Pergi ke kandungan

Anjing penuding Ariège

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penuding Ariège
Anjing penuding Ariège, kira-kira tahun 1915
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 60–67 cm (24–26 in)
Betina 56–65 cm (22–26 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penuding Ariège[a] ialah satu baka anjing pemburu Perancis daripada jenis penuding. Ia berasal dari département Ariège di Occitanie, di Perancis barat daya.

Sejarah dan kegunaan

[sunting | sunting sumber]

Jenis anjing yang digunakan oleh para pemburu di département Ariège di Occitanie dikatakan diturunkan daripada anjing yang merupakan silangan antara anjing penuding Burgos dengan anjing penuding Itali.[1]

Populasi berkurangan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua[2][3] dan, pada tahun 1990, sepasukan pembiak baka berkeputusan untuk membaktikan diri mereka kepada kemandirian anjing penuding Ariège, khususnya Alain Deteix. Beliau mengetuai pasukan pembiak baka itu dan membaktikan diri untuk menghidupkan baka ini semula.[4]

Ia sangat sesuai untuk memburu kelinci liar dan partridge.[4]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Anjing penuding Ariège

Anjing penuding Ariège ialah anjing berperkadaran normal dengan telinga labuh. Ekornya secara tradisional terpotong. Lapis bulunya pendek dan kebanyakannya putih, berbintik-bintik dengan tompok besar dengan warna yang diperihalkan sebagai jingga, hati, atau perang berangan pada kepala dan telinga. Saiznya ialah kira-kira 60–67 sentimeter (24–26 in) untuk ketinggian pada paras kelasa. Anjing baka ini patut kelihatan berkuasa namun tanpa rasa berat berlebihan, tegap, dan kuat.[2][3] Ia cepat, bertenaga, dan sangat berdikari, dan, oleh itu, memerlukan latihan dan aktiviti kerap.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ ارييج; Perancis: braque de l'Ariège; bahasa Inggeris: Ariège pointing dog; Ariège pointer
  1. ^ Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 144. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
  2. ^ a b "Standard FCI N° 177 BRAQUE DE L'ARIEGE" [Piawaian FCI No. 177 Anjing Penuding Ariège] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 15 September 2023. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  3. ^ a b "FCI-Standard N° 177 BRAQUE DE L'ARIEGE (Ariege Pointing Dog)" [Piawaian FCI No. 177 Anjing Penuding Ariège] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Dipinda terkini oleh Fleur-Marie Missant. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 15 September 2023. Dicapai pada 4 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b Arthus-Bertrand, Yann; Pittion-Rossillon, André (2000). Dogs [Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. m/s. 270. ISBN 9780304356300. OCLC 48836535.

Pautan lain

[sunting | sunting sumber]