Pergi ke kandungan

Dakwat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuli dakwat

Dakwat (Jawi: دعوت) atau tinta (Jawi: تينتا‎; serapan bahasa Portugis[1]) ialah sejenis cecair yang mengandungi pigmen atau pencelup yang digunakan untuk mewarnakan permukaan untuk membentuk imej atau teks. Dakwat digunakan untuk melukis atau menulis atas helai muka dengan pena atau berus.

Dakwat secara umumnya didapati dari 4 macam bentuk tersedia yakni jenis yang berair baik sedikit mahupun banyak, jenis melekit dan jenis serbuk.[2]

Bahan ini mula diperkenalkan dalam masyarakat alam Melayu seiring alat bertulis surat lain seperti kertas dengan tersebarnya ajaran Islam dari Timur Tengah.[3]

Dakwat yang lazim digunakan para penulis Melayu dahulu dibuat dengan pelbagai bahan. Asasnya menggunakan jelaga (terutamanya dari damar), arang atau buah majakani dicampur dengan bahan pengikat seperti madu, getah atau susu kerbau diperam. Bahan-bahan lain yang boleh dibancuh sebati termasuk air hitam dari sotong gurita, getah kulit buah manggis, bunga senduduk serta kulit dan kayu merbau. Bahan lain turut ditambah untuk meningkatkan sifat tertentu yang diingini pada dakwat tulisan seperti getah pokok gajus mengilatkan air dakwat, pulut hitam ditambahkan sebagai bahan pelikat, dan pigmen mewarnakan seperti pokok lembayung untuk dakwat berwarna ungu, kulit manggis untuk warna perang, kesumba untuk warna merah serta karat tembaga untuk dakwat warna hijau.[3][4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). tinta. Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 345.
  2. ^ Kipphan, Helmut (2001), Handbook of print media: technologies and production methods (ed. Illustrated), Springer, m/s. 130–144, ISBN 3-540-67326-1
  3. ^ a b Siti Hawa Haji Salleh (1997). Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 6–7. ISBN 9789836252296.
  4. ^ Siti Mariani S.M. Omar. (2002). Warisan Manuskrip Melayu: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.