Pergi ke kandungan

Kancah Lautan Pasifik Perang Dunia II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pesawat tentera laut Jepun bersiap untuk berlepas dari sebuah kapal induk.
Struktur pemerintahan Sekutu Barat di Pasifik
Marin Ke-5 A.S. memindahkan anggota yang cedera semasa pertempuran di Guadalcanal pada 1 November 1942.
Sebuah SBD Dauntless membuat penerbangan rondaan di atas USS Washington dan USS Lexington sewaktu kempen Kepulauan Gilbert dan Marshall, 12 November 1943.
USS Bunker Hill diserang oleh dua pesawat Kamikaze dalam masa 30 saat pada 11 Mei 1945 di luar pantai Kyushu.

Kancah Lautan Pasifik Perang Dunia II adalah sebuah kancah utama Perang Pasifik, iaitu peperangan antara pihak Sekutu dan Empayar Jepun. Ia ditetapkan oleh markas pemerintahan Kawasan Lautan Pasifik Pihak Bersekutu, yang merangkumi sebahagian besar Lautan Pasifik dan kepulauannya, manakala tanah besar Asia dikecualikan, serta Filipina, Hindia Timur Belanda, Borneo, Australia, sebahagian besar Wilayah New Guinea, dan bahagian barat Kepulauan Solomon.

Ia secara rasmi wujud pada 39 Mac 1942, apabila Laksamana AS Chester Nimitz dilantik sebagai Pemerintah Bersekutu Tertinggi Kawasan Lautan Pasifik.[1] Di kancah utama yang lain di rantau Pasifik, dikenali sebagai Kancah Pasifik Barat Daya, bala tentera Bersekutu telah diperintah oleh Jeneral AS Douglas MacArthur. Kedua-dua Nimitz dan MacArthur diawasi oleh Ketua Turus Bersama AS dan Ketua Turus Gabungan (CCoS) Sekutu Barat.

Sebilangan besar bala tentera Jepun di kancah tersebut adalah sebahagian daripada Armada Gabungan (連合艦隊, Rengō Kantai) Tentera Laut Imperial Jepun (IJN), yang bertanggungjawab bagi semua kapal perang Jepun, pesawat tentera laut, dan unit-unit infantri marin. Rengō Kantai dipimpin oleh Laksamana Isoroku Yamamoto, sehingga beliau terbunuh dalam satu serangan oleh pesawat pejuang A.S. pada April 1943.[2] Yamamoto diganti oleh Laksamana Mineichi Koga (1943–44)[2] dan Laksamana Soemu Toyoda (1944–45).[3] Staf Am (参謀本部, Sanbō Honbu) Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) bertanggungjawab bagi unit-unit darat dan udara Tentera Darat Imperial Jepun di Asia Tenggara dan Pasifik Selatan. IJN dan IJA tidak secara formal menggunakan staf bersama/gabungan pada peringkat operasi, dan struktur pemerintahan/kawasan geografi mereka bertindih antara satu sama lain dan juga pihak Sekutu.

Di kancah Lautan Pasifik, tentera Jepun banyak berperang dengan Tentera Laut A.S., Tentera Darat A.S. yang mempunyai 6 Kor dan 21 Divisyen, Kor Marin A.S. yang hanya mempunyai 6 Divisyen. United Kingdom (Armada Pasifik British), New Zealand, Australia, Kanada dan negara-negara Bersekutu yang lain juga menyumbangkan tentera.

  1. ^ Cressman 2000, m/s. 84.
  2. ^ a b Potter & Nimitz 1960, m/s. 717.
  3. ^ Potter & Nimitz 1960, m/s. 759–60.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Cressman, Robert J. (2000), The Official Chronology of the U.S. Navy in World War II, Annapolis, MD: Naval Institute Press, ISBN 1-55750-149-1.
  • Drea, Edward J. (1998), In the Service of the Emperor: Essays on the Imperial Japanese Army, NB: University of Nebraska Press, ISBN 0-8032-1708-0.
  • Hakim, Joy (1995), A History of Us: War, Peace and All That Jazz, New York: Oxford University Press, ISBN 0-19-509514-6.
  • Kafka, Roger; Pepperburg, Roy L. (1946), Warships of the World, New York: Cornell Maritime Press.
  • Miller, Edward S. (2007), War Plan Orange: The U.S. Strategy to Defeat Japan, 1897–1945, US Naval Institute Press, ISBN 978-1-59114-500-4.
  • Ofstie, Ralph A. (1946). The Campaigns of the Pacific War. Washington, DC: United States Government Printing Office..
  • Potter, E. B.; Nimitz, Chester W. (1960), Sea Power, Prentice-Hal.
  • Silverstone, Paul H. (1968), U.S. Warships of World War II, Doubleday & Co.
  • Toll, Ian W. (2011). Pacific Crucible: War at Sea in the Pacific, 1941–1942. New York: W. W. Norton.
  • ——— (2015). The Conquering Tide: War in the Pacific Islands, 1942–1944. New York: W. W. Norton.
  • ——— (2020). Twilight of the Gods: War in the Western Pacific, 1944–1945. New York: W. W. Norton.