Senarai peribahasa (A–M)
Penampilan
(Dilencongkan daripada Peribahasa bermula dengan huruf "M")
A
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Ada air, adalah ikan. | Ada penempatan adalah penduduk. |
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. | Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan. |
Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya). | Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya. |
Ada bangkai, adalah hering. | Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya. |
Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh. | Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita. |
Ada batang, cendawan tumbuh. | Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. |
Ada beras, taruh dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. |
Ada biduk, serempu pula. | Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki. |
Ada bukit, ada paya. | Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya. |
Ada gula, ada semut. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. |
Ada hari, ada nasi. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. |
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. |
Ada jarum hendaklah ada benangnya. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. |
Ada kerak, ada nasi. | Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya. |
Ada laut, ada perampok. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. |
Ada nasi di balik kerak. | Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan. |
Ada nyawa ada rezeki. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. |
Ada padang, ada belalang | Ada negeri tentulah ada rakyatnya. |
Ada padi masak, adalah pipit. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. |
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. |
Ada padi, segala menjadi. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. |
Ada pasang surutnya. | Untung dan malang tidak tetap. |
Ada rotan , ada duri. | Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya. |
Ada rupa, ada harga. | Harga barang menurut rupanya (= keadaannya). |
Ada sampan hendak berenang. | Sengaja bersusah payah. |
Ada seperti tampaknya apung-apung. | Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai. |
Ada sirih hendak makan sepah. | Ada yang baik, hendakkan yang buruk. |
Ada tangga hendak memanjat tiang. | Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. |
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. |
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas. | Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. |
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak . . | Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan. |
Adat pulau limburan pasang. . | Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah. |
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung . . | Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = Sejenis buluh besar. |
Adat teluk timbunan kapal (= kapar). (kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.) . |
Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. |
Adat tua menahan ragam. . | Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran. |
Adat yang kawi, syarak yang lazim. (kawi = kuat, sakti.). |
Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. |
Adat yang menurun, syarak yang mendaki. . | Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. |
Agak lebih daripada agih. . | Banyak bicara, sedikit kerja. |
Agak-agak bertutur malam hari. . | Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu. |
Agih-agih kungkang . (kungkang = kera kecil.). |
Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. |
Agung susut, pongah masih. (agung = besar; pongah = angkuh.) . |
Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. |
Air beriak tanda tak dalam. . | Banyak bercakap tanda tiada berilmu. |
Air besar sampan tak hanyut. . | Maksud tidak tercapai. |
Air besar, batu bersibak. (sibak = cerai, menepi.) . |
Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. |
Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan. pelimbahan = tempat air yang kotor.. |
Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. |
Air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan , gula tertumpah pada kanji. (menonggok = melonggok, menimbun.) |
Usaha yang berhasil baik. |
Air dalam terenang. (terenang = tempat air daripada tanah liat.) | Hidup yang tenang dan tenteram. |
Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok. kumbah = mencuci dalam air.. |
Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita. |
Air di daun keladi (= talas). . | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. |
Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap. . | Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. |
Air dicencang tiada putus. . | Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. |
Air didih menganak sungai . . | Hiburan yang sangat mewah. |
Air digenggam tiada tiris. . | Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. |
Air diminum sembiluan. . | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu. |
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam . . | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. |
Air ditetak tiadakan putus. . | Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. |
Air gedang menghanyutkan. (gedang = besar) | Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. |
Air jernih, ikannya jinak. . | Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa. |
Air keruh, limbat keluar. . | Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan. |
Air lalu kubangan tohor. (tohor = dangkal, kering.) . |
Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. |
Air laut hijau siapa celup? . | Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan. |
Air mata jatuh ke dalam. . | Berdukacita dengan diam-diam. |
Air mata jatuh ke perut. . | Berdukacita dengan diam-diam. |
Air mudik sungai , semua teluk diranai. (ranai = jalani (boleh jadi ranahi). |
Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. . |
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. . | Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. |
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. . | Nasib manusia tidak dapat ditentukan. |
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. . | Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi. |
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. . | Membesar-besarkan perkara yang kecil. |
Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. . | Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan. |
Air susu dibalas dengan air tuba . . | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. |
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.. | Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar. |
Air tenang menghanyutkan. . | Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. |
Air tuba dibalas dengan air susu . . | Kejahatan dibalas dengan kebaikan. |
Air yang jernih, sayak yang landai. (sayak = tempurung kelapa .) | Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar. |
Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. (keruh-keruh kerak = tiada jernih.) . |
Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. |
Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya . . | Orang yang diam jangan disangka pengecut. |
Akal akar berpulas tak patah. . | Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan. |
Akal labah-labah ; di gua buruk suka merakut. (merakut = memasang jaring.) . |
Orang jahat yang suka menipu orang. |
Akal sebagai makan nasi lecek. . | Fikiran seperti anak-anak. |
Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. . | Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur. |
Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang , berlebih. . | Ilmu pengetahuan yang serba tanggung. |
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung. . | Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. |
Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati. . | Dalam keadaan yang serba salah. |
Akan pembasuh kaki (= tangan). . | Hadiah kepada orang yang berjasa. |
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. . | Dalam keadaan yang serba salah. |
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun. (jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.) . |
Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. |
Akik disangka batu. (akik = Sejenis batu berwarna.) . |
Sesuatu yang menghina. |
Aku alah engkaulah menang. . | Tidak mahu mengaku kalah. |
Aku alah, engkau tak menang. . | Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. |
Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu. (olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.) . |
Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. |
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. . | Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori. |
Alah di rumpun betung . | Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah. |
Alah limau oleh benalu. (benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.) . |
Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. |
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. . | Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. (merih = pembuluh nafas.) |
Alah membeli, menang memakai. . | Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai. |
Alah menang tak tahu, bersorak boleh. . | Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan. |
Alah pinta dibuat sempena. . | Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh. |
Alah sabung, menang sorak. . | Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya. |
Alang berjawab, tepuk berbalas. (alang = pemberian, hadiah.) . |
Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. |
Alang dijawat, tepuk dibalas. (alang = pemberian, hadiah.) .. |
Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. |
Alang-alang berdakwat , biarlah hitam. (alang-alang = tanggung-tanggung.) . |
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. |
Alang-alang berminyak, biar licin. . | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. |
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. . | Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya. |
Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. . | Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya. |
Alim bagai katak di tepi air. . | Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu. |
Alim biasa menghukum syarak . . | Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak . |
Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. . | Alpa dan lalai mengakibatkan bencana. |
Alu pencungkil duri. . | Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. |
Alur bertempuh, jalan berturut. . | Dilakukan menurut adat yang biasa. |
Amak berlela, amak berupa. . | Banyak tabiat, banyak olehnya. (amak = terlalu banyak.) |
Ambil pati, buangkan ampas. . | Yang baik dipakai, yang tak baik dibuang. |
Amra disangka kedondong . (Amra = Sejenis mangga.) . |
Sesuatu yang baik disangka buruk, hanya kerana melihat rupanya sama dengan yang buruk. |
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. . | Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. |
Anak ayam kebasahan bulu. . | Gelisah resah; menjijikkan. |
Anak badak dihambat-hambat. . | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). |
Anak baik, menantu molek. . | Sangat berbahagia. |
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusu i. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusu kan. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
Anak harimau diajar makan daging. . | Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya. |
Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya. . | Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya. |
Anak harimau jangan dibela pelihara. . | Jangan berbuat baik dengan orang yang suka berbuat jahat. |
Anak harimau takkan menjadi anak kambing]. . | Orang yang berani takkan penakut. |
Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. . | Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya. |
Anak kambing takkan menjadi anak harimau. . | Orang yang pengecut tetap pengecut. |
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking. . | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. |
Anak kera di hutan disusu i, anak sendiri di rumah kebuluran. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
Anak kera hendak diajar memanjat. . | Hendak mengajar orang yang sudah ahli. |
Anak kucing menjadi harimau. . | Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan. |
Anak kuda bulu kasap. . | Anak muda yang riang gembira. bulu |
Anak kunci jahat, peti derhaka. . | Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya. |
Anak monyet di hutan disusu i, anak sendiri di rumah kekeringan. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
Anak orang, anak orang juga. . | Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya. |
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng. . | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. |
Anak seorang, menantu malim. (malim = ahli agama.) . |
Sangat berbahagia. |
Anak seorang, penaka tidak. (penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama.). |
Mempunyai barang hanya sebuah saja. |
Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang. . | Pendirian yang tidak tetap. |
Angan lalu, faham tertumbuk. . | Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya. |
Angan-angan menerawang langit. | Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi. |
Angan-angan mengikat tubuh. | Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan. |
Angguk enggan, geleng ia. | Lain di mulut, lain di hati. |
Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan. | Lain di mulut, lain di hati. |
Anggup-anggip bagai rumput di tengah jalan. (anggup-anggip = terkulai-kulai.) |
Hidup yang serba susah. |
Angin berputar, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. |
Angin bersiru, kami tahu. | Sudah tahu akan niat seseorang. (bersiru = beralih tujuan.) |
Angin bersiru, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. |
Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. | Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga. |
Angkat batang keluar cacing gelang-gelang. | Berpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya. |
Angkuh terbawa, tampan tertinggal. | Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. |
Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair. | Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. |
Anjing bercawat ekor. | Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya. |
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. |
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. |
Anjing diberi makan nasi takkan kenyang. | Sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat. |
Anjing ditepuk menjungkit ekor. | Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya. |
Anjing galak, babi berani. | Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras. |
Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang. | Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu. |
Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
Anjing kepada orang, raja kepada kita. | Buruk baik anak sendiri juga. |
Anjing menyalak bukit, takkan runtuh. | Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. |
Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah. | Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja. |
Anjing terpanggang ekor. | Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. |
Anjing tiada bercawat ekor. | Sesuatu yang hina dan tiada berguna. |
Anjur surut bak bertanam. | Tipu muslimat dalam melakukan pekerjaan. |
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. |
Antan patah, lesung hilang. | Kemalangan yang bertimpa-timpa. |
Antara dua tengah tiga. | Sakit hampir mati. |
Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar. | Susah hati dapat mengubah perangai seseorang. |
Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat. | Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. |
Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. | Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan. |
Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya. | Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami. |
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. |
Apa gunanya merak mengigal di hutan. (mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.) |
Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. |
Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada. | Cukup mempunyai segala yang diperlukan. |
Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah. (menawakkan = menggerakkan.) |
Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. |
Apa payahnya menggoyangkan lidah saja. | Banyak janji tetapi tidak ditepati. |
Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh. | Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya. |
Apa tampangnya, itulah tumbuhnya. (tampang = benih.) |
Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. |
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. | Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. |
Apabila tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga akan gantinya. (tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa .) |
Ganti yang hilang mestilah yang sama pula. |
Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku , kalau tidak dibakar. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. |
Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya. | Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi. |
Apalagi sawa , ia berkehendakkan ayamlah| | Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya. |
Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya. | |
Api dengan air, alangkah bezanya. | Jahat dengan baik amat jauh bezanya. |
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat. |
Api kecil baik dipadam. | Basmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi. |
Api makan sekam (= dedak ). | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. |
Api nan tak kunjung padam. | Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas. |
Api padam puntung berasap. (puntung = sisa kayu api yang dibakar.) |
Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali. |
Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi. | Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai. |
Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi. | Orang dagang yang melarat hidupnya. |
Ara tak bergetah. | Suatu perkara yang mustahil. |
Arang di dahi (= di kening, di muka). | Mendapat malu. |
Arang habis besi binasa. | Pekerjaan yang sia-sia. |
Arang habis binasa, tukang hembus penat saja. | Pekerjaan yang sia-sia. |
Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
Asal ada kecil pun pada. | Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga. |
Asal ayam hendak ke lesung , asal itik hendak ke pelimbahan. | Tabiat orang tak mungkin berubah. |
Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. | Tabiat orang tak mungkin berubah. |
Asal berinsang ikanlah. | Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). |
Asal berisi tembolok senang hati. | Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati. |
Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk. | Darjat seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung keris. |
Asal ditugal, adalah benih. (tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.) |
Sesuatu usaha tentu ada hasilnya. |
Asal sabut terapung, asal besi tenggelam. | Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh. |
Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya . | Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. |
Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah. | Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). |
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. |
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan. | Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. |
Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan. | Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk. |
Aur ditanam betung tumbuh. | Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit. |
Aus telunjuk mencolek garam . | Hidup dalam kemiskinan. |
Awak alah gelanggang usai. (usai = lengang.) | Ditimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi. |
Awak hendak hilir, ia telah hanyut. | Cita-cita yang telah didahului oleh orang lain. |
Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi. | Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri. |
Awak kurus daging menimbun. | Orang kaya yang berpura-pura miskin. |
Awak menangis diberi pisang. | Bujukan (pujukan) yang tepat. |
Awak rendah sangkutan tinggi. | Besar belanja daripada pendapatan. |
Awak sakit daging menimbun. | Orang kaya yang berpura-pura miskin. |
Awak tikus, hendak menampar kepala kucing . | Melakukan sesuatu yang mustahil. |
Awak yang celaka, orang yang diumpat. | Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan. |
Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya. (ruyung = batang pohon enau.) |
Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya. |
Awal dibuat, akhir diingat. | Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu. |
Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak. | Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa. |
Ayam baru belajar berkokok. | Baru cukup umur. |
Ayam berinduk, sirih berjunjung. | Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan. |
Ayam berlaga sekandang. | Berkelahi dengan orang serumah. |
Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya. (ayam beroga = ayam hutan.) | Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. |
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. | Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. |
Ayam bertelur di atas padi. | Hidup senang dan mewah. |
Ayam dapat, musang dapat. | Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang. |
Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang. | Malang sekali; nasib yang buruk. |
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun. | Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. |
Ayam itik, raja pada tempatnya. | Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing. |
Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai. (kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.) |
Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. |
Ayam pulang ke pautan. | Sudah pada tempatnya. |
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak. | Perkara yang nyata mudah ketahuan. |
Ayam seekor bertambang dua. | Gadis seorang, dua bujang yang ingin. |
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam. | Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya. |
Ayam tak patuk, itik tak sudu. | Keadaan orang yang hina dalam masyarakat. |
Ayam terlepas, tangan bau tahi. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. |
Ayam terlepas, tangan tercirit. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. |
Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling. | Tidak senang melihat kebahagiaan orang. |
Ayam yang tangkas di gelanggang. | Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis. |
B
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Babi merasa gulai. | Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. |
Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga. | Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya. |
Badak makan anak. | Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda. |
Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa. | Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas. |
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki. | Sudah sehidup semati. |
Badan sudah dua senyawa. | Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah. |
Bagai air daun talas (= keladi). | Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah. |
Bagai air mencari jenisnya. | Mencari ilmu tanpa mengenal erti jemu. |
Bagai air itik ke batu. | Lemah dan lesu tanpa penyakit. |
Bagai anak dara mabuk andam. (andam = anak rambut di dahi.) |
Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor. |
Bagai anak dara sudah berlaki. | Banyak sekali. |
Bagai anak nangui. (nangui = Babi kecil yang banyak anaknya.) |
Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain. |
Bagai anak sepat ketohoran. | Kurus sekali. |
Bagai anjing beranak enam. | Orang yang sangat benci oleh masyarakat. |
Bagai anjing buruk kepala. | Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong. |
Bagai anjing melintang denai. (denai = jejak binatang besar di hutan.) |
Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor). |
Bagai anjing tersepit di pagar. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. |
Bagai api dengan rabuk. | Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan. |
Bagai ara hanyut. | Satu sama lain bertolong-tolongan. |
Bagai aur dengan tebing. | Tolong-menolong di antara satu sama lain. |
Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur. | Menyerahkan diri kepada nasib. |
Bagai aur di atas bukit. | Orang yang menyerahkan diri pada takdir. |
Bagai ayam dibawa ke lampok. (lampok = onggok padi sesudah disabit; limpap.) |
Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya. |
Bagai ayam dimakan (= kena) tungau. | Mati tanpa sakit. |
Bagai ayam disambar elang. | Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung. (kena kepala = kena lempar). |
Bagai ayam lepas bertaji. | Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya. |
Bagai ayam mabuk tahi. | Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah. |
Bagai ayam mengarang telur. (mengarang telur = hampir bertelur.) |
Peri keelokan, merah muka seseorang. |
Bagai ayam mengeram telur. | Peri keelokan, merah muka seseorang. |
Bagai ayam naik ke surau. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. |
Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. (tombong = sombong.) | Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. |
Bagai ayam yang terkecundang. (kecundang = kalah.) |
Sangat ketakutan. |
Bagai bajak wangkang makan diangkat. (bajak wangkang = tenggala yang selalu mesti diangkat-angkat waktu menggunakannya. bajak = perompak; wangkang = perahu besar;) |
Orang yang gemar dipuji. |
Bagai balak terendam. | Orang gemuk yang malas bergerak. |
Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir. | Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak. |
Bagai beliung dengan asahan. | Tidak pernah berpisah. |
Bagai belut digetir (= diketil) ekor. (digetir = dicubit.) |
Cepat sekali. |
Bagai belut diregang. | Tinggi dan kurus. |
Bagai berkain tiga hasta. | Serba tak cukup (miskin). |
Bagai bersahabat dengan ular bisa. | Berkawan dengan orang yang jahat. |
Bagai berseru di padang pasir. | Seruan yang tidak diendahkan orang. |
Bagai bersumur di tepi rawa. | Orang yang selalu cemburu. |
Bagai bertanak di kuali. | Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya. |
Bagai bertandang ke rumah janda. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. |
Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu. (malakamo adalah sejenis buah yang sama ada dimakan atau tidak akan mendatangkan kesusahan (sebagai perumpamaan sahaja) |
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. |
Bagai bertepuk sebelah tangan. | Cinta kasih yang tidak berbalas. |
Bagai beruk kena ipuh. (ipuh = racun.) | Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya). |
Bagai berumah di tepi tebing. | Selalu dalam kekhuatiran. |
Bagai besi dengan penempa. | Orang lemah di bawah kuasa orang kuat. |
Bagai biawak mengulangi bangkai. | Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. |
Bagai buah keras di dalam sekul. (buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.) | Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. |
Bagai budak menyapu hingus. | Beroleh malu dalam sesuatu majlis. |
Bagai bulan empat belas. | Kecantikan wajah seseorang wanita. |
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. | Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan. |
Bagai buntal kembung. | Bodoh dan sombong. |
Bagai bunyi cempedak jatuh. | Bunyi jatuh yang kuat. |
Bagai bunyi orang dikoyak harimau. | Berteriak-teriak atau melolong dengan kuat. |
Bagai bunyi perempuan di air. (di air = di tempat mandi.) | Ramai (= riuh) sekali. |
Bagai bunyi siamang kenyang. | Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. |
Bagai cacing gila. (cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh.) | Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. |
Bagai cacing kena air panas. | Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). |
Bagai cembul dapat tutupnya. | Sesuai benar. |
Bagai dakwat dengan kertas. | Tak pernah bercerai; sangat cocok. |
Bagai dekan di bawah pangkal buluh. (dekan = ulat yang makan buluh.) | Pandai menyembunyikan rahsia. |
Bagai denai gajah lalu. | Pekerjaan atau kejadian yang payah benar hendak disembunyikan. |
Bagai dihiris dengan sembilu. | Pedih sekali rasa hatinya. |
Bagai diikat dengan sehasta tali. | Dalam keadaan yang sangat terbatas. |
Bagai dirahap kain basah. (rahap = bungkus.) | Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. |
Bagai ditembak putus tunggal. (putus tunggal = petir yang sangat keras bunyinya.) | Dialahkan oleh orang yang bodoh. |
Bagai diurap dengan daun katang-katang. (katang-katang = Sejenis tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.) | Sangat marah. |
Bagai dulang dengan tudung saji. | Sesuai benar. |
Bagai duri dalam daging. | Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati. |
Bagai emak mandul baru beranak. | Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat. |
Bagai empedu lekat di hati. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). |
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. | Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan. |
Bagai gadis jolong menumbuk. | Rajin dan bersungguh-sungguh. |
Bagai gagak menggonggong telur. | Perempuan hodoh berpakaian bagus. |
Bagai galah di tengah arus. | Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah. |
Bagai galah dijual. (galah = tombak atau lembing.) | Terlalu miskin; kalah judi. |
Bagai gelegar buluh. (gelegar = bunyi bergemuruh.) | Bercakap besar. |
Bagai gelombang dua belas. | Kehebatan langkah seseorang pendekar. |
Bagai geluk tinggal di air. (geluk = timba daripada tempurung kelapa.) | Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang. |
Bagai gembala diberi keris. | Pemberian yang tidak berfaedah. |
Bagai getah dibawa ke semak. | Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya. |
Bagai gulai lengkitang. (lengkitang = siput.) | Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula. |
Bagai hantu makan dedak. | Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya. |
Bagai harimau beranak muda. | Orang perempuan yang terlalu bengis. |
Bagai haruan di dalam tuar. (tuar = lukah.) | Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. |
Bagai ikan lampam di ulak jamban. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. |
Bagai ilak bercerai dengan benang. (ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.) | Bercerai untuk selama-lamanya. |
Bagai inai dengan kuku. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). |
Bagai itik pulang petang. | Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk). |
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. (belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu.) | Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. |
Bagai jawi ditarik keluan. (keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).) | Menurut dengan tidak membantah. |
Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan. | Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan. |
Bagai jawi terkurung siang. | Sangat gelisah kerana tidak bebas. |
Bagai jelongak kerbau rampung. | Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. |
Bagai jempuk kesiangan hari. | Kebingungan; termenung-menung. |
Bagai kacang direbus satu. | Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung. |
Bagai kacang direndang. | Bunyi suara yang tak putus-putus. |
Bagai kain menunjukkan corak bangsanya. | Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya. |
Bagai kambing dalam biduk. | Sangat ketakutan. |
Bagai kambing dihalau (= diseret) ke air. | Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. |
Bagai kambing dijunjung. | Jerit pekik orang yang penakut. |
Bagai kambing dimandikan pagi. | Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. |
Bagai kambing harga dua kupang. | Tingkah lakunya seperti anak-anak. |
Bagai kambing lepas ke parak. (parak = ladang, kebun.) | Memilih makanan dengan sesuka hati. |
Bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh. | Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. |
Bagai kapak naik cerana. (cerana = tempat sirih.) | Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. |
Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus. (kayu lempung = kayu ringan dan lunak.) | Orang yang lemah, mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa. |
Bagai keli kena ketuk. | Bersungut-sungut dengan tiada tentu hujung pangkalnya. |
Bagai kelip-kelip terbang malam. | Rahsia yang tiada dapat disembunyikan. |
Bagai keluang bebar petang. (bebar = terbang.) | Ramai-ramai berkerumun; suka hidup beramai-ramai. |
Bagai kena sentung pelalai. (sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.) | Gadis yang tak mahu bersuami. |
Bagai [kera]] diberi kaca. | Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. |
Bagai kerakap tumbuh di batu (= atas batu). (kerakap = Sejenis sirih tetapi tidak dimakan orang.) | Hidup dalam kemelaratan. |
Bagai kerbau runcing tanduk. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. |
Bagai kerbau terkejut oleh gong. | Tercengang-cengang kehairanan. |
Bagai kilat senja, bagai petir tunggal. | Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya. |
Bagai kinantan hilang taji. ([ayam] kinantan = ayam putih) | Tidak berharga lagi. |
Bagai kuau mengigal (= menyesar). (kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.) | Kehebatan rupa seseorang. |
Bagai kucing dengan panggang (= balur).(balur = dendang.) | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. |
Bagai kucing dibawakan lidi. | Sangat ketakutan. |
Bagai kucing kehilangan anak. | Kehilangan akal; bingung. |
Bagai kucing lepas senja. | Sukar dicari; merasa senang. |
Bagai kucing main daun. | Kehebatan rupa seseorang. |
Bagai kucing menjemput api. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. |
Bagai kucing takut akan balur. | Lelaki yang takut kepada perempuan. |
Bagai kucing tidur di bantai. (bantai = daging binatang yang disembelih.) | Hidup senang dan mewah. |
Bagai kuku dengan isi (= daging). | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). |
Bagai ayam naik ke surau. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. |
Bagai lalat cari puru. | Membuat sesuatu pekerjaan dengan cepat dan ghairah. |
Bagai langau mengerumuni bangkai. | Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya. |
Bagai lebah menghimpun madu. | Sangat rajin. |
Bagai lepat dengan daun. | Sangat sesuai. |
Bagai lesung dengan antan. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). |
Bagai limau masam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. |
Bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan. (pemerunan = tempat membakar sampah.) | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. |
Bagai lukah, tak penuh air. | Selalu hendak makan saja, tak ada kenyang-kenyangnya. |
Bagai melepaskan batuk di tangga. | Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai. |
Bagai melihat asam. | Ingin sekali. |
Bagai melihat ulat. | Sangat benci. |
Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi. | Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. |
Bagai melulur bersitungging. | Melakukan sesuatu pekerjaan dengan terpaksa. |
Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan. (kesisipan = kemasukan duri dalam daging.) | Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. |
Bagai melulutkan jebat pada kerbau. (melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = Sejenis Kasturi) | Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. |
Bagai memakai baju pinjaman. | Tidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya. |
Bagai membelah betung. | Pendirian yang berat sebelah. |
Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. |
Bagai menambah gelang bini. | Pemberian yang tak kelihatan. |
Bagai menampung air dengan limas pesuk. (limas = takir; pesuk = berlubang.) | Tak dapat diberi ajaran atau nasihat. |
Bagai mencari belalang di atas akar. | Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia. |
Bagai mencari kutu di dalam ijuk. | Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia. |
Bagai mencencang air. | Melakukan pekerjaan yang tidak ada faedahnya. |
Bagai mendapat cincin ijuk. | Mendapat barang yang tidak berguna. |
Bagai menelan mestika embun. | Mendengar nasihat yang baik. |
Bagai mengail kucing hanyut. | Perbuatan yang sia-sia. |
Bagai mengangkut batu di bencah. (bencah = paya.) | Menyuruh orang yang enggan melakukan pekerjaan. |
Bagai mengatai tunggak (= tunggul). | Memberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab. |
Bagai mengepal pasir kering. | Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. |
Bagai menggelikan induk ayam. | Memberanikan orang penakut. |
Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak. | Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. |
Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan. | Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. |
Bagai menghitung bulu kambing. | Pekerjaan yang sia-sia. |
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai. | Kasih sayang yang tidak ada taranya. |
Bagai menjenguk jerat sial. | Melawat sesuatu tempat tetapi hanya sebentar saja; orang yang gemar berjalan-jalan. |
Bagai menumbuk padi hampa. | Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. |
Bagai menunjukkan ilmu kepada orang menetek. | Melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya. |
Bagai menyandang galas tiga. (galas tiga = tiga bungkus dagangan.) | Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. |
Bagai menyesah kain dapat. (menyesah = memukul.) | Barang pinjaman yang dipakai dengan sekehendak hati saja. |
Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima. | Melakukan pekerjaan yang sulit. |
Bagai menyukat belut hidup. | Melakukan pekerjaan yang sulit. |
Bagai meramas biji cempedak. | Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik. |
Bagai mestika embun . | Mendengar nasihat yang baik. |
Bagai murai dicabut ekor. | Perempuan yang suka bercakap banyak. |
Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap. | Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan. |
Bagai nangka masak gugur. | Jatuhnya orang yang gemuk. |
Bagai nangka masak menyesak sarungnya. | Rupa seseorang yang tambun. |
Bagai ombak purus. | Suara riuh-rendah. |
Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak. | Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk. |
Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan. | Bekerja hanya kalau diperintah. |
Bagai panas mengandung hujan. | Tertawa dalam kesusahan. |
Bagai pancang digoncang arus. | Pendirian yang tidak tetap. |
Bagai parang buruk, tali sabut tiada tergolok. | Tidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah. |
Bagai pelita kehabisan minyak. | Tidak berseri-seri lagi.
Bagai perahu karam sebelah. Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. |
Bagai perempuan bunting bertemu idamannya. | Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. |
Bagai perempuan membawa perut. | Orang yang buncit perutnya. |
Bagai perian pecah. (perian = tabung bambu untuk membawa air.) | Suara yang tidak merdu. |
Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi. | Sesuatu yang membahayakan. |
Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan). | Amat cepat. |
Bagai pucuk pisang didiang. | Lemah sekali; tiada berdaya. |
Bagai punggur rebah. (punggur = tunggul.) | Jatuhnya orang yang gemuk. |
Bagai puyu di air jernih. | Senang hidupnya. |
Bagai puyuh laga. | Percakapan yang tak pernah habis. |
Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu) | Sedikit (= kecil) sekali. |
Bagai rasa batang pisang. | Tubuh seseorang yang terlalu dingin. |
Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka. | Tiada memilih (makanan atau perbuatan). |
Bagai rupa tokak dibasuh. (tokak = kudis besar.) | Sangat buruk. |
Bagai rupa tungkahan. (tungkahan = kayu landasan di dapur.) | Sangat buruk. |
Bagai sambau di pintu kandang. | Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). |
Bagai sambau di tengah jalan. | Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). |
Bagai sayang kaki pada terompah.
Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja. | |
Bagai semut penghimpun melukut. | Orang yang rajin bekerja. |
Bagai sepatung mandi. | Sebentar amat. |
Bagai serangkak tertimbakan. (serangkak ~ sirangkak = ketam kecil.) | Berjalan miring. |
Bagai si buta pergi bergajah. (bergajah = menangkap gajah.) | Pekerjaan yang sia-sia. |
Bagai si kudung beroleh cincin. | Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya. |
Bagai si kudung pergi berbelut. (berbelut = menangkap belut.) | Pekerjaan yang sia-sia. |
Bagai si lumpuh hendak merantau. | Ingin melakukan pekerjaan yang mustahil. |
Bagai si mandul mendapat anak. | Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. |
Bagai si pekak tertanya-tanya. | Sangat ingin mendengar khabar. |
Bagai siamang kurang kayu. | Sangat susah hati kerana kekurangan barang-barang keperluan. |
Bagai sumpit dihentakkan. | Orang yang gemuk dan lembam. |
Bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli. (akar = gula; tengguli = air gula.) | Sangat padan; bersetujuan benar. |
Bagai tabut keling: di luar berkilat di dalam berongga. | Baik di luar tetapi jahat hatinya. |
Bagai tagar di Pulau Sembilan. (tagar = guruh, guntur.) | Cakap terlalu tinggi dan sombong. |
Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah. | Usaha yang tidak bersungguh-sungguh. |
Bagai tanduk bersendi gading. | Tidak sepadan. |
Bagai tanduk diberkas. | Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. |
Bagai tekukur mengikut kata. | Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya. |
Bagai tembilang bagai penggali; begitu yang hilang begitu pengganti. (tembilang = alat penggali lubang.) | Yang diganti sama dengan yang hilang. |
Bagai terung terantuk ke dinding. | Datang berkunjung sebentar saja. |
Bagai tikus membaiki labu. | Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui. |
Bagai tikus membaiki labu. | Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui. |
Bagai timun dendang: di luar merah di dalam pahit. | Mulut manis hati busuk. |
Bagai tokak lekat di kening. | Malu yang tak dapat disembunyikan. |
Bagai tulang dalam rongkongan. | Sangat musykil. |
Bagai tulisan di atas air. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. |
Bagai tuman makan anak. | Berbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = Sejenis ikan sungai. |
Bagai tunggul dihias. | Rupa yang buruk. |
Bagai tuntung jarum dilaga. (tuntung = hujung yang runcing.) | Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). |
Bagai tupai bergelut. | Kehebatan rupa seseorang. |
Bagai udang bertahi di kepala. | Orang yang sentiasa berhutang. |
Bagai ular dengan legundi (= lenggundi di mana legundi = sejenis tumbuhan.). | Sangat terpikat kepada kekasih. |
Bagai ulat nangka terhempas ke batu. | Tidak serik. |
Bagai umang-umang. | Orang yang suka berpakaian bagus tetapi bukan miliknya sendiri. umang-umang = ketam di laut. |
Bagai wau putus teraju. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. |
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. |
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya. | Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya. |
Bagaimana ditanam, begitulah dituai. | Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik. |
Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu. | Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak. |
Bagaimana kumbang putus tali. | Amat cepat; terlepas daripada sengsara. |
Bagaimana menanti arah hanyut. | Mengharap sesuatu yang belum tentu. |
Bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. (baluhan = batang yang sudah berlubang seperti gendang.) | Orang yang bersahabat dengan orang jahat akhirnya akan ikut terlibat juga dalam kejahatannya. |
Bagaimana rupa begitulah bayangnya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. |
Bagaimana tepuk begitulah tarinya. | Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya. |
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman. | Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ. |
Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh. | Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh. |
Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). |
Bahasa menunjukkan bangsa. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). |
Bahaya tumbuh, sengketa habis. | Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka. |
Bahu memikul, hati menyokong. | Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa. |
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak. | Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. |
Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana. (resmi = sifat.) | Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. |
Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang. | Tidak sombong; rendah diri. |
bajak patah, banteng terambau. (banteng = lembu; terambau = masuk jurang.) | Kemalangan yang datangnya silih berganti. |
bajak selalu di tanah yang lembut. | Orang yang lemah selalu menderita. |
bajak sudah terdorong ke bencah. | Sudah tak dapat ditarik kembali. |
Baji dahan membelah dahan. | Orang yang berbuat baik kepada kita dengan harta kita sendiri. |
Bak jung berat sebelah. (jung = sejenis kapal.) | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. |
Bak anjing tersepit. | Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. |
Bak cetus api. | Sangat cepat. |
Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang. | Benda yang diperoleh, meskipun berguna, tetapi kemudian mendatangkan kesusahan. (pelak = panas, gerah.) |
Bak manik putus tali (= pengarang). | Air mata yang bercucuran. |
Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. |
Bak menanti orang dulu, bak melalah orang kudian. (melalah = mengejar.) | Melakukan sesuatu yang sia-sia. |
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian. (anak sasian = murid.) | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. |
Bak orang gombang di lebuh. (gombang = elok; lebuh = jalan raya.) | Congkak di tengah jalan tetapi rumah tangganya tidak sempurna. |
Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri. (dianduh = ditarik dengan tali.) | Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. |
Bak ras kuda pula kukuran. | Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya. |
Bak rasa di liang lahad. (lahad = lubang kubur.) | Dalam kesempitan. |
Bak rasa ubi pula gadung. (gadung = ubi hutan) | Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya. |
Bak tengguli ditukar cuka | Pertukaran yang amat bertentangan. |
Bakal lesung tak dapat dijadikan balok. | Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya. |
Bakar air hendakkan abu. | Pekerjaan yang sia-sia. |
Bakar tak berapi. | Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam. |
Bakar tak berbau. | Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya. |
Bakar tiada hangus. | Sangat degil. |
Bakarlah air ambil abunya. | Pekerjaan yang sia-sia. |
Bala lalu dibawa singgah. | Sengaja mencari kesusahan. |
Balam dengan ketitiran. (ketitiran = merbuk, perkutut.) | Selalu bertengkar. |
Balam dua sesangkar. | Seorang perempuan dicintai oleh dua orang lelaki. |
Balik belakang lain bicara. | Mungkir janji. |
Baling-baling di atas bukit. (baling-baling = penunjuk angin.) | Pendirian yang tidak tetap. |
Bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua. | Sudah terlambat. |
Bandot tua makan lalap muda. (bandot = kambing jantan; lalap = ulam, daun muda.) | Lelaki tua beristerikan perempuan muda. |
Bangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging. | Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang. |
Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru ? | Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan. |
Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak. (pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.) | Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. |
Bangsa bermuka papan. | Tidak bermalu. |
Bangsa teling tipis. | Orang yang lekas marah. |
Bangsar balur liat. | Orang yang degil. balur = kulit keras. |
Bangsat tak tahu disukarnya. (bangsat = miskin.) | Orang bodoh yang tak tahu akan kekurangan dirinya. |
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas. | Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat. |
Banyak habis, sedikit sedang. | Tentang membelanjakan wang. |
Banyak makan garam. | Banyak pengalaman. |
Banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan. | Pandai berkata-kata saja tetapi tidak pandai mengerjakannya. |
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. |
Bapa burik anaknya tentu rintik. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. |
Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga. | Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan. |
Bau malaikat terhempas. | Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian. |
Baunya setahun pelayaran. | Amat busuk sekali. |
Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk. | Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. |
Bayan di tangan habis terlepas. | Nasib yang malang. |
Bayang-bayang disangka tubuh. | Mengharapkan sesuatu yang belum pasti. |
Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh). | Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin. |
Bayang-bayang tidak sepanjang badan. | Berbuat sesuatu melebihi kemampuan sendiri. |
Beban berat senggulung batu. (senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung.) | Tanggungan yang sangat berat. |
Beban sudah di pintu. | Anak gadis yang sudah besar. |
Bekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa. | Tiada pernah lupa. |
Belah dada lihatlah hati. | Berkata benar. |
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. |
belalang dapat menuai. | Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja. |
belalang disangka elang. | Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih. |
belalang hendak menjadi elang. | Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). |
Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih. | Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah. |
Belayar atas angin. (atas angin = jurusan dari mana angin datang.) | Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. |
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai. | Segala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman. |
Belayar ke (di) pulau kapuk. | Tidur. |
Belayar mengadang (= menentang, menuju) pulau. | Tiap-tiap perbuatan (pekerjaan) mestilah ada tujuannya. |
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. (memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya.) | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
Beliung yang besar hayun, kecil makannya. | Besar cakap tetapi hasilnya sedikit. |
Belukar sudah menjadi rimba. | Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi. |
Belum beranak sudah berbesan. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. |
Belum beranak sudah ditimang. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. |
Belum bergigi hendak mengunyah. | Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada. |
Belum bergigi sudah hendak menggigit. | Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. |
Belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh. (sangkap = genap, cukup.) | Perkara yang sudah terang. |
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk). | Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. |
Belum bertaji hendak berkokok. | Belum berilmu sudah hendak menyombong. |
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. |
Belum diajun sudah tertarung. (ajun = maksud hendak (berbuat, berjalan dan sebagainya).) | Baru hendak memulai sesuatu sudah mendapat kemalangan. |
Belum dipanjat asap kemenyan. | Belum kahwin. |
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang. | Orang yang arif dan rajin. |
Belum ditumbuk belumlah bengkak. | Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas. |
Belum duduk berlunjur dulu. | Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. |
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. |
Belum menetas sudah dibilang. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. |
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. |
Belum sekuku. | Amat sedikit. |
Belum tahu di masin garam. | Belum ada pengalaman. |
Belum tahu di pedas lada. | Belum ada pengalaman. |
Belum tahu laba rugi. | Belum tahu baik buruk. |
Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga (= disabung). | Belum ada keputusan. |
Belum tegak hendak berlari. | Melakukan sesuatu tidak menurut aturan yang biasa. |
Belum tentu hilir mudiknya. | Belum ada keputusan. |
Belum tentu hitam putihnya. | Belum ada keputusan. |
Belum tentu si upik si buyungnya. | Belum ada keputusan. |
Belum tentu si upik si buyungnya. | Belum ada keputusan. |
Belum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis. (tuarang = musim kemarau.) | Khabar angin yang dilebih-lebihkan. |
Belut jatuh ke lumpur. | Senang sekali. |
Belut kena ranjau (= getah). | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. |
Belut pulang ke lumpur. | Kembali ke asalnya. |
Bembam bukan terung. (bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.) |
Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. |
Benang arang orang jangan dipijak. (benang arang = benang yang dipakai tukang kayu untuk menggaris.) |
Jangan mencabuli rumah tangga orang. |
Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya. (tetal = padat; telus = celus.) | Ketangguhan bersatu padu. |
Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu. (mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar.) | Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan. |
Bengkok batang bengkoklah bayangnya. | Mengikut ajaran yang salah. |
Berair kerongkongan. (kerongkongan = pembuluh nafas.) | Mendapat rezeki. |
Beraja di hati, bersultan di mata. | Menuruti kehendak hati sendiri. |
Beraja di mata, bersultan di hati. | Menurut kehendak hati sendiri. |
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. | Supaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah payah dahulu. |
Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah. | Tidak menepati janji. |
Beranak kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang. | Sikap yang tidak adil. |
Beranak tiada berbidan. | Mendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri. |
Berani hilang tak hilang, berani mati tak mati. | Siapa yang berani akhirnya akan menang juga. |
Berani kerana benar, takut kerana salah. | Bertindak kerana berada di pihak yang benar. |
Berani menjual berani membeli, berani pegang berani tanggung. | Barang siapa berani menganjurkan, harus berani mengerjakannya. |
Berani senduk pengedang, air hangat direnanginya. (senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk.) | Berani dengan membuta tuli. |
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul. | Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu. |
Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut. | Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. |
Berapa panjang sarung begitulah kerisnya. | Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. |
Berapalah besar dan dalam laut Kalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia. | Hati manusia tak dapat diduga. |
Berapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia. | Mulut itu lebih tajam daripada senjata. |
Berarak ke tebing. (berarak = berjalan.) | Selalu merasa khuatir. |
Berarak tidak berlari. | Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati. |
Berat beban yang sedikit dek hati sakit. | Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga. |
Berat hati beratlah tulang. | Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya. |
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. | Suka duka sama-sama ditanggung. |
Berat sepikul, ringan sejinjing. | Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. |
Berbalik-balik bagai kuda tercirit. | Perkara yang sudah diputuskan, kemudian ditimbulkan kembali. |
Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam. | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. |
Berbaur pangkal perceraian. | Jika terlalu karib mudahlah timbul perselisihan. |
Berbelok kucing main daun. | Kehebatan rupa seseorang. |
Berbenak ke empu kaki. | Tidak peduli baik atau jahat. |
Berbilang dari esa, mengaji dari alif. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. |
Berbisik kedengaran, berimbau kelampauan. | Jarak yang sangat dekat. |
Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim. (alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang.) | Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya. |
Berbuat kerja seperti Mak Judai. | Selalu membengkalaikan pekerjaannya. |
Berbuat kerja seperti yajud wa majud. (yajud wa majud = suku bangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat.) | Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya. |
Berbudi bagai pisang lebat. (berbudi = maksudnya: menggahkan diri.) | Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. |
Berbukit di balik pendakian. | Kesusahan yang silih berganti. |
Berbulu mata melihat. | Sangat benci. |
Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak. | Mengandung tetapi selalu keguguran. |
Berbunyi batu berbunyilah dia. | Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah. |
Bercabang bagai lidah biawak. | Tidak dapat dipercayai barang katanya. |
Bercabik kulit belumlah tentu, bercabik kain bolehlah. | Belum dapat diharap dengan kerja yang susah-susah. |
Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang. | Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. |
Bercampur dengan orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak. (cecak = copet.) | Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. |
Bercermin di air keruh. | Mencontohi perbuatan yang kurang baik. |
Bercintakan geliga di mulut naga. | Mengharapkan sesuatu yang mustahil. |
Berdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan. | Mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan. |
Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema. (si tua = harimau; jema = orang.) | Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. |
Berdiang di abu dingin. | Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain. |
Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. | Cermat. |
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. | Sama setaraf. |
Berdua mendatangkan perbantahan. | Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. |
Berdua terkunci, bertiga terbuka. | Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja. |
Berebut temiang hanyut, tangan luka, temiang tak dapat. (temiang = sejenis buluh tipis.) | Berkelahi merebutkan sesuatu barang: barangannya tak dapat, badan luka-luka. |
Berek-berek laga siang, malam sekelelapan. (berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama.) | Dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat. |
Beremas kemas, berpadi menjadi. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. |
Berendam di tempayan pekasam. | Duduk berleka di rumah perempuan jahat. |
Berendam sesayak air, berpaut sejengkal tali. | Hidup dalam kemelaratan. |
Berenyai bak hujan pagi. | Bekerja atau bercakap lambat-lambat. |
Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. |
Bergantung (di) rambut sehelai. | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. |
Bergantung di hujung kuku. | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. |
Bergantung pada akar lapuk. | Berharapan kepada orang yang tak berkuasa. |
Bergantung pada tali rapuh. | Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap. |
Bergantung sehasta tali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. |
Bergantung tidak bertali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. |
Bergedang air orang. | Pekerjaan yang memberi untung kepada orang lain. |
Bergelanggang di mata orang banyak. | Terang atau nyata sekali. |
Bergurindam di tengah rimba. | Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh. |
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. | Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah. |
Berhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara. | Tidak teguh janji. |
Berhakim kepada beruk. | Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi. |
Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati. | Berfikirlah dulu dengan masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara. |
Berhampar lapik, berlicin daun. | Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk. |
Berhanyut ke hilir mengepit kemudi sajalah. | Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang pandai (= rajin) maka tidaklah payah diawasi terlalu sangat. |
Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh. (di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.) | Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. |
Berhati baja, berurat kawat. | Tabah dan keras hati. |
Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar. | Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan. |
Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh. | Orang yang sombong, besar cakap tidak berisi. |
Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing. | Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. (dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan.) |
Berjalan dari pintu belakang. | Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah. |
Berjalan jauh banyak dilihat. | Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana. |
Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah. | Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. |
Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. | Sesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai. |
Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. | Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (menghadap surut = menengok ke belakang.) |
Berjanjang naik, bertangga turun. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. |
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati. | Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. |
Berjual pisang kepada monyet. | Berjual dengan memberi hutang. |
Berjumpa dengan putih, terlesi sangat. | Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. (lesi (lesih) = terlalu putih.) |
Berkain tak cukup sebelit pinggang. | Kemiskinan yang amat sangat. |
Berkandilkan bulan. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. |
Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar. | Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. |
Berkata-kata dengan lutut. | Berkata-kata dengan orang yang bodoh. |
Berkaul kepada (= ke tempat) keramat. | Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. |
Berkayuh sambil bertimba. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
Berkayuh sambil ke hilir. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
Berkayuh sampan bocor. | Kehidupan yang sangat melarat. |
Berkelahi dalam kepuk. | Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar). |
Berkelahi dengan orang tak berambut. | Berselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya. |
Berkelahi di dalam mimpi. | Berlelah-lelah dengan sia-sia saja. |
Berkelahi di ekor alahan. | Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. (alahan = bekas alur sungai, bendungan.) |
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang. | Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. |
Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian. | Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. |
Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas. | Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit. |
Berkelambukan gua. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. |
Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan. | Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). |
Berkemudi ke rusuk. | Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). |
Berkepanjangan bagai agam. | Perbuatan atau perkataan yang tidak ada hujungnya. |
Berkeras tidak berkeris. | Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya. |
Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang. | Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. |
Berkering air liur. | Nasihat yang sia-sia. |
Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut. | Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja. |
Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak. | Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah. |
Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak. | Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak. |
Berketak dulu sebelum bertelur. | Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan. |
Berketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar. | Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. |
Berketuk ayam dalam telur. | Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya. |
Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang. | Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah. |
Berkotakan (= berkubukan, bernegerikan) betis. | Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. |
Berkuah air mata. | Selalu menderita susah. |
Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek. | Persahabatan yang sangat karib. |
Berkuak pedang, berbelah buluh. | Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan. |
Berkubu sebelum alah. | Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan. |
Berlaki anak semang. (anak semang = orang gajian.) | Perempuan yang buruk kelakuannya. |
Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu. | Persahabatan yang sangat karib. (kalang = galang.) |
Berlidah di lidah orang. | Hanya menurut apa yang dikatakan orang. |
Berlindung di balik telunjuk. | Rahsia yang tak dapat disembunyikan. |
Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok. | Persahabatan yang sangat karib. |
Berlurah di balik pendakian. | Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. |
Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka. | Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. |
Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya. | Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian. |
Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali. | Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar. |
Bermayang-mayang menjadi mumbang. | Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati. |
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung. | Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan. |
Berminyak biar lecah (= licin). | Janganlah kepalang tanggung dalam melakukan sesuatu pekerjaan. |
Berminyak tak licin. | Setengah-setengah tidak sampai selesai. |
Bermulut di mulut orang. | Hanya menurut apa yang dikatakan orang. |
Bernafas keluar badan. | Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri. |
Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. |
Berniaga di hujung lidah. | Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya. |
Beroja berpegang ekor. (beroja = menggalaki.) | Kepercayaan yang setengah hati. |
Beroleh (= mendapat) hidung panjang. | Mendapat malu. |
Beroleh lumpur di tempat yang kering. | Mendapat kesusahan yang tidak tersangka-sangka. |
Beroleh sehasta hendak sedepa. | Diberi sedikit lalu hendak minta banyak. |
Berpatah arang berkerat rotan. | Memutukan tali persahabatan (persaudaraan). |
Berpaut sehasta tali. | Tidak dapat berbuat sekehendak hati. |
Berpaut tidak bertali. | Belum putus perkaranya; belum diberi surat cerai (tentang perempuan yang minta cerai). |
Berpesan berturuti, harap ada percaya tidak. | Mempercayai sesuatu kepada seseorang tetapi tidak dengan sepenuh hati. |
Berpindah ke balik papan. | Meninggal dunia. |
Berpusing-pusing seperti baling-baling. | Kehidupan yang tiada tetap. |
Berputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk (= monyet). | Perempuan yang hamil sebelum kahwin. |
Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. | Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. (benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.) |
Bersaksi ke lutut. | Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi. |
Bersalai tidak berapi. (salai = dipanaskan atau dikeringkan.) | Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. |
Bersandar di batang rengas, gatallah badan. | Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan. |
Bersandar dilemang hangat. | Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya. |
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati. | Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (sarak = pisah.) |
Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang. | Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. |
Bersawah sepiring tidak, 'kan tempat sepasin bertanya. | Kemiskinan yang amat sangat. (sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung.) |
Berseleleran bagai getah di lalang. | Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan. |
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah. | Serba tak cukup (miskin). (cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.) |
C
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Cacing hendak menjadi naga. | Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar. |
Cacing menelan naga. | Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. |
Cacing menjadi ular naga. | Orang hina menjadi orang mulia. |
Cakak sudah, silat teringat. (cakak = kelahi.) |
Perkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan. |
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar. | Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. |
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada. | Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin. |
Cakapan sejengkel dibawa sehasta. | Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. |
Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang. calak-calak = lampas. |
Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. |
Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu. | Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya. |
Campak baju nampak kurap. | Mendedahkan keburukan diri sendiri. |
Campak bunga dibalas dengan campak tahi. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. |
Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi). | Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya. |
Cari umbut kena buku. | Mencari yang baik, mendapat yang buruk. |
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. | Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. |
Cekarau besar liang. (cekarau = sejenis tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.) |
Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang. |
Cekel berhabis, lapuk berteduh. (cekel = kikir, pelit.) |
Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. |
Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun. | Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. |
Cekur jerangau belum habis lagi. | Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. |
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan. | Nasib yang malang. |
Celaka tiga belas. | Malang sekali. |
Cembul dengan tutupnya. | Sesuai benar. |
Cemperling nak jadi bayu. (bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan.) |
Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar. |
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas. | Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. |
Cencang dua segeragai. (geragai = pengait untuk menangkap buaya.) |
Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai. |
Cencang putus, biang tembuk. | Putusan yang mengikat. |
Cencang terdadik jadi ukir. (terdadek = tersesat.) |
Kesalahan yang tiada disengajakan, tetapi mendatangkan kebaikan. |
Cencaru makan petang. | Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik. |
Cengkeling bagai ular dipukul (= dipalu). (cengkeling = berbelit-belit.) |
Geliang-geliut kerana kesakitan. |
Cepat kaki ringan tangan. | Rajin dan giat. |
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan. | Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan. |
Cerdik bagai ekor kerbau. | Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri. |
Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga. (sikikih = sejenis enggang, kecil sedikit.) |
Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. |
Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan. | Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan. |
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit. | Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu. |
Cik puan melangkah ular tak lepas. | Gerak-geri perempuan yang lemah lembut. |
Cincin emas takkan tampan bermata kaca. | Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh. |
Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak? | Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain. |
Condong ditumpil, lemah dianduh. (ditumpil = ditunjang.) |
Memberi pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan. |
Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya. (puar = tumbuhan-tumbuhan hutan.) |
Tiap-tiap orang lebih suka kepada keluarganya sendiri daripada kepada orang lain. |
Condong yang akan menimpa. | Perbuatan yang sangat membahayakan. |
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan. | Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu. |
Corak kain mengikut kehendak penenunnya. | Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya. |
Cuba-cuba menanam mumbang, jika tumbuhan sunting (= suri, turus) negeri. mumbang = putik kelapa |
Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak. |
Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga. | Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga. |
Cubit paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain. | Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain. |
Cupak berkeesaan. | Keadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya. |
Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang (=terentang). (suri = pemidangan pada perkakas tenun.) |
Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. |
Cupak tegak yang diisi. | Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut. |
D
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Dada manusia tidak dapat diselam. | Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. |
Dagangan bersambut yang dijualnya. (dagangan bersambut = barang amanah.) |
Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. |
Dahan pembaji batang. | Menggunakan harta benda tuannya. |
Dalam berselam, dangkal berjingkat. | Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. |
Dalam dua tengah tiga. | Tidak jujur. |
Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu. | Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. |
Dalam menunduk dia menyonggeng. (songgeng (menyonggeng) = tonggeng.) |
Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah. |
Dalam menyelam, cetek bertimba. | Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. |
Dalam rumah membuat rumah. | Mencari keuntungan atas ongkos orang lain. |
Dalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan. (ajuk = duga.) |
Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. |
Dapat dihitung (= dibilang) dengan jari. | Sangat sedikit. |
Dapat durian runtuh. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. |
Dapat harta karun. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. |
Dapat harta timbul. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. |
Dapat kijang teruit. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. |
Dapat tebu rebah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. |
Dapur tidak berasap. | Terlalu miskin. |
Darah setampuk pinang. | Belum berpengalaman. |
Dari ajung (= jung) turun ke sampan. | Diturunkan pangkat. |
Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata. | Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh. |
Dari lecah, lari ke duri. | Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. |
Dari semak ke belukar. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan [perempuan]] yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. |
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh. | Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar. |
Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih. | Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik. |
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada. | Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung. |
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah. (kalang = galang.) | Lebih baik mati daripada menanggung malu. |
Daripada hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik mati bertimbun bunga. | Lebih baik mati daripada menanggung malu. |
Daripada segenggam jadi segantang. | Bernasib baik. |
Datang nampak muka, pergi nampak belakang. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. |
Datang seperti ribut, pergi seperti semut. | Tentang penyakit. |
Datang tak berjemput, pulang tak berhantar. | Tetamu yang tidak penting. |
Datang tampak muka, pulang tampak punggung. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. |
Datang tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah hemat kita diangkut. | Tentang penyakit. |
Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin. | Keputusan yang sangat adil. |
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga. | Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. |
Daun keladi dimandikan. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. |
Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga. | Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. |
Daun mengenalkan pohonnya. | Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. |
Daun nipah dikatakan daun labu. | Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham. |
Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga. | Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang. |
Degar-degar merapati. (degar-degar = bunyi kayu dipukul.) |
Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. |
Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga. (berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.) |
Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat. |
Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk. | Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya. |
Dekat tak tercapai, jauh tak berantara. | Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya. |
Dendang menggonggong telur. | [Perempuan]] hodoh berpakaian bagus. |
Dengan kartu terbuka. | Dengan terus terang. |
Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. | Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang. |
Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan. | Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan. |
Deras datang dalam kena. | Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian. |
Deras seperti anak panah. | Terlalu cepat. |
Destar habis, kopiah luluh. | Menderita kemalangan terus-menerus. |
Di bawah ketiak orang. | Di bawah kekuasaan orang. |
Di bawah lancung nan tiris. (di bawah lancung = di bawah barang yang palsu.) |
Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. |
Di bawah lantai nan tiris. | Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. |
Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula. (mengeting = memotong urat keting.) |
Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. |
Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga. | Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga. |
Di laut angkatan, di darat kerapatan. | Kekuatan di laut bergantung kepada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung kepada persatuan. |
Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu. | Lahirnya baik, batinnya jahat. |
Di luar berkilat di dalam berongga. | Lahirnya baik, batinnya jahat. |
Di luar merah di dalam pahit. | Lahirnya baik, batinnya jahat. |
Di lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut. | Orang yang tiada bersalah menerima hukuman. |
Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air. | Berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya. |
Di mana api padam, di situlah (= di sanalah) puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal. | Di mana mati di situlah dikuburkan. |
Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. |
Di mana buah masak, di situ burung banyak tampil. | Di mana banyak kesenangan, di situ pula banyak orang datang. |
Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. |
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak. | Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. |
Di mana kapak jatuh, di situ baji makan. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. |
Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti. | Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu. |
Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam. (kelintung (kelentong) = genta kayu, sj alat bunyi-bunyian (spt gendang kecil) yg digunakan oleh penjaja) |
Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. |
Di mana lalang habis, di situ api padam. | Di mana mati di situlah dikuburkan. |
Di mana makan di situ berak. | Berbuat jahat di tempat mencari rezeki. |
Di mana ranting dipatah, di situ air disauk. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. |
Di mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. |
Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala. | Menghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan. |
Di mana tumbuh, di situ disiang. | Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga. |
Di manakah berteras kayu mahang. | Sesuatu yang mustahil tak usah diharapkan sangat. |
Di mudik sebulakan, di hilir semuara. (bulakan = pancaran air yang menjadi air tergenang.) |
Persatuan yang kukuh. |
Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket. | Orang yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau disembunyikan. |
Di reban sendiri melegas, di reban orang meromok. (melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan (seperti kuda); meromok = duduk meringkuk.) |
Berani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat orang. |
Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu. | Suka bertandang dan makan di rumah orang. |
Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. | |
Di waktu garuda alah oleh ular. | Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala. |
Dialas bagai memengat. (memengat = memasak pengat.) |
Berkata dengan cukup alasan. |
Diam di laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru. | Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik. |
Diam penggali berkarat. | Ilmu yang disimpan saja lama-kelamaan akan hilang. |
Diam-diam lepu. | Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. |
Diam-diam ubi berisi, diam besi (= penggali) berkarat. | Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam. |
Dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya, teraba-teraba sudahnya. | Orang yang membazir tak dapat tiada akan menghadapi kesusahan. |
Dianjak layu, dibubut (= dianggur) mati. (dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk ditanam; dibubut = dicabut.) |
Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. |
Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur. (dianjung = diangkat ke atas.) |
Orang yang sangat dimuliakan. |
Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali. (sanggit = geser, gosok.) | [Perempuan]] yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah. |
Diasak (= pindah) layu, dicabut mati. | Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. |
Dibakar tak hangus, direndam tak basah. | Sangat berkuasa; tak mudah dikalahkan. |
Dibalik-balik bagai memanggang. | Difikirkan masak-masak. |
Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam. (balun = gulung.) |
Alam rohani yang tak berbatas. |
Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah. | Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. |
Diberi bahu, hendak kepala. | Perihal anak yang dimanjakan. |
Diberi berkuku hendak mencengkam. | Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati. |
Diberi berpadang luas. | Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. |
Diberi bertali panjang. | Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. |
Diberi betis hendak paha. | Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. |
Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa. | Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. |
Dibilang genap, dipapar ganjil. (dipapar = dibentang.) | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. |
Buang yang keruh, ambil yang jernihnya. | Yang buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai). |
Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah. | Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga. |
Dicari cempedak di bawah kerambil. (kerambil = kelapa.) |
Mencari tidak pada tempatnya. |
Dicecah orang bagai garam. | [Perempuan]] yang baru saja kahwin lalu bercerai. |
Dicocok orang hidungnya. | Menurut saja. |
Dicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula. | Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula. |
Didenda dengan emas yang habis, dipancung dengan pedang yang hilang. | Didenda atau dihukum hanya dengan syaratnya saja kerana mencari perdamaian. |
Didengar ada, dipakai tidak. | Nasihat yang sia-sia. |
Didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan. | Menolong orang tidak pada tempatnya. |
Didului bak melanting babi. (melanting = melempar.) |
Mendului membuat sesuatu pekerjaan itu kadang-kadang berhasil baik. |
Dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tak tentu londarnya. (londar = denai.) | Nasib yang tidak dapat ditentukan. |
Dientak (hentak) alu luncung. (luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.) | Dialahkan oleh orang yang bodoh. |
Dientak (hentak) tak masuk, diumpil tak bergerak. | Sangat degil. |
Digantung tidak bertali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. |
Digantung tinggi, dibuang jauh. | Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali. |
Digantungkan tinggi, digalikan dalam. | Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh. |
Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. |
Digenggam tiada tiris. | Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang. |
Dihujani kering, dijemur basah. | Berbuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain. |
Diidam seperti babi lemak. (diidam = menaruh dendam.) | Dendam yang tak habis. |
Diimbau berbunyi, dilihat bersua. (diimbau = dipanggil.) |
Kebenaran yang tak dapat dibantah. |
Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu. | Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih. |
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk. | Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. |
Dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam. (bersiang = membersih-bersihkan.) |
Mengatur-atur sesuatu supaya baik. |
Dijual sayak, dibeli tempurung. | Yang baru tidak berbeza daripada yang lama. |
Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu. | Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras. |
Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan. (dikacak = dipegang.) | Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. |
Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman. (sesapan = semak belukar.) |
Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. |
Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. |
Dikati sama berat, diuji sama merah. | Pangkat atau kedudukan yang sama. |
Dikembar seperti benang. | [Perempuan]] yang menduakan suaminya. |
Dikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung. | Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik. |
Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam. | Diam itu lebih baik daripada berkata-kata. |
Dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. | Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan adalah sia-sia saja. |
Dilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin. | Hidup dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka tetapi batinnya ingin mendapat lebih banyak lagi. |
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar. | Tiada mahu mendengar nasihat orang. |
Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga. (lelar = berulang-ulang.) |
Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. |
Dilengah (= dimabuk) beruk berayun. | Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. |
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan. | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. |
Dilihat si pulut, ditanak berderai. | Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin. |
Dilumas dengan daun katang-katang. | Sangat marah. |
Dimakan kapang habis berlubang. (kapang = sejenis teritip.) | Menderita penyakit kelamin. |
Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. |
Dimandikan dengan air segeluk. | Pujian yang tidak ada ertinya; pertolongan yang tidak mencukupi. |
Diminta tebu diberi tembarau. (tembarau = gelagah, temerau.) | Yang diberi berlainan daripada yang diminta. |
Dinding teretas, tangga terpasang. (retas = toreh dengan senjata tajam.) |
Kejadian yang sudah cukup buktinya. |
Dipandang dekat, dicapai tak boleh. | Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya. |
Dipanggang tiada hangus. | Selamat dalam menempuh berbagai-bagai percubaan. |
Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis. | Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. |
Diperbesar isap (hisap), hitam bibir. | Membelanjakan wang dengan boros dan akhirnya hidup melarat. |
Diperluas parak, tidak disiangi. | Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik. |
Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa. | Kelakuan yang tidak senonoh. |
Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu. | Keadaan yang serba salah. |
Diraih siku ngilu, direngkuh lutut sakit. | Keadaan yang serba salah. |
Diratapi langau hijau. | Anak dagang yang mati di rantau orang. |
Direbus tak empuk. | Sangat sukar dikalahkan. |
Direndam tak basah. | Sangat sukar dikalahkan. |
Dirintang siamang berbuai. | Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. |
Disambut dengan penyapu tak bersimpai. | Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang. |
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. | Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat. |
Disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan. | Mendapat bahaya kerana memandang ringan akan perkara (bahaya) yang kecil. |
Disangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut. | Orang tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. |
Disangkakan langit itu rendah: dipandang dekat, dicapai tak dapat. | Sesuatu pekerjaan hendaklah dicuba membuatnya lebih dulu sebelum dikatakan mudah atau susah. |
Disigai sampai ke langit. | Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. |
Disisih bagai antah. | Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin. |
Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati. | Harap-harap percaya tidak. |
Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah. | Patuh menurut perintah. |
Ditakik bagai berendang, disepakkan bagai berayam. | Pemberian gelaran yang tidak ada ertinya. |
Ditakik getah di daun. | Hidup melarat. |
Ditambat tidak bertali. | Hidup di luar nikah. |
Ditanaknya semua berasnya. | Semua kepandaiannya diperlihatkan sekali gus. |
Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka. | Gembira oleh kerana mendengar pujian. |
Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda. | Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja. |
Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak. | Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. |
Ditatang di anak lidah. | Sangat kasih akan anak isterinya. |
Ditating bagai minyak penuh. | Diperlakukan dengan sangat hati-hati. |
Ditebuk (= dikerbuk) tikus (= tupai). | Sudah hilang gadisnya. |
Ditelan tak sengkang. | Semuanya berjalan dengan lancar. |
Ditembak dengan peluru petunang. | Perundingan yang berhasil baik. |
Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit. | Terlalu lemah. |
Ditentang langit, langit; ditentang bumi, bumi. | Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali. |
Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya. | Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga. |
Ditiarapkan tiada keluar, ditelentangkan tiada masuk. | Menghadapi perkara yang sangat sulit. |
Ditindih yang berat, dililit yang panjang. | Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang. |
Dititik belah, dipalu belah (= datar). | Sesuatu kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi. |
Ditolak tak tumbang. | Pendirian yang teguh; orang yang banyak harta. |
Dituba sajakah ikan, dijala dijaring bukankah ikan? | Tidak malu melakukan kejahatan. |
Ditumbuk dikisar barulah lumat. | Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki. |
Diturutkan gatal tiba ke tulang. | Jika diturut kehendak hawa nafsu, akhirnya jadi binasa. |
Diuji sama merah, ditahil (= dikati) sama berat. | Sudah sepadan benar. |
Diuji timbang lebih sesaga. | Perbezaan yang sangat kecil. |
Dua badan senyawa. | Sangat karib. |
Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah. | Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa. |
Dua kali dua empat. | Sama saja. |
Duduk berkelompok, tegak berpusu. (berpusu = berduyun-duyun, berkumpul.) | Mencari orang yang sama setaraf dalam sesuatu majlis. |
Duduk berkisar, tegak berpaling. | Memungkiri apa yang telah dikatakan dulu. |
Duduk berkurung siang malam. | Orang yang tak keluar-keluar dari rumahnya. |
Duduk dalam duri yang banyak, bersandar di batang rengas. | Hidup yang serba salah, kerana menghadapi bencana. |
Duduk dengan cupak dan gantang. | Ketua yang adil. |
Duduk dengan sukatan. | Orang yang kaya. |
Duduk di ambung-ambung taji. (ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.) |
Selalu dalam kekhuatiran. |
Duduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang. (tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.) |
[Perempuan]] berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana. |
Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak. | Selalu bekerja tidak berhenti-henti. |
Duduk sama rendah, berdiri (= tegak) sama tinggi. | Sama setaraf. |
Duduk sehamparan, tegak sepematang. | Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat. |
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang. | Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja. |
Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau. | Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir. |
Dulu intan daripada jawi. | Bekerja dengan tidak menurut peraturan. |
Dulu besi, sekarang timah. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. |
Dulu buah daripada bunga; dulu duduk daripada cangkung. | Beranggapan sudah memiliki sesuatu barang yang belum tentu diperoleh. |
Dulu intan, sekarang jadi batu buatan. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. |
Dulu parang, sekarang besi. | Sudah rosak, tidak dapat dipakai lagi. |
Dulu permata intan, sekarang batu Belanda. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. |
Dulu rampak rimbun daun, kini 'lah sangat merarasi. (raras = gugur, luruh.) |
Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. |
Dulu sorak, kemudian tohok. (tohok = campak buang yang diberi bertali.) |
Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi. |
Dulu timah, sekarang besi. | Orang kecil memperoleh pangkat tinggi. |
Dulukan yang dulu merasa garam. | Mengutamakan orang tua-tua di dalam sesuatu pekerjaan. |
Dunia diadang, saku-saku dijahit. | Mahu bersuka ria, tidak mahu merugi. |
Duri di hutan siapa pertajam. | Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya. |
Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa. | Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian. |
Durian seambung dengan timun. | Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu. |
Berikut ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "E" hingga "J".
E
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul. | Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. |
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga. | Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya. |
Elok arak di hari panas. | Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai. |
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. (basa = tegur sapa.) | Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. |
Elok buruk dan busuk hanyir. | Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan. |
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat. | Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat. |
Elok lenggang di tempat datar. | Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut. |
Elok palut pengebat kurang. (palut = balut, bungkus; kebat = ikat.) | Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. |
Emas berpeti, kerbau berkandang. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. |
Embacang buruk kulit. | Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali. |
Embun di hujung rumput. | Tiada kekal. |
Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit. (empang = bendungan.) | Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah. |
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. (gasal = ganjil.) | Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. |
Empat sudah bersimpul satu. | Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin. |
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang. | Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya. |
Enau mencari (= memanjat) sigai. | Perempuan mencari lelaki. |
Enau sebatang dua sigainya. | Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya. |
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata. | Kalau tak suka biasanya banyak alasannya. |
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya. (atal = buah kayu makanan Enggang.) | Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. |
Enggang lalu ranting patah. | Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya. |
Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang. | Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja. |
Entak sedegam, langkah sepijak. | Seia-sekata; semuafakat. (degam = bunyi gemuruh.) |
Entimun bongkok. | Tidak masuk hitungan dalam pergaulan. |
Esa hilang, dua terbilang. | Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. |
F
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Fikir itu Pelita hati. | Fikiran suluh kebenaran. |
G
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas. | Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (gabak = redup.) |
Gadai terdorong ke (pada) Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. |
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga. | Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar. |
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? | Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi. |
Gagak bersuara murai. | Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya. |
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
Gagak lalu punggur rebah. | Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya. |
Gaharu dibakar kemenyan berbau. | Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang. |
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.) |
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. |
Gajah berhati, kuman pun berhati juga. | Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu. |
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. |
Gajah dialahkan oleh pelanduk. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. |
Gajah dipandang seperti kuman. | Terlalu marah. |
Gajah ditelan ular lidi. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. |
Gajah empat kaki lagi tersaruk. | Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. |
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan. (tersaruk = tersandung.) | Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi. |
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. |
Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. (kusa = besi penghalau gajah.) | Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. |
Gajah lalu kumpai layu. (kumpai = sejenis rumput layu.) | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. |
Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga. | Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil). |
Gajah mati dicatuk katak. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. |
Gajah mati kerana gadingnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. |
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. | Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. |
Gajah mati, tulang setimbun. | Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya. |
Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu. (aris = getah kayu yang sudah beku.) | Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. |
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. (lejang = melompat serta lari.) | Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. |
Gajah rompong belalai. | Raja yang tiada berkuasa. |
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. |
Gajah seekor gembala dua. | Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. |
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya. | Berbuat sesuatu yang kurang baik untuk kelebihannya. |
Gajah terum di tengah rumah. | Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. (terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.) |
Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga. | Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia. |
Galas terdorong kepada Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. |
Gali lubang menutup lubang. | Meminjam wang untuk membayar hutang. |
Gamak-gamak seperti menyambal. | Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja. |
Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan. | Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. (reda = rela, senang hati.) |
Gantung tak bertali, salai tak berapi. | Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya. |
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. |
Garam dikulum tak hancur. | Orang yang pandai menyimpan rahsia. |
Garam jatuh di air. | Nasihat yang diterima dengan baik. |
Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya? | Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat. |
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Garuda diburu layang-layang yang dapat. | Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan. |
Gaya saja, rasanya wallah. | Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk. |
Gayung bersambut, kata berjawab. | Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (gayung = pukulan.) |
Gayung tua, gayung memutus. | Perkataan orang tua biasanya tepat. |
Gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan. | Tiap-tiap orang besar (mulia) di tempatnya masing-masing. (gerundang = berudu.) |
Gedang kayu, gedang dahannya. | Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. |
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung. | Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. |
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. (gelagah boreh = rambutan jantan.) |
Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. |
Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang. | Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian. |
Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya. | Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. |
Geleng seperti si patung kenyang. | Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya. |
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan. | Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya. |
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.(geneng = gagah.) | Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. |
Genggam bara api biar sampai jadi arang. | Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. |
Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. | Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan. |
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. gerindin = kena sejenis penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.) | Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. (dek |
Genting menanti putus, biang menanti tembuk. | Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. |
Genting putus, biang tembuk. | Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai. |
Geruh luka ajal mati. | Untung baik luka saja; untung tak baik, mati. |
Geruh menempuh dalam tubuh. | Nasib buruk yang mempengaruhi diri. (geruh = sial, malang.) |
Geruh tak berbunyi, malang tak berbau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. |
Geruh tak mencium bau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. |
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh. | Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara. |
Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba. | Perhitungan yang salah. (kuaran = burung kuak-kuak.) |
Getikkan puru di bibir. (getik = menggetil.) | Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya. |
Getu sementara lagi bintik. | Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka. |
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga. | Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai. |
Gigi tanggal, rawan murah. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. |
Gigi telah gugur, tebu pun menjadi. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. |
Gila di abun-abun. (abun-abun = angan-angan.) | Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil. |
Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor. | Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. (gombak = rambut, jambul.) |
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah. | Perbuatan yang tidak sempurna. |
Gulai terlampau serai maung rasanya. | Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia. |
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan. | Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan. |
Gundahkan buah dimakan burung. | Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang. |
Gunung juga yang dilejang panas. | Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan. |
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali. | Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah. |
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. |
H
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Habis akal baru tawakal. (tawakal = berserah diri kepada Tuhan.) |
Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. |
Habis beralur maka beralu-alu. (beralur = berunding.) |
Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. |
Habis cupak dari pelelehan. | Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. (pelelehan (leleh) = tiris, bocor.) |
Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa. | Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. |
Habis hulubalang bersiak. (siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.) |
Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. |
Habis kapak berganti beliung. | Sangat rajin bekerja. |
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah. | Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar. |
Habis manis sepah dibuang. | Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. |
Habis miang kerana bergeser. | Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. |
Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus. | Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah. |
Habis tenggang dan (= dengan) kelakar. | Tidak berdaya lagi. |
Habis umpan kerong-kerong tak dapat. (kerong-kerong = ikan laut "Terapon jarbua") |
Perbuatan dan usaha yang mendatangkan rugi. |
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. | Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati. |
Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok. | Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan). |
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam. | Tidak bersungguh-sungguh. |
Hanya air dingin yang dapat memadamkan api. | Kata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah. |
Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari. | Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan. |
Harap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai. | Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya. |
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. |
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam. (meraup = mencedok dengan tangan.) |
Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. |
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap. | Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada. |
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang. (lenggang serdadu = sikap yang gagah.) |
Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. |
Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya. | Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri. |
Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |
Harapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |
Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (kambeh = peria; cangkuk = pekasam.) |
Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |
Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan. (untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit.) |
Percaya kepada orang yang sangat malas. |
Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar. | Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit. |
Hari guruh takkan hujan. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. |
Hari ini patutlah redup (= panas keras). | Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik. |
Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya. | Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya. |
Hari ini terlebih baik daripada besok. | Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok. |
Hari tak selamanya panas. | Untung dan malang silih berganti. |
Hari tidak siang saja. | Tidak selamanya senang terus-menerus. |
Harimau bertempek tak (kan) makan orang. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. |
Harimau ditakuti sebab giginya. | Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya. |
Harimau hendak menghilangkan jejaknya. | Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya. |
Harimau mati kerana belangnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. |
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama. | Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. |
Harimau memperlihatkan kukunya. | Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. |
Harimau mengaum takkan menangkap. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. |
Harimau menunjukkan belangnya. | Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. |
Harimau menyorokkan kuku. | Orang yang menyembunyikan kelebihannya. |
Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara. | Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil. |
Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya. | Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya. |
Harta orang hendak digalas. | Orang yang mahu mengambil harta orang lain. |
Harta orang hendak dikebas. | Orang yang mahu mengambil harta orang lain. |
Harta pulang ke tuan (= empunya). | Sudah pada tempatnya. |
Harum menghilangkan bau. | Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan. |
Harum semerbak mengandung mala. (mala = air bangkai yang telah busuk.) |
Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. |
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat. | Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. |
Hati bagai baling-baling. | Pendirian yang tidak tetap. |
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang. | Orang yang tidak ada perasaan. |
Hati bak serangkak dibungkus. | Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini. |
Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah. | Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit. |
Hati gatal mata digaruk. | Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap. |
Hati hendak semua jadi. | Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan. |
Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. | Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata. |
Hati yang ringan meringankan beban yang berat. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. |
Hati yang suka peringan beban. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. |
Hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan. | Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain. |
Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah. | Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran. |
Hempas tulang berisi perut. | Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki. |
Hempas tulang tak berbalas jasa. | Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya. |
Hendak air pancuran terbit. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. |
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai. | Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu. |
Hendak bersunting bunga mala. | Hendak beristeri perempuan tua. |
Hendak bersunting bunga yang belum diseri kumbang. | Hendak beristeri anak gadis. |
Hendak bertanduk kepala dipahat. | Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri. |
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar. | Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar. |
Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar. (termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.) |
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. |
Hendak harum terlalu hangit. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |
Hendak hinggap tiada berkaki. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. |
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. |
Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting. | Malas bekerja tetapi banyak makan. |
Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar. (bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.) |
Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. |
Hendak masak langsung hangus. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |
Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai. | Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. |
Hendak meluruskan ekor anjing. | Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat. |
Hendak memadam api tengah menyala, disiramkan minyak pula ke atasnya. | Orang yang sedang marah malah diapi-apikan pula. |
Hendak memikat balam, balam jugalah penunggunya. | Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya. |
Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang. | Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. |
Hendak mendapat pisang terkupas. | Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha. |
Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan. | Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain. |
Hendak mengayuhkan perahu tertambat. | Hendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya. |
Hendak mengepal pasir kering. | Membuat pekerjaan yang sukar. |
Hendak menggaruk tidak berkuku. | Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. |
Hendak panjang terlalu, patah. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |
Hendak pergi berotan jangan takut onaknya. | Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan. |
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. | Di mana ada kemahuan, tentu ada jalan. |
Hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput. | Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit. |
Hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih. | Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran. |
Hendak terbang tiada bersayap. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. |
Hendak tinggi terlalu, jatuh. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |
Hendak ucok (= damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru. | Bersedia menghadapi segala kemungkinan. (ucok = berunding mencari jalan damai.) |
Hendak ulam, pucuk menjulai. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. |
Hendak untung menjadi buntung. | Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. |
Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa. | Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali. |
Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya. | Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian. |
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya. | Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah. |
Hidung dicium, pipi digigit. | Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik. |
Hidung sudah rampung diatur orang. | Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. |
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. | Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri. |
Hidup di hujung gurun orang. | Hidup melarat. |
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. | Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan. |
Hidup dua muara. | Hidup dengan dua macam pencarian. |
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah). | Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat. |
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. | Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan. |
Hidup segan mati tak mahu (= embuh). | Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit). |
Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah. | Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain. |
Hilang adat tegal muafakat. | Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak. |
Hilang bahasa lenyap bangsa. | Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri. |
Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka. | Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri. |
Hilang di mata di hati jangan. | Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati. |
Hilang dicari, terapung digenangi, terbenam diselami. | Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan. |
Hilang ikan dalam kerabu. (kerabu = sejenis makanan.) | Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya. |
Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas. (rimbas = perkakas untuk penarah kayu.) | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. |
Hilang kabus, teduh hujan. | Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. |
Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit. |
Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya. | Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang. |
Hilang kilat dalam kilau. | Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. |
Hilang pelanduk berganti kijang emas. | Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia. |
Hilang penjahit berkerbau-kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. |
Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. |
Hilang sepuh nampak senam. (sepuh = sadur; senam = warna yang asal.) | Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. |
Hilang tak tentu rimbanya. | Hilang tidak berbekas. |
Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. (tukul = pemukul kecil; canai = asah.) | Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. |
Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya. | Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya. |
Hilang tukul hilanglah pahat. | Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman. |
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu. | Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan. |
Hinggap bak langau, titik bak hujan. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). |
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan). | Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. |
Hinggap saja bagai langau. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). |
Hinggap seperti benalu. (benalu = pasilan.) | Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. |
Hitam bagai buntut (= pantat) belanga. | Perihal keburukan sifat seseorang. |
Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam. | Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta. |
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya. | Orang yang berbuat jahat dengan kehendaknya sendiri. |
Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya. | Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain. |
Hitam tahan tempa, putih tahan sesah. | Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah. |
Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah. (bendi = kereta kuda; sadah = kapur.) | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. |
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.(udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.) | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. |
Hitam-hitam gula Jawa. | Biarpun hitam tetapi manis. |
Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih. | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. |
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang. | Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang. |
Hujan berbalik ke langit. | Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah. |
Hujan berpohon, panas berasal. | Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya. |
Hujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. |
Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. |
Hujan jatuh ke pasir. | Berbuat baik tidak pada tempatnya. |
hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. |
Hujan menimpa bumi. | Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa. |
Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. | Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah. |
hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat. | Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. (simpai = gelang-gelang daripada rotan.) |
Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung. | Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan. |
Hujung lurus, pangkal berkait. | Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. |
Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda. | Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti. |
Hukum yang rata, adat yang datar. | Sesuatu yang sama baiknya. |
Hulu malang pangkal celaka. | Permulaan segala bencana. |
Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. (hulu mujur = pangkat untung.) | Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. |
Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana. (kendana = dijaga, diamat-amati.) | Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. |
Hutang (= pinjam) kayu ara. | Hutang yang tak mungkin terbayar. |
Hutang biduk belum langsai, Hutang pengayuh datang pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |
Hutang emas dapat (= boleh) dibayar, Hutang budi dibawa mati. | Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang. |
Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.(kajang =benda yang dianyam daripada daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |
Hutang sebelit (selilit) pinggang. | Sangat banyak hutangnya. |
Hutang tembilang belum langsai, Hutang tajak bila pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |
Hutang tiap helai bulu. | Sangat banyak hutangnya. |
I
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat. | Kerana sayang akan perkara yang sedikit, tak tercapai apa yang dimaksudkan. |
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan. | Sangat miskin. |
Ibarat beban sudah ke tepi. | Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.) |
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu | Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan). |
Ibarat bunga: sedap dipakai layu dibuang. | Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. (sedap = maksudnya: segar.) |
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung. | Tidak ada kemerdekaan. |
Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai. | Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. (semu = tipu, khianat.) |
Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas. | Suami isteri yang berkasih-kasihan. |
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. | Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga. |
Ibarat kutu, boleh diselisik. (selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut.) | Kesalahan atau keburukan tidak dapat disembunyikan. |
Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim. | Orang yang tidak tetap kedudukannya. (rasam = adat, kebiasaan.) |
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah. | Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. |
Ibarat perahu takkan karam sebelah. | Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya. |
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali. | Orang melarat mendapat pertolongan. |
Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.(sebelembang = seberkas.) | Pencarian yang tiada memadai. |
Ikan biar dapat, serampang jangan pukah. | Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.) |
Ikan dalam keroncong.(keroncong = bilik-bilik bubu sebelah dalam.) | Tiada tertolong lagi (Tentang: Orang yang telah tertangkap). |
Ikan di hulu tuba di hilir. | Perbuatan yang sia-sia. |
Ikan di kuali, habis melompat. | Nasib yang malang. |
Ikan digulai sudah melompat. | Nasib yang malang. |
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (sengkalan = pengisar rempah-rempah.) |
Ikan pulang ke lubuk. | Telah kembali ke tempat asalnya. |
Ikan seekor rosakkan ikan setajau.(tajau = tempayan besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis porcelain.) | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. |
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor. | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. |
Ikan tergantung, kucing tunggu. | Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini. |
Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba. | Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat. |
Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. |
Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh. | Perbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana. |
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya? (takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.) | Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. |
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi. | Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib. |
Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.(memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.) | Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. |
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta. | Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya. |
Ilmu padi, makin berisi makin runduk. | Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. |
Inai tertepung, kuku tanggal. | Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. (tertepung = sudah digiling.) |
Indah khabar daripada rupa. | Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. |
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait. | Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan. |
Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis. | Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat. |
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa. | Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu. |
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi. | Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh. |
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. | Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup. |
Ini hari orang, besok hari kita. | Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat) |
Intan berlian jangan dipijakkan. | Untung bahagia jangan dielakkan. |
Intan dikalungkan di leher anjing. | Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya. |
Intan disangkakan batu kelikir. | Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya. |
Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya. | Kebenaran akan ternyata juga, walaupun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat. |
Intan salah serudinya. (serudi = canai.) | Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. |
Isi dada bekal berjalan. | Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki. |
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita. | Kita yang berusaha, orang lain yang senang. |
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan. | Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi. |
Itik bertaji. | Sangat penakut, tetapi sombong. |
Itik diajar berenang. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. |
Itik dimandikan takkan basah. | Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran. |
Itik mendapat air. | Memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya. |
Itik tak sudu, ayam tak patuk. | Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan. |
J
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Jadi air mandi. | Sudah jadi kebiasaan. |
Jadi alas cakap. | Hadiah kepada orang yang berjasa. |
Jadi bapa kuda. | Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan. |
Jadi bumi langit. | Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti. |
Jadi dinding lasak peti manian. | Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. (lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.) |
Jadi kuda beban. | Orang suruhan. |
Jadi penghubung hujung lidah (= mulut). | Orang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan. |
Jadi penghubung kaki tangan. | Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. |
Jadi penghubung mata telinga. | Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. |
Jadi teluk ulakan air. | Perundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja. |
Jahit sudah, kelindan putus. (kelindan = benang pada jarum.) | Habis (= selesai) sama sekali. |
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak. | Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang). |
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas. (diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.) | Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. |
Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa. | Orang yang berani dan tidak memilih perbuatannya. (titian = jambatan kecil.) |
Jalan raya titian batu. | Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. |
Jambatan emas. | Jalan mencapai bahagia. |
Janda belum berlaki. | Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya. |
Janda berhias. | Janda yang belum beranak. |
Jangan bagai babi merasa gulai. | Orang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan. |
Jangan bagai orang berjudi: menang mua, alah hendak berbela. | Membuat pekerjaan yang sudah ada celanya, nescaya merugikan semata-mata. (mua = melampau.) |
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan.(patah selera = tak bernafsu makan.) | Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. |
Jangan bawa resmi jagung: makin berisi makin jegang (= tegak). | Makin kaya (berilmu) makin sombong. |
Jangan bercermin di air keruh. | Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk. |
Jangan berebutkan tembikar pecah. | Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya. |
Jangan berkemudi di haluan. | Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri. |
Jangan bersandar di batang rengas. | Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat. |
Jangan bersandar di punggur. | Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya. |
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. | Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan. |
Jangan buat kerbau tanduk panjang. | Jangan ikut campur dalam urusan orang lain. |
Jangan diajar anak harimau makan daging. | Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim. |
Jangan diajar orang tua makan dadih. | Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. (dadih = air susu kerbau yang dikentalkan.) |
Jangan diajar orang tua makan kerak. | Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. |
Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal. | Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang. |
Jangan difikirkan air pasang saja. | Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa. |
Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya. | Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya. |
Jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga. | Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya. |
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting. | Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. |
Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat. | Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. (ikan lais-lais = sejenis ikan kecil.) |
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis. | Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa. |
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga. (guri = sejenis buyung.) | Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. |
Jangan meludah ke langit. | Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri. |
Jangan memanah ke langit. | Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan diri sendiri. |
Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina. | Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram. |
Jangan memberi bunga kepada monyet. | Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya. |
Jangan membuat baik, memberi itik bertaji; membuat jahat, sampai ayam dikerat susuhnya. | Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.
Jangan memijak benang arang orang.Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang. |
Jangan menggegai sempada di bawah batang. | Bahaya jangan dicari-cari. |
Jangan menggerak ular tidur. | Bahaya jangan dicari-cari. |
Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang. | Jangan menyerahkan kuasa kepada orang, nescaya kita dibinasakannya. |
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun.(menggegai = mengusik; sempada = ketam.) | Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita. |
Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung. | Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan. |
Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. | Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia. |
Jangan merempuh sarang lebah. | Bahaya jangan dicari-cari. |
Jangan puntung berasap jua. | Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi. |
Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat. | Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan. |
Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak). | Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik. |
Jangan seperti si buta mematah tongkat. | Jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita. |
Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai. | Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat. |
Jangan tercirit di periuk. | Jangan berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita. |
Jangat liat kurang panggang. | Tidak dapat diajar; degil. (jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.) |
Janji sampai, sukatan penuh. | Sudah sampai ajal. |
Janjian antah tidak ceruh. | Nasib yang malang. |
Jaras dikatakan raga jarang. (jaras = raga yang jarang anyamannya.) | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. |
Jaras katanya raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. |
Jari kudung dimasukkan cincin. | Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya. |
Jaring berbangkit kuaran tiba. | Perhitungan yang salah. |
Jarum halus kelindan sutera. | Tipu muslihat yang sangat halus. |
Jatuh berjolok. | Memperoleh sesuatu kerana diminta. |
Jatuh berkait. | Memperoleh sesuatu kerana diminta. |
Jatuh di atas tilam. | Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya. |
Jatuh dihimpit tangga. | Mendapat kesusahan silih berganti. |
Jatuh tidak berkait (= berjolok). | Membuat sesuatu tanpa diminta. |
Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing). | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. |
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa. | Banyak pengalaman. |
Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan. | Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. (dikakuk = dipegang.) |
Jauh dari mata jauhlah dari hati. | Hilang kasih sesudah berjauhan tempat. |
Jauh di mata, dekat di hati. | Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. |
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. | Bercakap besar di belakang-belakang saja. |
Jauh panggang dari api. | Jawapan atau sindiran yang tidak tepat. |
Jauhari juga yang mengenal manikam. | Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu. |
Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan? | Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah. |
Jejak selut kaki terbenam.(selut = lumpur.) | Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan. |
Jejaknya keruh. | Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik. |
Jelatang di hulu air. | Perkara yang selalu menyusahkan. |
Jemur terkekar ayam tiba. (terkekar = terkembang.) |
Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli. |
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan. | Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. (tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.) |
Jerat halus kelindan sutera. | Tipu muslihat yang sangat halus. |
Jerat semata bunda kandung. | Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan. |
Jerat serupa jerami. | Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan. |
Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. (balam = burung tekukur.) | Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. |
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba. | Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. |
Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah. | Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu. |
Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa. | Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu. |
Jika baik ada cacatnya. | Tidak ada yang sempurna benar. |
Jika berjumbai tempat bergantung. | Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan. |
Jika berpuluh-puluh kali batang beralih(= bertindih), Cacing di bawah juga. | Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga. |
Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. (raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.) | Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah |
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. | Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu. |
Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani. | Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani. |
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. | Menunjukkan kebencian. |
Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput. | Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. |
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut. | Yang jahat itu tetap jahat. |
Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya. | Janji mesti ditepati. |
Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan; setidak-tidaknya bertempiaran kelak. | Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah. |
Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai. | Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya. |
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya. | Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai. |
Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah. . (rambah = membabat, menebangi.) | Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan |
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang. | Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai. |
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam. | Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu. |
Jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan). (dandang = sejenis perahu; tanjakan = pendakian.) | Untuk menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan. |
Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. | Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya. |
Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup. | Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu. |
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu. | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. |
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir. | Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri. |
Jikalau beranak ikut kata bidan. | Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita. |
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga. | Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. |
Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, bernama intan juga. | Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik. |
Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput. | Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. |
Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan. | Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu. |
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga. | Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. (ciau atau ciu = tilam tempat duduk.) |
Jikalau menampi jangan tumpah padinya. | Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna. |
Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan. | Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui. |
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. |
Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah. | Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian. |
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. |
Jirus bagai bulan akan habis. | Modal yang makin lama makin susut. (jirus = tirus.) |
Jiwa bergantung di hujung rambut. | Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu. |
Juadah sudah dijilat cicak. | Perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam diam-diam. |
Jual sutera beli mastuli. | Dapat ganti yang lebih berharga lagi. (mastuli = kain tebal yang amat mahal harganya.) |
Jung pecah, yu yang kenyang. | Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain. |
K
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Kaduk kena baja. | Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya. |
Kaduk naik junjung. | Orang hina merasa dirinya mulia. |
Kain basah kering di pinggang. | Sangat miskin. |
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga. (acar = tempat membuang kotoran; longkang = limbahan; selokan.) |
Orang yang bertabiat jahat walaupun diperbaiki, sekali-sekala akan berbuat jahat juga. |
Kain dalam lipatan. | Perempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam. |
Kain dibakar tiada berbau. | Kemiskinan yang amat sangat. |
Kain ditangkap maka duduk. | Kemiskinan yang amat sangat. |
Kain jadi basahan. | Jatuh melarat. |
Kain kasah di atas duri. (kasah (kasa) = kain putih yang halus.) |
Dalam sikratulmaut. |
Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari. | Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru. |
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai. | Serba tak cukup (miskin). |
Kain pendinding miang, wang pendinding malu. | Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu. |
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak. (rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.) |
Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. |
Kain sehelai berganti-ganti. | Suami isteri yang miskin. |
Kain sehelai peminggang habis. (peminggang = lambung perahu.) |
Mengalami kerugian atau kecurian. |
Kain sehelai sepinggang habis. | Mengalami kerugian atau kecurian. |
Kain tak bertepi. | Kemiskinan yang amat sangat. |
Kain tersangkut kain tinggal. | Tergesa-gesa melarikan diri. |
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. |
Kaki naik, kepala turun. | Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. |
Kaki pekuk lenggang ke perut. (pekuk = bengkok.) |
Orang yang buruk dan bodoh. |
Kaki sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan. | Telah terlanjur. |
Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya. | Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. |
Kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya. | Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. |
Kaki untut dipakaikan gelang. | Maksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya. |
Kalah jadi abu, menang jadi arang. | Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga. |
Kalau ada asap, tentu ada api. | Tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya. |
Kalau ada beremas, hidup; tiada beremas, mati. | Akan senanglah hidup seseorang kalau ada pencariannya yang tetap. |
Kalau alang-kepalang biarlah jangan. | Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai. |
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. |
benih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulau. | Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga. |
Kalau baik buat tauladan (teladan), kalau tak baik buat sempadan. | Ambillah yang baik dan buangkan yang jahat. |
Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah. | Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat. |
Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya. | Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku. |
Kalau bersahabat cari sama babat. (babat = pasang, suku, golongan.) |
Pilihlah kawan daripada golongan sendiri. |
Kalau bertangkai boleh dijinjingkan. | Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan. |
Kalau bertunas diganggut kambing. (ganggut = ragut, renggut.) |
Nasib yang malang. |
Kalau boros lekas kerugian. | Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya. |
Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar. | Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan. |
Kalau bunga bukan (= tidak) sekuntum. | Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. |
Kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup. | Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. |
Kalau dibalun sebalun kuku, kalau digumpal segumpal tanah. | Alam rohani yang tak terbatas. |
Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi. | Biasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan. |
Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu. | Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik. |
Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara. | Jawab yang benar dan tepat. |
Kalau dipujuk makin menyebal, kalau dimarah baru tertawa. | Kelakuan yang tidak ada tempatnya; sifat yang sangat bertentangan. |
Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya. | Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan. |
Kalau getah meleleh, kalau daun melayang. | Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita. |
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. |
Kalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak. | Perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak. |
Kalau kahwin ke Batubara, kalau mati ke Melaka. | Perihal orang yang mencari yang enak dan senang saja. |
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. | Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya. |
Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. |
Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi. | Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya. |
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu. (budu = pekasam ikan kecil-kecil.) |
Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu. |
Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu. | Perkara yang mustahil. |
Kalau kucing tiada bermisai, takkan ditakuti tikus lagi. | Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi. |
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki. | Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. |
Kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang. | Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi. |
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk. | Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar. |
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. |
Kalau pandai makan, pandai simpan. | Pandai menyimpan rahsia. |
Kalau pandai mencencang akar, mati lalu ke pucuknya. | Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja. |
Kalau pandai menggulai, badar pun menjadi tenggiri. | Sekalipun kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga ia mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya. |
Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang. | Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya. |
Kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku. | Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dikerjakan menurut aturannya yang semestinya. |
Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu. | Kalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya. |
Kalau seperti kundur labu, boleh dibelah. (kundur = labu besar.) |
Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. |
Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga. | Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga. |
Kalau Si Tua (harimau) menunjukkan belangnya, 'lah tentu kambing bertanggungan. (bertanggungan = menderita.) |
Orang yang lemah berhadapan dengan orang yang kuat, tentu akan kalah akhirnya. |
Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan. | Kalau perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan. |
Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. | Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. |
Kalau tak ada api, masakan ada asap. | Jika tidak bersalah masakan dituduh orang. |
Kalau tak ada berlela, baiklah mereka. (mereka = mencari akal.) |
Jika tak ada daya upaya maka terimalah nasib. |
Kalau tak ada kulit bercerailah (= rerak) tulang. (rerak = rosak berpisah-pisah, berantakan.) |
Orang yang sangat kurus. |
Kalau tak berduit (= berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang). | Orang yang tidak berwang selalu melarat hidupnya. |
Kalau tak bermeriam, baiklah diam. | Orang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan. |
Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. . (gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.) |
Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu |
Kalau tak sir berdegak, sir melayang. (tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.) |
Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. |
Kalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung. | Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang. |
Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut). | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. |
Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi. (sepiak = seketip, sedikit.) |
Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. |
Kalau tiada padi sebarang kerja tak jadi. | Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah. |
Kalau tidak ada senapang, baik berjalan lapang. | Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah. |
Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut. | Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa. |
Kalis bagai air di daun keladi. (kalis = tidak berbekas.) |
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. |
Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya. | Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya. |
Kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya. | Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan. |
Kapak menelan beliung. | Yang baik ditukar dengan yang buruk. |
Kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. | Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya. |
Kapal besar ditunda jongkong. | Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan. |
Kapal satu nakhoda dua. | Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu. |
Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas. | Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga. |
Kapur di hujung telunjuk. | Tidak dapat menolong sanak saudara. |
Karam berdua basah seorang. | Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum. |
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali. (lekar = penyangga (lapik) [kuali]] diperbuat daripada rotan atau lidi.) |
Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. |
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah. | Kesedihan kerana kematian kekasih. |
Karam Kampar oleh Kuantan. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. |
Karam sambal oleh belacan. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. |
Karam tidak berair. | Mendapat bencana dengan tidak bersebab. |
Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan. (penggalan = potongan.) |
Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. |
Kasih itu roh (= semangat) yang buta. | Kasih tidak memilih yang baik atau yang cantik saja. |
Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa. | Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya. |
Kasih sepantun tulisan pinggan. | Kasih yang tak hilang-hilang. |
Kasih tidak bersekutu dengan bijak. | Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya. |
Kasihan gajah berusung. | Kasihan yang tidak pada tempatnya. |
Kasihkan anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan. (uliti = menyanyikan sampai tidur.) |
Anak yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan. |
Kasihkan padi buangkan rumput-rumput. | Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain. |
Kasihkan pinang sebatang daripada buluh|aur]] serumpun. | Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri. |
Kasihkan raja di atas usungan. | Kasihan yang tidak pada tempatnya. |
Kasturi mati kerana baunya. (kasturi = tikus kecil yang harum baunya.) |
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. |
Kata berjawab, gayung bersambut. | Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. |
Kata biarlah kota. | Janji hendaklah ditepati. |
Kata dulu bertepati, kata kemudian berceraian (= bercari). | Janji hendaklah ditetapi. |
Kata periuk belanga hitam. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. |
Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan. | Urusan yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri, tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat. |
Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan. (rahmat = belas kasihan.) |
Tidak mahu mengakui kebenaran. |
Katak di bawah tempurung. | Sangat picik pengetahuannya. |
Katak ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah dengan tidak keruan. |
Katak hendak jadi lembu. | Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar. |
Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut. | Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga. |
Katib (khatib) lalu katib (khatib) mati, bilal lalu bilal mati. | Tempat yang berbahaya. |
Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. |
Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai. | |
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar. | Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya. |
Kayu bongkok kura-kurapun boleh memanjat. | Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya. |
Kayu buruk tiada bercendawan, lumut tumbuh. | Orang yang sudah tua sangat mudah dihinggapi penyakit. |
Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan. | Orang yang tidak sempurna akal fikirannya. |
Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama. | Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik. |
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut. | Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. |
Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut. (tunjang = akar yang di atas tanah.) |
Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. |
Kayu yang besar jugalah yang bersakat. (sakat = bendalu, pasilan.) |
Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya. |
Kayu yang tumbang itu, kura-kura pun hendak memanjatnya. | Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. |
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang. (gerek = berlubang-lubang.) |
Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. |
Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah. | Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan. |
Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar. (ambung = keranjang.) |
Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. |
Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari. | Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri. |
Ke gunung tak dapat angin. | Gagal untuk mendapat keuntungan. |
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja. | Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian. |
Ke hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak. (tengkalak = lukah yang panjang.) |
Tak dapat terhindar daripada bahaya. |
Ke langit tak sampai, ke bumi tak nyata (= tak terjejak). | Pekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai. |
Ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak. (racik = jerat.) |
Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. |
Ke mana angin yang deras, ke situ condongnya. | Pendirian yang tidak tetap. |
Ke mana condong, ke mana rebah. | Sudah dilakukan menurut adat yang biasa. |
Ke mana dialih, lesung berdedak juga. | Pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan, biar di mana pun dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga. |
Ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang. | Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri. |
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. | Sesuatu itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit. |
Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya. | Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya. |
Ke sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang. | Memperoleh keuntungan tidak dengan bersusah payah. |
Ke sungai sambil mandi. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh. | Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan. |
Kebakaran janggut. | Kebingungan tidak keruan. |
Kebanyakan halilintar kurang hujan. | Cakap saja yang besar, tetapi hasilnya tidak ada. |
Kebenaran di hujung lidah. | Tidak ada keadilan. |
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut. (kecambah = tumbuhan kecil.) |
Orang yang memang berani takkan jadi pengecut. |
Kecek anak Melaka. | Cakap tinggi tetapi tidak berisi. |
Kecek bagai bunyi merendang kacang. | Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya. |
Kecek bagai ketiak ular. | Cakap yang tak berkeputusan. |
Kecil anak besar onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. |
Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar. |
Kecil bahan besar penimpanya. | Belanja lebih banyak daripada penghasilan. |
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah. | Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya. |
Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang. | Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. |
Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar. | Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus. |
Kecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa. | Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda. |
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. | Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. |
Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak. | Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah. |
Kecil umpan besar ikan. | Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar. |
Kecil-kecil anak harimau. | Meskipun kecil tetapi berani. |
Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. |
Kecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar. | Walaupun orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar. |
Kecil-kecil cabai rawit. | Meskipun kecil tetapi berani. |
Kecil-kecil cili Melaka (= api). | Meskipun kecil tetapi berani. |
Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung. (limau abung = sejenis limau besar.) |
Meskipun kecil tetapi berani. |
Kecil-kecil pun api. | Barang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit. |
Kecubung berulam ganja. | Sama jahat. (kecubung = sejenis tumbuhan, bijinya memabukkan.) |
Kehendak kucinglah bertemu dengan panggang. | Orang yang bertemu dengan barang yang digemarinya. |
Kejap (= kerling) bagai pelitakan padam. (kejap = kerling, kedip, kelip.) |
Pujian kepada perempuan yang cantik. |
Keladi muda, muda buahnya; menurut hati muda, berkelahi sudahnya. | Orang muda sangat mudah panas darahnya. |
Kelakatu hendak terbang ke langit. | Menghendaki sesuatu yang mustahil. |
Kelalaian menjemput pencuri. | Kerana kelalaian maka kerugian. |
Kelam bagai malam dua puluh tujuh. | Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali. |
Kelam disigi, lekung ditinjau. (sigi = suluh, obor; lekung = lekuk.) |
Sesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan. |
Kelapa ditebuk tupai. | Gadis yang sudah kehilangan daranya. |
Kelapa muda tak berminyak. | Orang muda yang belum ada pengalaman. |
Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam. | Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. |
Kelarai sesat taja. (taja = permulaan.) |
Sesuatu pekerjaan yang sudah salah dari permulaannya. |
Kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal. (radai = sirip.) |
Tiap-tiap sesuatu ada dengan kelebihannya masing-masing. |
Keledai (keldai) hendak dijadikan kuda. | Orang bodoh hendak dipandang (dijadikan) orang pandai. |
Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran. (kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera.) |
Terlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. |
Keli dua selubang. | Seorang perempuan yang mempunyai kekasih dua orang. |
Kelik-kelik dalam baju. (kelik-kelik = semut yang berbisa.) |
Musuh dalam selimut. |
Kelimpanan mata dek pengelan. (kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan.) | Dikecewakan oleh orang yang diharapkan. |
Kelip-kelip terbang malam. | Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup. |
Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. |
Keluh (kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran. | Kemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. (berkeruh = mendengkur.) |
Keluk paku asam (= kacang) belimbing; anak dipangku kemanakan dibimbing. | Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin. |
Kemahiran itu sebaik-baik guru. | Sesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli. |
Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi. | Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit. |
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. |
Kemiri jatuh ke pangkalnya. | Beroleh tempat yang sepatutnya; kembali ke tempat asalnya. |
Kemudi di haluan, bergilir ke rusuk. | Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). |
Kemudi patah perahu tembuk. | Kemalangan yang silih berganti. |
Kena kecipak orang berbelut. (kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.) | Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. |
Kena luluk kandang kering. | Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya. |
Kena parang bermata dua. | Sangat menyakitkan perasaan hati. |
Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal. | Sindiran (jawapan) yang tepat. |
Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala. | Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan. |
Kenal dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya). | Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja. |
Kendur mengusut, tegang memutus. | Pentadbiran yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras menimbulkan kerusuhan. |
Kepala ke bawah, kaki ke atas. | Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. |
Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. |
Kepala sama berbulu (= hitam), pendapat (= hati) berlain-lain. | Lain orang, lain fikirannya. |
Kepala tersangkut dengan kulit babi. | Mendapat malu besar. |
Kepala yu, ekor babi. | Suka berpura-pura atau bermuka dua. |
Kera (= monyet) kena belacan . | Sangat gelisah. |
Kera dapat bunga. | Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. |
Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula. | Hendak meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya. |
Kera menegurkan tahinya. | Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu. |
Kera menjadi monyet. | Tiada bezanya. |
Kerambil tumbuh di matanya. | Kepala negeri yang cerdik lagi hartawan, |
Kerana cenderawasih, merak mas (emas) dilepaskan. | Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan. |
Kerana emas memas, kerana padi menjadi. (memas = cermat, bagus.) |
Orang kaya dapat mencapai apa saja maksud hatinya. |
Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan. | Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. (lotong (lutung) = kera hitam.) |
Kerana mata buta, kerana hati mati. | Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa. |
Kerana mendengar bunyi. | Terpedaya kerana mendengar berita baik saja. |
Kerana mulut badan binasa. | Mendapat kecelakaan kerana perkataannya. |
Kerana mulut kepala terpenggal. | Mendapat kecelakaan kerana perkataannya. |
Kerana pijat-pijat mati tuma. | Mendapat celaka kerana berkawan dengan orang jahat, atau kerana kesalahan orang lain. |
Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal. | Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya. |
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan. (berudu = anak katak yang masih sebagai ikan) |
Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. |
Keras bagai batu, tinggi bagai langit. | Tiada mahu menurut perintah; keras kepala. |
Keras ditakik, lunak disudu. | Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan. |
Kerat rotan, patah arang. | Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi. |
Kerbau (= lembu) diberi berpelana, kuda diberi berpasangan. | Melakukan sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya. |
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. |
Kerbau bertanduk, rotan beronak. | Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya. |
Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu. |
Kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusangi. (dimusangi = dimakan musang.) |
Anak dan isteri hendaklah dijaga dengan baik-baik. |
Kerbau kandang, emas berpura. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. |
Kerbau menanduk, kerbau pergi. | Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya. |
Kerbau pembulang tali. (membulang = mengikat tali ke kepala.) |
Orang yang berbolak-balik fikirannya atau yang tiada tetap hatinya. |
Kerbau punya susu, sapi punya nama. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. |
Kerbau sakit, sapi beroleh nama. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. |
Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga. | Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. |
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. |
Kering tempayan, cebok pun jauhlah. | Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri. |
Keris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok. | Orang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian. |
Keris pedang (= lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. | Kata-kata lebih tajam daripada senjata. |
Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya. | Perbuatan yang pandir. |
Kerja baik berimbauan, datang buruk (= malang) berhamburan. | Kerja baik dirundingkan, waktu kemalangan dibantu beramai-ramai. (berhamburan = maksudnya datang dalam peribahasa ini.) |
Kerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek. | Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak. |
Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat. | Bekerja dengan tidak menurut peraturan. |
Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat. | Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (hubah = suka.) |
Kerosok ular di rumpun bambu. (kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.) |
Ancaman daripada orang yang pengecut. |
Kesat daun pimping. (pimping = sejenis gelagah yang batangnya tiada berongga.) |
Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. |
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur. (celur = celup ke dalam air mendidih.) |
Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. |
Ketam (= kepiting) menyuruhkan anaknya berjalan betul. | Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu. |
Ketika ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan. | Berhemat cermat dalam penghidupan. |
Ketika gagak putih, bangau hitam. | Kiasan pada zaman yang sudah silam. |
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan. | Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu. |
Kicang-kecoh ciak. (kicang-kecoh = tipu daya; ciak = dakwa.) |
Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. |
Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun, bila terlepas ke hutan juga larinya. | Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya. |
Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah. (kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu.) |
Terlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa. |
Kilangan patah awak itulah menghimpitnya. (kilangan = apitan tebu.) |
Mendapat celaka kerana kesalahan sendiri. |
Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka. | Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang. |
Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan. | Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain. |
Kini gatal besok digaruk. | Pertolongan yang terlambat datang. |
Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang. | Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya. |
Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting. | Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah. |
Kita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing. | Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga. |
Kodok dapat bunga sekuntum. | Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. |
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. (bergelumang = kotor berlumur.) | Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. |
Korek lubang ulat. | Sengaja mencari perselisihan. |
Kotor dicuci, berabu dijentik. | Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja. |
Koyak baju mahu ukur badan. | Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan. |
Koyak tak berbunyi. | Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang. |
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. | Bersama-sama dalam senang dan susah. |
Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga. | Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri. |
Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi. | Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya. |
Kuali mengatakan belanga hitam. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. |
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. | Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain. |
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. | Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu. |
Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai. | Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. |
Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat. | Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. |
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit. | Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. |
Kuat lilit kerana simpulnya. | Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu. |
Kuat sepit kerana kempa. (kempa = apitan.) | Orang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang. |
Kuat tertawa koyak bibir. | Bersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan. |
Kubur kata mari, rumah kata nanti. | Orang yang sudah lanjut usianya. |
Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi. | Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising. |
Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang. | Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita. |
Kuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga. | Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya. |
Kuda pelejang bukit. | Orang yang menjadi kakitangan orang lain. |
Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. |
Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya. | Orang yang rajin senantiasa disuruh orang. |
Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti. | Orang yang rajin dan pandai berbuat pekerjaan tak perlu diawasi. |
Kudis menjadi tokak. | Perkara kecil menjadi besar. |
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Kulai-balai bagai cangkul sisa pengait (= dikait). (kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.) | Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. |
Kulit hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk. | Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu. |
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. |
Kuman menjadi barah (= pekung). | Perkara kecil menjadi besar. |
Kumbang terbang tak bersaing. | Terlalu cepat. |
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari. | Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak. |
Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang. | Mudah dihasut atau dipujuk. |
Kura-kura (hendak) memanjat kayu. | Berbuat sesuatu yang mustahil. |
Kura-kura di atas dahan. | Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan. |
Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu. | Bertanya sesuatu yang sudah diketahui. |
Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |
Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |
Kura-kura kakinya tiada basah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. |
Kura-kura pandai kerabat kayu. (kerabat = panjat.) |
Berbuat sesuatu yang mustahil. |
Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam. | Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan. |
Kurang kerat, rengkuh yang lebih. | Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih. |
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan. | Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. |
Kurang sesayat (= seiris) sebelanga. | Hampir cukup bilangan; sedikit saja yang kurang. |
Kurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru. (sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.) | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. |
Kurang taksir hilang laba. | Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya. |
Kurang tambah menambah, senteng bilai-membilai. | Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. (senteng = kurang cukup; bilai = sambung.) |
Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih). | Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya. |
Kurus kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang. | Kurus sekali kerana sakit. |
Kusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai. | Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah. |
Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal. | Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. |
Kusut diselesaikan, keruh diperjernih. | Segala perselisihan hendaklah didamaikan. |
Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain. | Biar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat. |
L
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. | Persahabatan yang sangat karib. |
Laba tertinggal, harta lingkap. | Laba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula. |
Labu dikerbuk tikus. | Gadis yang sudah kehilangan daranya. |
Ladang yang berpunya. | Perempuan yang sudah kahwin. |
Lading tajam sebelah. (lading = sejenis alat perang.) |
Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. |
Lading tak tahu akan majalnya. (majal = tumpul, tidak tajam.) | Tidak insaf akan keadaan dirinya. |
Lagak Padang, omong Betawi. | Cakap besar, tetapi tiada berisi. |
Lagi jatuh ditimpa tangga. | Berturut-turut mendapat kesusahan. |
Lagi lauk lagi nasi. | Makin kaya, makin banyak sahabatnya. |
Lagi lebai lagi berjanggut. | Berilmu dan berbudi. |
Lagi murah, lagi ditawar. | Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. |
Lagi teduh lagi berkajang. | Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya. |
Lagi terang lagi bersuluh. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. |
Lagi tongkat lagi senjata. | Makin kaya, makin banyak sahabatnya. |
Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut. | Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. |
Lah karam maka bertimba. | Setelah mendapat celaka baru ingat. |
Lah ke tengah makan api. | Perselisihan yang telah mendalam, maka susah didamaikan. |
Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya. | Orang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya. |
Lah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak. | Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka. |
Lah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung. (menarung = menyentuh, menyerandung.) | Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. |
Lain bengkak lain bernanah. | Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. |
Lain biduk lain digalang. | Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (galang = penyangga, landasan.) |
Lain di mulut, lain di hati. | Yang dikatakan berlainan dengan yang di dalam hati. |
Lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi. | Yang diperoleh lain daripada yang dikehendaki. |
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. | Masing-masing orang dengan kesukaannya. |
Lain galang, lain perahu yang disorong. | Berlainan perbuatan daripada tujuannya. |
Lain gatal lain digaruk. | Lain soal lain jawabnya. |
Lain lubuk, lain ikannya. | Adat negeri selalu berlain-lainan. |
Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh. | Lain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. (menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit.) |
Lain mangkuk lain cawan. | Tidak sama pembawaan dan kesukaan. |
Lain orang memperanakkan, lain orang dipanggil bapa. | Balasan yang tidak pada tempatnya; lain orang yang berbuat baik lain orang pula yang mendapat penghargaan. |
Lain orang yang makan inangka, lain orang yang kena getah. | Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. |
Lain orang, lain pendapat. | Masing-masing orang dengan kesukaannya. |
Lain padang lain belalang. | Adat negeri selalu berlain-lainan. |
Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat. | Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. |
Lain teringat lain disebut; bertukar angguk dengan ilallah. (ilallah = hujung kalimat lailahailallah.) |
Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. |
Lain yang bengkak, lain yang bernanah; lain yang untut, lain yang mengisut. | Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. |
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan. | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
Laksana antah lemukut (= melukut), lapar sangat baru berguna. | Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga. |
Laksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh ke tepi. | Hidup melarat di negeri asing. |
Laksana apung dipermainkan gelombang. | Hidup melarat di negeri asing. |
Laksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul. | Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. |
Laksana barang yang disadur. (sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.) |
Tak tahan uji. |
Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus. | Sangat kuat dan teguh. (embat = pukul; manau = rotan besar.) |
Laksana batik lasam. | Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik. (lasam = keluaran Lasam, suatu tempat di Jawa.) |
Laksana binatang umang-umang di mana sarang udang di situ tempat menumpang. | Orang yang hidupnya bergantung kepada orang lain. |
Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur. | Menghilangkan diri. |
Laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri. (lum = ranum.) |
Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. |
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. | Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa. |
Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong. | Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar. |
Laksana burung diam dalam sangkar. | Orang yang terikat hidupnya. |
Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku. | Perempuan gemuk yang tidak disukai orang. |
Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku. | Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun. |
Laksana janda baru bangun tidur. | Perempuan yang benar-benar cantik. (jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.) |
Laksana jauk penjauk yang kerap. | Terlalu kikir. |
Laksana jentayu menantikan hujan. (jentayu = burung garuda yang besar.) |
Sangat rindu. |
Laksana kain (= benang) putih. | Sentiasa menurut perkataan orang; kanak-kanak yang masih kecil. |
Laksana kain tiga hasta. | Serba tanggung. |
Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki. (ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.) |
Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan. |
Laksana katak di harung ular. | Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan. |
Laksana kedidi: di mana pantai tercunggit-cunggit (= terjengit-jengit). | Orang yang tidak tahu membawa diri. |
Laksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain. | Suka membesar-besarkan perkara yang kecil. |
Laksana kerbau: di mana rumput hijau di sana menerkam. | Tidak mengendahkan bahaya, kerana melihat barang yang digemarinya. |
Laksana kumbang menyeri bunga, kumbang pun terbang bunga pun layu. | Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana. |
Laksana layang-layang melawan angin. | Perbuatan yang sia-sia. |
Laksana layang-layang putus teraju. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. |
Laksana layang-layang salah teraju. | Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah. |
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol. (dogol = tidak bertanduk.) |
Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. |
Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan. | Orang yang besar tubuh tetapi penakut. |
Laksana lemping terbuang. | Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. (lemping = sejenis kuih.) |
Laksana mencari sungai yang tiada berhulu. | Berpenat lelah dengan sia-sia saja. |
Laksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat. (pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.) |
Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. |
Laksana pohon kayu tiada berbuah. | Ilmu yang tiada diamalkan. |
Laksana sampan pukat. | Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya. |
Laksana sebuku gaharu, sukat dibakar makin berbau. | Baru memperlihatkan keunggulannya bila perlu. |
Laksana taji dibentuk. | Kening yang elok. |
Laksana terung bertunang ikan kering. | Sangat sesuai. |
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati. (sicerek = sejenis tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.) |
Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. |
Lalat langau mengerumuni bangkai. | Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat. |
Lalat memanglah mencari puru. | Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat. |
Lalu hangus, surut layu. | Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. |
Lalu penjahit, lalu kelindan. | Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. |
Lambat laga asalkan menang. | Biar lambat asalkan maksud tercapai. |
Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda. | Puji-pujian terhadap perempuan yang bagus potongan tubuhnya. |
Lampu kekurangan minyak. | Dalam keadaan payah. |
Lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilah. | Jika terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat digunakan juga. |
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau. | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. |
Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut. (pasar = licin, mati rumput.) |
Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. |
Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam. | Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam. |
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. |
Langit akan disigai, tebat akan disiar. | Ingin berbuat sesuatu yang mustahil. |
Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang. (berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.) |
Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. |
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan. (kambut = sejenis bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.) |
Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. |
Langit menimpa kepala, bumi memegang kaki. | Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri. |
Langit menyungkup kepala. | Sesuatu yang tidak dapat diatasi lagi. |
Langit runtuh, bumi cair. | Segala harapan sudah musnah. |
Langit runtuh, bumi telah terban. (terban = runtuh.) |
Segala harapan sudah musnah. |
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai. | Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada. |
Langkah yang telah terlangkahkan. | Sesuatu yang sudah dimulai melakukannya. |
Langkas buah papaya. (langkas = luruh kerana terlampau masak.) |
Suatu perkara yang mustahil. |
Lantai dan dinding bertelinga belaka. | Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. |
Lapuk oleh kain sehelai. | Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan. |
Lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui. | Adat atau peraturan yang tak baik diganti atau diperbaiki. |
Laut budi tepian akal (= ilmu). | Orang cerdik pandai atau cendekiawan. |
Laut datang memunggah mutiara. | Orang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita. |
Laut ditembak, darat kena. | Beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan. |
Laut ditimba akan kering. | Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan. |
Laut madu berpantaikan sakar (= gula). | Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa. |
Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan. | Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya. |
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah. | Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. (latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.) |
Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah cakap (= dapat) menduganya. | Hati manusia tiada siapa yang mengetahuinya. |
Lautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya. | Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. |
Lautan yang dalam sudah diselami, ini pula air dalam terenang. | Orang yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar tiada khuatir menghadapi pekerjaan yang kecil. |
Lawak-lawak main, bunga tahi. | Bergurau senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. |
Layang-layang putus talinya. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. |
Layar menimpa tiang. | Kawan menjadi lawan. |
Layu bunga digenggam, layu rumput di halaman. | Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri. |
Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga. | Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain. |
Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata. | Lebih baik mati daripada menanggung malu. |
Lebih baik seekor singa di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput. | Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit. |
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. | Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan. |
Lebih pucuk, lebih pelepah? | Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan). |
Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok. | Kesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu. |
Lecah di kaki. | Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja. |
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada. (leka = asyik, lalai.) | Membuat pekerjaan yang merugikan. |
Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul. | Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum. |
Lekuk batu dititik air selalu. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. |
Lelar makan di upih, lagi putih lagi dikeruk. | Perbuatan yang dilakukan kerana nafsu akhirnya akan mendatangkan bencana dan penyesalan. |
Lemah (= lunak) tersudu, keras tak tertakik. | Orang yang teguh pendiriannya. (takik = toreh pada kayu.) |
Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat. | Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. |
Lemah melapis condong menopang. | Tolong-menolong satu sama lain. |
Lemah-lembut lintah, melekat payah lucut. | Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya. |
Lemah-lembut santan berlada. | Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas. |
Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan. | Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah. |
Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang. | Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik. |
Lemak penyelar daging. . (penyelar = penggoreng.) | Memboroskan harta benda tuannya |
Lembah diraih, pantai dititi. | Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. (raih = tarik.) |
Lembu dogol jangan dibalun. | Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh. |
Lempar bunga dibalas lempar tahi. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. |
Lempar(kan) batu sembunyi(kan) tangan. | Berbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu. |
Lemukut di tepi gantang. | Sesuatu yang tidak dihargakan sangat. |
Lengan bagai lilin dituang. | Lengan yang cantik. |
Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu. | Orang yang tidak sedarkan kekurangan dirinya. |
Lenggang lenggok bagai cupak hanyut. | Gaya langkah yang lemah-lembut. |
Lenggang patah sembilan. | Gaya langkah yang lemah-lembut. |
Lengkuas di tepi kandang, tekak (= tegak) puas badan menyandang. | Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal. |
Lepas bantal berganti tikar. | Kahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal. |
Lepas kaki leher terjerat. | Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi. |
Lepas putih hitam tak dapat. | Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. |
Lepas topan (taufan) paksa baik. (paksa = kesempatan, waktu.) |
Habis kesusahan timbullah kesenangan. |
Lesung mencari antan (= alu). | Perempuan mencari lelaki. |
Lewat di manis, masam; lewat di harum, busuk. | Hilang yang baik, timbul yang jahat. |
Licin bagai basuh perahu. | Menderita kerugian. |
Licin bagai belut. | Tidak mudah ditipu atau ditangkap. |
Licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang. | Gagah atau angkuh kerana harta orang lain. (selang = pinjam.) |
Lidah bercabang. | Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai. |
Lidah biawak. | Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai. |
Lidah terganjal. | Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. |
Lidah terkalang. | Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. |
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang. (petik = gerak lidah.) |
Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. |
Lidah tidak bertulang. | Mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu. |
Lidahnya masin. | Perkataannya diturut, permintaannya diterima. |
Lihat anak pandang menantu. | Menganggap orang lain sama saja dengan dirinya sendiri. |
Limau masak sebelah, perahu karam sekerat. | Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya. |
Linggi diserang, Riau yang alah. | Menyerah tanpa berjuang. |
Longgar sendat, lapang bertukul. | Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. |
Lonjak sebagai labu dibenam. | Sombong, angkuh. |
Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk. | Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya. |
Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi). | Sangat luas dan banyak pengetahuan. |
Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya. (kilang-kilang = sejenis ikan laut.) |
Masing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri. |
Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah), luka di hati siapa tahu? | Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya. |
Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga. | Orang yang berselisih itu meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga. |
Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah. | Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat. |
Lulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan. | Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (lulus = masuk) |
Lulus tabuh perhatian. | Hati lapang dan lega; sangat suka. (tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.) |
Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari. | Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. (lulus = maksudnya terbenam dalam air.) |
Lunak disudu, keras ditakik. | Yang menurut dilakukan dengan lemah lembut, sedang yang melawan harus dikerasi. |
Lunak gigi daripada lidah. | Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut. |
Lupa ketinggalan, terlelap kemalingan. (lelap = tidur; kemalingan = kecurian.) |
Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. |
Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan. | Ingat mengingatkan antara orang yang bersahabat. |
Lupak (men)jadi perigi (= telaga). | Orang miskin menjadi orang kaya. |
Lurah dituruni, bukit didaki. | Gigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat. |
Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas. | Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh. |
Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki. | Teramat tua dan daif. |
Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang. | Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh. |
Lurus bagai piarit. (piarit = serampang, seruit.) |
Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat |
Lurus lubang lurus penjolok. (penjolok = galah untuk menjolok.) |
Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya. |
Lurus sebagai sumpitan. | Lurus hati benar. |
Lurus sumpitan hendak mengena. | Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri. |
Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya. | Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. |
Lurus-lurus sumpitan. | Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri. |
Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya. (kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan.) |
Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan |
M
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Mabuk di enggang lalu. | Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal. |
Mabuk kerana beruk berayun. | Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. |
Macam anak dara tak datang tunangnya. | Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat. |
Macam betung seruas. | Terlalu jujur; lurus hati. |
Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah. | Orang bodoh yang banyak bualnya. |
Macam kepiting jalan. | Orang yang berjalan miring. |
Macam kera kelaparan. | Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit. |
Macam kikir besi. | Orang kaya yang bakhil. |
Macam memegang tali layang-layang. | Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak. |
Macam orang biduk. | Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri. |
Macam terambil di nan kurang. | Berdukacita tanpa sesuatu sebab. (di nan = pada yang.) |
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka. | Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa). |
Macam ular kekenyangan. | Orang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi. |
Madu satu tong jika rembes; rembesnya madu juga. | Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. (rembes = meresap keluar.) |
Mahal dibeli sukar dicari. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. |
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit. | Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya. |
Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. |
Main air basah, main api letur, main pisaui luka. | Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. |
Main akal (= budi). | Mengenakan tipu daya. |
Main badar, main gerundang. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. |
Majlis di tepi air, merdesa di perut kenyang. (majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.) | Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. |
Makan bersabitkan. | Mendapat makan dan minum tanpa bekerja. |
Makan bubur panas-panas. | Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan. |
Makan di luar berak di dalam. | Mengkhianati tempat mendapat perlindungan. |
Makan hati, berulam jantung. | Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati. |
Makan keringat orang. | Mengecap kesenangan dengan jalan memeras orang lain. |
Makan masak mentah. | Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram. |
Makan nasi kawah. | Hidup memburuh; dalam peliharaan orang tua. |
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong. | Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi. |
Makan upas berulam racun. | Senantiasa hidup dalam kesusahan. (upas = racun.) |
Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit. | Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya. |
Makin banyak orang, makin banyak niat. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. |
Makin murah, makin menawar. | Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. |
Maksud bagai maksud manau. | Maksud yang melebihi kesanggupan. |
Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai. | Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. |
Malam berselimut embun, siang bertudung awan. | Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. |
Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang. | Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.) |
Malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai. | Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka. |
Malang tak berbau. | Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba. |
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih. | Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. |
Malang tiada datang tunggal. | Malang yang bertimpa-timpa. |
Malas bergarit, perut perit. | Malas berusaha tentulah kelaparan. (garit = gerak, perit = pedih.) |
Malu berani, mati takut. | Pengecut. |
Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. |
Malu makan, perut lapar. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. |
Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing. | Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut. |
Mamah dulu kemudian telan. | Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya. |
Mana ada buluh tidak berbuku? | Tak ada sesuatu yang sempurna benar. |
Mana busuk yang tidak berbau? | Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya. |
Mana kerbau yang bencikan kubangnya? | Orang yang biasa berbuat jahat tak dapat melupakan tempat ia bersuka ria. |
Mana sungai yang tiada berhulu? | Mana kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya? |
Mana tali berpunca tak berhujung? | Siapakah yang tidak akan menghadapi mati? |
Mandi dalam cupak. | Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. |
Mandi di telaga di tepi jalan, bersunting bunga tahi ayam. | Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat. |
Mandi tak basah. | Orang yang keras hati; terlalu rindu. |
Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek. | Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina. |
Manikam sudah menjadi sekam. | Tidak berguna lagi; tidak berharga lagi. |
Manis bagai gula Jawa. | Persesuaian dalam segenap hal-ehwal. |
Manis laksana gula Sarawak. | Persesuaian dalam segenap hal-ehwal. |
Manis seperti (= laksana) gula derawa. | Dua orang suami isteri yang sama-sama elok rupa parasnya. (gula derawa = air gula.) |
Manis udang, maka ketam direbus tak merah? | Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya. |
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. | Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. |
Manusia tahan kias, binatang tahan palu. | Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan. |
Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya. | Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan. |
Mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah. | Tidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan. |
Mara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak. | Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur. |
Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. |
Marahkan telaga yang kering, timba dipecahkan. | Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula. |
Marahkan tikus rengkiang dibakar. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. |
Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi [[buluh|aur]]. | Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. |
Masak di luar mentah di dalam. | Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. |
Masak durian, masak manggis. | Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang. |
Masak malam mentah pagi (= siang). | Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula. |
Masam bagai nikah tak suka. | Berdukacita. (masam = merengus, bersut.) |
Masih berbau pupuk jerangau. | Belum ada pengalaman. |
Masin lagilah garam sendiri. | Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain. |
Masuk ambung tak masuk bilang. | Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh). |
Masuk bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh. | Besar belanja daripada penghasilan. |
Masuk di dalam kawan gajah berdering. | Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (berdering = bunyi genta.) |
Masuk geronggang bawa pelita. | Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.) |
Masuk ke dalam kandang [[kambing]] mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. | Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. |
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang. | Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri. |
Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang. | Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma. |
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. | Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. |
Masuk langau ke mulutnya. | Terhairan-hairan, sehingga mulutnya ternganga-nganga. |
Masuk lima keluar sepuluh. | Besar belanja daripada penghasilan. |
Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh. | Besar belanja daripada penghasilan. |
Masuk sarang harimau. | Termasuk ke dalam bahaya besar. |
Masuk tak genap, keluar tak ganjil. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. |
Menconteng arang di muka. | Perbuatan memberi malu / aib. |
Sirih pulang ke gagang
Pautan luar
Senarai peribahasa mengikut huruf |
---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z . |