Panglima Harimau Berantai
Panglima Harimau Berantai | |
---|---|
Pengarah | S. Kadarisman |
Penulis | S. Kadarisman |
Lakon layar | S. Kadarisman |
Cerita oleh | S. Kadarisman |
Dibintangi | Ed Osmera |
Muzik oleh | Ahmad Nawab |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1969 |
Masa tayangan | 100 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Panglima Harimau Berantai merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1969. Filem Panglima Harimau Berantai diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Panglima Harimau Berantai diarah oleh pengarah S. Kadarisman pada 1969.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Andi Ujang yang bergelar Harimau Berantai telah dilucutkan jawatan sebagai panglima kerana kekejamannya. Beliau melarikan diri ke sebuah kampung di pinggir hutan lalu membantu seorang wanita dan anak perempuannya membalas dendam di atas kematian suaminya.
Panglima Gayong telah mati diracun oleh Pendekar Galak. Andi Ujang merupakan anak murid kepada Panglima Gayong. Andi Ujang membantu Tanjong dan ibunya untuk menuntut bela di atas kematian Pendekar Gayong.
Pada suatu hari, negeri Tanjung Bayan telah di serang oleh Panglima Lima Bersaudara yang diketuai oleh Pendekar Gempita Alam. Paduka Demang meminta bantuan Andi Ujang untuk turut berjuang menentahg penjahat-penjahat itu. Tetapi Andi Ujang tidak mahu turut serta kerana telah berjanji dengan isterinya Tanjong yang akan meninggalkan dunia persilatan selepas mereka berkahwin.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Ed Osmera sebagai Andi Ujang / Panglima Harimau Berantai
- Ismail Mahmud sebagai Andi Buana
- Ahmad Dadida sebagai Pendekar Galak
- Osman Botak sebagai Paduka Demang
- S. Kadarisman sebagai Pendekar Gempita Alam
- Rohaya Rahman sebagai Ibu Tanjong
- M. Shahdan sebagai Durga
- Tamam Idris sebagai Penjaga Sri Mawar
- Norlia Ghani sebagai Tanjong
- Taufik Hj. Ali
- Hussein Jantan
- Mustafa Sutan
- Ibrahim Joned