Pergi ke kandungan

Kundur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kundur
Buah kundur yang hampir masak
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Benincasa

Spesies:
B. hispida
Nama binomial
Benincasa hispida
(Thunb.) Cogn.
Sinonim[1]
Senarai
    • Benincasa cerifera Savi
    • Benincasa cylindrica Ser. nom. inval.
    • Benincasa pruriens (Parkinson) W.J.de Wilde & Duyfjes nom. inval.
    • Benincasa vacua (F.Muell.) F.Muell.
    • Cucurbita alba Roxb. ex Wight & Arn.
    • Cucurbita farinosa Blume
    • Cucurbita hispida Thunb.
    • Cucurbita littoralis Hassk.
    • Cucurbita pruriens Parkinson nom. inval.
    • Cucurbita pruriens Seem.
    • Cucurbita vacua F.Muell.
    • Cucurbita villosa Blume
    • Gymnopetalum septemlobum Miq.

Kundur, kundur cina, kundur jawa, beligu atau remigu (nama botani: Benincasa hispida)[2] ialah spesies pokok menjalar tunggal dalam genus Benincasa. Ia tumbuh asli di Asia Tenggara dan Asia Selatan.[3]

Di India Utara, ia dipotong dadu dan disira untuk menghasilkan halwa yang jernih dan manis sering kali dengan perisa air mawar. Dalam bentuk ini ia tahan dan ditinkan dan dijual keseluruh dunia dalam bentuk ditinkan. Di India Selatan, ia boleh dimasak kari.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama kundur (Jawi: ‏كوندور‎‎) diturunkan daripada akar Melayu-Polinesia *kunduʀ.[4]

Nama beligu (Jawi: بليڬو) dipinjamkan daripada kata bahasa Jawa ꦧ꧀ꦭꦶꦒꦺꦴ bligo.[5]

Sulur paut pokok kundur tebal dan kasar. Daun-daunnya besar dengan ukuran 4–12 inci (10–30 cm) panjang.[3][6]

Bunga kundur.

Bunga pokok kundur muncul pada awal musim bunga dari bulan Jun hingga bulan September. Kuntum-kuntum bunga kundur tumbuh dari ketiak daun dengan garis pusat 6 hingga 12 sm dan kelopak berwarna kuning.[2][7]

Putik buah kundur muda berbentuk bulat dengan ukuran 50–60 sm lebar dan 10–25 sm panjang dan kulit yang berbulu halus. Buah kundur yang masak menggugurkan bulu-bulunya[6][8] dan membentuk lapisan lilin yang mudah ditanggalkan.[2][9][8] Buah kundur mampu membesar sehingga sepanjang 1-2 meter.

Isi buahnya manis, ranggup dan berair. Ia mengandungi biji berwarna putih atau kuning.[6]

  1. ^ "Benincasa hispida (Thunb.) Cogn". World Flora Online. World Flora Consortium. Dicapai pada 23 Disember 2022.
  2. ^ a b c Hean Chooi Ong (2008). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 58–59. ISBN 967-61-1390-5.
  3. ^ a b "Benincasa hispida". Plant Finder. Missouri Botanical Garden. n.d. Dicapai pada 23 Disember 2022.
  4. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*kunduR — the wax gourd: Benincasa hispida". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 23 Disember 2022.
  5. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "bĕligu". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 110 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  6. ^ a b c Vattakaven, T.; George, R.; Balasubramanian, D.; Réjou-Méchain, M.; Muthusankar, G.; Ramesh, B.; Prabhakar, R., penyunting (2016). "Benincasa hispida (Thunb.) Cogn". India Biodiversity Portal. Dicapai pada 23 Disember 2022.
  7. ^ Salunkhe, D. K.; Kadam, S. S. (1998). Handbook of Vegetable Science and Technology: Production, Compostion, Storage, and Processing. New York, Amerika Syarikat: Marcel Dekker, Inc. m/s. 290. ISBN 0-8247-0105-4.
  8. ^ a b Kundur. Pusat Pengembangan, Keusahawan dan Pemajuan Profesional Universiti Putra Malaysia. 2013. m/s. 19. ISBN 978-967-10096-2-8.
  9. ^ Manton, Keegan (18 November 2021). "Winter Melon: What is It, Where Do You Get It and How To Cook With It". A Life of Mastery. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2021. Dicapai pada 20 November 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]