Pergi ke kandungan

Pencerobohan Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Penjajahan Poland)
Pencerobohan Poland
Sebahagian daripada Kancah Eropah Perang Dunia II

Peta menunjukkan permulaan Perang Dunia II pada September 1939 dalam konteks yang lebih besar.
Tarikh1 September – 6 Oktober 1939
(1 bulan dan 5 hari)
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Paksi dan Soviet
Permulaan Perang Dunia II
Perubahan
wilayah
Wilayah Poland di bahagi antara Jerman, Soviet Union, Lithuania dan Slovakia
Pihak yang terlibat

 Jerman Nazi
Slovakia Slovakia


Kesatuan Soviet Soviet Union (Selepas 17 September)
Poland Poland
Komandan dan pemimpin

Jerman Nazi Fedor von Bock
(Kumpulan Tentera Darat Utara)

Jerman Nazi Gerd von Rundstedt
(Kumpulan Tentera Darat Selatan)

Slovakia Ferdinand Čatloš
(Tentera Darat Bernolák)


Kesatuan Soviet Mikhail Kovalev
(Barisan Belorusia)

Kesatuan Soviet Semyon Timoshenko
(Barisan Ukraine)
Poland Edward Rydz-Śmigły
Poland Tadeusz Kutrzeba
Kekuatan

Jerman:
60 divisyen,
6 briged,
9,000 meriam,
2,750 kereta kebal,
2,315 kapal terbang
Slovakia:
3 divisyen
Menyertai pada 17 September:
Soviet Union:
33+ divisyen,
11+ briged,
4,959 meriam,
4,736 kereta kebal,
3,300 kapal terbang


Jumlah:
1,500,000 askar Jerman,
466,516 askar Soviet,
51,306 askar Slovakia
Jumlah besar: 2,000,000+
Poland:
39 divisyen (ada antaranya tidak dikerahkan dan tidak bertumpu sepenuhnya),
16 briged,
4,300 meriam,
880 kereta kebal,
400 kapal terbang
Jumlah: 950,000
Kerugian dan korban

Jerman:
16,343 terkorban,
3,500 hilang,
30,300 cedera
Slovakia:
37 terbunuh,
11 hilang,
114 cedera


Soviet Union:
1,475 terkorban atau hilang,
2,383 cedera
atau:
5,327 terkorban, hilang dan cedera


Jumlah mangsa: 59,000
Poland:
66,000 mati,
133,700 cedera,
199,700 jumlah mangsa,
694,000 ditawan
904,000 jumlah kehilangan

Pencerobohan Poland, juga dikenali sebagai Kempen September atau Perang Defensif 1939 atau Pembahagian Keempat Poland (Poland: Kampania wrześniowa atau Wojna obronna 1939 roku atau IV rozbiór Polski) dalam bahasa Poland dan Kempen Poland (Jerman: Polenfeldzug) atau Fall Weiss (Kes Putih) dalam bahasa Jerman, ialah satu penaklukan keatas Poland oleh Jerman, Soviet Union, dan kontinjen kecil tentera Slovakia yang mencetuskan Perang Dunia II di Eropah. Pencerobohan Jerman bermula pada 1 September 1939, seminggu selepas Pakatan Molotov–Ribbentrop dimeterai, manakala pencerobohan Soviet ke atas Poland bermula pada 17 September 1939 selepas persetujuan Molotov-Tōgō yang menamatkan peristiwa Nomonhan pada 16 September 1939. Kempen tersebut berakhir pada 6 Oktober 1939 dengan Jerman dan Soviet Union membahagi dan mengilhak keseluruhan Poland.

Pada pagi selepas peristiwa Gleiwitz, tentera Jerman menceroboh Poland dari arah utara, selatan dan barat. Sewaktu kemaraan Jerman, tentera Poland berundur dari pengkalan operasi hadapan mereka ke sempadan Poland–Jerman bagi mengukuhkan lagi garisan pertahanan ke arah timur. Selepas kekalahan Poland pada pertengahan September dalam Pertempuran Bzura, pihak Jerman mendapat kelebihan yang sangat besar. Tentera Poland kemudian berundur ke arah tenggara untuk mempersiapkan satu pertahanan yang panjang di Kawasan Romania dan menunggu bantuan yang diharapkan daripada Perancis dan United Kingdom. Kedua-dua negara tersebut telah berpakat dengan Poland dan telah mengisytiharkan perang terhadap Jerman pada 3 September, namun pertolongan mereka keatas Poland adalah sangat terhad.

Pencerobohan Tentera Merah Soviet keatas Timur Poland pada 17 September, mengikut satu protokol rahsia Perjanjian Molotov–Ribbentrop, menyebabkan rancangan pertahanan Poland menjadi buruk. Menghadapi satu barisan hadapan yang kedua, kerajaan Poland menyimpulkan bahawa garisan pertahanan tidak mampu dilaksanakan di Kawasan Romania dan mengarah pemindahan kecemasan semua tentera ke negara berkecuali Romania. Pada 6 Oktober, susulan daripada kekalahan Poland dalam Pertempuran Kock, tentera Jerman dan Soviet telah menguasai sepenuhnya Poland. Kejayaan ini menandakan berakhirnya Republik Poland Kedua, walaupun Poland tidak pernah menyerah kalah secara rasmi.

Pada 8 Oktober, selepas satu tempoh awal pentadbiran tentera, Jerman terus mengilhak barat Poland dan Kota Bebas Danzig dan meletakkan saki-baki wilayah tersebut di bawah pentadbiran Kerajaan Am yang baru ditubuhkan. Soviet Union memasukkan wilayah yang baru diambil alih ini kedalam konstituen republik Belarusia dan Ukraine, dan lantas memulakan kempen sovietization. Selepas pencerobohan ini, pertubuhan penentang bawah tanah sepakat membentuk Pergerakan Bawah Tanah Poland di dalam wilayah bekas negara itu. Ramai pegawai tentera Poland yang berjaya melarikan diri kemudiannya menyertai Angkatan Tentera Poland di Barat, iaitu angkatan bersenjata yang setia kepada kerajaan buangan Poland.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Cooper, Matthew (1978). The German Army 1939–1945: Its Political and Military Failure. New York: Stein and Day. ISBN 0-8128-2468-7.
  • Baliszewski, Dariusz (10 Oktober 2004). "Wojna sukcesów". Wprost (dalam bahasa Polish) (1141). Dicapai pada 24 Mac 2005.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Baliszewski, Dariusz (19 September 2004). "Most honoru". Wprost (dalam bahasa Polish) (1138). Dicapai pada 24 Mac 2005.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Chodakiewicz, Marek Jan (2004). Between Nazis and Soviets: Occupation Politics in Poland, 1939–1947. Lexington Books. ISBN 0-7391-0484-5.
  • Ellis, John (1999). Brute Force: Allied Strategy and Tactics in the Second World War (ed. 1st American). Viking Adult. ISBN 0-670-80773-7.
  • Fischer, Benjamin B. (Winter 1999–2000). "The Katyn Controversy: Stalin's Killing Field". Studies in Intelligence. Dicapai pada 10 Disember 2005.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Goldman, Stuart D. (2012). Nomonhan, 1939; The Red Army's Victory That Shaped World War II. Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-329-1.
  • Hooton, E. R. (2007). Luftwaffe at War: Gathering Storm 1933–1939 Volume 1. London: Chervron/Ian Allen. ISBN 978-1-903223-71-0.
  • Kennedy, Robert M. (1980). The German Campaign in Poland (1939). Zenger. ISBN 0-89201-064-9.
  • Kushner, Tony (1999). Refugees in an Age of Genocide. London, New York: Routledge. ISBN 0-7146-4783-7. Dicapai pada 2 November 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Lukas, Richard C. (2001). Forgotten Holocaust: The Poles Under German Occupation, 1939–1944. Hippocrene Books. ISBN 0-7818-0901-0.
  • Majer, Diemut (2003). Non-Germans under the Third Reich: The Nazi Judicial and Administrative System in Germany and Occupied Eastern Europe, with Special Regard to Occupied Poland, 1939–1945. Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-6493-3. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • "Nazi Loss in Poland Placed at 290,000". The New York Times (Siaran akhbar). 28 September 1941. Dicapai pada 17 Januari 2009.
  • Prazmowska, Anita J. (1995). Britain and Poland 1939–1943: The Betrayed Ally. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-48385-9.
  • Piotrowski, Tadeusz (1998). Poland's Holocaust: Ethnic Strife, Collaboration With Occupying Forces and Genocide in the Second Republic, 1918–1947. Jefferson, NC: McFarland & Company. ISBN 978-0-7864-2913-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Sanford, George (2005). Katyn and the Soviet Massacre of 1940: Truth, Justice And Memory. London, New York: Routledge. ISBN 0-415-33873-5.
  • Seidner, Stanley S. (1978). Marshal Edward Śmigły-Rydz Rydz and the defence of Poland. New York.
  • Taylor, A. J. P. (1974). A History of World War Two. London: Octopus Books. ISBN 0-7064-0399-1. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Weinberg, Gerhard (1994). A World at Arms: A Global History of World War II. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-44317-2.
  • Zaloga, Steve (2002). Poland 1939: The Birth of Blitzkrieg. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 1-84176-408-6. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Zaloga, Steve (1982). The Polish Army 1939–1945. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 0-85045-417-4.
  • "KAMPANIA WRZEŚNIOWA 1939". Internetowa encyklopedia PWN (dalam bahasa Polish). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2006. Dicapai pada 10 Disember 2005.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hahn, Fritz. Waffen und Geheimwaffen des deutschen Heeres 1933–1945. m/s. olen 1939.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Böhler, Jochen (2006). Auftakt zum Vernichtungskrieg; Die Wehrmacht in Polen 1939 (Preface to the War of Annihilation: Wehrmacht in Poland) (dalam bahasa German). Frankfurt: Fischer Taschenbuch Verlag. ISBN 3-596-16307-2.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Gross, Jan T. (2002). Revolution from Abroad: The Soviet Conquest of Poland's Western Ukraine and Western Belorussia. Princeton: Princeton University Press. ISBN 0-691-09603-1.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]