Siamang
Siamang[1] | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Symphalangus Gloger, 1841
|
Spesies: | S. syndactylus
|
Nama binomial | |
Symphalangus syndactylus (Raffles, 1821)
| |
Peta Distribusi |
Siamang (Jawi: سيامڠ ) atau nama sainsnya Symphalangus syndactylus[3][1] merupakan sejenis ungka yang tinggal di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Terdapat dua subspesies Siamang iaitu Siamang Sumatra (S. S. Syndactylus) dan Siamang Malaya (S. S. Continentis). Siamang diklasifikasikan sebagai "terancam" oleh IUCN. Siamang merupakan yang terbesar dalam keluarga ungka, siamang mampu mencecah dua kali ganda ungka yang lain, mencecah ketinggian 1 m, dan berat sehingga 14 kg. Siamang merupakan satu-satunya spesies dalam genus Symphalangus.
Siamang menonjol disebabkan dua perkara. Yang pertama merupakan dua jari pada setiap kaki adalah sebahagiannya disambung oleh selaput —dengan itu nama "syndactylus", dari perkataan Yunani sun-, "bersatu" + daktulos, "jari". Kedua adalah karung gular yang besar] (terdapat pada kedua jantan dan betina spesies tersebut), yang mana merupakan kelenjar tengkuk yang boleh dikembungkan sehingga saiz kepala siamang itu sendiri, membolehkan haiwan tersebut bagi menghasilkan bunyi panggilan kuat, bergema atau nyanyiannya.
Siamang hadir serentak bersama ungka yang lain; dua wilayahnya bertindan sepenuhnya dengan julat bersama dengan ungka yang lain, iaitu ungka lincah (“agile gibbon”) dan ungka lar. Sungguhpun siamang diberikan nama yang berbeza dari ungka yang lain, pecahan ini tidak sempurna secara cladistically, kerana genus Nomascus berpisah dari ungka yang lain sebelum pemisahan Symphalangus.[4]
Siamang mampu hidup lebih dari 30 tahun dalam kurungan.
Sungguhpun perdagangan haiwan peliharaan haram menjejaskan populasi liar siamang, ancaman utama pada siamang merupakan kehilangan tempat tinggal di kedua-dua di Malaysia dan Sumatera. Perladangan kelapa sawit telah membersihkan kawasan hutan yang luas, mengurangkan habitat siamang, bersama spesies lain seperti harimau Sumatera.
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Perkataan siamang (atau siyamang seperti dieja dalam Wilkinson, 1901) pada awalnya muncul dalam ungkapan “si-amang”[5][6] (Jawi: سي امڠ) yang mana si merupakan kata sandang diletakkan depan nama atau kata benda untuk tujuan timang-timangan atau panggilan;[7] amang pula merupakan suatu perkataan yang diserap dari suatu bahasa dalam rumpun bahasa Asli mengait kepada haiwan ini.[5] Perkataan amang turut kebetulan wujud dalam bahasa Melayu bermaksud "tahi bijih timah"[8] lalu mengias kepada penampilan haiwan ini yang kehitaman seperti bahan sisa ini.[5][6]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Bulu Siamang berwarna hitam atau perang kemerah-merahan. Mereka hidup berkumpulan antara enam hingga tujuh ekor. Siamang jantan lebih besar berbanding dengan siamang betina, dan bersikap agresif apabila diganggu. Sewaktu terdapat bahaya, siamang betina akan mengeluarkan suara yang nyaring dan diikuti oleh siamang jantan selama tiga hingga lima belas minit.
Siamang mahir bergayut tetapi pergerakannya terhad di atas tanah. Siamang betina berjalan tegak dengan sebelah kaki depannya diangkat serta diletakkan di belakang kepalanya manakala siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang kaki depan.
Siamang mampu melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan persekitarannya, akan tetapi sekiranya terdapat gangguan habitat seperti penebangan hutan, kelahiran hanya berlaku tiga tahun sekali. Siamang jantan akan menjaga anak sebaik sahaja bercerai susu.
Siamang bangun sejurus sebelum matahari terbit dan mula tidur sejurus selepas matahari terbenam. Ia menghabiskan tujuh puluh peratus masanya untuk mencari makanan. Makanan paginya ialah buah-buahan yang ranum dan selepas itu, ia hanya makan pucuk-pucuk kayu.
Siamang takut akan air. Biasanya ia akan mencelupkan kaki depannya ke dalam air, dan menghisap air pada bulu kakinya itu sebagai minuman. Ia juga akan mendapatkan air minuman dari dalam tunggul pokok.
Ekologi
[sunting | sunting sumber]Siamang mendiami hutan rimba kepulauan Sumatera dan Semenanjung Malaysia, dan bertaburan luas dari hutan tanah rendah sehingga hutan gunung—malah hutan hujan—dan boleh didapati pada ketinggian sehingga 3,800 m.[9] Siamang tinggal dalam kumpulan sehingga enam individual (empat individu purata) dengan julat tinggal purata 23 hektar.[10][11] Julat siang mereka adaalh jauh lebih kecil berbanding spesies Hylobates setempat (“sympatric”), sering kali kurang dari 1 km.[9] Panggilan berlagu siamang memecah kesunyian hutan pada awal pagi selepas panggilan ungka licah dan panggilan ungka lar. Siamang di Sumatera dan Semenanjung Malaysia kelihatan serupa, tetapi terdapat perbezaan tingkah laku antara kedua populasi.
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Siamang memiliki bulu serabut, tebal, panjang yang paling gelap dikalangan semua ungka. Ia memiliki lengan panjang tergantung yang lebih panjang berbanding kaki mereka. Panjang purata siamang adalah 90 cm, tetapi paling besar ia pernah direkodkan adalah 1 meter 50 sm. Muka ungka besar ini kebanyakannya tiada bulu kecuali misai yang nipis.
Diet
[sunting | sunting sumber]Siamang makan pelbagai bahagian tumbuhan. Siamang Sumatran adalah lebih memakan buah berbanding siamang Malaysia, dengan buah menyumbang aehingga 60% permakanannya. Siamang memakan sekurang-kurangnya 160 spesies tumbuhan, dari pokok menjalar sehingga pokok berkayu. Makanan utamanya adalah ara (Ficus spp.), ahli keluarga Moraceae.[11][12] Siamang gemar memakan buah masak berbanding buah yang masih putik, dan pucuk berbanding daun tua. Ia memakan bunga dan beberapa haiwan, terutamanya serangga. Apabila siamang memakan bunga yang besar, ia makan hanya kelopak bunga, tetapi akan memakan keseluruhan bunga lebih kecil, dengan buah kecil dikumpulkan dalam gengamannya sebelum dimakan. Apabila ia makan biji benih besar dan keras, atau biji benih dengan tepi tajam, ia akan mengupas isi buah sebelum membuang biji benih tersebut.[12] Sungguhpun ia memakan kebanyakannya buah, ia merupakan yang paling banyak memakan daun ("folivorous") dalam kumpulan ungka Hylobatidae.[9] Oleh kerana ia merupakan ungka terbesar, ia sama seperti gaya permakanan primate umum yang cenderung lebih folivorous.[13]
Demografik dan populasi
[sunting | sunting sumber]Satu kumpulan siamang biasanya terdiri dari pemimpin jantan dewasa, pemimpin betina dewasa, dengan anak-anak, bayi dan kadang-kala yang muda. Siamang muda akan meninggalkan kumpulan apabila mencecah usia enam hingga lapan tahun; betina muda cenderung meninggalkan kumpulan lebih awal berbanding jantan muda. Tempoh bunting Siamang adalan antara 6.2 dan 7.9 bulan; selepas bayi dilahirkan, ibunya akan menjaganya bagi tahun pertama hidupnya.[14] Siamang jantan cenderung memberikan lebih jagaan bapa berbanding ahli lain dalam keluarga Hylobatidae, mengambil peranan utama bagi membawa bayi selepas ia berusia sekitar lapan bulan.[9] Bayi biasanya kembali pada ibunya untuk menyusu dan tidur. Bayi biasanya mula mengembara berasingan dari keluarganya menjelang berusia tiga tahun.[15]
Siamang umumnya diketahui sebagai memiliki pasangan tunggal monogamous, yang telah direkodkan sebagai menghabiskan lebih banyak masa berdekatan sesama sendiri, berbanding spesies ungka yang lain.[16] Bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa terdapat kedua-dua kumpulan monogamous dan polyandrous di selatan Sumatera.[14] Dalam kajian mengenai populasi ini, bayi dalam kumpulan monogamous didapati menerima jagaan siamang jantan yang lebih menyeluruh berbanding bayi dalam kumpulan polyandrous. Ini pengurangan jagaan ini kemungkinannya disebabkan ketidakpastian mengenai kebapaan dalam kumpulan ini.[14]
Satu kajian berkaitan kesan gangguan habitat pada siamang mendapati komposisi kumpulan adalah berbeza menurut struktur jantina-usia antara hutan dara dan hutan kedua (ditebas dan tumbuh semula). Hutan kedua, (ditebas dan tumbuh semula), mengandungi lebih banyak dewasa dan muda berbanding populasi hutan dara, yang memiliki lebih banyak bayi, remaja dan remaja besar. Kadar kemandiran bayi dalam kumpulan di hutan kedua adalah lebih rendah berbanding kumpulan di hutan dara. Bilangan individual adalah lebih banyak di hutan dara berbanding hutan kedua.[11] Siamang di hutan yang diganggu hidup dalam kumpulan kecil dan mempunyai kepadatan lebih rendah berbanding hutan dara kerana kekurangan sumber makanan dan pokok untuk tinggal.
Pada 1980-an, populasi siamang liar di Indonesia dianggarkan seramai 360,000 individu.[17] Ini kelihatannya terlebih anggaran masa kini, kerana sebagai contoh, Taman negara Bukit Barisan Selatan merupakan kawasan perlindungan ketiga terbesar (3,568 km²) di Sumatera, di mana sekitar 2,570 km² kekal dilitupi hutan didiami 22,390 siamang (pada bancian 2002). Menurut dua projek penyelidikan berbeza yang dilakukan di Sumatera, siamang gemar untuk mendiami hutan tanah rendah antara 500 m dan 1000 m dari paras laut.[10]
Tingkah laku
[sunting | sunting sumber]Siamang cenderung untuk berehat lebih dari 50% waktu berjaganya (dari subuh hingga dinihari), diikuti dengan makan, bergerak, mencari makan dan aktiviti sosial. Ia banyak berehat semasa tengahari, mengambil masa untuk menyisir sesama sendiri atau bermain. Semasa waktu berehat, ia biasanya menggunakan dahan pokok yang besar, baring atau menirap. Makan, menyelongkar makanan, dan bergerak sering kali berlaku pada waktu pagi dan selepas waktu rehat. Menyisir adalah pergaulan sosial paling penting dikalangan ahli keluarga. Penyisiran berlaku antara ahli matang pada awal hari dan kemudian ahli matang menyisir ahli muda pada ahkir hari. Jantan dewasa paling banyak terbabit dengan penyisiran.[15]
Semasa musim kemarau, saiz julat harian siamang adalah lebih luas berbanding musim hujan. Siamang di selatan Sumatera kurang bergerak menyelokar mencari makanan berbanding siamang ditempat lain kerana ia makan lebih banyak buah dan dengan itu mendapat lebih banyak zat, yang menyebabkan kurang masa diperlukan bagi mencari makanan. Kadang-kala, siamang akan menghabiskan masa sepanjang hari di sebatang pokok buah yang besar, hanya bergerak pergi apabila ia ingin berehat dan kembali pada pokok buah tersebut.[12]
Siamang adalah spesies primate paling bermasyarakat dan memaparkan pelbagai pergerakan tangan (“tactile“) dan visual, bersama tindakan dan gambaran muka bagi berhubung dan meningkatkan ikatan sosial dikalangan ahli keluarga mereka.[18] Siamang juga memiliki wilayah dan berhubung dengan kumpulan keluarga lain dengan membuat panggilan yang kuat bagi memberitahu kumpulan lain di mana wilayah mereka berada. Panggilan ini mungkin tidak sekata (“asynchronous”), apabila ia tidak ditujukan pada kumpulan berjiranan tertentu, atau panggilan kumpulan serentak mungkin dilakukan menyeberangi sempadan wilayah. Tambahan lagi, siamang jantan akan mengejar sesama sendiri menyeberangi sempadan.[15]
Penyisiran sering berlaku antara jantan dan betina didapati berkait dengan kekerapan hubungan intim, dan juga paparan agresif. Pasangan berhubung antara empat hingga lima bulan pada selang dua hingga tiga tahun. Puncak aktiviti mengawan mereka sering kali semasa buah paling banyak didapati.[15] Dorsoventral copulation is the most common type of copulation in siamangs, where the female is squatting and the male hangs by his arms and grips the female with his legs, whereas ventroventral copulation, where both primates are suspended, occurs only one in 60 times on average.[15]
Peranan sahutan
[sunting | sunting sumber]Siamang memulakan harinya dengan sahut-menyahut pada awal pagi; sahutannya berkurangan selepas tengahari, dengan puncak sahutan sekitar 9:00 am hingga 10:00 am. Kebanyakan sahutan siamang ditujukan pada jirannya berbanding dalam julat tempat tinggalnya. Ini bererti sahutan siamang adalah tindak-balas pada gangguan dan bagi mempertahankan daerahnya. Sahutan pada lewat petang biasanya berlaku apabila ia terbembung atau melihat kumpulan siamang yang lain. Pinggir tempat tinggal julat siamang, yang mungkin bertindan dengan yang lain, sering kali merupakan tempat di mana bunyi sahutan dibuat. Sahutan balasan (tindak-balas) kadang-kala berlaku berhampuran sempadan atau dalam kawasan bertindan. Sahutan lebih galak apabila buah lebih banyak berbanding apabila buah berkurangan. Siamang menggegarkan dahan, berhayun, dan bergerak sekeliling puncak pokok mengiringi sahutan. Pergerakan ini mungkin bagi menunjukkan pada kumpulan jiran di mana mereka berada.
Siamang cenderung menyahut di pokok hidup, besar dan tinggi, di mana kumpulan lain senang dilihat. Selain itu, pokok tinggi, besar, hidup mampu menyokong pergerakan siamang. Pokok menyahut biasanya berhampiran dengan pokok makan, tetapi kadang-kala mereka menyahut dari pokok mereka makan.[12][19]
Pasangan bersama akan menghasilkan sahut-sahutan jelas berpola, kuat, yang digelar berduet. Fungsi panggilan ini adalah untuk menunjukkan kehadiran dan status pasangan bersama.[20] Pasangan yang baru mengikat ikatan menghabiskan lebih banyak masa menyanyi berbanding pasangan sudah lama. Mengistiharkan kehadiran ikatan yang kuat memberi kelebihan dalm pertahanan kawasan.[21] Siamang berduet berbeza dari spesies yang lain kerana ia memiliki struktur suara yang kompleks. Empat kelas bunyi berbeza telah direkodkan: bergema, menyalak, jeritan mendayu dan jeritan tona tunggal (“bitonal”). Siamang betina biasanya menghasilkan salakan panjang dan yang jantan menghasilkan jeritan tona tunggal, tetapi kedua jantina diketahui telah menghasilkan kesemua empat kelas bunyi-bunyian.[22]
Pembenihan
[sunting | sunting sumber]Sebagai haiwan pemakan buah, siamang menyebarkan biji benih melalui najisnya ketika ia mengembara menjelajahi kawasannya. Siamang mampu membawa biji benih dan membuang najis melebihi 300 m dengan jarak terdekat sekitar 47.6 m dari sumber biji benih, yang menyokong pemulihan dan penggantian hutan.[23]
Ancaman dan pengekalan
[sunting | sunting sumber]Siamang, sebagai haiwan primate arboreal, bergantung sepenuhnya pada hutan bagi kewujudannya, dengan itu ia berhadapan dengan pengurangan populasi akibat kehilangan habitat,[10] pemburuan haram dan pemburuan.[17][24]
Kehilangan habitat
[sunting | sunting sumber]Ancaman utama pada siamang adalah kehilangan habitat akibat perladangan, kebakaran hutan, pembalakan haram, pencerobohan dan pembangunan oleh manusia. Pertamanya, ladang kelapa sawit telah menggantikan sejumlah besar kawasan habitat siamang sepanjang empat abad lalu. Sejak 2002, 107,000 kilometer persegi kelapa sawit telah ditanam,[25] yang telah menggantikan kebanyakan hutan hujan di Indonesia dan Malaysia, di mana siamang pernah tinggal. Keduanya, pada dua abad yang lalu, kebakaran hutan membinasakan lebih dari 20,000 km² hutan hujan Sumatera, kebanyakannya di kawasan tanah rendah di mana kebanyakan siamang tinggal. Ketiga, kadar pembalakan haram di Indonesia meningkat antara 1980 hingga 1995 dan lebih pantas selepas era reformasi bermula bermula dari tahun 1998.[25] Aktiviti pembalakan haram ini membinasakan hutan hujan tropika yang tinggal, terutamanya di Sumatera. Keempat, pencerobohan hutan menukar kawasan hutan menjadi kawasan pertanian; sebagai contoh, kenaikan harga kopi pada tahun 1998 telah menggalakkan penduduk di Sumatera untuk membersihkan kawasan untan untuk pembukaan ladang kopi.[26] Kelima, pembangunan dibanyak kawasan memerlukan infrasturuktur, seperti jalan, yang kini membelah kawasan perlindungan dan menyebabkan pemecahan hutan dan kesan pinggiran.
Pemburu dan pemburuan haram
[sunting | sunting sumber]Berbeza dengan bahagian lain Asia, primate tidak diburu sebagai makanan di Indonesia (pengecualian adalah restouran Cina di Indonesia, yang kadang-kala menghidangkan macaque). Mereka diburu dan dicari bagi perdagangan haram haiwan peliharaan, kebanyakannya bagi bayi siamang. Pemburu haram sering kali membunuh ibu siamang terlebih dahulu, kerana siamang betina amat melindungi bayi mereka, dan adalah sukar bagi mengambil bayi tanpa membunuh ibunya terlebih dahulu. Kebanyakan siamang yang dijual merupakan bayi, dan sering kali mati semasa dipindahkan.[17][24]
Pemeliharaan
[sunting | sunting sumber]Siamang diketahui terdapat di sekurang-kurangnya sepuluh kawasan perlindungan: Taman Negara Kerinci Seblat, Taman Negara Bukit Barisan Selatan, Taman Negara Gunung Leuser, Taman Negara Way Kambas dan Taman Perlindungan West Langkat di Indonesia, Hutan Simpan Bukit Fraser, Hutan Simpan Gunong Besout, Taman Perlindungan Hidupan Liar Krau dan Taman Perlindungan Hidupan Liar Ulu Gombak di Malaysia dan Taman Perlindungan Hidupan Liar Hala Bala di Thailand.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 181. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ a b Nijman, V. & Geissmann, T. (2008). Symphalangus syndactylus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 4 January 2009.
- ^ Protection of Wild Life Act 1972
LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76 - ^ Tokacs Z, Morales JC, Geissman T, Melnick DJ. 2005. A Complete Species-level Phylogeny of the "Hylobatidae" based onMitochondrial "ND3-ND4" Gene Sequences. "Molecular Phylogeny and Evolution" 36:456-457.
- ^ a b c Lim, Teckwyn (Jun 2020). "An Aslian origin for the word gibbon". Lexis. Journal in English Lexicology (dalam bahasa Inggeris) (15). doi:10.4000/lexis.4291. ISSN 1951-6215.
- ^ a b Wilkinson, Richard James (1901). "amang". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 426. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ "si". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ "amang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b c d Rowe, Noel. (1996) "Pictorial Guide to the Living Primates" Charlestown, RI: Pagonia Press
- ^ a b c O'Brien, T.G., M.F. Kinnaird, A. Nurcahyo, M. Iqbal and M. Rusmanto (2004). "Abundance and Distribution of Sympatric Gibbons in a Threatened Sumatran Rainforest". International Journal of Primatology. 25 (2): 267–284. doi:10.1023/B:IJOP.0000019152.83883.1c.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b c O'Brien, T. G., M. F. Kinnaird, A. Nurcahyo, M. Prasetyaningrum, Dan M. Iqbal (2003). "Fire, demography and persistence of siamangs (Symphalangus syndactylus: Hylobatidae) in a Sumatran rainforest". Animal Conservation. 6 (2): 115. doi:10.1017/S1367943003003159.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b c d Nurcahyo, A. (2001). Daily Ranging, Home-Range, Foods, Feeding and Calling in Siamang (Hylobates syndactylus). Dalam WCS-IP 2001. Bukit Barisan Selatan National Park in Space and Time. 2000 -2001 Research Report. WCS-IP/ PHKA, Bogor. 35-52. (In Indonesian)
- ^ Fleagle J. G. (1988). Size and Adaptation in Primates. In Jungers WL (ed). "Size and Scaling in Primate Biology". New York: Plenum Press.
- ^ a b c Lappan, Susan. (2008). “Male Care of Infants in a Siamang (Symphalangus syndactylus) Population including Socially Monogamous and Polyandrous Groups”. Behavioral Ecology and Sociobiology. 62(8): 1307-1317.
- ^ a b c d e Chivers, David J. (1976). Communication within and between family groups of siamang (Symphalangus syndactylus). Behaviour 57 (1-2): 116-135.
- ^ Palombit, Ryne A. (1996). “Pair Bonds in Monogamous Apes: A Comparison of the Siamang ,Hylobates syndactylus, and the White-Handed Gibbon Hylobates lar. Behaviour. 133 (5) 321-356.
- ^ a b c Nijman,V. (2005). In Full Swing: An Assessment of Trade in Orang-Utans and Gibbons on Java and Bali, Indonesia. A Traffict Southeast Asia Report. Traffic Southeast Asia
- ^ Liebal, Pika, and Tomasello. (2004). “Social Communication in Siamangs (Symphalangus syndactylus): use of gestures and facial expressions” Primates. 45(1): 41-57.
- ^ Kinnaird, M. F., O’Brien, T. G., Nurcahyo, A. and Prasetyaningrum, M. (2002). "Intergroup spacing and the role of calling among siamangs". Proceedings of the XIX Congrees of the International Primatological Society (abstract).CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGeissmann
- ^ Geissmann, Thomas (1986). "Mate Change Enhances Duetting Activity in the Siamang Gibbon (Hylobates syndactylus)". Behavior. 1 (96): 17–27. doi:10.1163/156853986x00199.
- ^ Geissmann, Thomas (1999). "Duet Songs of the Siamang, Hylobates Syndactylus: II. Testing the Pair-Bonding Hypothesis during a Partner Exchange". Behaviour. 8 (136): 1005–1039. doi:10.1163/156853999501694.
- ^ Rusmanto, M. (2001). Seed dispersal by siamang (Hylobates syndactylus). In WCS-IP 2001. Bukit Barisan Selatan National Park in Space and Time. 2000 -2001 Research Report. WCS-IP/ PHKA, Bogor. 53-64. (Bahasa Indonesia)
- ^ a b Nursahid, R. and Bakdiantoro, H. (2005). Illegal Primate Trade in Indonesia. Profauna Indonesia. Presentation in SEAPA 1st Congress.
- ^ a b Palmer, C. E. The Extent and Causes of Illegal Logging: An Analysis of a Major Cause of Tropical Deforestation in Indonesia. CSERGE Working Paper.
- ^ Kinnaird, M.F., Sanderson, E.W., O'Brien, T.G., Wibisono, H.T., and Woolmer, G. (2003). "Deforestation trends in a tropical landscape and implications for endangered mammals". Cons. Biol. 17: 245–257. doi:10.1046/j.1523-1739.2003.02040.x.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Siamang. |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Siamang |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Siamang |
- Siamang photos
- Siamang songs
- Gibbon Conservation Center
- Primate Info Net Symphalangus syndactylus Factsheet
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Siamang |