Pergi ke kandungan

Orang Betawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Betawi)
Orang Betawi
Suku Betawi
Pasangan pengantin Betawi dengan mengenakan pakaian tradisional.
Jumlah penduduk
6.807.968 (banci 2010)[1]
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia
Jakarta2.700.722[1]
Jawa Barat2.664.143[2]
Banten1.365.614[2]
Jawa Tengah9.519[2]
Kalimantan Timur4.080[2]
Bahasa
Betawi, Indonesia
Agama
Islam Sunni
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu dan Sunda

Orang Betawi (Betawi: Ogut Betawi, Orang Betawi; Arab Melayu: اورڠ بتاوي) ialah salah satu bangsa peribumi Indonesia yang merupakan kaum Melayu Jakarta yang tinggal di bawah kawasan Jakarta (bandar Jakarta Barat, bandar Jakarta Pusat, bandar Jakarta Selatan, dan bandar Jakarta Timur) dan sekitarnya seperti Jawa Barat (Bogor, Depok, Bekasi) dan Banten (Tangerang, Tangerang Selatan.[3] Terdapat lebih kurang tujuh juta orang berbangsa Betawi setakat bancian 2010.[1] Orang Betawi telah bermukim di Batavia (nama kolonial untuk Jakarta) dari sejak abad ke-17.[4][5]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "Betawi" berasal daripada perkataan "Batavia" yang kemudian berubah-ubah menjadi "Batavi", "Batawi", dan "Betawi" (istilah akhir disesuaikan dengan lidah percakapan masyarakat templatan). Secara sejarah, bangsa Betawi merupakan masyarakat multietnik yang menyatu dan membentuk sebuah entiti baru. Orang Betawi terlahir akibat campuran genetik atau akulturasi budaya antara masyarakat yang bermastatutin di Batavia. Selepas itu, adat istiadat, tradisi, bahasa, dan yang lain-lain, akhirnya diperkenalakn oleh sebuah komuniti besar di Batavia. Komuniti ini lama kelamaannya membentuk sebuah suku dan identiti baharu yang dinamakan Betawi.[6] Penggunaan kata Betawi sebagai sebuah bangsa dimulakan dengan penubuhan sebuah organisasi bernama Pemoeda Kaoem Betawi pada tahun 1923.[7]

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Castles, Lance The Ethnic Profile of Jakarta, Indonesia vol. I, Ithaca: Cornell University April 1967
  • Guinness, Patrick The attitudes and values of Betawi Fringe Dwellers in Djakarta, Berita Antropologi 8 (September), 1972, hlm. 78–159
  • Knoerr, Jacqueline Im Spannungsfeld von Traditionalität und Modernität: Die Orang Betawi und Betawi-ness in Jakarta, Zeitschrift für Ethnologie 128 (2), 2002, hlm. 203–221
  • Knoerr, Jacqueline Kreolität und postkoloniale Gesellschaft. Integration und Differenzierung in Jakarta, Frankfurt & New York: Campus Verlag, 2007
  • Saidi, Ridwan. Profil Orang Betawi: Asal Muasal, Kebudayaan, dan Adat Istiadatnya
  • Shahab, Yasmine (ed.), Betawi dalam Perspektif Kontemporer: Perkembangan, Potensi, dan Tantangannya, Jakarta: LKB, 1997
  • Wijaya, Hussein (ed.), Seni Budaya Betawi. Pralokarya Penggalian Dan Pengembangannya, Jakarta: PT Dunia Pustaka Jaya, 1976
  1. ^ a b c "Kewarganegaraan, Suku Bangsa, Agama, Dan Bahasa Sehari-Hari Penduduk Indonesia" (dalam bahasa Indonesia). Badan Pusat Statistik. 2010. Dicapai pada 18 Julai 2017.
  2. ^ a b c d "Kewarganegaraan Suku Bangsa, Agama, Bahasa 2010" (PDF). demografi.bps.go.id (dalam bahasa Indonesia). Badan Pusat Statistik. 2010. m/s. 23, 36–41. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-07-12. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  3. ^ Knorr, Jacqueline (2014). Creole Identity in Postcolonial Indonesia. Volume 9 of Integration and Conflict Studies. Berghahn Books. m/s. 91. ISBN 9781782382690. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-11. Dicapai pada 2018-05-26.
  4. ^ No Money, No Honey: A study of street traders and prostitutes in Jakarta by Alison Murray. Oxford University Press, 1992. Glossary page xi
  5. ^ Dina Indrasafitri (26 April 2012). "Betawi: Between tradition and modernity". The Jakarta Post. Jakarta.
  6. ^ "Debunking the 'native Jakartan myth'". The Jakarta Post (dalam bahasa Indonesia). Jakarta. 7 November 2011.
  7. ^ Profil Kesenian Tanjidor di situs web LanggamBudaya.ui.ac.id.