Pentadbiran Tentera di Poland
Pentadbiran Tentera di Poland Militärverwaltung in Polen | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1939–1939 | |||||||||||
| |||||||||||
Status | Negara dibawah pentadbiran tentera Jerman | ||||||||||
Ibu negara | Warsaw | ||||||||||
Era Sejarah | Perang Dunia II | ||||||||||
1 September 1939 | |||||||||||
8 Oktober 1939 | |||||||||||
26 Oktober 1939 | |||||||||||
|
Pentadbiran Tentera di Poland (Jerman: Militärverwaltung in Polen ) merujuk kepada pihak berkuasa pendudukan yang ditubuhkan dalam masa yang singkat semasa pencerobohan Poland (1 September– 6 October 1939) oleh Jerman, di mana wilayah jajahan Poland telah ditadbir oleh Angkatan Tentera Jerman (Wehrmacht) dan kemudian diletakkan dibawah pentadbiran awam dan Kerajaan Am.
Pentadbiran tentera
[sunting | sunting sumber]Sebahagian besar tanah yang diduduki mempunyai beberapa pentadbiran dari Poland, selalunya bersifat ad hoc, diwujudkan selepas pemindahan pegawai rasmi.[1] Mereka segera dimansuhkan oleh pihak Jerman dan kawalan sementara telah diberikan kepada Komandan Tentera Barisan Belakang (Korück).[1] Para pegawai awam (Landrat ) dengan cepat ditugaskan untuk mentadbir powiat (daerah) Poland atau kumpulannya; di bandar-bandar dan kampung-kampung sebelah Barat orang Jerman dilantik sebagai datuk bandar dan vogt (pegawai daerah), manakala di sebelah tengah dan timur orang Poland dilantik.[1]
Adolf Hitler mengeluarkan arahan pertama mengenai kerajaan pendudukan pada 8 September.[1] Pada 8 dan 13 September 1939, wilayah tentera Jerman di kawasan Posen, diperintah oleh Jeneral Alfred von Vollard-Bockelberg , dan Prusia Barat, diperintah oleh Jeneral Walter Heitz, ditubuhkan di Poland Raya dan Pomerelia yang ditakluki.[2] Berdasarkan undang-undang 21 Mei 1935 dan 1 Jun 1938, tentera Jerman memberikan kuasa pentadbir sivil kepada Ketua Pentadbiran Awam (CdZ).[2] Hitler melantik Arthur Greiser sebagai CdZ wilayah tentera Posen, dan Gauleiter Danzig Albert Forster sebagai CdZ wilayah tentera Prusia Barat.[2] Pada 3 Oktober 1939, wilayah tentera bahagian tengah yang dinamakan "Łódź" dan "Krakau" telah ditubuhkan dibawah pemerintahan Jeneral Gerd von Rundstedt dan Wilhelm List, dan Hitler melantik Hans Frank serta Arthur Seyss-Inquart sebagai ketua sivil.[2] Oleh itu keseluruhan taklukan Poland dibahagikan kepada empat wilayah tentera (Prusia Barat, Posen, Lodz, dan Krakau).[1] Frank pada masa yang sama dilantik sebagai "ketua pentadbir tertinggi" bagi seluruh wilayah taklukan.[2]
Peralihan
[sunting | sunting sumber]Satu dekri dikeluarkan oleh Hitler pada 8 Oktober 1939 memperuntukkan pengilhakan bahagian barat Poland dan Kota Bebas Danzig.[3] Undang-undang berasingan menetapkan kemasukan kawasan sekitar Suwalki (segitiga Suwalki).[2][4] Saki-baki deretan wilayah yang tinggal kekal dibawah pendudukan tentera sehingga ia ditetapkan oleh dekri Hitler pada 12 Oktober untuk menubuhkan Kerajaan Am, yang mula berkuatkuasa pada 26 Oktober.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Leszek Moczulski (2009). Wojna Polska 1939. Bellona. m/s. 883–884. ISBN 978-83-11-11584-2. Dicapai pada 7 November 2012.
- ^ a b c d e f Andreas Toppe, Militär und Kriegsvölkerrecht: Rechtsnorm, Fachdiskurs und Kriegspraxis in Deutschland 1899-1940, Oldenbourg Wissenschaftsverlag, 2008, p.397-399, ISBN 3-486-58206-2
- ^ Dieter Gosewinkel (2011), Einbürgern und Ausschließen. RGBI I, S. 2042: "Erlaß des Führers und Reichskanzlers über die Gliederung und Verwaltung der Ostgebiete" (8 October 1939).
- ^ Piotr Eberhardt, Political Migrations in Poland, 1939–1948, Warsaw 2006, p.4 "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-10-18. Dicapai pada 2016-02-08.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ Diemut Majer (2003). "Non-Germans" Under the Third Reich: The Nazi Judicial and Administrative System in Germany and Occupied Eastern Europe with Special Regard to Occupied Poland, 1939–1945. With contribution from the United States Holocaust Memorial Museum. JHU Press. m/s. 236–246. ISBN 0801864933.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Berenstein Tatiana, Rutkowski Adam: Niemiecka administracja wojskowa na okupowanych ziemiach polskich (1 września — 25 października 1939 r.). in: Najnowsze Dziejke Polski. Materiały i studia z okresu II wojny światowej. Bd. VI. Warszawa 1962. S. 45-57