Tikus
Tikus Julat zaman:
| |
---|---|
Tikus kayu, Apodemus sylvaticus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Rodentia |
Superkeluarga: | Muroidea |
Keluarga: | Muridae Illiger, 1811 |
Subkeluarga | |
Tikus (Jawi: تيكوس ) merupakan kelompok terbesar spesies rodensia dan mamalia dalam keluarga Muridae dengan kira-kira 1383 spesies[2] yang ditemui semula jadi di seluruh Eurasia, Afrika dan Australia.
Nama Muridae berasal dari bahasa Latin mus (genitif muris ) yang bermaksud "tikus".
Air kencing tikus ada kuman bakteria yang boleh buat penyakit membawa maut.
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Tikus terdapat di merata dunia, tetapi banyak subkeluarga lebih terhad taburannya. Tikus tidak terdapat di Antartika atau mana-mana pulau tengah lautan. Biarpun tidak satu pun yang asli di benua Amerika, tetapi beberapa spesies seperti tikus rumah dan tikus hitam telah diperkenalkan ke seluruh dunia seiring dengan kegiatan dan persebaran kependudukan manusia itu sendiri.[3][4][5][6] Tikus mendiami pelbagai ekosistem baik tropika mahupun tundra. Kebanyakannya hidup atas darat, tapi ada juga yang hidup di bawah tanah, atas pokok dan tepi air.[7]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Tikus adalah mamalia kecil yang panjangnya sekitar 10 cm (3.9 in) tidak termasuk ekor, dari sekecil 4.5 hingga 8 cm (1.8 hingga 3.1 in) pada mencit kerdil Afrika hingga sebesar 48 cm (19 in) bagi tikus dahan gergasi Luzon selatan. Badan tikus rata-rata langsing dengan ekor bersisik yang lebih panjang daripada tubuh, serta mancung runcing dengan misai yang ketara, tetapi itu pun berbagai-bagai. Sesetengah tikus mempunyai kaki panjang tirus untuk berjalan meloncat-loncat sedangkan yang lain mempunyai kaki lebar dan ekor boleh mencengkam untuk mudah memanjat, dan ada juga yang tiada kedua-dua adaptasi tersebut. Tikus rata-rata berbulu perang, tetapi ada juga yang bertompok kelabu, hitam atau putih.[8]
Tikus pada umumnya tajam pendengaran dan penghiduan. Ia hidup di pelbagai jenis habitat baik hutan, padang rumput mahupun pergunungan. Sesetengah spesies seperti jerbil tersesuai dengan keadaan gurun dan dapat hidup lama-lama tanpa banyak air. Tikus makan pelbagai benda mengikut spesiesnya dengan bantuan otot rahang yang kuat serta gigi kacip mengunggis yang tumbuh sepanjang hidup. Formula pergigian tikus ialah .
Tikus banyak kali membiak, setahun beberapa kali melahirkan banyak anak. Kelahiran dalam 20 hingga 40 hari selepas mengawan, tetapi berbeza-beza mengikut spesies. Anak tikus lazimnya lahir buta, tidak berbulu dan tidak berdaya, tetapi ada yang terkecuali seperti tikus berduri.[8]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Aghova, Tatiana; Kimura, Yuri; Bryja, Josef; Dobigny, Gauthier; Granjon, Laurent; Kergoat, Gael J. (2017). "Fossils know it best: using a new set of fossil calibrations to improve the temporal phylogenetic framework of murid rodents (Rodentia: Myomorpha: Muroidea: Muridae)" (PDF): 16. doi:10.1101/180398. S2CID 38794026. Dicapai pada 29 August 2018. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "Muridae". Encyclopaedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 November 2021.
- ^ Savage, R. J. G.; Long, M. R. (1986), Mammal Evolution: an Illustrated Guide, New York: Facts on File, m/s. 124, ISBN 0-8160-1194-X
- ^ Jansa, Sharon. A.; Weksler, Marcelo (2004), "Phylogeny of muroid rodents: relationships within and among major lineages as determined by IRBP gene sequences" (PDF), Molecular Phylogenetics and Evolution, 31 (1): 256–276, doi:10.1016/j.ympev.2003.07.002, PMID 15019624, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-12-17
- ^ Michaux, Johan; Reyes, Aurelio; Catzeflis, François (1 November 2001), "Evolutionary history of the most speciose mammals: molecular phylogeny of muroid rodents", Molecular Biology and Evolution, 18 (11): 2017–2031, doi:10.1093/oxfordjournals.molbev.a003743, ISSN 0737-4038, PMID 11606698, diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2005
- ^ Steppan, Scott; Adkins, Ronald; Anderson, Joel (2004), "Phylogeny and divergence-date estimates of rapid radiations in muroid rodents based on multiple nuclear genes" (PDF), Systematic Biology, 53 (4): 533–553, doi:10.1080/10635150490468701, PMID 15371245
- ^ "ADW: Subfamilies of Muridae". animaldiversity.org. Dicapai pada 2015-11-08.
- ^ a b Berry, R. J.; Årgren, G. (1984), Macdonald, D. (penyunting), The Encyclopedia of Mammals, New York: Facts on File, m/s. 658–663 & 674–677, ISBN 0-87196-871-1