Pergi ke kandungan

Merdeka Film Productions

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Merdeka Film Studio
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPerfileman
Ditubuhkan1960; 65 tahun yang lalu (1960)
PengasasShaw Brothers Ltd.
Nasib1980; 45 tahun yang lalu (1980)
Ibu pejabatUlu Klang, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia, Singapura
Tokoh pentingRunme Shaw
Vee Meng Shaw
Hasil pengeluaranFilem Melayu hitam-putih dan berwarna
Perkhidmatan
  • Penggambaran filem
  • Penulisan skrin
  • Penyuntingan filem
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Merdeka Film Productions (juga dikenali sebagai Merdeka Film Studio; ejaan lama: Merdeka Filem Setudio) merupakan sebuah studio perfileman Malaysia yang terletak di Ulu Klang, Selangor. Logo studio ini berasaskan sekuntum bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia.

Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris, Ho Ah Loke terlebih dahulu menggunakan perkataan Merdeka dalam menubuhkan syarikat produksinya dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dengan usahasama produksi Perfini dari Indonesia yang turut menampilkan Dollah Sarawak, Maria Menado, Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.

Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan Shaw Brothers. dan Encik H. M. Shah (H. M. Shah kemudiannya menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Studio Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah Tun Tijah arahan Tan Sri L. Krishnan dan dibintangi oleh Abdullah Chik, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung Malay Film Productions (MFP) dan Cathay-Keris Film Productions yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung kerjaya seni mereka selepas industri perfileman di Jalan Ampas, Singapura semakin merosot.

Syarikat ini berjaya menerbitkan 89 buah filem Melayu dengan 81 filem hitam-putih dan lapan filem berwarna. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem Loceng Maut pada tahun 1977. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, Clearwater Bay Studio lebih menumpukan penghasilan filem-filem bertemakan kungfu dan berwarna. Tidak terkecuali juga dengan kebanjiran filem-filem berwarna dari Indonesia, Hindi dan Hollywood. Keadaan diburukkan lagi apabila selepas kematian Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, tiada lagi pengarah-pengarah filem Melayu berkaliber seperti M. Amin, Jins Shamsuddin, Omar Rojik dan S. Kadarisman di mana ada di antara mereka berhijrah ke produksi lain atau membuka syarikat perfileman mereka sendiri. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan dimana Run Run Shaw dan Runme Shaw bersependapat untuk tidak mahu menghasilkan filem-filem di Singapura dan Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah Adik Manja pada tahun 1980 sebelum studio ini dibeli oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1985[1] dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.

Senarai artis

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai artis-artis yang pernah membintangi filem-filem terbitan Merdeka Film Productions mengikut turutan abjad.

Lelaki Wanita
Abdullah Chik Adibah Amin
Ahmad Dadida Afidah Es
Ahmad Daud Azean Irdawaty
Ahmad Mahmud Chandra Shanmugam
A. K. Jailani Dalila Fazlur Rehman
Ali Rahman Dayang Sulu
Alias Augustine Erlina Dewi
Ahmad B Faridah Ucok
A. R. Ayappan Fauziah Ahmad Daud
A. R. Tompel Fazliyaton
Awang Daud Habibah Haron
Arman Yadi Juliana Ibrahim
Abdul Kadir Mamat Julie Faridah
Aziz Jaafar Kasma Booty
Aziz M. Osman Khatijah Hashim
Abdullah Sani Laila Mahzan
Ahmad Tarmimi Siregar Latifah Omar
Bab Mustaffa Mahyon Ismail
Bakar M. Mak Enon
Dali Siliwangi Mariani
Dharma Harun Al Rashid Mariati Abdul Rahman
Dinda Sumantri Minah Mahmud
Ed Osmera Maznah Ahmad
Ebby Saiful
Faizal Hussein Minah Hashim
Ghazali Sumantri Minah Yem
Hail Amir Noor Azizah
Haji Mahadi Noorkumalasari
H. G. Gill Nora Shigim
Hoon Thye Chong Noraini Hashim
Hussein Abu Hassan Noran Nordin
Ibrahim Din Noorizan
Ibrahim Sabtu Norlia Ghani
Idris Hashim Norsiati
Ismail Mahmud Nozie Nani
Jamil Sulong Noraini Yusof
J. B Yusof Rina Hasyim
Jins Shamsuddin Rohaya Rahman
Kamal Idris Roseyatimah
Kamarul Ariffin Roslina Hamid
Karim Latiff Rosnani Jamil
Latiff Borgiba Ruminah Sidek
Latif Ibrahim Saadiah
Mahmud Jun Salmah Ahmad
M. Amin Saloma
M. Suki Sarimah Ahmad
M. Shahdan Sharifah Hanim
Mokhtaruddin Siput Sarawak
Mustapha Maarof Sharifah Shalina
Nasran Nawi Sophia Ibrahim
Nor Jin Teh Faridah
Noor K.K Uji Rashid
Nyak Othman Umi Kalthum
Omar Rojik Vera Vee
Osman Botak Wan Chik Daud
Omar Shariff Yusni Jaafar
P. Ramlee Zaharah Agus
Raden Sudiro Zaiton Salleh
Rahman B.
Rahim B.
Raja Khalid
R. Jaafar
Salleh Ghani
Sam Bimbo
Sharif Babu
Sivapakiam Dharmalinggam
S. Kadarisman
S. Rosley
Sonny Abdullah
Tamam Idris
Tony Azman
Ucok Harahap
VI Stanley
Yem Ibrahim
Yusof Bujang
Yahya Sulong
Yusof Haslam
Yusof Latiff
Zulkifli M. Osman
Zulkifli Zain

Senarai filem terbitan

[sunting | sunting sumber]

Era filem hitam dan putih

[sunting | sunting sumber]
Tajuk asal Tahun Pengarah
Tun Tijah 1960 L. Krishnan
Abu Nawas 1961 A. R. Tompel
Keris Sempena Riau 1961 L. Krishnan
Selendang Merah 1962 L. Krishnan
Siti Payong 1962 Salleh Ghani
Ratapan Ibu 1962 L. Krishnan
Tangkap Basah 1963 Salleh Ghani
Fajar Menyinsing 1963 L. Krishnan
Ibu Ayam 1963 Salleh Ghani
Anak Manja 1963 Salleh Ghani
Jambatan Maut 1963 M. Yatim
Tun Mandan 1964 Salleh Ghani
Jauh Di Mata 1964 Fred Young
Sitora Harimau Jadian 1964 P. Ramlee
Ragam P. Ramlee 1964 P. Ramlee
Hujan Darah 1965 Salleh Ghani
Dajal Suchi 1965 Dhiresh Ghosh
Masam-Masam Manis 1965 P. Ramlee
Bumiputra 1965 Dhiresh Ghosh
Sabaruddin Tukang Kasut 1966 P. Ramlee
Gadis Langkawi 1966 Dhiresh Ghosh
Do Re Mi 1966 P. Ramlee
Nasib Do Re Mi 1966 P. Ramlee
Sesudah Suboh 1967 P. Ramlee
Keluarga 69 1967 P. Ramlee
Anak Bapak 1968 P. Ramlee
Gerimis 1968 P. Ramlee
Lain Jalan Ka-Shorga 1968 Jamil Sulong
Amok Tok Nading 1968 S. Kadarisman
Miang Miang Keladi 1968 Omar Rojik
Ahmad Albab 1968 P. Ramlee
Pendekar Empat 1968 S. Kadarisman
Teratai 1968 Omar Rojik
Kanchan Tirana 1969 P. Ramlee
Tunggal 1969 S. Kadarisman
Bukan Salah Ibu Mengandong 1969 Jins Shamsudin
Lanang Sejagat 1969 Omar Rojik
6 Jahanam 1969 P. Ramlee
Panglima Harimau Berantai 1969 S. Kadarisman
Keranda Jingga 1969 Omar Rojik
Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh 1969 Omar Rojik
Di-Belakang Tabir 1970 Jins Shamsuddin
Kembang Layu 1970 S. Kadarisman
Dr. Rushdi 1970 P. Ramlee
Perintah Seri Paduka 1970 S. Kadarisman
Tuah Badan 1970 Omar Rojik
Gelora 1970 P. Ramlee
Pancha Indera Harimau Berantai 1970 S. Kadarisman
Asmara Kirana 1971 Nas Achnas
Kudrat 1971 S. Kadarisman
Darma Kesuma 1971 S. Kadarisman
Putus Sudah Kaseh Sayang 1971 P. Ramlee
Durjana 1971 Omar Rojik
Pedang Sakti 1971 S. Sudarmaji
Jangan Tinggal Daku 1971 P. Ramlee
Belang Pertanda 1972 S. Sudarmaji
Hutang Darah 1972 S. Kadarisman
Angkara 1972 Omar Rojik
Laxmana Do Re Mi 1972 P. Ramlee
Dang Lenggang 1972 S. Kadarisman
Chengkaman Maut 1972 S. Sudarmaji
Anak Ku Suami Ku 1972 Omar Rojik
Pendekar Sakti 1972 S. Kadarisman
Darah Panglima 1972 S. Kadarisman
Satria 1973 Omar Rojik
Semerah Cindai 1973 Omar Rojik
Dosa Remaja 1973 Nas Achnas
Ganjaran 1973 Omar Rojik
Terbabas 1973 S. Kadarisman
Semambu Kuning 1973 Omar Rojik
Bunga Mas 1973 Nas Achnas
Kelana 1973 S. Kadarisman
Penyamun Si Bongkok 1973 M. Amin
Satu Penentuan 1973 M. Amin
Puaka 1974 Omar Rojik
Bujang Tua S.S. 1974 S. Kadarisman
Jantina 1974 Nas Achnas
Anak Setan 1974 Omar Rojik
Mastura 1974 Nas Achnas
Si Buta 1975 Omar Rojik
Loceng Maut 1976 Nas Achnas

Era filem berwarna

[sunting | sunting sumber]
Tajuk asal Tahun Pengarah
Pertiwi 1975 M. Amin
Permintaan Terakhir 1975 Jamil Sulong
Rahsia Hatiku 1975 Nas Achnas
Jiwa Remaja 1975 Jamil Sulong
Semalam Di Malaysia 1975 Nico Pelamonia
Sayang Anakku Sayang 1976 Jamil Sulong
Cinta dan Lagu 1976 Jamil Sulong
Adik Manja 1980 Othman Hafsham

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967)". Dicapai pada 9 Disember 2012.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Razali, Hidir Ali (2024). "Merdeka Filem Studio". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 128–131. ISBN 9789672437871.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]