Monyet
Monyet | |
---|---|
Beruk (Macaca fascicularis) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Infraorder: | sebahagiannya
|
Keluarga | |
Anggaran taburan monyet sedunia |
Dalam ilmu sains, monyet (Jawi: موڽيت ) merupakan rumpun primat haplorin ("berhidung kering") iaitu rumpun yang umumnya berekor dan terdiri daripada 260 spesies yang masih wujud masa kini. Kebanyakan spesies monyet mendiami pokok, tetapi ada juga spesies yang hidup bertumpukan tanah seperti babun. Kebanyakan spesiesnya juga aktif pada waktu siang (diurnal). Monyet umumnya disifatkan sebagai cerdas, terutamanya yang hidup di Dunia Lama.
Lemur, kongkang, dan galago adalah primat berekor yang tidak digelar monyet, sebaliknya merupakan primat strepsirin ("berhidung lembap"). Tarsier juga adalah primat haplorin seperti monyet, tetapi bukan monyet juga. Monyet terdiri daripada dua golongan, iaitu monyet Dunia Baru (platirin) dari benua Amerika Tengah dan Selatan, dan monyet Dunia Lama (katarin dari superfamili Cercopithecoidea) dari Afrika dan Asia. Mawas hominoid (ungka, orangutan, gorila, cimpanzi dan manusia) yang semuanya tidak berekor juga dikira katarin tetapi tidak dikira monyet.[1] Makhluk simian ("monyet") dan tarsier muncul dalam rumpun haplorin sekitar 60 juta tahun dahulu. Monyet Dunia Baru dan monyet katarin pula muncul dalam rumpun simian sekitar 35 juta tahun dahulu. Monyet Dunia Lama dan Hominoidea pula menurun dari monyet katarin sekitar 25 juta tahun dahulu.
Deskripsi
[sunting | sunting sumber]Monyet terdapat dalam pelbagai besar kecilnya dari marmoset pigmi yang sekecil 117 milimeter (4.6 in) dengan ekor sepanjang 172-milimeter (6.8 in) dan beratnya hanya dekat 100 gram (3.5 oz),[2] hinggalah sebesar mandril jantan yang memanjang sehingga 1 meter (3.3 ka) dengan berat sebanyak 36 kilogram (79 lb).[3] Ada yang hidup di atas pokok dan ada lagi yang hidup di atas tanah. Setiap spesies mengamalkan pemakanan yang berbeza tetapi lazimnya terdiri daripada buah-buahan, dedaun, kekeras, bunga, telur dan haiwan kecil termasuk serangga.[4]
Terdapat persamaan dan perbezaan ciri-ciri sesama kedua-dua kelompok. Kebanyakan monyet Dunia Baru mempunyai ekor yang boleh memaut sedangkan monyet Dunia Lama rata-ratanya mempunyai ekor yang tidak boleh memaut ataupun langsung tidak kelihatan ekor. Monyet Dunia Lama berpenglihatan warna trikomasi seperti manusia, sedangkan monyet Dunia Baru pula berbagai-bagai dengan trikromasi, dikromasi, atau monokromasi. Biarpun semua monyet mempunyai mata yang memandang ke depan seperti mawas, tetapi berlainan pula bentuk muka antara Dunia Lama dan Dunia Baru, namun begitu itu pun terdapat persamaan ciri-ciri seperti bentuk hidung, pipi dan punggung.[4]
Pengelasan
[sunting | sunting sumber]Filogeni primat yang wujud | |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Monyet (dalam tanda kurungan hijau) merupakan rumpun parafili kerana mengecualikan hominoid. |
Senarai yang berikutnya memaparkan various monkey families (bolded) are placed in the classification of living (extant) primates.
- ORDER PRIMATES
- Suborder Strepsirrhini: lemur, kongkang dan galago
- Suborder Haplorhini: tarsier, monyet dan mawas
- Infraorder Tarsiiformes
- Keluarga Tarsiidae: tarsier
- Infraorder Simiiformes: simian
- Parvorder Platyrrhini: monyet Dunia Baru
- Keluarga Callitrichidae: marmoset dan tamarin (42 spesies)
- Keluarga Cebidae: monyet kapucin dan monyet tupai (14 spesies)
- Keluarga Aotidae: monyet malam (11 spesies)
- Keluarga Pitheciidae: titi, saki, dan uakari (41 spesies)
- Keluarga Atelidae: monyet melolong, monyet labah-labah, dan monyet gebu (24 spesies)
- Parvorder Catarrhini
- Superfamily Cercopithecoidea
- Keluarga Cercopithecidae: monyet Dunia Lama (135 spesies)
- Superfamily Hominoidea: mawas
- Keluarga Hylobatidae: ungka ("mawas kecil") (17 spesies)
- Keluarga Hominidae: mawas besar termasuk manusia (7 spesies)
- Superfamily Cercopithecoidea
- Parvorder Platyrrhini: monyet Dunia Baru
- Infraorder Tarsiiformes
Hubungan dengan manusia
[sunting | sunting sumber]Monyet mempunyai pelbagai jenis hubungan dengan manusia. Ada yang dibela sebagai haiwan kesayangan, ada yang dijadikan haiwan penolong orang kurang upaya, dan ada yang digunakan sebagai bahan ujian di makmal mahupun misi angkasa.
Sesetengah spesies monyet juga dianggap haiwan perosak dan boleh menyebabkan kemusnahan besar terhadap hasil tanaman sara diri mahupun dagangan, dan oleh itu boleh dibasmi dengan membunuh.[5] Ini boleh mendatangkan kesan mustahak kepada usaha pemuliharaan spesies terancam yang boleh mengundang pendakwaan. Adakalanya jangkaan kemusnahan oleh petani boleh melampaui kemusnahan sebenar.[6] Monyet yang terbiasa dengan kehadiran manusia di tumpuan pelancong juga boleh digeruni kerana menyerang pelancong.[7]
Dalam agama dan budaya manusia, monyet melambangkan sifat kecerdasan dan kenakalan.
Pembantu OKU
[sunting | sunting sumber]Sesetengah pertubuhan melatih monyet kapucin sebagai haiwan pembantu untuk golongan yang lumpuh badan. Setelah digaulkan di rumah manusia sejak umur baru lahir, monyet berkenaan menjalani latihan menyeluruh sebelum diletakkan dalam jagaan orang kurang upaya berkenaan. Di sekitar rumah, monyet itu membantu menyuap, mengambil benda, mengendali benda dan menjaga tuannya.[8]
Bahan ujian
[sunting | sunting sumber]Spesies monyet paling umum yang didapati dalam penyelidikan haiwan adalah grivet, beruk resus, dan kera ketam, yang diperoleh secara ditangkap dari liar mahupun dibiakkan khusus.[9][10] Ia digunakan terutamanya kerana mudah dikendalikan, kitaran pembiakan yang cepat (berbanding mawas) serta keserupaan psikologi dan fizikalnya dengan manusia. Dianggarkan bahawa sebanyak 100,000 ke 200,000 primat bukan manusia digunakan untuk penyelidikan seluruh dunia setiap tahun,[10] yang mana 64.7% daripadanya adalah monyet Dunia Lama dan 5.5% monyet Dunia Baru.[11] Bilangan ini hanya sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan haiwan yang digunakan untuk kaji selidik.[10] Dari 1994 ke 2004 Amerika Syarikat telah menggunakan purata 54,000 primat selain manusia, sementara di Kesatuan Eropah 10,000 primat bukan manusia digunakan pada 2002.[11]
Penggunaan monyet dalam makmal menimbulkan kontroversi. Pejuang hak asasi haiwan berhujah bahawa penggunaan monyet adalah kejam dan jarang membuahkan maklumat bernilai, bahkan telah acapkali memprotes, menjarah makmal dan mengugut warga kerja berkenaan. Pembangkang pula berhujah bahawa ia telah menjurus kepada pelbagai penemuan perubatan penting seperti vaksin rabies, memahami pembiakan manusia dan pengetahuan asas tentang fungsi otak, bahkan pencegahan ancaman terhadap manusia harus diutamakan daripada ancaman kepada monyet. Topik ini merupakan perjuangan yang umum bagi pejuang hak asasi haiwan dan kebajikan haiwan.
Di angkasa
[sunting | sunting sumber]Beberapa buah negara telah menggunakan monyet sebagai sebahagian daripada program penjelajahan angkasa, termasuklah Amerika Syarikat dan Perancis. Monyet pertama yang pergi ke angkasa ialah Albert II yang menaiki roket V-2 lancaran AS pada 14 Jun 1949.[12]
Sebagai makanan
[sunting | sunting sumber]Otak monyet dijadikan makanan manusia di sesetengah negara Asia Selatan, Afrika dan Cina.[13] Daging monyet adalah haram mengikut hukum syarak Islam. Bagaimanapun, monyet boleh diburu, dijual dagingnya dan dimakan di sesetengah kawasan di Afrika.[14]
Sastera
[sunting | sunting sumber]Monyet sangat laris diceritakan dalam media popular baik dalam bahan bacaan mahupun tayangan filem, TV mahupun Internet. Contohnya, watak Sun Wukong si "Raja Monyet" yang terkemuka dalam mitos Cina merupakan protagonis karya epik klasik Pengembaraan ke Barat.
Agama
[sunting | sunting sumber]Dewa Hanuman yang tersohor dalam dewata Hindu adalah dewa monyet bercirikan manusia yang mengurniakan keberanian, kekuatan dan kepanjangan umur kepada penganut yang mengenang Hanuman ataupun dewa Rama.
Dalam agama Buddha, monyet adalah salah satu jelmaan awal Sang Gautama Buddha tetapi juga melambangkan muslihat dan kehodohan. Dalam fahaman agama Buddha Cina terdapat kiasan "hati monyet" yang memerikan sifat minda manusia yang tidak tenteram. Monyet juga adalah salah satu daripada Tiga Makhluk Jahil yang melambangkan ketamakan, di samping harimau untuk kemarahan dan rusa untuk keberahian.
Dalam budaya rakyat Jepun terdapat "tiga monyet bijaksana" yang masing-masing menutup mata, telinga dan mulut, melambangkan prinsip "jangan melihat, mendengar dan bercakap yang tidak baik".[15]
Kaum Moche dari Peru purba memuja alam,[16] menekankan haiwan dan sering melukis monyet dalam seni.[17]
Kaum Tzeltal dari Mexico menyembah monyet sebagai jelmaan nenek moyang.
Monyet adalah bintang kesembilan dalam kitaran 12 tahun zodiak Cina. .[18]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Monyet. |
- ^ Zabludoff, Marc. Monkeys. m/s. 22.
- ^ Nowak, R. M. (1999). Walker's Mammals of the World (ed. 6th). Baltimore and London: The Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0801857898.
- ^ "Mandrill". ARKive. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-12. Dicapai pada 2013-04-10.
- ^ a b Fleagle, J. G. (1998). Primate Adaptation and Evolution (ed. 2nd). Academic Press. m/s. 25–26. ISBN 978-0-12-260341-9.
- ^ Hill, C. M. (2000). "Conflict of Interest Between People and Baboons: Crop Raiding in Uganda". International Journal of Primatology. 21 (2): 299–315. doi:10.1023/A:1005481605637.
- ^ Siex, K. S.; Struhsaker, T. T. (1999). "Colobus monkeys and coconuts: A study of perceived human-wildlife conflicts". Journal of Applied Ecology. 36 (6): 1009. doi:10.1046/j.1365-2664.1999.00455.x.
- ^ Brennan, E. J.; Else, J. G.; Altmann, J. (1985). "Ecology and behaviour of a pest primate: Vervet monkeys in a tourist-lodge habitat". African Journal of Ecology. 23: 35. doi:10.1111/j.1365-2028.1985.tb00710.x.
- ^ Sheredos, S. J. (1991). "An evaluation of capuchin monkeys trained to help severely disabled individuals" (PDF). The Journal of Rehabilitation Research and Development. 28 (2): 91–96. doi:10.1682/JRRD.1991.04.0091.
- ^ "The supply and use of primates in the EU". European Biomedical Research Association. 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-17. Dicapai pada 2015-10-10.
- ^ a b c Carlsson, H. E.; Schapiro, S. J.; Farah, I.; Hau, J. (2004). "Use of primates in research: A global overview". American Journal of Primatology. 63 (4): 225–237. doi:10.1002/ajp.20054. PMID 15300710.
- ^ a b Weatherall, D., et al., (The Weatherall Committee) (2006). The use of non-human primates in research (PDF) (Laporan). London, UK: Academy of Medical Sciences. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-03-23. Dicapai pada 2015-10-10.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Bushnell, D. (1958). "The beginnings of research in space biology at the Air Force Missile Development Center, 1946-1952". History of Research in Space Biology and Biodynamics. NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-10. Dicapai pada 2013-04-10. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Bonné, J. (2005-10-28). "Some bravery as a side dish". msnbc.com. Dicapai pada 2009-08-15.
- ^ Institut De Recherche Pour Le Développement (2002). "Primate Bushmeat : Populations Exposed To Simian Immunodeficiency Viruses". ScienceDaily. Dicapai pada 2009-08-15.
- ^ Cooper, J. C. (1992). Symbolic and Mythological Animals. London: Aquarian Press. m/s. 161–63. ISBN 1-85538-118-4.
- ^ Benson, E. (1972). The Mochica: A Culture of Peru. New York: Praeger Press. ISBN 978-0-500-72001-1.
- ^ Berrin, K. & Museo Arqueológico Rafael Larco Herrera (1997). The Spirit of Ancient Peru: Treasures from the Museo Arqueológico Rafael Larco Herrera. New York: Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-01802-6.
- ^ Lau, T. (2005). The Handbook of Chinese Horoscopes (ed. 5th). New York: Souvenir Press. m/s. 238–244. ISBN 978-0060777777.