkan mangsa dalam pandangan. Anjing ini pantas dan membantu pemburu dalam penangkapan buruan: rubah, kelinci, rusa, dan elk.[4]
  • Anjing pemburu bau mengikuti mangsa atau yang lain (seperti orang hilang) dengan menjejaki bau. Anjing ini mempunyai daya ketahanan, tetapi bukan pelari pantas.[5]
  • Selebih baka hound mengikuti mangsa dengan menggunakan kedua-dua penglihatan dan bau. Ia sukar dikelaskan, kerana bukan betul-betul anjing pemburu penglihatan mahupun betul-betul anjing pemburu bau.

Senarai baka hound

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "hound". Cambridge Advanced Learner's Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. Dicapai pada 26 Mei 2024.
  2. ^ "Breed Information Centre: Hound" [Pusat Maklumat Baka: Hound] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2019. Dicapai pada 26 Mei 2024.
  3. ^ "Hound Dog Breeds" [Baka Anjing Hound] (dalam bahasa Inggeris). Animal Planet. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2013. Dicapai pada 26 Mei 2024.
  4. ^ Barrington, Kate (15 Mac 2021). "What is a Sighthound?" [Apakah Anjing Pemburu Penglihatan?] (dalam bahasa Inggeris). PetGuide.com. Dicapai pada 26 Mei 2024.
  5. ^ "Keeping Your Scent Hound Happy" [Mengekalkan Anjing Pemburu Bau Anda Bahagia] (dalam bahasa Inggeris). Nestlé Purina PetCare. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2019. Dicapai pada 26 Mei 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Hound di Wikimedia Commons