Pergi ke kandungan

Kijang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kijang
Seekor kijang di India
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Cervidae
Subkeluarga: Cervinae
Genus: Muntiacus
Spesies:
M. muntjak
Nama binomial
Muntiacus muntjak
(Zimmermann, 1780)
Taburan populasi kijang
Sinonim
  • Cervus muntjac

Kijang (Jawi: کيجڠ), kidang atau kijang India (nama saintifik: Muntiacus muntjak) adalah spesies rusa paling luas taburannya di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk kepulauan Melayu.[2]

Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai salakan, biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa menyalak).

Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 sentimeter dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh setiap tahun dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanin atas seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Istilah kidang dipinjamkan daripada Jawa: ꦏꦶꦢꦁ, translit. kidang.[3]

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Terdapat 15 subspesies yang ditemui:[2]

Kijang boleh didapati di Malaysia. Kijang (Muntiacus muntjak) atau juga biasanya dikenali sebagai rusa menyalak disebabkan bunyi seperti menyalak yang dihasilkannya apabila mengesan bahaya. Kadang-kala ia mampu menyalak lebih dari sejam. Spesies ini terbahagi kepada sebelas subspesies Kijang (Muntjacs) sepanjang Asia. Kijang khusus bertaburan di Asia Selatan, tetapi salah satu haiwan Asia yang paling kurang diketahui. Bukti paleontologi membuktikan bahawa Kijang telah ada semenjak akhir era Pleistocene sekurang-kurangnya 12,000 tahun dahulu. Semenjak itu, ia memainkan peranan penting di Asia Selatan bagi sukan memburu, selain diburu bagi daging dan kulitnya. Sering kali ia diburu dipinggi kawasan pertanian kerana ia dianggap perosak mengoyakkan kulit pokok dan merosakkan tanaman.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Kijang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : . Kijang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Kijang terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai mamalia, Kijang berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kijang akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan

[sunting | sunting sumber]

Kijang merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

  1. ^ Timmins, R.J.; Duckworth, J.W.; Hedges, S. (2016). "Muntiacus muntjak". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T42190A56005589. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-1.RLTS.T42190A56005589.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ a b Grubb, P. (2005). "Muntiacus muntjak". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 667. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  3. ^ "kidang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.